Thursday, December 23, 2010

Kisah-kisah nakal @ SAMBBST

Siapa pernah dengar Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi,Sepang?Alaa,sekolah atas bukit tu.Waktu malam sejuk nak mati.Takde selimut,boleh meroyan aku!Dah la aku ni cepat nak kena flu (bkn Influenza A,ok?)

Nakal aku rasanya taklah sampai menyusahkan orang lain.Menyusahkan diri sendiri?Tu dah tentulah!Aku ni bukan jenis budak bajet baik,bajet sopan suma.Ape yang aku nak buat,aku buat.I just want to be myself!Sukati oranglah nak cakap pe.Aku kesah?Cuma,taklah keterlaluan.Kesian kat MPP kan kalau suma budak cam aku?kikiki.Aku sedar time kat SAMBBST dulu,aku bukan dalam kalangan budak2 favourite yang popular.Rasanya aku banyak kena kutuk ni..wargahaha..It's ok guys..aku maafkan korang.Terima kasih mengumpat aku.At least.aku dapat pahala free..(cara aku over come rasa sakit hati,sakit limpa,sakit2 sendi akibat dibashing.ngee~)

Sejujurnya,aku tak pernah curi duit,menjaja cerita keburukan kawan,membuli,atau apa2 yang sesuai digambarkan sebagai,you know..BAD GIRL.Aku still sweet girl yang tersenyum mesra kat luar tapi kat dalam tanduk memanjang dari hari ke hari.kihkihkih.Nak tau list ke-naughty-an aku?Let's check it out!

# Aku pernah ponteng kelas tambahan tafsir hadith yang dibuat pada waktu prep yakni pukul 3.30-4.30.Apa yang aku buat?Lepas having lunch + sembahyang,aku pergi bahagian atas surau yang redup,sejuk lagi nyaman dan dengan selambanya aku melentokkan diri dengan berbantalkan sejadah surau sampai kul 5.Aku bangun tu pun sebab azan Asar berkumandang dengan begitu hebat sekali.(Yela,port aku baring betul2 dkt dgn speaker surau).Paling best,rasanya bukan sekali aku buat kerja memonteng nih.Sorry ustazah.(I'm such a loser T_T) Tapi Alhamdulillah,aku berjaya gained Mumtaz untuk subjek Tasfsir Hadith dlm SMA.Tu kira bayaran untuk ustazah di atas ketiduran aku.hehe~

#Aku jugak pernah ponteng perjumpaan mingguan ASPUTRI kat court bola jaring yang diadakan setiap Ahad.Perjumpaan tu kira cam mesyuarat kecil/pengumuman ttg something/ucapan dari MPP/Pembahagian tugas utk setiap dorm.(Dorm aku paling besar & paling ramai.Oleh yg demikian,dorm aku selalu dapat tugasan basuh tandas.ee..menyampah sungguh).Back to the story,aku ter-ponteng sebab aku tak bangun2 walaupun dekat 7 org kejutkan (tak termasuk MPP yang pakai speaker panggil ASPUTRI turun ke court).

# Other than that,aku jugak pernah ponteng ko-kurikulum hari rabu.Semua warga asrama tak boleh berada kat kawasan asrama sampai Asar.Tapi time aku balik sekolah tak tahu kenapa penat sangat,aku terbaring kat katil Hani yang masyuk + superb habis.Ingatkan nak rehat kejap lah sebelum tukar baju utk kawad tapi last2terlelap.Sudahnya time aku terjaga sekitar 4 suku,pagar ASPUTRI dah terkunci.Aku sorang2 plak tu!Gelabah sekejap.Yela nnt kalau ada kes curi-mencuri yang kena tuding dulu karang aku jugak.Then,aku act cool je.yela since aku dah tak dapat keluar,aku pown wat la keje sendiri~study sejarah.

#Aku pernah bawak handphone pegi asrama.Saje bawak.Nak dengar lagu sebelum tido.(Perkara yang wajib aku buat kat mane2 pun~dengar mp3 sebelum tido.)Lepas tu bila ada khabar angin nak spot check,menggelabah aku.Pergh.peluh tak berhenti.Tapi tulah..sudahnya takde spot check pun sampaila habis 2008.Tapi ape2 pun,carik port selamat tetap jd 1 kewajipan.aku dah sediakan tempat paling terpencil yang takkan sape2 dapat tau untuk sorokkan handphone aku.Aku bukan nak bangga ke ape,tapi otak aku paling cergas & cerdas time terdesak camni.Prinsip aku satu ayat ni je,SURVIVE!

#Time Hari terbuka asrama,aku dengan penuh selamba balik dorm dan lepak2 ikut suka hati jiwa raga aku di saat student2 SAMBBST yang lain sibuk bersuka ria,berhempas pulas,seronok2 sakan,menjayakan hari terbuka tersebut.Bagi aku,hari tu sama je cam hari2 lain cuma sesi PnP tu takde.Mood nak bergembira langsung tak wujud.Aku beli makanan,balik dorm & bukak buku sejarah aku sambil makan.Aku tak peduli pertandingan drama,persembahan ke ape ke.Yang aku kisah,aku mesti keluar dari hiruk pikuk hari tersebut.Pening.Aku rasa,aku sorang kot dalam ASPUTRI hari tu.

#Lagi satu cerita,pernah satu hari tu diadakan gotong-royong perdana.Satu asrama kena buat kerja.one word,PENAT!dah siap dalam dorm,kena bersihkan tandas pulak (tandas lagi),kena cabut rumput la.hish,malas aku!Time tu aku dah berkira2 nak tidur since aku penat tapi tiba2 ade pengumuman dari sorang cikgu ni yang pelajar tak dibenakan berada dalam dorm selagi kerja tak habis.Panas hati aku lagi terbakar berasap-asap dari pisang goreng baru diangkat.Dengan muka singanya aku turun bawah(korang tau tak dorm aku kat tingkat 4?Turun naik,turun naik.Ingat ada lif ke?) Turunnya aku kat bawah tu bukan nak tolong buat kerja.(jauh sekali.tak pasang niat pun) tapi aku pakat dengan sorang kawan aku ni.Tau ape kitorang buat?Kitorang duduk berborak dalam stor perabot2 rosak dan membiarkan student lain buat kerja.wah2..banyak ayu muka kitorang?Dah aku taknak buat.Maknanya aku taknak lah.Ape pun,aku mintak maaf banyak2 la ye kat korang2 yang buat kerja sebab aku berlaku tak adil kat korang..huu..

Tu je yang aku nak cerita pasal kenakalan aku kat SAMBBST.Sebenarnya baaanyak lagi.Lepak belakang dewan la,lepak kat tepi longkang sampai kena sound guru disiplin,tak buat kerja rumah,buat bising malam2 buta,wakakaka..tak habis korang kalau nak cerita semua.Ok lah..tata dulu.See you next entry!

Thanx for reading!
Ex-SAMBBSTian + Blog's owner,
NUR A'DNINA SHAHIRAH BINTI MOHD.YATIM

No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping by :)

Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...