Tuesday, May 31, 2011

Benda-Benda Tak Best Time Merempit

Assalamualaikum.


Seperti yang anda sedia tahu aku dah kat kolej MEANS no rempit2.Cukup dah kot prang preng kat kampung 3 minggu sem break haritu.Paling adventure adalah time ambik adik kat sekolah agama.Ade je makcik main potong2 dahtu lalu jalan salah dahtu dahtu bawak keter honda besar2 padahal nak ambik anak sorang dan darjah satu.DARJAH dan SATU dan KECIK.Heyyy..mengundang betol.Tapi takpa.Saya pengguna jalan yang berhemah jadi saya berlagak tenang.

Ni la gaya aku parking depan sekolah agama tu.

Berbalik kepada isu semasa aku,well2 bawak motor ni ada best,ada tak bestnya.Benda jadi best bile sampai part menyelit2 kat traffic light.Kereta2 elok je beratur sebatu time lampu merah then datanglah aku buat muka mickey potong diorang sampai kat port depan sekali.(harus diingatkan:tiada org yang akan marah).That is the best thing.I mean,yeah THE BEST.

Mana de motor kat belakang?


SO,YANG TAK BEST?

-Bila aku terasa gatal kat kepala & oh men aku tengah pakai helmet & bertambah oh men bila aku sedar aku kat tengah jalan raya yang penuh lori.Sumpah cam nak terjun motor second tu jugak. (Terjun untuk garu kepala)

-Bila aku sakit pinggang sebab bawak lama sgt dan yeah aku tumbuk2 belakang aku tanpa mengira pakcik sapa yang tengah drive kat belakang.Sakit doww.

-Bila ada lori saiz king 'kejar' aku kat belakang.Ya rabbi.Dah la besar pastu laju pastu memang dia laju pastu aku kecut perut pastu aku rasa nak nangis.(Eh?) Serius lori besar2 ni memang kinda takutkan aku sikit.

-Bila ade roadblock dimana aku kena berhenti & yang bawak kereta takyah berhenti & benda akan jadi bahan maki at the end bila roadblock tu penyebab aku lambat datang kerja.

-Bila aku penunggang di jalan lurus lagi diredhai ni yang sepatutnya laju je kat simpang bertindak memperlahankan motor & yg sepatutnya berhenti tu pulak laju cam la lagi 2 jam je awek dia nak balik uitm.

-Bila ada mamat lepak kejar motor semata-mata nak mintak nombor.Hoyt!Kalau aku nak bagi pun,ko nak tulis nombor tu kat mana?Ekzos?Tackle secara educated sikit boleh tak?

-Bila ada lubang kat tengah2 jalan.Kalau bawak kereta,takde la rase sangat tapi kalau bawak moto then langgar pulak lubang muat 18 kucing,mau terbalik kalau tak pandai balance.

-Bila aku dah set tudung punya glemer tapi hancur dek angin kuat + kewujudan helmet yang mempenyek-penyekkan bahagian depan tudung time bawak motor.Menyampah gila.

-Bila hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum.Fuu...hebat kena 'cucuk2' dengan air tambah jalan licin macam baru mop dengan kiwi kleen bau lavender.Aku pernah accident kecil-kecilan time hujan & yeah itu tidak best.


Sesungguhnya aku nak cepat2 dapatkan lesen kereta.Lesen motor dah lama menetap dalam dompet.Bawak motor memang lagi bahaya dari bawak kereta tak kira ah kte tonton dan lihat dan tengok dan tenung dari sudut mana pun.Cikgu sains aku pun cakap camtu.Tapi hokay la kan dah ada lesen motor.At least merasa la jugak pegang kad tanda L & P. (serius dulu aku ingat L untuk pemandu lelaki P untuk pemandu perempuan.Whatthe sungguh genius punye pemikiran)

Ok tu je nak cerita.Next entry,maybe aku akan bising2 mereview Kolej Murni ; kolej baru aku.Bersedialah baca bebelan aku ok.just pasal kolej.sahaja.

Daa & nitez readers.See you soon. ;]

New Sem,New Story.

Assalamualaikum.


Hey guys.Saya meng-hapdet live dari Kolej Murni yang hoyeah still bau kilang simen.I mean,tempat tido,tempat online,tempat mandi,tempat gayut ni demm-baru lagi lah dannn sem ni still aku dapat bilik 2 orang.OYYYEAH lagi sekali.
*besok2 aku buat entry khas pasal kolej murni*

Sem 3 ni yoww I admit yang I got lot (truly LOT OF new things) & here comes the list :

  • New phone (Owh credit to my mummy.Thanks for the Xperia X8)
  • New printer (Credit to my abah.Thanks for Miss Canny)
  • New college (Thanks to UiTM Kedah.It's free right?)
  • New purse (Thanks to Adnina Shahirah.wait.oh tu aku sendiri)
  • New Baju KurungSS (Thanks to mama.Again)
  • New roommate.(MATE.Not MATES.Yeah Miss Shammida) *suppose tukar to Shammilo*
  • New LecturerSS (No credit2.I love my old lects.)
Indeed banyak je lagi benda baru aku dapat tapi terasa cam tak payah citer sume pun cam lagi okey kan.Al maklom la aku kan pemalu.


Sem ni azam nak maintain achievement.Alooloo same je cam sem lepas.Azam lagi satu nak study butut2.Takmau usharrrr2 pakwe lagi dah.Ni sem dah naik makanya haruslah dah turun hotness-nye.Turun saham dah mak ngah~ Keluar pi turun Sungai Petani pun nak kena kurangkan since dari Kolej Murni nak pegi main gate je dah lencun baju.Eyeliner pun da cair ke bibir jd lipstik.Ow nyah turun saham lagi. =.=''

Rasanya tu je nak update.Short entry.Again.Tengokla nanti kalau aku rajin.Idea nak tulis dah ade cume malasz las gilos naks updates kans?Nak type lagi.Tapi fortunately wireless memang best kat sini.Shuuh la kao berok celcom.modem nak campak tasik tepi food court nun.

BEROK CELCOM : Berlagak ko eh.Ko tengok nanti aku pedajal PcNiaga.
SHASHA : *dengar mp3 sambil ikut nyanyi sama*
BEROK CELCOM : huuuuwwaa..mummy!!

Thats all guys.See ya. ;]






Wednesday, May 25, 2011

Result UiTM dah keluar.

Assalamualaikum.


Hey guys..whats'up? Result aku dah keluar.Alhamdulillah.Seronok?Erm..
Okaylaaa~

Macam dalam status facebook aku,seriously aku sangat-sangat tak expect boleh perform lebih baik dari 1st semester.Semua orang tau 1st sem just basic tapi entahlah rezeki aku dan kawan2 kot,ramai yang improve sem 2 ni.Again.Alhamdulillah.


*click klu terasa nak enlarge*

Kepada lecturer BEL260 : Terima kasih madam.Madam orang pertama kasi saya A dalam examination english selama 12 tahun saya belajar dari darjah 1 & madam terlalu chumel.Boleh tak jangan chumel sgt?geram.
Terima kasih Mdm.Noor 'Izzati Ahmad Shafiai.
Target yang sepatutnya : 3.67

Kepada lecturer CTU151  : Terima kasih banyak ustazah.Ustazah memang sporting gila.Love you soo mush mush mush.
Terima kasih Ustazah Salmah Hussain.
Target yang sepatutnya : 4.0 

Kepada lecturer IMD152 : Terima kasih Miss.Saya banyak melangak time lecture.Certain part je saya betul2 fokus.I'm sorry.Ape pun,miss banyak tolong time assignment & yaa..You sangat chun.
Terima kasih Miss Seri Intan Idayu Shahrul Asari 
Target yang sepatutnya : 4.0

Kepada lecturer IMD155 : Horait sir,terus terang lah kan memula dulu saya tak suka subjek sir.Time kelas pun tak take notes until one day saya rasa rekod sangat menarik sebab dah faham.
Terima Kasih En.Asmadi Mohammed Ghazali
Target yang sepatutnya : 3.67

Kepada lecturer IMD156 : Sir..deepest apologise to you sebab banyak ponteng.Tapi since saya tak fofuler so that takdelah you noticed kan.Tu la best orang low profile ni.I'm sorry & yessh...
Terima kasih En.Asmad Rizal Umar.
Target yang sepatutnya : 3.67

Kepada lecturer IMD157 : haluu sir.sir la lect paling menakutkan dengan carry mark yang perh memang kontot la.Takut tau.Nasib subjek sir tak susah sangat.Takyah study teruk2 cam subjek lain.Ape pun hope you boleh sporting balik cam dulu.
Terima kasih En.Wan Mohd Hafiz Wan Hasnol
Target yang sepatutnya : 3.33

Kepada Ustaz HKR111 : Hai ustaz.Saya selalu plan nak tido time HKR.Sorry.saya suka dengar ustaz ceramah bab2 kahwin ni.Terima kasih bagi A+.Tak sangka sebab saya dah ponteng 2 kali.Upps.
Target yang sepatutnya : 3.67

Alhamdulillah.Semua target tercapai.

Itu sahaja.Entry ni lebih kepada nak berterima kasih kepada lecturer2.Hope next sem lecturer hokay2 belaka macam lecturer sem 2.Nak doa banyak2 & yaa..thanks jugak kepada kengkawan yang bantu aku dapatkan nota & explain macam2 kat aku.Tengkiyyouu y'all.

p/s : Congratzz DIM2H.Ramai yang improve ni..Lets keep it up!

Tuesday, May 24, 2011

Result nak keluar dah!

Assalamualaikum.


Hey guys.Besok result dah keluar.UiTM sekarang dah senang.Tak payah nak campak2 pinggan Arcopal,campak Sony Ericsson Satio,lambung2 Ipad sebab bengang 'traffic jam' semua nak tengok result kat student portal.Kitorang boleh cek terus kat E-mail masing-masing. sebagai seorang yang normal lagi gelabah,memang honestly aku gabra.


 butterfly in stomach I.yeouu ade..?



Aku tak tahula sama ada boleh kekalkan performance macam result semester 1 yang....Okaylaaaaa~ tu.

Just harap yang result yang aku dapat betul2 setimpal dengan apa aku usahakan also,penat lelah aku semester 2 dengan research2,pameran 'BUCKS-SUCKER' & study sampai awal pagi tu berbayar dengan keputusan yang memuaskan. Lagipun kemunculan 
'lecturer-yang-relax-dan-cool-tiba2-berubah-jadi-hati-kering' 
tu tambahkan gelabah aku,Takut doe dia tanda separuh hati & jiwa raga dia/tanda betul2 ikut skema-skemu yang UiTM bagi.

Paper sem ni susah2.Aku tak mampu nak jawab sambil senyum pun seperti yang aku buat kat final sem 1 dulu di mana aku jawab sambil nyanyi2 lagu spongebob lagi sebab soalannye....
okaylaaa~ (again)


UUUUU..who live in a pineapple under the sea..?????

Ape pun,sapa2 yang baca entry ni,hope dapat doakan yang terrrrbaik untuk aku.Aku ade  kira2 14 jam je dari sekarang & yeah,thank you.. =)

Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...