Jumpa Hantu!

 Assalamualaikum.Jumaat yang heaven,readers!Okey2.Takdelah sgt actually.Aku menge-post entry ni buat pertama kalinya di Food Court UiTM Kedah.Gimme some applause. *Plap.plap.plap* Pagi ni dalam kul 8 cenggitu,ingat nak pergi Ko-Korikulum lah kan HKR111 (kekeluargaan islam) tapi rupanya setelah diselidik & disiasat,masanye telah di-postpone ke petang nanti.Malu saya.*blush.blush*.Nasib baik ada Asmidar Ashary sekali.Dia pun tumpang lah *blush.blush* jugak. =3

Semalam malam adalah malam Jumaat.Kata orang tua2,malam ni lah aneka hantu & jembalang keluar merayap.Kira malam Jumaat tu malam hanging out diorang.Begitulah sinonimnya hantu dengan malam Jumaat sebagaimana sinonimnya manusia dengan malam Sabtu.




Macam dah jadi 1 kewajipan fardhu untuk kolej atau hostel untuk mempunyai cerita angkernya sendiri.Kalau takde,baik korang cek balik,betul ke tempat korang tu kolej U @ asrama kerana ada kemungkinan anda tersesat di kuarters PDRM mahupun markas TUDM.

Aku kadang2kan takde kerja.*Apsal KADANG2 tu semacam patut tukar kpd SELALU?* So that,aku selalu la menghabiskan masa begitu mudahnya sebagaimana aku menghabiskan jus oren Twister dengan search cerita2 hantu real punye hasil mahsul pengalaman warga CG.Dok pun,aku suka search pasal cryptozoologi,urban legend,hoax story & misteri2 yang tak lerai lagi.Syok woo~ =3.Bila dah menge-search tu,banyak jugaklah aku jumpa cerita2 'keras' kat tempat diorang.Usually,ke-angker-an tu datang kat mana2 je.I mean,bangunan baru ke,lama ke,it will be always & super always the same story ; tapak kubur/tapak tentera Jepun.The End.

Aku pun,ade cerita sendiri.Sesungguhnya,cerita aku taklah seram but it's still kisah angker.Aku taklah sampai jumpa En.Poch mahupun dik Toy.Tu dahsyat sangat dah tu.Yang tahu cerita ni fresh2 sejurus lepas aku 'kena' ialah cik Atiqarose kite.Alkisahnya begini ....

Peringatan : nama yang tertera palsu belaka.harap maklum.


Pada suatu petang di Merbok yang comel,aku pergi la ke bilik kawan aku.Namanya Sinun.Time tu,aku sorang.Then,jalan punya jalan sampai lenguh sakan,Aku pun sampai.Then,aku pun ketuk la pintu.
"Sinun...Assalamualaikum..." kipas bunyi.wah.ade orang.Dan seperti biasa
"Waalaikumsalam....." sahaja.dalam 1/2 menet aku tunggu..
Ok,fine.Dia tak jemput masuk pun!Dengan separa bengang plus sikit tak malu aku main redah.
Then...
Kosong...
Aku pun terkesima + tergezut + tergamam sebentar.
"Sinun,keluar la,doksah main hide n seek.."
Takde jawapan.Bilik tu memang kosong.Aku keluar.
Tibe2 tiqot pun sampai.Aku cerita semuanya.Cerita punya cerita,then baru kami perasan,selipar toilet si Sinun takde.Kitorang dah berpandang sama sendiri.O'Owwww...
Kitorang segera ke toilet n aku panggil Sinun..
"SINUNNNNN,ko kat dalam ke..?????" tanpa disangka2..
"Ha'aaaahh.aku kat dalam ni.Sorry2.Emergency.Korang masuklah dulu."
OKEY.FINE LAGI SEKALI.SAPA JAWAB SALAM AKU TADI..?

Seriously speaking,suara tu memang suara Sinun.Aku berani janji dengan korang.Makhluk yang menjawab salam tu maybe makhluk islam & baik.Positif ya kawan2..positif.Tapi agak keseraman la disitu.Aku tak pernah sangka aku pun akan 'terkena'.Fine,memang tak angker cam En.Poch,tapi ni 1st time.Of coz la ade sikit rase takut tu,kan?Huh.*berpeluh,berpeluh* (=,=')




End of Kalam,bila dah kat kolej/hostel tu,banyak2 kan lah ingat Allah.Sembahyang,mengaji jangan tinggal.Tak dapat buat yang sunat,yang wajib pun jangan la buat2 tak dapat buat pulak kan?Baca entry ni boleh,baca Al-Mulk for sure lagi boleh,don't ya?Tak ke comel gila tuh?Oklah readers,dah nak maghrib ni.Selamat bersolat lah ye kepada yang tak diberi cuti?Ehem.

Comments

  1. babe, juz now i gatai tgn p search "jumpa" kat fb. then it happened to appear psal ur blog. i mean this post, && 15 people shared this. wow~

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for dropping by :)

Popular posts from this blog

Diploma Pengurusan Maklumat UiTM?

Checklist : Apa Yang Perlu Dibawa Ke Kolej Penginapan / Asrama / Hostel ?

Degree Story