Wednesday, August 18, 2010

KOLEKSI KELAKAR

SENGAU


Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas
“Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? ” (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.


Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
“kenapa awak diam tadi? kesian dia…”


Pemandu itu pun menjawab: “Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!……..”
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)…

________________________________________________________________


PAK ALI BUKAN TAMAK....


Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.


Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.


Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..


Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Christina Aguilera.
Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".


Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Christina Aguilera... kau akan bawakan pula Britney Spears...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua".

________________________________________________________________


SHE'S SMARTER


A Mother went to visit her son Kumar for dinner and found that Kumar had a girl by the name of Sunita for a housemate ...


During the course of dinner, Kumar's mother couldn't help but notice how pretty Kumar's housemate was and the mother was suspicious of a possible relationship between the two ...


Over the course of the evening while watching Kumar and Sunita interacted, the mother started to wonder if there was more between Kumar and his housemate than met the eyes and this made the mother even more curious ...


Reading his mother's thoughts, Kumar volunteered, "I know what you must be thinking but I assure you, Sunita and I are just housemates".


About a week later, Sunita came to Kumar saying, "Ever since your mother came to dinner that night, I've been unable to find the silver plate. You don't suppose she took it, do you?"


Kumar said ,"Well, I doubt it but I'll email her just to be sure".


So he sat down and wrote to his mother :


Dear Mother, I'm not saying that you did take the silver plate from my house ... I'm not saying that you did not take the silver plate ... But the fact remains that it has been missing ever since you were here for dinner ...

Love,
Kumar



Several days later, Kumar received an email from his Mother which read :


Dear Son,
 I'm not saying that you do sleep with Sunita, and I'm not saying that you do not sleep with Sunita. But the fact remains that if she was sleeping in her OWN bed, she would have found the silver plate by now under her pillow ...

Love,
Mom



Lesson to be learnt :
Don't Lie To Your Mother
She's Smarter Than You Think She Is ....

____________________________________________________________


3 PERMINTAAN

Wati pergi ke sungai untuk membasuh pakaian. Sebaik tiba, terlihat olehnya seekor ikan yang menggelepar di atas batu. Wati menghampirinya. Tiba-tiba ikan itu bersuara, "Kalau puan menolong aku, puan akan mendapat apa yang dihajati. Tetapi hanya tiga permintaan sahaja yang dapat dimakbulkan. Tiap kali permintaan dikabulkan, suami puan akan mendapat 10 kali ganda lebih besar.


Wati: Baiklah, saya mahu kelihatan cantik.
Ikan: Tetapi suami puan menjadi lelaki paling tampan di dunia ini.
Wati: Tiada masalah. Lalu Wati menjadi wanita yang paling cantik di kampung itu.
Permintaan kedua ialah Wati ingin menjadi kaya.
Ikan: Ingat! suami puan 10 kali lebih kaya.
Wati: Tidak mengapa. Wang miliknya akan menjadi milik aku juga. Maka jadilah Wati wanita kaya dengan gelang memenuhi tangan.
"Permintaan ketiga?" Tanya ikan.
"Aku nak serangan jantung yang ringan," jawab Wati.


__________________________________________________________


BALIK..NAK SEMBAHYANG!




Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari nie..

Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasi tapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang ajer!
Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang
mintak balik awal..

Pekerja 1 : Assalamualaikum Boss, bulih saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya bulih balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai?
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak?
Ntah-ntah dia ponteng?
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: Assalamualaikum Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati.. Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah...!Boleh kut boss yer pulang
awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang
ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buat kerja..


Pekerja 4: Assalamualaikum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah...Kesian awak dah seminggu
nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee
__________________________________________________________


PANDAI TAPI BENGONG




Razlan dan Razi pergi berkhemah. Setelah penat memasang khemah dan hari pun sudah beransur gelap, mereka pun tertido la di dalam khemah tersebut. Beberapa jam kemudian, Razlan terbangun dan mengejutkan Razi dari tido.

Razlan : Razi, cuba kau pandang kat atas dan apa yang kau nampak.

Razi : Aku nampak berjuta-juta bintang.

Razlan : Dan apakah maksudnya itu?

Razi : *setelah berfikir sejenak*  Dari sudut Astronomi ada kemungkinan yang terdapat berjuta-juta galaksi dan planet di luar sana. Dari sudut Astrologi aku perhati yang planet Musytari di kalangan Leo. Dari sudut Horologi, aku berpendapat masa sekarang lebih kurang pukul tiga pagi. Dari sudut Theologi aku dapat merasakan yang Tuhan itu maha berkuasa dan kita ni hanyalah hamba yang sangat kerdil dan lemah. Dari sudut Meteorologi, aku ramalkan yang esok cuaca akan cerah sepanjang hari. Kenapa kau tanya aku soalan yang macam tu? Apa maksudnya bagi kau?

Razlan : *Terdiam seketika*   b***h la kau ni Razi. Ada orang dah curik khemah kita la..!

________________________________________________________________________


JUAL TELUR


Pembeli: “Dik, telur sebiji berapa?”
Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur ayam.”
Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam biasa.”
Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Yang tempatan.”
Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”
Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).
Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”
Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.


No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping by :)

Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...