Tips Buat Assignment

Assalamualaikum

Hello Ladies & Gents. May you guys have a good day today. Cuti sem dah nak habis.Cuti sem part 4 memang betul2 rasa macam cuti sebab tempoh break kali ni lama kot.Tak pernah2 cuti sampai 2 bulan setengah. Thanks a lot lah ye UiTM. Kesempatan ni aku nak ucap congratz jugak kepada bakal student IPTA, especially UiTM ,double especially bakal student Information Management & ultimate special congratz to bakal student UiTM, jurusan pengurusan maklumat kampus Sg.Petani. Jyeah.



Well,Tengok tajuk atas tu. Tips assignmenting for U students.It's not me being so superb in this assignment thingy but i feel that it would beneficial,helpful to share some of my knowledge & tips as it has been about 2 years since I started this higher education. These tips written specifically for fresshies on how to finish all this documentation task in the university because ordinary school task with university assignments; not even an inch close in similarity. Aku tak tahu macam mana assignment universiti lain disiapkan, tapi aku rasa tak jauh beza pun.

HOT TIPS!

NAMA UNIVERSITI

1. Untuk pelajar Universiti Teknologi Mara; cover page jangan gatal2 tukar nama universiti. I mean, memang UiTM dihatiku tu full-english,tapi time buat cover page assignment, kekalkan UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA. Bukan Mara University of Technology, or something like University Technology Mara. No.No.No. You do it wrong. Memang sounds superb.I know. Tapi sila ikut ejaan asal ye & susunan elemen2 penting dalam cover page assignment supposed to be like this ;


NAMA LECTURER

2. Mohon taip/tahu/hafal nama lecturer dengan ejaan yang tepat dan betul. Dah dok hafal tu, ingat sekali lecturer tu ajar apa. Jangan nanti nama lain, subjek lain. Awwyea. Free2 je hilang markah. Ada lecturer yang cukup pantang. Boleh kata most of lecturer cukup tak suka nama diorang salah di-eja. So, guys, bila lecturer tulis nama dia kat papan putih time sesi pengenalan tuh, rajin2 kan la tulang 40 kerat korang salin. Lagi satu, takmoh gatal2 letak nama FB mereka okeng. 




FONT STYLE

3. Standard assignment UiTM, Times New Roman;12;Justify ATAU Arial;11;Justify. No no no jangan set tulisan Comic Sans, Helvetica,Georgia,itula inila, ikut apa yang diminta dalam assignment guideline. Tau comel tulisan tu.Tau..memang cantik pun tapi those tulisan tak menampakkan formaliti. Dan lagi, kalau dah pilih Arial,sampai kesudah Arial SAHAJA. Jangan nak menggatal tajuk Times New Roman, pengenalan Arial, reference Times New Roman."Eh aku cepuk laju2 jugak budak ni" (cakap bagi pihak lecturer)


IKUT GUIDELINE

4. Buat assignment ikut apa yang diminta. Takmoh sesuka sesedap hati nak buat nipis2 atau setebal-tebal alam. Kalau dia minta 25 pages sahaja, buat 25 page.(Haha,group assignment aku sendiri pernah terlajak sampai 40 mukasurat). Kalau takde limit,anda punya pasal nak buat tebal kamus dewan takde orang heran. Dah buat tebal-tebal tu,reti-reti kan la diri buat page number yang jelas & table of content yang tepat. Buat tebal-tebal ni tu lah masalahnya. Payah sikit nak buat table of content kalau tak tahu cara mudah dia.


REFERENCE

5. Reference. Awwwyeah. Setiap assignment wajib letak reference kat penghujung assignment.Nak tau reference tu apa?Reference tu rujukan.Miahahaha.Okeng saja buat lawak tak jadi. 'Reference' tu kira rujukan yang kita guna time buat assignment.Tak kiralah buku,journal,database,internet SEMUANYA kena letak kat bahagian reference.Kita kena letak tahu! Hargai sikit depa tu dah bagi kita idea buat assignment.Kat Microsoft Word ada kemudahan buat reference tapi aku tak reti guna. Sila buat citation dengan betul.Ingat,lain sumber lain caranya.Cara nak buat reference untuk buku lain dengan cara nak buat reference untuk Online database.Standard sekarang style APA (American Pshycological Association). Dahtu,susun ikut abjad. Jangan justify-kan reference & buang hyperlink. Budak2 baru memang tak paham kot, tapi ni budak tua kat U ni, buat reference bebetul yeap. Markah tu.


FORMALITY

6. Assignment tak payah colourful sangat kot. Aku tahu jiwa kanak-kanak korang yang masih tebal tu nakkkk sangat buat assignment yang berkonsepkan riang-ria.Macam nak letak je pelekat2 Sailormoon kat bahagian tepi-tepi assignment yang kosong tu konnn.Oh please jangan.Sila tahan diri okeng. Assignment kan boleh kata something formal la jugak , therefore, tunjukkan professionalism dalam assignment tu. Boleh nak letak colour. Aku sendiri tension tengok aku punya assignment dull gila hitam putih.Ohello, I'm not in zaman Charlie Chaplin. Then, aku pilih 1 tema colour sahaja. Kalau oren,oren sampai ke sudah. Dalam kes colour2 ni, JANGAN sesekali colour isi assignment.Content, biarkan hitam.Boleh rujuk cara aku mengkalerkan assignment kat entry INI.



BACK-UP

7. Buat back-up.Anything can happen.2 orang kawan aku hilang laptop time assignment tengah menggunung. Tambah parah assignment kena hantar 1-2 hari kemudian. So korang buat back-up sebanyak2 nya.Apelah sangat assignment tu. Takat 100-200 kb je payah nak save. Movie berGB boleh plak simpan.Cakap pasal back-up ni, dah banyak kali jadi kat kawan sendiri, kerja dah siap, dia pi transfer ke pendrive & delete yang kat computer tu. Bila check dalam pendrive, file takdek ataupun kunfayakun pendrive hilang.Allahuakbarukabira. Nangis air ribena pun dah tak guna time tu. So kenkawang, selagi assignment tak hantar, JANGAN GATAL pergi delete yang kat komputer tu. Tak berat tak komputer.


EXTRA EFFORT

8.Buat assignment sebaik mungkin. Buat apa sahaja yang membolehkan korang dapat extra marks.Aipp,bukan bodek2 ye! Kalau lecturer tak mintak pun, bagi/letak/attach/tambah selagi benda tu relevan dengan apa yang dikehendaki. Kita tak tahu kalau benda tu akan bagi kita markah tambahan. At least boleh cover markah reference atau content yang macam gonjeng tu. For example, sir mintak plan bangunan syarikat yang kita tubuhkan. Stop. Tahu dia tak cakap banyak, tak mintak lebih2, tapi inisiatif kita sendiri untuk buat plan tu cantik ,kemas, colourful,dan print dalam bentuk A3 supaya senang lecturer nak examine. Letak diri sendiri sebagai lecturer. Opkos kita rasa puas hati kan kalau banding dengan hasil kerja orang lain yang hitam putih, comot, & buat gitu2 je.


PROPER CONCLUSION

9. Yang ni aku baru tahu,kalau buat assignment; bahagian "conclusion" kena 1 perenggan sahajaAda lecturer yang tak kisah tapi sila jangan buat tak tahu dengan rules ni sebab kita bukan tahu pun lecturer tu kisah tak kisah. Tau2 markah keluar. Hukhukhuk.Tak memasal kena tolak markah dalam assignment sem 4 haritu. Dahtu conclusion kalau boleh ringkas tapi detail. Jangan pendek sangat & jangan berjela-jela sangat. Tu bukan conclusion dah tu Kak Jah.




PUNCTUALITY

10. Hantar assignment ikut tarikh yang ditetapkan. JANGAN HANTAR LEWAT.Tolong disiplinkan diri ye hantar assignment tepat pada masanya. Takde lecturer yang suka. Selalunya markah assignment akan di-deduct ikut hari, ada yang ikut jam dan kalau lecturer anda En.Sufi Alawi Idris, tak payah hantar.Your mark does not even exist kalau hantar lambat. Jangan tak memasal hilang markah sebab hantar assignment lambat tanpa sebab. Sangat tak ideal okeng.



So korang, jangan buat assignment sambil lewa. Kita tak tahu final macam mana besok.Susah senang dia kita mana boleh agak .Selagi boleh pulun assignment ni, pulun sampai taknak-taknak. Buat sehabis baik,sedetail mungkin kasi markah course work tinggi. Pegang ni "1 markah, 1 kilo emas". 1 markah bezakan kita A atau tak, kita fail atau tak,kita dapat Anugerah Dekan atau tak,kita dapat Anugerah Naib Canselor atau tak.Jangan main2 dengan 1 markah. I think that's all.Lepas ni maybe aku boleh bagi tips untuk presentation.InsyaAllah.Ok guys. Seeya!

Comments

  1. yeah betol tuh....then kepada rakan-rakan yang kat luar sana yang mengamalkan copy n paste pandai2 r jangan kantoi k..wahahhaha common thing maa~

    ReplyDelete
  2. tips untuk buat assignment:
    esok due date, harini buat.

    ReplyDelete
  3. tu dia bila dean's list holer dah start bg tips. hehee :D

    yups agree with all the things that u said, tp cover page kat kuis mcm lain sikit la.

    bila cek balik, sy telah menepati semua ciri2 di atas. yeayyyy :D

    ReplyDelete
  4. *\Ohohoohooo/* Tips yg sgt membantu buat budak hingusan part 1 mcm saya ni. Masheh kpd tuan belogg sudi tulis :)

    ReplyDelete
  5. yeah... esok due date... jom buat.... haha baru buat cover

    ReplyDelete
  6. ty akak :D very membantu ~ later sy tulis reference letak nama akak MUAHAHAH

    ReplyDelete
  7. Nice tips kak :) bascally sama je dengan mana-mana u, kecuali no 1 & 2 kat atas nih. Thanks :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for dropping by :)

Popular posts from this blog

Diploma Pengurusan Maklumat UiTM?

Checklist : Apa Yang Perlu Dibawa Ke Kolej Penginapan / Asrama / Hostel ?

Degree Story