Komik & kartun : Kami tak bersalah!

Itulah persoalan yang selalu timbul..kat hati aku je la.Pertanyaan tu cam satu teka-teki.Kenapa ye orang sekeliling persoalkan minat aku yang suka baca komik & tengok kartun something...tak relevan dengan umur aku?

"Ha???ape?Tak matang?Aku tak dapat nak maju ke depan?"

Oh,Hello..Excuse me,Taro Aso perdana menteri Jepun baca manga rilek je.Maju pun negara dia.Tak jatuh menjunam pun.Makin pesat adalah.Ada spekulasi mengatakan dia baca komik tu untuk raih undi otakulah bagai.(otaku kat Jepun bukan calang2 bilangan tau!) tapi dari sudut pemikiran lain,boleh bayangkan betapa 'berkuasanya' komik & kartun mengalahkan PM tu sendiri?

*OTAKU = Pen'taksub' & peminat sejati Manganime.


"Ni aku baca komik ni mesti confirm separuh Jepun undi aku!"

"Camne kau nak matang?Asyik baca komik je.Komik untuk standard 1-6 je lahh..."

Eh..?ada ke akta dalam perlembagaan negara?Ada dengar orang kena tangkap sebab baca komik?Huhu..Aku ada kisah best mengenai manganime ni.Sini aku nak cerita :
______________________________________________________________________________

Pada suatu malam yang orang tahulah memang gelap.Tiba-tiba ade bunyik.
Oh..rupenye lagu tema Detektif Conan tengah main.& secara tiba-tiba lagi,
"Cerita apa ko tengok tu,Sha?" Cik Aza tanye dari belakang.Saje nak beramah mesra dengan aku.
"Ni ha..detektif Conan"
"Oh,ni..abang kau ni pun minat jugak detektif conan jugak."
Bila aku toleh belakang,Cik Man pun dah tercongok depan TV dengan baby kat pangkuan dia.
'Haha..dah jadi bapak orang pun still dengan manganime?comel lah comel..'


Cik Man boleh dikatakan someone yang berjaya.Sekarang dia tgh struggle untuk PhD.Hebat kan?Aku yang diploma ni je de pun dah merungut sakan.Dia salah sorang yang dah buktikan komik & kartun bukan penghalang kematangan & kejayaan seseorang.


I am a super-daddy!

Pada pandangan peribadi aku :
  • Kartun tu cuma drama/sitkom yang dilukis orang.
  • Komik adalah novel bersiri yang bergambar.


"Lainlah sha!Ko ni pandai2 je.Novel lain.Novel lagi menggambarkan kematangan tau!Nampak la sikit kita dah dewasa.Drama pun sama what.."


Aishh!Dengar la dulu.Iye,dari segi fiziknya,memangla lain.Tapi dari segi komsasnya lah pulak kan,cube kita tengok.Drama ada tema?Kartun pun ada.Drama ada watak?Kartun pun ada.Drama ada perwatakan?Kartun jugak tak ketinggalan.Drama ada plot?Iye...kartun pun ada.Drama ada pengajaran?Ha..jangan kata kartun takde.Drama ada nilai murni?Kartun pun tak nak dilihat 'kosong'.Boleh nampak sekarang?


"Eleh..kau cakap pasal kartun jenis pendidikan kan?Kartun-kartun sejarah Rasullullah,sejarah dunia memanglah ada semua pengajaran,nilai2 murni tu.."


Tak bukan camtu.Ok,kite cuba dengan kartun paling koyalah,Doraemon.Doraemon suka KELUARKAN barang2 baru yang canggih untuk TOLONG Nobita yang selalu DIBULI Giant.Kalau kita jawab komsas style PMR of course kita dah boleh jawab soalan pengajaran dengan markah 'point' yang sempurna :-
  1. Berkongsi barang-barang yang kita miliki dapat menggembirakan hati orang lain.
  2. Saling bantu-membantu adalah amalan mulia.
  3. Membuli itu perbuatan yang tidak elok dan akan mendapat pembalasannya suatu hari nanti.
*Jawapan budak2 tak cukup masa je ni.Budak2 PMR sekarang ayat diorang dah macam nak tulis jurnal dah.


\
Sebenarnya.bukan masalah besar pun hal-hal kartun komik ni kalau masing2 boleh respek & hormat favourite orang lain.Semua benda ada pros & cons.Semua.Tak caye?Contoh paling simple.

GARAM.
Garam buat makanan sedap.TAPI,En.garam jugak wat kita darah tinggi.

"Lah...sape suruh ko ambik banyak2?".

Haa..tulah yang baru boleh kita namakan 'berpada-pada'.Nasihat aku,bersederhanalah kawan2 sekalian.Kalau kita terlebih garam,cam yang aku ckp tadi,alamat darah tu mencanak2 la meninggi weyh!Kalau kurang, 

"Ala...tak sedap!Tanak makan!" Pulak dah.

Cuba kalau pengambilannye betul & comel.Mesti makanan sedap,kita pun happy.Kan?Oklah..jauh betul menyimpang ni dari komik ke garam.Tak nampak pun relationshipnye.Berbalik kepada cerita asal perenggan ni.Well2,kita sedia tahu kan dengan peribahasa "Rambut sama hitam,hati lain2"..?Pegang je.Respect others.Aku pun nak tanamlah statement tu dalam diri.Tapi ada satu je perkara yang aku takleh nak kompromi setakat ni.Aku tak minat,tak pernah minat & tak akan minat!Ni budak bawah ni :

Apa2 saja tapi bukan JUSTIN BIEBER!
Sape yang minat teruslah minat.Hak korang lah kan?Dia takde masalah pun dengan aku cuma aku je yang masalah dengan dia.Sibuk je JB!


P/S : Jangan sesekali promote kat aku budak Jambu ni!Aku minat mamat macho,

Comments

  1. ceh sape yang berani2 mengutuk minat kita terhadap komik ni?(ayat skema kuase 8)
    ni nak marah ni..soh terjun tasik uitm skrg hehehe (ter emo plak)

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for dropping by :)

Popular posts from this blog

Diploma Pengurusan Maklumat UiTM?

Checklist : Apa Yang Perlu Dibawa Ke Kolej Penginapan / Asrama / Hostel ?

Degree Story