Saturday, December 25, 2010

10 tempat paling berhantu di dunia.

Hye mamat2 & minah2 semua.Malam ni memang gelap kan?(Ada malam yang sedia terang kah?) & sempena tu,termeletus lah idea nak mengepost port2 favourite hantu untuk melepak.Eksyeli,time me-research tempat2 terbabit,terlalu banyak mazhab yang mengatakan inilah paling berhantu,itulah paling keras,situlah paling angker,sinunlah paling seram & so on.So that,aku pun pick lah yang paling fofuler dikalangan mazhab2 yang terlibat.Let's cekidaut!

10# ISTANA BERRY POMEROY,TOTTNESS

There's numbers of legends berkaitan dengan istana abad ke-14 ni & for sure,istana ni banyak cipta rekod 'angker'.Based on cerita,istana ni ada 2 hantu feymes ; Lady White & Lady Blue (Green Lady hantu feymes Malaysia tu takde).Hantu Lady White ni according to legendnya adalah roh Margaret Pomeroy yang mati kelaparan time disumbat dalam penjara bawah tanah oleh kakaknya yang jeles.(Don't ask me what kind of jealous). Then,Lady White pun bertindaklah meng-angker-kan ruang penjara bawah tanah terbabit.Tak cukup kat dungeon,dia dikatakan berlegar2 kat St.Margaret's Tower & dinding2 istana.Alkisah Lady Blue plak,dia tak macam Lady White yang memilih2 port tertentu & berlegar ikut suka hati dia.Menurut cerita,Lady Blue selalunya 'bertindak' dengan memikat orang & then,tak tahulah apa jadi.(Ikut skrip filem,selalunye mangsa tu mati lah kan?).So that,tergoda dgn Lady Blue & ikut dia seems to be a very bad idea ya kawan2.


9# BUKIT DOMINICAN,FILIPINA

First of all,aku tak tahu tempat di gambar atas ni sebuah motel,istana mahupun mustashfa.ok2..mustashfa tu hospital in Arabic.Menurut cerita2 rakyat,tempat ni dihantui oleh mereka2 yang terbunuh time perang meletus long long time ago.Selain itu,ada jugak yang mengatakan sebahahagian dari hantu2 tu adalah bekas pesakit yang meninggal kat situ.Usually,laporan2 mengatakan bahawa kat situ anda akan selalu dengar banging of doors,pinggan mangkuk belanga & yang sepasukan pecah *prang prang*,serta bunyi jeritan.~uuu..seram.


8# ISTANA ENDINBURGH,SCOTLAND

Istana tipikal zaman pertengahan yang dok bertenggek atas batu karang ni kasi view yang mantoppp kat Bukit Scotland.Cun,cun jugak cuz eksyeli,there's echoes of dead people kat setiap ruang2 kosong & lorong2 di Endinburgh.Kira mereka2 yang dah arwah suka la pergi port2 yang aku dah nyatakan tadi.ITU adalah report yang AT LEAST dilaporkan oleh rakyat sekalian.Hot spot hantu2 kat Edinburgh ni adalah sel2 penjara,kubah di South Bridge (what the hella is that aku tak tau ek cuz aku tak pernah pegi sana) & Mary's King's Close,bekas jalan yang digunakan pesakit2 yang dikuarantin which akhirnya R.I.P becoz of wabak.Others,ada jugak yang lapor pasal kewujudan hantu anjing,drummer tanpa kepala & hantu2 tahanan perang time perang 7 tahun Perancis & Perang Kebebasan Amerika.



7# MONTE CRISTO,AUSTRALIA

Ok guys,let me introduce y'all rumah atas ni.Nampak cam takde ape kan?Macam rumah keluarga bahagia je.But the fact is,nilah mansion paling berhantu di Australia which is located in Junee,Monte Cristo,New South Wales.Alkisahnya macam ni,Puan Crawley,pemilik rumah ni tak pernah keluar rumah since hubbynya mati for 23 years of her remaining life,except for twice dy out & don't ask me why.I also dying to know,ok?Lepas kematiannya,hantu dy mengahantui mansion ni terutamanya bekas bilik dia.Hantu tak berbadan,hantu kat tingkap,lampu yang on/off sendiri are some experience yang dialami oleh mereka2 yang terpilih.Besides,ada yang report bila diorang masuk dalam bilik seorang kanak2 ni,diorang totally barely able utk bernafas & nearly to death.Semuanya kembali normal bila diorang keluar dari bilik tu.



6# ANCIENT RAM INN,ENGLAND

Ok,whether korang percaya benda2 halus atau tak,trip ke Ancient Ram Inn ni selalunya takkan sebest trip ke Bali.Menurut mereka2 yang dah ada pengalaman ni,diorang akan alami dengar lantai yang berbunyi,suasana yang sejuk nak gilos,bau yang tak menyenangkan,cahaya yang tak tahu datang dari mana,& banyak lagi keadaan dimana satu2 rumah hantu tu sepatutnya ada.Cerita disebalik Ancient Ram Inn ni bukan untuk mereka2 yang fainthearted ;kat situ pernah terjadi kes pembunuhan,aktiviti Satanisme,korban manusia untuk fahaman gelap & lupa nak beritahu,kawasan ni dibina atas perkuburan orang Pagan.



5# TANAH PERKUBURAN HIGHGATE,ENGLAND

Time malam menjelma lah kan,kawasan perkuburan ni betul2 macam yang kita tengok dalam mega movie TV3 tu ; batu nisan yang bengkok,lorong2 antara batu nisan yang ditumbuhi tumbuhan menjalar that was so demm gelap,somethin' headless & benda2 tulah yang membuatkan kita no wonder spot ni jadi tempat paling berhantu all over the Great Britain.Tu time bilaaa~ larut malam,tarakucha,trakuchacha.(nyanyi ikut nada & pitch yang betul ye).Bila siang pulak,Cemetery Highgate ni showcase's Gothic architecture yang meng-impresskan viewer2nya.Other fact,ni lah tempat pengasas Komunisme,Karl Marx,dikebumi.



4# THE QUEEN MARY,CALIFORNIA

Siapa tak pernah dengar The Queen Mary ni,tak tahulah.Kapal lama yang habis grand ni memang cukup angker according to cerita2 workers & visitors.Kapal ni dibeli oleh Bandar Long Beach & ditransform pulak jadi hotel pada tahun 1967.Kawasan paling keras dikatakan di bilik enjin dimana sorang mamat pelaut 17 tahun mati akibat kebakaran kat dalam tu.Bunyi batang2 paip diketuk2 adalah fenomena lazim yang selalu dialami manusia terpilih.Besides,ada la mereka2 yang balaci merepot bahawasanya there is a ghost of a gurl yang mana dia mati di kolam renang cuz of patah leher.Habis?Eh belom!Ada lagi...kat hallway bilik salinan kolam renang tu plak,ada la unexplained activities macam perabot bergerak sendiri,sentuhan tangan2 ghaib,roh2 berkeliaran & dihujung dek kapal,sometimes kita boleh dengar suara jeritan orang yang dipercayai milik pelaut yang mati time Queen Mary berlanggar dgn kapal kecik lagi molek satu masa dulu.



3# SCREAMING TUNNEL,AIR TERJUN NIAGARA

Pertama-tama sekali,lagenda jerit-menjerit ni banyak version okey?Hantu screaming ni salah satu lagenda paling best kat tunnel Niagara Falls which is located off Warner Road.Lemme story to ya dari mana legend ni datang.Ada yang cakap,satu masa dulu ada rumah petani berdekatan caught on fire & anak perempuan petani tu terbakar (but still alive,eh?).Dia pun lari la ke tunnel in case of nak padamkan api tapi tunnel tu runtuh & dy mati dlm runtuhan tu.Version 2 ialah berkenaan sorang bapak ni yang bakar anak perempuannya lepas tahu isterinya dapat hak penjagaan anak diorang.(Kes mahkamah syariah la ni).Version 3 plak cerita tipikal,sorang kanchik ni dirogol & dibakar dalam tunnel tu untuk hapuskan bukti.Tapi apa yang pasti,menurut cerita rakyat,kalau kita berdiri kat tengah2 terowong pada tengah2 malam n light on a matches,suara perempuan menjerit akan kedengaran.Ha,ada bran?



2# UNIVERSITI OHIO,AMERIKA

Ok,anda semua dinasihatkan untuk kagum kejap aje sebab this university is hella most haunted location kat USA.Setiap inci,setiap area kampus dikatakan berhantu.Long time ago,Wilson Hall (known as mak dukun) bunuh diri sendiri lepas tulis mantera2 kesetanan & jampi2 supernatural with her own blood kat dinding universiti.Sadis!Then,ada 5 kubur yang membetuk pentagram (bukan bentu hati mahupun reben,ok?) disekitar kampus yang melambangkan unsur satanic.(Mana tak berhantu) Cerita lain,Washington Hall is known as tempat dimana mamat2 pemain bola keranjang main bola,main galah panjang semua.But,sadly,semua pakwe2 tu mati dalam satu kemalangan (owh sheikht aku pun tak tau wut kind of kemalangan) & yang horrornya,mereka2 yang terkorban tu menghantui dewan berkenaan.Some lucky people boleh dengar ada orang main basketball eventho takde orang dalam tu.Satu lagi kisah,ada seorang patient ni menghilang & dekat 5 minggu kemudian,dy dijumpai reput &kesannya still can be seen until today!whoa..korang nak fikir 67 kali tak sebelum terima tawaran belajar kat universiti ni..????



1# PANTAI CHANGI,SINGAPURA

Negara kemetot ni pun berhantu?Iyye ke?Hah!kalau korang fikir Singapore semaju2 alam tu ghost-free,silap besaq la y'all ye cuz Singapore dicop antara Asia's most haunted location.Changi beach ni dulu tempat askar2 jepang melakukan aktiviti bunuh-membunuh time perang dunia ke-2 dulu.Ala kita kan pernah belajar history form 5 dulu yang askar jepun bunuh orang cina,haa cerita tu lah.Usually,org2 akan terdengar suara orang menangis & jeritan yang tak diketahui dari mana.Sometime,based on kisah rakyat,diorang ternampak kepala orang cina terbang kat tepi pantai,tak pun makhluk tanpa kepala dok jalan2 (makan angin kot) & yang angkernya,those ghosts siap tinggalkan blood stains lagi.Huh,meremang sey.Time malam,(kalau anda terpilih la) anda akan nampak lubang yang digali tau..digali untuk tanam mayat!




Sesungguhnya,entry ni memang panjang.Penat korang baca,penat lagi yang menaip ni kan?Perasan tak gambar2 yang aku letak tak seram & tak adventure langsung?Sorry for that lah ye.Malam2 ni.Seram aku.Oklah,masa untuk tido semua.Jangan lupa pasang alarm sok nak bangun solat subuh.Sweetnite,sweetdream.

No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping by :)