Tuesday, May 31, 2011

Benda-Benda Tak Best Time Merempit

Assalamualaikum.


Seperti yang anda sedia tahu aku dah kat kolej MEANS no rempit2.Cukup dah kot prang preng kat kampung 3 minggu sem break haritu.Paling adventure adalah time ambik adik kat sekolah agama.Ade je makcik main potong2 dahtu lalu jalan salah dahtu dahtu bawak keter honda besar2 padahal nak ambik anak sorang dan darjah satu.DARJAH dan SATU dan KECIK.Heyyy..mengundang betol.Tapi takpa.Saya pengguna jalan yang berhemah jadi saya berlagak tenang.

Ni la gaya aku parking depan sekolah agama tu.

Berbalik kepada isu semasa aku,well2 bawak motor ni ada best,ada tak bestnya.Benda jadi best bile sampai part menyelit2 kat traffic light.Kereta2 elok je beratur sebatu time lampu merah then datanglah aku buat muka mickey potong diorang sampai kat port depan sekali.(harus diingatkan:tiada org yang akan marah).That is the best thing.I mean,yeah THE BEST.

Mana de motor kat belakang?


SO,YANG TAK BEST?

-Bila aku terasa gatal kat kepala & oh men aku tengah pakai helmet & bertambah oh men bila aku sedar aku kat tengah jalan raya yang penuh lori.Sumpah cam nak terjun motor second tu jugak. (Terjun untuk garu kepala)

-Bila aku sakit pinggang sebab bawak lama sgt dan yeah aku tumbuk2 belakang aku tanpa mengira pakcik sapa yang tengah drive kat belakang.Sakit doww.

-Bila ada lori saiz king 'kejar' aku kat belakang.Ya rabbi.Dah la besar pastu laju pastu memang dia laju pastu aku kecut perut pastu aku rasa nak nangis.(Eh?) Serius lori besar2 ni memang kinda takutkan aku sikit.

-Bila ade roadblock dimana aku kena berhenti & yang bawak kereta takyah berhenti & benda akan jadi bahan maki at the end bila roadblock tu penyebab aku lambat datang kerja.

-Bila aku penunggang di jalan lurus lagi diredhai ni yang sepatutnya laju je kat simpang bertindak memperlahankan motor & yg sepatutnya berhenti tu pulak laju cam la lagi 2 jam je awek dia nak balik uitm.

-Bila ada mamat lepak kejar motor semata-mata nak mintak nombor.Hoyt!Kalau aku nak bagi pun,ko nak tulis nombor tu kat mana?Ekzos?Tackle secara educated sikit boleh tak?

-Bila ada lubang kat tengah2 jalan.Kalau bawak kereta,takde la rase sangat tapi kalau bawak moto then langgar pulak lubang muat 18 kucing,mau terbalik kalau tak pandai balance.

-Bila aku dah set tudung punya glemer tapi hancur dek angin kuat + kewujudan helmet yang mempenyek-penyekkan bahagian depan tudung time bawak motor.Menyampah gila.

-Bila hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum.Fuu...hebat kena 'cucuk2' dengan air tambah jalan licin macam baru mop dengan kiwi kleen bau lavender.Aku pernah accident kecil-kecilan time hujan & yeah itu tidak best.


Sesungguhnya aku nak cepat2 dapatkan lesen kereta.Lesen motor dah lama menetap dalam dompet.Bawak motor memang lagi bahaya dari bawak kereta tak kira ah kte tonton dan lihat dan tengok dan tenung dari sudut mana pun.Cikgu sains aku pun cakap camtu.Tapi hokay la kan dah ada lesen motor.At least merasa la jugak pegang kad tanda L & P. (serius dulu aku ingat L untuk pemandu lelaki P untuk pemandu perempuan.Whatthe sungguh genius punye pemikiran)

Ok tu je nak cerita.Next entry,maybe aku akan bising2 mereview Kolej Murni ; kolej baru aku.Bersedialah baca bebelan aku ok.just pasal kolej.sahaja.

Daa & nitez readers.See you soon. ;]

No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping by :)

Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...