Sunday, January 23, 2011

Kadang2,Aku Pun Judge a Book By It's Cover.

Assalamualaikum dan selamat berhari Sabtu!Para rakyat Selangor sekarang mesti tengah dok elok landing depan tv mahupun internet.Sesungguhnya aku jeles.Time aku tulis entry ni,hari still lagi sabtu tapi time mempublish sat lagi,aku jamin mesti hari dah bertukar dah.Al-maklumlah,jari pendek aku ni menaip 40 KM/H.

Hari ni aku agak kepenatan.Sebelah siang ada program Latihan Dalam Kumpulan "LDK" untuk sebahagian part 2 students.Mulanya aku tak lah eksaited jauh sekali nak melonjak2 sambil bergelak ala gedik bila dengar part 2 ade LDK minggu ni.Tapi takpelah,"IF WE CAN'T AVOID,JUST ENJOY".Sejak akhir2 ni,aku suka gila kat quote tu.Setidaknya,kuranglah sikit aktiviti merungut aku.Save tenaga for sure.

Tuah aku kot hari ni,mentor LDK aku sangat best + gila best = MY LDK MENTOR ROCKS!! Tak perasan pun masa berjalan.Tak rasa pun kena torture & chup,aku tak merungut kot!Kira aku enjoy lah dengan LDK sem 2 ni.You memang cool-lah Miss Fairus!


Berbaliklah kepada tajuk besaq kita,judging a book ni.1st of all,mesti korang dah tak heran dengan quote ni kan?Balik2 buku,balik2 buku.Tak boleh ke "Dont judge a candy by it's wrapper" atau "Dont judge a chicken chop by it's gravy" atau kenapa tak straight je kan? "Dont judge people by their apperance".Finish.Kalau kita main dart,of course dah sampai target cuz it was so straight to the point.Tak payah berbuku2. (=,=")






Lumrah,nature orang lah kan,main pakai hakim someone tu tanpa 'bukti' & 'saksi' yang kukuh.People will always,always believe every single thing that they'd just saw.Contoh lah kan,kalau kita nampak mamat motor prang preng atas jalan dengan kelajuan membunuh,mesti kita terus assume that guy some kind of mat rempit.Kita takkan fikir mamat tu entah2 dapat call emergency mak dia eksiden,atau maybe dia terlupa IC nak masuk exam hall.Yang buruk2 mesti datang dulu.Tah mana kan lesson akhlak darjah 5 kat sekolah petang zaman hingus2 dulu.
*No offense eh?Aku cakap kat diri sendiri jugak nih*

Nak dijadikan cerita,aku ni suka la dok perati orang.Lagi2 lelaki.OOPS. *blushing*
Ala opposite attract,beb.Chill lah.Bila lelaki ni,aku akan tengok ke-smart-an dia dulu.Baju dia gosok tak.Selekeh sikit,perangai pelik sikit,buat bagus sikit,mule la slek mamat tu macam dia buat dosa langgar kucing.Padahal dia tak kenal aku pun.



I have some thought which sometimes,we can probably predict the book's content by only seeing the cover.Contoh macam Ujang.Cover dia kartun bongek2 merepek sikit so kita boleh agak yang tu majalah komik,bukan majalah keagamaan.So does jurnal2 kat library tu.Tanpa kita bukak pun kita dah dapat judge yang buku tu memang demm bosan dengan tulisan tak berhenti.Ha,boleh tak anda2 relate-kan dengan life kita?

Apa yang aku cuba nak sampaikan,kadang2 appearance mencerminkan keperibadian seseorang.Penampilan  kadang2 'membenarkan' lagi 'mensahihkan' judgement orang sekeliling tentang kita.Tapi walau apa pun,kita sebenarnya still tak layak untuk jadi juri,jadi panel hakim yang adil lagi bijaksana selagi kita tak kenal orang tu betul2.

Macam makan coklat,kita tak boleh cakap coklat tu tak sedap hanya dengan pandang wrapper dia.Kita kena makan,kunyah dan telan then kutuklah kau sepuas hati.Nak saman syarikat coklat tu pun pergilah sebab kau dah rase,kau dah tahu coklat tu macam mana. *Tapi nak main saman2 sok jangan libatkan aku*

Dalam kasus majalah Ujang,dia lawak,lawak jugak (sebenarnya dah tak lawak sangat pun) tapi kalau korang tak selak dalam2 majalah tu,ada korang tahu dia selitkan pengetahuan am kat bahagian tengah & tazkirah ringkas kat penghujung majalah?Mesti korang ingat tu majalah lawak2 tak ingat dunia akhirat sampai ke sudah.Macam tu jugak orangkan..?Kalau kita tak kenal dia,tak selami atittude dy yang sebenar,boleh ke kita tahu hati budi dia yang sebenar2nya macam mana?


DON'T!


Kesimpulannya,betullah kata pepatah tu kan,
"NEVER/DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER"
Sesungguhnya kita tak tahu yang berfesyen punk tu luar je tapi malam dia qiamullail,menangis2 mintak ampun & yang berkopiah tu solat fardhu solat tak fardhu buat siang je malam berdangdut sakan.Kita apa tahu kan?Tahu tengok,tahu menge-judge.Ish3..ayuh readers!Kita ikut proses,turuti prosedur :

  1. Jumpa
  2. Kenal
  3. Rapat
  4. Judge.

Jangan plak judge dulu then dengan sebab tertentu korang jumpa,kenal & akhirnya baru rapat.
"Kau nak tau tak,dulu kan aku ingat ko ni kerek giler doe,dah rapat dengan ko baru aku tau ko punye muke memang semulajadi ketat.Kepala sama je gila cam aku~" 

Comel lah comel.Selalu je jadi kat aku. *I really am such a loser* (=,=')

No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping by :)

Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...