Girls & Make-up

Assalamualaikum & selamat beramah extra mesra.Bertemu kembali walaupun kita tak sepatutnya bertemu.Sesungguhnya assignmentsss still lagi cuba nak bersaing dengan ketinggian pencakar langit & aku rilek.Gabra pun dapat ape kan?Sir tak cakap pun dapat extra marks.

Harini aku penat.Siap buat status lagi kat fesbuk aku yang disyaki has been hacked by penyibuk tak sedar diri.Cet!Walaubagaimanapun,dalam penat2 yang sebenarnya taklah penat sangat tu,aku rasa lega sebab assignment human communication dah selamat submit.senyum.

eh2.tiut.
Oleh yang demikian,aku pun post lah entry ni.Aritu cerita pasal kasut,kali ni cerita pasal mekap.Tak panjang kot.Ala saje gedik nak cerita alang2 internet okey sikit ni.
(Okey = 3 bar internet connection = putus2 setiap 15 minit).
Kalau nak kesian,sila.Tanak kesian duk depan computer tu diam2.Nak makan keropok udang sekali pon okey.takda masalah.

Camni.Aku selalu la dok mengular blog tah sape2 tah.Tak kenal.Setiap kali mengular,mesti blog tu lain2.Aku tak stick to 2 or 3 blogs sahaja.Tukar angin.Tak maw la angin perisa lembut je kan.Kadang nak jugak angin kuat2 & honestly,kebanyakan blog yang aku usha adalah milik kaum kopiah.Saje la kan cakap kopiah.Nak cakap serban macam alim ulamak sangat.Enyunowat,ape yang aku dapat rumuskan,laki ni sebenarnya tak suka perempuan mekap tebal2.*kejap* Ok.Aku mekap nipis je.Diorang cakap suka yang simple lah,apelah,itulah inilah.Hamboy!Banyak cekadak!


Eksyeli kan,perempuan tak ah suka sangat nak mekap.Korang ingat senang nak remove mascara2 segala tu.Kalau tak tenyeh,sampai minggu depan dok lentik.Dah tu,kena beli make-up remover plak kan?Adoy.Duit lagi.Ada girls yang mekap untuk attract guys.Alah,umur2 cam aku ni.Memang aktiviti kokurikulumlah kan orang cakap nak tackle2.Tapi aku tak terjebak aa..aku selalu dating dengan Ahmad Microsoft word je takpun bergayut dengan Abdul Powerpoint.Hot stuff all the time.*ching.ching*

Benda2 mekap nih obviously costing we gurls a lot.Lagi2 jenama2 mengancam ah grand nye kan cam ohreal,mehbeli,zi-eh,..ape lagi?suki-gel.Eh tak.SilkyGirl murah sikit.Mama pun cakap camtu.Tapi still,keluar jugak duit tu.Sesungguhnya,tak semua girl yang mekap ni nak menackle semata.Ada jugak yang sebenarnya tak yakin dengan rupa sendiri.Contoh terhebat zaman ni,aku.Eh.Aku bukan inferiority complex sangat.Cuma rasa cam kulit aku tak sekata kan,tu yang tepek bedak 12 kali sapu tu.
(sebenarnya tepek sekali round je.yang 11 lagi adalah nak gempak kebabo semata2.jangan tiru aksi tersebut dirumah)


Berbalik kepada cerita tadi,korang yang laki ni takyah ar nak point pompuan mekap ni cam girly mahupun geli sangat.Assume je diorang nak upkan yakin diri tu.Mana lah tau kuasa mekap tu boleh tukarkan sorang girl penikus cam bibik kepada pengucing cam mem-besor,nobody knows.Only THAT girl knows.So let her be in her makeup world.

Term of tikus & kucing tadi aku nak cakapla,tanpa make-up maybe dy takut nak kedepan n speak freely sebab tak yakin dengan rupa.Ye ah..rendah diri la kan ade speaker jauh lagi hot.Nak2 audiens guys2 belaka.Mesti la dok focus on the hotter one eventho that hotty present taklah gedegang mana.Tapi dengan make-up,manelah taw "The power of ohreal" kan,dy jadi jauh lagi hot,so she can speaks better.Hmm~


Lepas tu kan,lepas tu kan,girls,kalau dah jumpa barang2 mekap,takleyh resist diri sendiri dari mencuba.Ala saje.Conteng2 muka lepas tu buat sesi photoshoot dengan kamera paling cikai pun 10MP dimana  penyelaras latar,penata cahaya,model,n fotografer adalah orang yang sama iaitu diri sendiri.Ala,lengan sendiri ade.Murah.

Dulu aku la orang yang pembanteras mekap habis-habisan.Tapi sebab umur kot,sekarang aku pun apply eyeliner gak.compact powder nak habes dah.lipbalm plak dah patah separuh.Adoy.Choy la lipbalm 3hengget tu.Baru 8bulan beli.Eh.Haa betul la.Lipbalm la benda paling jimat.Dah patah separuh pun tak habes2 lagi dekat setahun.Tapi tengok jugak la tahap ketegaran gurls terhadap benda alah tu.Sehari tenyeh 23 kali,tak heran la 4 hari kemudian beli lagi.


End of entrylah kan guys,sebab aku pun cam dah ngantuk2 bagai,sometimes kan,aku rasa cam
"perlu ke mekap tahap dewata cara gitu??"
terhadap girls2 yang nak pergi kelas@lecture hall.I mean,come'on la.Gaya tepek cam nak pergi Grammy Award kot!Simple dah.Aku bet diorang bangun 2 jam awal sebelum kelas mula.Orang cakap,kalau lebih2 ni pon bukannya elok.Sungguh!Urh...kalah Rozita Che' Wan (& kenapa mesti beliau ye?) Tapi kan,sukati diorang la kan?Diorang yang mekap,tak jejas pun bilangan assignment aku.Still jugak nak tinggi Eiffel Tower tu.Ha.Yelah nak sangat tinggi tu,pergilah kau. (=.=")

Comments

  1. haha...sokong2!! bila tgk yg make up tbal gila tuh, rse mcm..eerrr.. tah ap2 tah..

    ReplyDelete
  2. HAHA..kan?kan?tak jeles pun diorang apply thick mekap cuma nak ke kelas je kot!perlu ke? ;D

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for dropping by :)

Popular posts from this blog

Diploma Pengurusan Maklumat UiTM?

Checklist : Apa Yang Perlu Dibawa Ke Kolej Penginapan / Asrama / Hostel ?

Degree Story