Friday, February 18, 2011

Misteri : Papan Ouija.

Assalamualaikum.Selamat Hari Jumaat.Penghulu segala hari.Penghulu?*abaikan.abaikan* 
(orang tertentu je paham nape aku sensitip dengan word 'penghulu'.)
Umm..ha.Pagi tadi,aku pegi meng-google.Aku kan suka cari benda2 tak penting ni,then tiba2 kan,aku jumpa cerita pasal Ouija.

ayok!sape gerakkan..?

Siapa tak kenal Ouija.Meh sini aku kenalkan."Hey you guys meet Ouija.Pronounce it properly~WEEJA.Ouija,meet my readers.Say hai to them." then,anggapla korang dah berjabat tangan.

~OK.SESI TA'ARUF TAMAT.~

***************************************
Eksyeli ada mazhab kata,words 'Ouija' came from perkataan French/German that is Oui/Ja yang bermaksud 'ya'.Benda alah ni katanya berhantu.Aku pernah tengok cerita seram cina kat TV3 time aku darjah 4 tajuknya 3.a.m.Weyh,seram kau!Start cerita tu lah aku kenal Ouija ni.Dalam cerita tu,ade sekumpulan remaja pergi berkhemah & main Ouija.Dahla tengah malam,main lagi.Berani mati la tu kan.Dah puas buat pahala.Main punya main,yang aku ingat la,hantu tu respon,hantu datang,orang jerit2 gedik & tiba2 datang scene tunjuk jam pukul 3.Tak silap la.Yang penting pastu aku tak boleh tidur 3 hari.ching.ching.Bocah,bocah.

Berbalik kat cerita Ouija.Ouija ni ada aneka rupa & bentuk.Ala cam kuih bahulu.Ada bentuk ikan lah,bentuk badak lah.(Ade ke?) Tapi,usually,kat setiap satu papan tu mesti ada benda2 nih :
  • Susunan abjad
  • Satu siri nombor
  • Beberapa tanda baca
  • Perkata "YES" / "NO"
  • Goodbye
Based on cerita2 yang aku tengok + baca pengalaman orang yang pernah main,kita kena letakkan hujung jari kita kat crusor la orang panggilkan atau dalam IMD103 cakap "pointer" & start tanya something kepada sebarangan roh .Kalau la communication berjaya,pointer tu akan bergerak SENDIRI ke huruf2 @ nombor2 tertentu sebagai tanda roh tersebut respon terhadap pertanyaan kita.Tak main eh buat macam benda tu gerak sendiri padahal kita yang gerakkan.choy!Tak aci.


Benda ni digelar sebagai "The Mysterious Talking Oracle" & jadi satu fenomena la kat barat nun time abad ke-19.Ala macam budak2 punya fenomena.Kejap yoyo kejap beyblade.Most of them yang main ni,cuba nak siasat hal2 paranormal disamping ade jugak yang dok main untuk berhubung dengan si mati especially kat kawasan pembunuhan.Kajian saintifik ada dijalankan enyunowat,jawapan roh si mati selalunya hampir sama dengan sesuatu kejadian.Nak cakap hantu tu jadi informer la ni.Awat tak request je roh2 jadi ejen perisik.CIA ke.FBI ke.Senang keja depa.Halimunan kan?

Ramai ahli psikik cakap,tak bagus untuk kesihatan buku lali main2 dengan Ouija ni sebab,kita bukan setakat nak terai2 masuk jarum dengan roh je,tapi dengan entiti lain yang tak dikenali.Korang nak baca 1 kisah ni tak?Pasal Ouija. 


Pada 11 tahun yang lalu, terdapat satu kisah tentang Ouija Board yang pernah berlaku di Amerika Syarikat. John yang meminati perkara-perkara misteri mencadangkan kepada rakan-rakannya, Gareth, Andrea dan Suzanne bermain Ouija Board. Lalu John mengambil Ouija Board yang telah lama tidak digunakan di dalam stor rumahnya.

            Kesemua lampu dipadamkan kecuali lampu meja yang di kelilingi oleh John serta rakan-rakannya. Setelah jari diletakkan pada alat penunjuk, suasana sunyi sepi, yang didengari hanya lah bunyi kenderaan yang lalu di hadapan rumah. Masing-masing menumpukan penuh perhatian kepada alat berkomunikasi dengan roh itu. John mula bertanya kepada roh-roh yang mungkin  ada di sekeliling mereka. “Ada sesiapa di sana?,” petunjuk Oujia tidak beranjak.

            Selepas beberapa kali mencuba, tiba-tiba alat penunjuk beranjak perlahan-lahan ke arah YA. “Siapa kamu?” soal John, penunjuk di jari John dan rakan-rakannya mula bergerak perlahan-lahan, J-A-M-E-S, “ apa yang kamu mahu,” John menyoal lagi. T-O-L-O-N-G, C-A-R-I, S-A-Y-A. “ Kamu di mana?” penunjuk Ouija tidak bergerak semula.

            Memandangkan  masih banyak lagi maklumat yang perlu di cungkil dari roh berkenaan, jadi John serta rakan-rakannya mencuba sekali lagi untuk berkomunikasi dengan roh tersebut pada minggu berikutnya. Mereka yakin dapat menghubungi roh berkenaan. Setelah memanggil roh tersebut, alat penunjuk mula bergerak. “Adakah awak James?”, John bertanya. “YA”.  “Kamu di mana?” soalnya lagi. P-A-N-T-A-I, W-E-S-T-B-A-Y, S-A-Y-A, S-U-D-A-H, M-A-T-I. John serta rakan-rakannya terkejut lantas menarik tangan masing-masing dari penunjuk Ouija. Perasaan seram mula menyelubungi mereka.

Setelah bersepakat untuk mengetahui kebenaran tentang Ouija Board, John dan rakan-rakannya bersetuju untuk mencari mayat James di pantai West Bay, Bridport. Kerja mencari dimulakan pada waktu tengah hari kerana pantai lengang ketika itu dan memudahkan John dan rakan-rakannya mengesan James tanpa ada sesiapa mengesyaki.

John dan rakan-rakannya berpecah kepada dua kumpulan. Semasa mencari,  Gareth telah merenung pada satu batu besar di pantai tersebut, Gareth berasa ada sesuatu yang ganjil pada batu tersebut. Tanpa membuang masa, batu-batu kerikil di bawah dan sekitar batu berkenaan di selongkar. Tidak sampai seminit kemudian, Gareth terjumpa sehelai jean biru serta kemeja-T hitam di bawah timbunan pasir.

Akhirnya satu mayat yang sudah reput dan berbau telah dijumpai dalam keadaan tertiarap. Lalu John dan rakan-rakannya membuat laporan polis. Beberapa hari kemudian, John serta rakan-rakannya mendapat maklumat bahawa mayat tersebut adalah salah seorang nelayan yang hilang di perairan Weymouth, berhampiran West Bay dan nama mayat tersebut adalah Peter James. Adakah penemuan mayat ini satu kebetulan?Ayok.



Eksyeli,cerita ni banyak version kot.First time baca dulu,nama si mati PETER FAGAT.serius.Tetiba dah bertahun tak baca jadi PETER JAMES pulak.Ape ke?Anyway,readers sekalian,takyah ar main benda alah ni.Main teng2 pon lagi best.Main tali skipping ke.Slim kau.
T-U-S-A-J-A-D-A-R-I-S-A-Y-A-T-A-T-A-A.
(ceh,konon nak seram.Tak jadi)

No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping by :)

Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...