Zaman Sekolah ; Tak Tipu,I miss U.

Assalamualaikum.

Saya mengupdate blog live dari bilik aku yang bersepah ni.Ah ha,bilik bersih waktu pagi je.U know,dah jadi cam rules dah.Jangan tiru aksi terlarang ni.Now I'm listening to One Republic,All the Right Moves.Lagu dah lama.Baru minat sekarang & baru perasan lagu2 One Republik best (I mean kena la dengan selera aku) especially ATRM & Secret.
 *Hah ketinggalan! Nyianyeww Shasha.*

Sekarang ni aku bukan nak cerita pasal One Republik.Aku nak present kat readers2 aku sekalian pasal zaman sekolah aku yang .....mahit? (MAnis + paHIT) tapi semuanya start kat Form 3 cuz form 1 & form2  takde gambar langsung & cerita sangat cliche.You know,cerita common budak2 sekolah :

  • Bangun pepagi buta
  • Alamak lambat! Kejar bas
  • Sampai sekolah lambat sebab pakcik bas bawak cam siput tempang (siput ada kaki.Heh,someone panggil Ripleys)
  • P & P
  • Rehat
  • Sambung P & P (tertidur time kelas)
  • Balik
Oh2 ade satu extraordinary hal jadi time form 2 :

 FAILED MATHEMATIC !
& rasminya turunlah Shasha ke kelas Ikhlas..

SAM (T) Tengku Ampuan Rahimah ,Kuala Langat.

FORM 3

Zaman Form 3 memang seronok.Aku tak sangka sangat2 kelas 3 Ikhlas boleh jadi seseronok tu.I mean,kemon, this isn't about my ex.This is about my friends.They all sangat sporting & belajar dalam kelas 3 Ikhlas,jujur aku cakap, tak stress.Time exam pertengahan tahun,I got no.1 & peratus boleh la kata tinggi then ada khabar angin kata yang percentage okay akan dinaikkan kelas 1st balik la,ape lah.Bila aku dengar je,aku ngamuk2 (ceh) tanak balik kelas Karomah (kelas 1st).Ramai yang tanya termasuk mama sekali, "Kenapa??".Jawapannya mudah je,"I like Ikhlas better." 

Bukan aku tak suka kawan2 Karomah.Diorang semua baik2,serius semua kategori nice person tapi suasana dalam tu stressful & maybe sebab aku fikir aku dah dalam kelas 1st,aku rasa selamat.So,pada aku ni hikmahnya aku turun kelas.Bukan je dapat kenal kawan2 yang hilarious,malah buat pertama kalinya,aku rasa proses P&P tu sesuatu yang totally fun & entertaining.

Ni la rupa aku time form 3.Aku sendiri tak dapat terima kenyataan dalam gambar tu aku.
"Pergh agli gila aku.Dengan selekehnya.Yaks" kata shasha yatim di dalam hatinya.


Huduh kan? Kawan2 aku semua cantik2.Aku je yang ugly duckling.Nak tengok diri sendiri pun cam tak rela =_=''



SONY ERICSSON W810i

Nostalgik betul handphone ni pada aku.Handphone that I got dgn bersusah payah (ikat perut setahun) & at last,Finally,in the end I owned SE Walkman W801i dekat2 nak PMR.Seronok takyah citer.Aku still ingat perasaan dapat handphone tu.Tapi bukan rezeki kot,my phone dicuri.I brought that phone to school for some reasons time PMR.Yang bengapnya,aku tinggal kat bilik beg sebab takutkan pengawas.Aku still ingat,waktu habis exam Bahasa Arab Komunikasi,aku terus bergegas pergi ke tempat beg sebab seriously aku tak sedap hati.Then memang betul,my phone 'gone' already.Tears drop.You know,speechless.Sepupu aku,Rahil  & classmate aku,Shud yang calm-down kan aku.

Dan yang bestnya,PMR tak habis lagi.Dalam nangis2 tu,aku study jugak Geografi.Basah lencun buku aku dow.Serius tak tipu.Tak cukup buku,time exam,aku nangis lagi beriya2 sampai kertas nak koyak dah & some of pengawas cuak tengok aku.(Diorang ingat aku sakit =_='') . Aku jawab exam sambil menangis.Dari start exam,sampai habis.Soalan PMR nampak kabur cuz aku nangis banyak sangat.Sedih aku tak terkata sebab aku dapat phone tu dengan bersusah-payah.Time form 3 aku betul2 avoid kantin & berlapar dari pagi sampai lewat petang (Form 3 selalunya byk seminar & extra-class.Selalunya habis pukul 4 lebih & aku sampai rumah dekat pukul 6) just for that phone.Tapi dah nama pun tak ada rezeki kan?
But good thing came in return.I got A for Geography .


SAM Bandar Baru Salak Tinggi,Sepang

FORM 4

Berbekalkan (cehh) result yang orait,aku pindah ke SAMBBST.Sekolah Agama Menengah Budak Budak Suka Tidur for Science Stream.Ramai yang galakkan aku pindah & yeah,aku pindah tanpa sedar that I'll terribly hurt inside by studying there.Well,I got new friends yang sama2 gila.Aku jumpa sekumpulan manusia yang sangat kuat friendship-bond diorang.Aku jumpa sekumpulan manusia yang sangat berpuak-puak.Aku jumpa manusia yang pentingkan diri sendiri walaupun tidur satu dorm.Aku jumpa manusia yang riak gila babeng.Aku jumpa manusia yang serius muka bertalam-talam.Cuma some of my friends :
Fatin,Nisa,Sai,Tehah,Munirah,Zuliana,Ayesha,Syafiqah,Hani & junior aku,Nadhirah out of beratus2 manusia kat sana yang aku anggap betul2 kawan aku.

For some reasons,aku decide untuk pindah dari sekolah tu.I CAN'T STAND STAYING THERE FOR ANOTHER YEAR.Banyak faktor kenapa aku nak sangat blah dari situ.Aku siap berjanji aku takkan jejak SAMBBST lagi for the rest of my life selepas ambik result SMA.Kenangan kat sana banyak yang pahit berbanding manisnya.Aku tak pernah dengan rela hatinya nak balik hostel tiap kali cuti.Tambah parah,I got some problems dengan Ketua Asrama.Aku pernah diherdik depan sebilangan besar orang,SAMTTAR pernah dihina depan aku just sebab aku duduk berbual kejap dengan sorang mamat SAMTTAR yang datang SAMBBST untuk berniaga.Aku berbual depan orang ramai.Apekehal? 

" KAT SAMTTAR,SEMUA BUDAK2 SAMTTAR,MEMANG SOSIAL MACAM NI KE?!"

Salah satu ayat makan dalam pernah aku terima.Aku sedih dengar SAMTTAR dilabel camtu.Apa hak dia? Aku tak berbual kat tempat sunyi pun.Aku chat kat tengah2 pasar wey.Thats what we called the real sosial.Interaksi yang sihat antara girl & boy.Dia ingat SAMBBST kesayangan dia tu suci sangat ke? Well hello,berlambak2 kapel ko tak nampak? Then,the very next year-nya,that person masuk SAMTTAR ambik STAM.Hebat?

Below are some of photos yang sempat aku capture time form 4 :

peminat micky yoochun &choi kang
ni meow2 paling jahat
bersama eton
HAHA.Still ugly duckling.Right besides me is Fatin Nadhirah Muhaya,one of the funniest friend I ever met.



SMK Telok Datok,Banting.

FORM 5
Berpindah ke SMK Telok Datok,satu keputusan yang tak pernah dikesalkan.True happiness was in there.Sekolah tu memang buruk aku boleh buktikan betapa 'old-school' nya sekolah tu.You know,sometimes pic tells it better.



Haha.Takde dana nak cat semula kot.Tapi takpelah.Tak kisah pun.Nampak tak pic kedua, tingkat kedua,yang pintunya tertutup tu,ha.. tulah kelas kitorang.Kelas atasya tu plak kelas...err kelas...Ok2,next story.

Kat sekolah ni,aku jumpa kawan2 yang best-of-the best.Bukan je cantik2,tapi baik,pandai plak,solehah2 lagi,Can't describe how I heart them very much.Kelas kitorang cuma ada 16 student je & only 2 of them were boys.Ratio 1:7.Wowww.Dengan kelas yang buruk dan separuh,fasiliti yang kurang,kitorang tetap happy.Main kejar2 dalam kelas,celebrate birthday,main berbalas2 pantun 2 kerat yang langsung tak kena.Contoh :

                                               Pergi ke kedai beli keropok lekor,
                                                                               Shira, mintak air sikit.

Whatthe..? Serius perosak bahasa.Teringat lagi menu time rehat,semuanya macam " pemboleh ubah yang dimalarkan" ,sama je tiap2 hari.Aku dengan tempe aku,Naja dengan Yee Mee dia,Along,Kuey Teow goreng,Aida & Ainnur,keropok tak habis2,kelakar betul.Dah boleh hafal dah apa yang diorang makan tiap2 hari.And yes,aku suka cikgu2 sekolah SMKTD.Sangat nice.Friendly lagi.Seronok. =)


Atas ni pic kami tengah bergambar depan pintu pagar sekolah,tempat yang selalu menyaksikan aku datang lambat & selalu didenda pengawas terutamanya seorang mamat pengawas form 6 terlebih eksen bernama Aiz**.Pernah satu hari tu dia siap cakap 

"Betul ke tu nama ko?Tulis betul2.Ko jangan tipu2 tulis nama orang lain plak" 

time aku tengah dok tulis nama kat buku datang lewat tu.Ek eleh mamat ni,betulla tu nama aku.Sibuk je.Asal datang lambat je muka dia yang tengah tercongok depan pagar.Macam takde pengawas lain.Dulu memang serius menyampah dengan dia but nobody knows what's waitin' in the future,rite ? <-- (sape faham apa yg aku maksudkan, dia terel.)
Bawah ni adalah gambar some of ex-5KAA 2009 :

Miss them so much.

Semua dah bertabur2.Walaupun kitorang dari sekolah kampung,most of us dah kat IPT sekarang.
  • Adam : Bakal fly ke Jepun
  • Azrul : Dip Civil Engineering,UiTM Penang
  • Aini Azizah :Medic,Universiti Al-Azhar,Mesir
  • Ainnur : Found.Nursing,UIAM Petaling Jaya
  • Aida : Dip Computer Science,KUIS
  • Adlina : Medic,Tanta University,Mesir
  • Izzati : Pre-law,UIAM Petaling Jaya
  • Hani : Bsc.Engineering,UniMAP (silap,sila betulkan)
  • Ashira : Bsc.Biotechnology,UMS
  • Adilah Aishah : Found.Human Science,UIAM Nilai
  • Syafiqah : Lepasan Pre-Law UiTM
  • Azzian : Bsc.Chemical Engineering,UiTM Shah Alam.
  • Hafizzah : Dip Information Management,UiTM Kedah.
  • Faezah : Dip Pengurusan ladang,UiTM Jengka
  • Noor Saiyidah : Dip Science,UiTM Kuala Pilah
Dan aku kt UiTM Kedah,studying information.Muahaha.Harap2 lepas ni kita dapat buat reunion.I mean,the real reunion tanpa seorang pun takde.Selalunya half je yang datang kalau kata nak berkumpul. =_=''

Aku rasa sampai sini je lah aku membebel.Korang pun dah tak sanggup rasanya nak membaca lagi.So,ni lah zaman sekolah menengah aku.Takde lah smooth sailing sangat but still,takdelah teruk sangat.Betullah yang hidup tu umpama roda & setiap yang berlaku memang ada hikmahnya.Paling rindu tahun 2009.Kalau diberi peluang untuk kembali ke masa lalu,aku pilih untuk duduk dalam kelas 5KAA & lalui hari tu just like the past 2 years.Datang sekolah lambat,tertidur dalam kelas,pinjam kipas kawan,rehat,pergi tandas 8 kali sehari & balik awal sebab cikgu mesyuarat.Oh my =')

Sebagai penutup entry,nak tengok rupa aku time form 5? Still,buruk lagi.Cuba carik aku yang mana satu.

 

TARAA..!!
yang kiri yang kiri.Aku tau yang kanan tu lagi comel tapi aku yang kiri.Amboi.Nak tengok yang comel je ye.

& this is me now.Still same after couple of years.Bila la nak cun ni?
(Gaya cakap macam cun boleh beli)
Tu tudung adik la teman2.

Ok guys,hope you enjoy reading this & see you next entry! 

P/S : Kepada kawan2 yang mungkin baca entry ni,kalau ada gambar time kita sekolah dulu sedekah2 lah sikit.I'll give you my mail.Please3.

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. "Macam takde pengawas lain.Dulu memang serius menyampah dengan dia but nobody knows what's waitin' in the future,rite ? <-- (sape faham apa yg aku maksudkan, dia terel.)"

    petikan ni sy tau sape. abg A bukan nama sebenar. haha.

    dalam byk2 tu, i sorang je sesat kat private univ. nampak sgt tak genius. huwarghhhh =x


    "Aku dengan tempe aku,Naja dengan Yee Mee dia,Along,Kuey Teow goreng,Aida & Ainnur,keropok tak habis2,kelakar betul.Dah boleh hafal dah apa yang diorang makan tiap2 hari."

    serius i gelak gilerr2 part ni. hahahhaha. hari2 mesti wajib kopok lekor dgn tempe sambal cik aris. :P

    eh fiza bakal further study kat uitm merbok, course IM gak. wahh dia jadi junior syem laa. :P ashira kat UMS laa yang. :)

    ReplyDelete
  4. si A bkn nme sbnr.... aku tahu siapa..ha3..
    tp sbb ko member lme aku, x kn wa nk buli member kot..ak smpan skndal ko rapi2x..ha3..
    aku kan member yg bertanggungjawab....

    cme satu nk ckp.... untungla....ha3...

    ReplyDelete
  5. aida : ala,private ke,xprivate ke yg penting kte study.nak carik ilmu bkn kat ipta je kan? =)

    abg A bkn nama sebenar? haha..good answer.genius pun anda.ahahha. ;D

    ReplyDelete
  6. NIGHTROAD :Aku pun same.tingkatan 3 pun byk 'ajar'aku.camne nak bangun lepas jatuh,nak get along dengan mat2 rempit.haha.nostalgik =')

    haaa..encik nightroad tahu sila diam2.dah la kantoi aritu =p

    ReplyDelete
  7. veni, vidi, vici
    beautiful, marvellous, wondrous

    ReplyDelete
  8. anonymous is always me lah.
    usopp from one piece.

    ReplyDelete
  9. patrick starfish tops them all

    ReplyDelete
  10. There is mutual feelings as watching underrated indie movies upon reading this entry.
    How it is crafted to perfection, i will always wonder.
    I hope the writer can be my guru la.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for dropping by :)

Popular posts from this blog

Diploma Pengurusan Maklumat UiTM?

Checklist : Apa Yang Perlu Dibawa Ke Kolej Penginapan / Asrama / Hostel ?

Degree Story