Wednesday, February 9, 2011

Entry Gatal.Sila Baca.

Assalamualaikum gadisss & s juga jejaka.Aku tak pasti kalau wujud readers dari kaum pinggang straight ni.Lama tak jumpa since ribut malas melanda.Aritu angin malas je kan.Rupanya tu petanda ribut nak datang.Comel tak? =3 *tiba2 terasa nak wat emoticon hamster*

Eksyeli,Aku tak berniat pun nak menggatal2 dalam blog sendiri.Tapi dah alang2 tajuk tu 'Entry Gatal' & korang pun dah klik untuk membaca entry di mana terdapat kegatalan disitu so that kena lah aku teruskan usaha menggatal ni.Tapi aku tak bertanggungjawab di atas kegatalan korang lepas ni.ching ching. =)

 
Ouch.*garu.garu*
Hey!Ni bukan gatal main pasir jiran sebelah eh?

Entry kali ni nak cerita pasal jodoh.Takde la gatal pun sebenarnya.Tapi kalau orang2 berumur + dewasa baca ni mesti cakap aku gatal sangat nak kahwin.Hm.Takdelah pun.Aku dengan tak pasal2nya dapat ilham bila temankan kawan aku yang sorang ni pergi memborong kasut.
(Indeed beli 1 kasut je.Saje cakap borong.buat gempak).
I am super-sure dia tak pernah jenguk blog Shasha Yatim ni.Al-maklom terpencil.
Status : Selamat untuk cerita kisah teman & kasutnya.

style!

Ok.Let me introduce that person as Aisya. *bukan nama sebenar*
Dia dah survey2 kasut.Survey punya survey dia jumpa yang dia dok berkenan & aku pun turut memperkenankan cuz guys,that shoes smart & cool & rocksss & semua la yang heaven.Tapi sayang 800 kali sayang,takde size.Tak tau nak gelak @ nak kesian.Berbelah bagi sikit.Tapi aku masih berhati mulia so aku pun kesian.Dia punya tanya kat promoter ada saiz ** tak.Tapi jawapan tetap sama.Dia pun nangis.(Ok.mansuhkan part nangis.saje nak gempak)

Lepas tu beralih kat calon kedua.Wow.Lagi charming plus gowjez kuasa 2!Aku siap kasi restu lagi.But still,saiz takde.Kali ni rasa nak gelak adalah lebih banyak dari kesian.Hati dah tak berapa mulia.Lepas tu dengan perasaan berat hati,dia terai carik yang cun + suit dgn feet's size kat tempat lain.Cet.Tak jumpa.Jumpa pun,bukan taste dia.Juga aku.In the end,dia beli kasut yang suit dgn kaki dia tapi nyata kasut tu takde dalam list pun.

Rahsia disebalik Aisya beriye nak beli kasut : Last Day Sale in town.

******************** 

Ape yang aku nak sampaikan,cari kasut ni samalah cam cari jodoh.Okey2.Cari baju pun.Kadang2 tak semestinya yang kita suka tu jodoh kita.Cam cerita kawan aku tadi.Dia suka kasut ni,tapi akhirnya beli kasut tu.Takde jodoh.Dah tertulis dia akan beli kasut putih.Bukan hitam gowjez.Kesian.Dia boleh 'langgar' istilah takde jodoh tu dengan beli jugak kasut tersebut.
"Nak jugak!Nak jugak!"
sambil guling2 atas lantai.

Believe it or not,dia akan terasa efeknye di kemudian hari.Mula2 memang bangga la kan kasut cantik.Semua puji style,saham melambung,hidung pun terlambung tapi dari awal kasut tu tak ngam dengan kaki kau.Tak ke lama2 dia akan sakit kaki,melecet la,tulang bengkok la,kaki bau la (ade ke?) & lastly tinggalkan kasut tu terkapai2.Suram muram dia dalam kotak.Takpun kau biarkan je kasut tu,dan suatu hari minggu yang malang,jadilah satu kes kecurian di situ.Dahhh sorang hamba Allah dapat dosa.Kasut tu pun cun.Kalau tak mana kau nak beli?




Jangan ingat yang cantik2 ni senang dapat jodoh.Kasut pun kalau tak jumpa dengan kaki yang betul,tak dibeli tak.Then,tengoklah kaki tu sendiri.Barang cantik,barang baik,Of course la mahaalll.Bukan calang2 kaki boleh landing kat kasut Adidas,kan?Ni tak.Nak yang style,branded,terbaik tapi duit takde.Samalah macam nak yang solehah2 tapi sendiri tak pernah sembahyang.Choyy!

Orang macam tu jugakla.Kalau salah partner,agak susah la nak harmoni masjid tu.Bukan takleh adjust.Boleh je.Cuma SEDIKIT susah berbanding partner yang dah sedia match dari awal.
Laksana kaki saiz 7 masuk dalam kasut saiz 7.Style je.




Kalau salah pasangan tu,kita anggap macam badan saiz L terbeli baju S.Nak biarkan sayang.Charming kau!Kita pun adjust cara pakai dengan beli cardigan ke,dalam sempit2 tu,still kau boleh pakai tanpa nampak cam nangka kat kebun Pak Tam.Takpun kita sendiri diet habis2an demi baju tercinta sampai kita betul2 fit & match to that shirt.Memang terdapat extra cost + effort + time,tapi hasilnya comel what.Takdelah baju yang charming lagi gowjez tu terbiar then,sikit hari kemudian berpisahlah anda dengan baju tu kerana ia dah masuk almari IKEA someone berbadan hot lagi slim.

Tak semua benda yang tak berjodoh ni tak boleh diusahakan.Aku sendiri,sebenarnya aku memang takde jodoh dengan subjek sains.UPSR & PMR dapat A tu cuma rezeki tapi takde sape percaya.Sampai SPM hancussss & s baru semua orang terbuka mata.Rezeki dah tak berpihak kat aku sebab aku berhenti berusaha.Aku dah give up awal2.




Saat aku habis SPM,aku dah set yang aku TAKKAN involve dengan sains lagi sebab aku tahu aku 'geng' dengan apa.IF aku nak teruskan,still macam baju tadi,I have to exert extra cost + effort + time.I refuse cuz aku terima 'JODOH' aku dengan hati terbuka ;-
INFORMATION MANAGEMENT.
I lost science,but Allah gave me IM.
I LOVE IM,just the way it is.

2 comments:

  1. well, i got ur point here. IM bebeh! HAHA. berjodoh sungguh. confirm2, kalo amek sc stream nt xleh go mcm duck2go 2 en.. HAHA again~ :P

    ReplyDelete

Thanks for dropping by :)

Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...