Thursday, December 23, 2010

Saya ex-staf HINODE SHOP

Setelah genap 49 hari aku menghambakan diri(ceh..sadis ayat) di Hinode Shop atau kata lainnya,kedai..

5 RINGGIT UNTUK SETIAP BARANG~!!
(sape kaki shopping tegar AEON Bukit Tinggi,taulah nadanya camane)


Akhirnya resign jugak aku atas alasan nak further study.Padahal nak register tu sebulan lagi la pun dari tarikh aku resign.Semangat nak lepak2 surf internet yang menyebabkan aku nak resign awal.Plus,aku da dapat sekurangnya RM300 automatik dalam akaun penghujung Jun nanti tanpa kerja selama sebulan .Aii..senangnye la hati ni lepak2 dapat duit..=p

Honestly,kerja kat sini,pengalaman yang aku dapat tak banyak mana pun.Tapi pengajaran yang aku dapat bukan sikit2.Aku betul-betul kena aplikasikan konsep DISIPLIN bila bekerja kat Hinode.Boleh bayangkan berapa banyak wang ringgit yang melayang-layang untuk kelewatan selama 4minit?RM60!Serius banyak.(bagi aku la..)

Rata2 manusia (termasuk diri aku sendiri) mesti ingat kerja kat situ senang.Lepak2 tunggu customer datang.Ternyata memang salah besar la sape yang ade persepsi camtu.Bercanggah sungguh dengan realitinya.Patut la gaji best.Tapi macam2 tak boleh buat.Meh aku kasi tau ape yang Hinode dera aku.antaranya: 

1. Kat sane cctv sane sini.Nak korek hidung sorok2 pun tak boleh.Setiap sudut die observe.Kitorang yang staf2 ni tak boleh berbual antara 1 sama lain waktu kerja.Sape yang dilihat berdiri berdekatan 1 sama lain pun akan 'ditangkap'.I mean nanti ada la surat warning atau yang seangkatan menyusul.

2. Tak boleh lewat walaupun seminit.Kalau tak,gaji kitorang akan ditolak sebanyak RM40(untuk lewat kali pertama) & 2 kali lewat,elaun kedatangan akan dipotong 100%.Tu belum elaun mingguan.Contoh la minggu aku datang lewat tu dapat keuntungan besar & setiap staf dikasi RM100,aku yang dah dilistkan lewat tak layak dapat insentif tu walau sesen pun.Kiranya kat sini,aku kerugian sekurang2nya RM100 untuk kelewatan selama seminit.(sekurang2nye,ok?)Pergh....berhelai baju baru boleh aku hanger kat almari.

3. Tak boleh duduk,tak boleh bersandar sepanjang bertugas.Mula2 kerja,nak menangis aku sebab belakang aku sakit sangat terlalu lama berdiri.Serius seksa.Tapi nak taknak aku terpaksa buat2 cool padahal muka cam cencorot dah tahan sakit.Tapi lama2 tulang belakang aku dah biasa.sakit2,sengal semua hilang.Perangai aku yang sengal ni je la tak hilang2..

4. Kami2 yang staf ni,kena tebalkan muka jerit tiap orang yang lalu lalang depan kedai "Selamat datang..!5Ringgit untuk setiap barang..Welcome,5Ringgit per item..!!" thou diorang tak hengen pon nak masuk kedai kitorang.Usually customer akan di-greet after diorang masuk kedai.Ni tak,orang lalu lalang pon kena di-greeting jugak.Ceh!Ingat kelasss sangat lah?Sakit tekak tau tak?Setiap sorang staf kena greeting paling koman 1 jam straight setiap hari.Tebal muka,tebal tekak,naseb baik poket pun ikut tebal.


Tu jelah deraan2 yang dapat aku cerita.Ada lagi tapi tanak la panjang2kan entry..bosan plak para readers yang comel nanti kan?Walaupun kat sana aku rasa cam mental press,tapi kakak2 staf orait2 semuanya.Aku yang paling muda & fresshie okay?Ni la staf2 Hinode AEON.



Kak Diya & Kak Yana.
Yang lawaknye nama betul Kak Yana tu NorZehan,nama betul kak Diya,NorAfidah.
Ade kena mengena..?anybody?hahaa.. XD



Yang sebelah kiri tu kak Angah.Nama betul Fatin Nabilah.Tua 3 tahun dari aku.Time ni tgh tunggu result UPU untuk STPM.Dia staf terkamceng dengan aku.Dah lama tak dengar khabar dia.Cita2 dia nak jadi cikgu tau!



Ni kak Eka.Comel tak?First time jumpa,aku ingat kitorang sebaya kot!Kecik gila orangnye & u know what,she's 23,married & has 2 kids.Kalau tengah minum fresh orange time tau tu mesti tersembur 2 kilometer.



Selain kawan2 kat Hinode,aku menjalinkan hubungan 2 hala dengan staf kedai lain.(ceh...2 hala konon.Ayat nak gempak je).& perasan sumthin' tak?1 Malaysia kot gambar ni!Hahaha...



Haa!Gelap tak gelap muka aku?Pekena pulak baju putih bersih berkilau2,bertambah ketara la muka geseng aku.Oklah Hinode,semoga bertambah maju.Kurang2kan lah autocratic management style korang,eh?Concern la sikit kat staf & workers.Aku accident 2 kali tau semata2 nak kejar waktu masuk kerja.Berparut tapak tangan kiri aku.Anyway,I wish u all the best!peace no war! 

4 comments:

  1. i pun x staff hinode..dsiplin dia memang first class..3 tahun jgak la bertahan...hidup mr kunio...

    ReplyDelete
  2. Dah nama pun kedai jepun....jepun mmg strict sket.....tapi rata rata yg keje lama kat hinode semua loaded....last year dengar khabar bonos diorg ader yg mencecah 10k....thanks mr kunio....

    ReplyDelete
  3. sorry kebajikan pekerja mmg K.O howcome adik saya kena pergi krusus pihak syarikat n outlet boleh suh orang yang tiada kaitan dengan syarikat n outlet untuk hantar and amik adik saya ... kalo jadi apa2 pada adik saya dah la adik saya perempuan n yang hantar tu lelaki ..

    ReplyDelete
  4. mcm mana teruk pun company 2.. xpatut cita mcm nie kt public tau.. kna saman free ja klu pihak diaorang tahu..

    ReplyDelete

Thanks for dropping by :)

Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...