Tuesday, April 10, 2012

I'm back : SEMESTER 4

Assalamualaikum

Hola hey male & female sekalian. Lama GILA tak update.Last pun Februari.Malas nak update sebenarnya.Banyak draft je.Banyak GILA.(Gila lagi). There are so much things to talk about but when the laziness takes place, kthanksbai la jawabnya. Lagi2 dah ada twitter yang way simpler dari blog lagi la cam makruh nak update benda alah oren ni. Siapa ada twitter boleh la follow.Tu kat tepi kiri tu,ada box kicik kaler biru,klik je.

SEMESTER 4 DIP.in INFORMATION MANAGEMENT.

Actually aku nak cerita pasal semester 4; assignmnet,research yang tak berapa nak research, majalah yang tak rupa majalah & barisan syarikat2 impiana ciptaan sendiri yang melalut tahap dewata monyet.Kalau sem 1 aku boleh kata "Sem Macam2 Hal", Sem 2 "Sem Research", Sem 3 "Sem Kreativiti", Sem 4 ni secara ringkasnya boleh la aku klassifikasikan sebagai "Sem Bina Syarikat".  Sebab dalam 6 subjek, 5 of them perlukan kitorang merepek meraban cipta organisasi sendiri.

  1. IMD 253 : "PHYSICS FACTORY RESOURCE CENTER"
  2. IMD 256 : "AMBESTEN RECORDS CENTRE"
  3. IMD 257 : "AMBESTEN PUBLIC LIBRARY"
  4. IMD 258 : "THE SEASON MAGAZINE"
  5. IMD 259 : "AVANCER SDN.BHD"
IMD253 ni alkisahnya,kita kena create satu pusat sumber yang khusus untuk SATU subjek sahaja & aku pilih Fizik.Apekehal pilih fizik,aku pun tak tahu padahal tak suka gila dengan Sains.Dapat je assignmnet tu,rasa cam excited gila nak buat sebab kepakaran aku ialah berangan & kompom lah bila berangan tuh,dia punya plan fulala extravaganza dia takyah cerita.Konon nak buat pusat sumber tu macm perpustakaan Vatican.ceh.

Ni ha Vatican Library

Tapi biasa ah,nama je berangan.Bila nak make it real,tergetik2 nak buat.Last2 tak jadi apa pun dengan plan yang langsung lari dari konsep 'Istana Takashi' kononnya tu, dengan report yang fbvzxhytikdmn sebab nak kejar submission assignment lain yang berlambak2.In summary,ni je yang sempat dibuat.




First time buat report individual sampai 60 muka surat.Boleh kata nightmare jugakla assignment 253 nih sebab assignment lebih 50 page selalunya untuk kerja group je.Alhamdulillah dalam kalut2 siapkan benda ni,I got markah yang memuaskan jiwa raga.AligtorGozaiemas lah Madam Hasniza.

_______________________________________________________________________________

IMD256 pulak.Oyyeah.Ni lagi lah.LAGI NIGHTMARE DARI 253.Kitorang decide letak nama "Ambesten" means "The Best" in Germany.Nak pilih nama pun lahai;ambik masa berjam2.Sebab kitorang nak nama yang ringkas tapi sophisticated & sounds corporate.Ada macam2 nama yang cadangkan,yang paling pffft; "Cahaya Melati Record Centre".Bhahahaha.Joke of the sem.Kesian yang cadangkan tu.Sampai sakit perut kitorang yang lain gelakkan.Ni logo 2 minit Ambesten Record Centre.

Lawa ke lawak,sukati korang.

Ikut pandangan peribadi aku la,assignmnet ni lah yang paling susah nak buat.Dengan lecturer 'killer' yang evaluate time presentation,semua celah dia nak komen;

"Kenapa camtu?"
"Kenapa camni?"
"Eh,kamu salah buat."
"Kenapa tu letak kat sini?"
"Macam mana kalau bla bla bla."
"Benda supposed tu kat sini,kat situ,kat sinun.." 

Memang kitorang tak target banyak la kat final project subject record ni.Lagi2 konsep organisasi kitorang agak terpesong 30 darjah,hm habesla report.Actually kitorang fikir yang output takde masalah.Sampaila time presentation,saat2 dah nak cakap thankyou tuh,sir tanya (yang betul2 dalam bahasa Inggeris la) lebih kurang camni:

SIR HAFIZ :" Siapa customer Record Centre yang kamu tubuhkan ni?"
KAMI           :"Kami terima klien dari semua organisasi; kerajaan dan swasta"
SIR HAFIZ :"Jawapan kamu salah.Record Centre kamu ni syarikat swasta bukan?"
KAMI           :"Ya."
SIR HAFIZ  :"Jadi klien kamu cuma syarikat swasta.Rekod kerajaan hanya diuruskan agensi    
                       kerajaan.Mereka tak akan jadi klien kamu.


*Sheyyd.We're dead*

Haha.Apa pun benda dah lepas.Kitorang punya projek boleh la kata simple dengan bajet lebih kurang 3 juta.Ada yang sampai 50juta.100juta pun ada.Kelakar gila tengok diorang merepek sampai camtu sekali.Dalam assignment ni,Sir Hafiz paling tekankan layout,I mean plan bangunan & depan kitorang sendiri he said that dia kind of puas hati dengan layout Records Centre kitorang.Terima Kasih pada arkitek kitorang yang berwibawa; Wan Nur Athira! 

Cantikkan Athira buat? Jeles!

Kalau korang tengok kelas lain buat,fulala best2 projek diorang.Ada yang presentation full mark. Ada student yang salah course.Haha.Man,diorang pandai gila kot reka guna software tah apa2 yang aku pun tak pernah dengar.Macam student architecture dah aku tengok.Dah pergi blah la kau.Dahtu ada yang siap buat model betul2 lagi.Ni lagi aku respect.Tengah busy melampau boleh lagi dia create model tu.caiss.

_______________________________________________________________________________

IMD257 punya cerita, tak lari banyak dari kisah lagenda IMD253 kat atas.Kitorang kena establish satu Information Agensi (sama ada Perpustakaan, Arkib, Muzium, Information Centre, atau Record Centre) & sebulat suara kitorang pilih nak buat Public Library.Nama public library sama macam Record Centre; Ambesten Public Library.Malas dah nak cari nama lain

.It was actually aku tak banyak involve di sebalik tabirnya sebab part assignment yang aku dapat time undi2 tugas tu agak senang. Sir Azam yang ajar subjek ni pun tak la cerewet sangat macam Sir Hafiz yang perfectionist.harharhar.So that,everything berjalan lancar.Dalam busy ya ampun tu,assignment sempat di submit dalam masa yang ditetapkan.Sekali lagi Wan Nur Athira mengganas dengan skill arkitek dia yang owsum tu! Tengokla dia buat.Kemas.

Plan Ambesten Public Library



_________________________________________________________________________________

IMD258 yessza favourite betul aku dengan subjek ni.Tapi tak score pun.Carrymark kemain sikit.Hahaha.Untuk final project, we have to form a group of 3 & create a 15 pages magazine.Sikit je tapi nak buat dia,MasyaAllah. & harus di-state-kan kat sini, kitorang start buat betul2 sehari sebelum submit.SEHARI.SEBELUM.SUBMIT sebab terlampau busy dengan assignment lain & final test yang macam tak menyempat2 nak held.Yang tu,cerita nanti.Dahtu lagi kitorang kena guna Adobe InDesign yang complicated tuh pulak.shissh.Dah buat majalah,kena buat report lagi.Haiyaa.Time tu pun,dah study week dah.Orang lain semua dah balik,budak IM still kerja lagi.

Kepada non-IM readers,
"Sesungguhnya student IM sangat terer deal dengan masa.Lebih-lebih lagi student lelaki."


Regarding majalah yang kitorang buat,actually that was a gadget & technology magazine.Sangat2 menggoda jiwa raga & menusuk kalbu buat majalah ni sebab aku gadget-addict.Haha.Sebenarnya susah jugakla nak buat assignment ni sebab 70% wajib tulis sendiri & gambar sendiri.Tak buleh gugal gugal.Tu lah yang jadi masalah sebab kedai komputer tak nak cooperate.Diorang tak bagi kitorang ambik gambar.Gambar diorang (staff) pun tak boleh.Macam la aku nak perasap.

Dah la kitorang buat last minute,lepas tu yang evaluate presentation.ARGH! Lagi dahsyat nak mambo dari Sir Hafiz.Ada kelas lain yang sampai nangis2 kena bambu.Fuuulala.Soalan Sir Mahadi berdas-das.Kitorang kat depan ni meletup-letup nak menjawab.Dia tanya pasal InDesign lagi satu hal.Ya Rabbi.

Ni kitorang bergambar sebelum kena hentaman padu time present.

SEMIDOT-SHASHA-MURNI


Nama majalah "The SEASON".Orang tanya kenapa The Season,sebab kitorang fikir gadget macam cuaca,ada pasang surut.Ada hot & cold dia.Nak letak "Gadget" semata-mata macam mainstream sangat.Tak unik.Nilah hasil kerja 1 hari 1 malam.Sejarah buat website berulang.Software yang digunakan kali ni, Adobe InDesign.






Hasilnya biasa2 je.Almaklumlah buat last minute sangat.Why InDesign? Sebab InDesign bantu element2 tu supaya tak lari mencecet time print nanti.Biasa kan kalau guna word ke powerpoint ke dia punya isi2 tu semua lari style marathon? Dengan InDesign ni,dijamin ah.Cemana korang tengok kat komputer,camtu juga yang korang print nanti.

Rasanya sampai sini dulu untuk pt.1.Penat dow menaip.Sorry for the long post.Korang memang tabah baca sampai sini.Tahniah.Haha.
To be continued..

2 comments:

  1. define: rhapsody
    rhap·so·dy/ˈrapsədē/
    Noun: 1. An effusively enthusiastic or ecstatic expression of feeling.
    2. A free instrumental composition in one extended movement.

    define: eclectic
    ec·lec·tic/iˈklektik/
    Adjective:
    Deriving ideas, style, or taste from a broad and diverse range of sources.
    Noun:
    A person who derives ideas, style, or taste from a broad and diverse range of sources.

    sa·tir·i·cal/səˈti(ə)rikəl/
    Adjective:
    Containing or using satire: "a satirical magazine".
    (of a person or their behavior) Sarcastic, critical, and mocking another's weaknesses.

    I don't want to give my opinion this time about your style, as you may choose from above. No one knows you better. Never failed to entertain me with your writing.

    ReplyDelete

Thanks for dropping by :)

Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...