Tips buat Presentation di Universiti

Assalamualaikum

Good day everyone! Good day Keane! Good day HTC! Fantastic day PSP! Shasha Yatim's back with another crap idea for you my beloved readers. (except you orang tua gatal.I hate you). Bangun pagi-pagi weekend with nothing to do,so I decide to update this lame blog .

Selalu dengar pasal assignment, but how about presentation? What is presentation by the way? Aku tak tahu presentation kat tempat kerja macam mana, tapi dalam universiti, apa yang aku pahampasal presentation, benda ni satu aktiviti yang buat gelabah orang,yang buat students tak senang duduk bila dapat undian pertama dan tak puas hati bila dapat undian  last (come on lah, last.Siapa nak dengar??) & yes,we have to babble depan numbers of student (depends on lecturer lah nak set audience kita berapa ramai), with a/some panel(s), with a report supporting our presentation. 

Mengikut pengalaman aku, semakin naik sem, semakin kita tak sibuk2 nak practice untuk presentation & lebih sibuk habiskan masa buat report sebab, markah report lebih BANYAK dari markah presentation. & plus, why tak practice? Ada banyak sebab kenapa.Some of them;
  • Sebab dah biasa sangat present.
  • Sebab dia terer BI.Takat nak terangkan projek dia,celah gusi je
  • Sebab diorang dah tau lecturer diorang tak suka presentation lama-lama. So what point practice?
  • Sebab diorang memang faham projek yang dibuat & no probs nak explain project anytime,anyway.
  • Sebab report tak siap lagi.WOOPS aku terasa.
_______________________________________________________________________________________________________

COOL TIPS!

1. SIMPLE 
Harus diingatkan presentation adalah pembentangan & ringkasan report.Jangan letak SEMUA benda dalam presentation. Tujuan kita present pun cuma nak kasi overview, nak terangkan secara ringkas apa projek kita sebenarnya.Letak isi-isi penting sahaja.Come on guys, presentation bukan movie Johnny Depp. Ianya boleh jadi sangat boring.Takda siapa sukakan detail yang terlebih-lebih dalam presentation. Selalunya pun, lecturer akan suruh kita skip skip and skip sampai la part yang penting atau part yang dia suka. 




2. DESIGN
Hmm.Slide presentation tak perlu fancy sangat rasanya?Aku rasa it's better ambik satu design apply kat semua slide.Lain slide, lain design seems...pening.Kejap kuning, kejap biru, tuptup pelangi pulak.Rules asas buat slide presentation ; 

BACKGROUND GELAP + TULISAN CERAH 
BACKGROUND CERAH +TULISAN GELAP

Kita nak bagi orang nampak dengan apa yang kita cuba nak bentangkan. Biar slide simple, TETAPI kemas. Kemas tu paling penting. Crowded memang nampak funky , nampak comel tapi seriously audience yang tengok tu harap2 korang cepat habis present.




3. FONT
Macam assignment, tulisan tak perlu liang-liuk sangat lah kan? Bezanya assignment & presentation, kita bebas pilih font apa.(Ni berdasarkan pengalaman. U lain tak tahu ok?) Pastikan tulisan yang anda pilih bersaiz besar & senang dibaca. Tapi tak perlu la sampai saiz 72 kkken. Pandai2 la adjust. Tulisan yang direcommend : Arial, Calibri, & Tahoma. Another thing is, kalau pakai font yang terlampau fancy pun, dikhuatiri tak ngam dengan komputer U. Kalau nasib baik, komputer akan convert tulisan ke Times New Roman atau tulisan lain yang available TAPI kalau nasib tak baik langsung semuanya jadi macam ni :

Fgerybnghydkfxtnzfdkgvbgfhtilsmzbjfjn,.y

tak memasal kan? So, better ambik tulisan common je.






4. MULTIMEDIA (text, audio,graphic,picture,motion picture)
Presentation yang sangat biasa takkan menarik perhatian orang. Apa dia presentation "biasa" tu? Presentation yang hanya ada TEXT.Hello guys,knock knock.Tengok presentation orang,learn.Kalau kita rasa mengantuk dengan presentation kawan, jot down what's wrong, cakap kat diri sendiri & ahli kumpulan; 

"Weyh,kita tak akan ikut cara kumpulan boring nak mampuih tu present!"

Berdasarkan pengalaman yang ada, video is hotsetapp dalam presentation.Sangat attractive.Lagi2 kalau letak video di awal2 presentation, diorang akan rasa "Wow.Something different!" Video kat sini means bukanlah video Boyprenn JastinBeber tu okenggg. & kalau nak insert music, dinasihatkan letak instrumental yang rancak. Senang cerita music disco detak2 yang takde orang nyanyi. Serius catchy. Tapi tapi tapi tak perlu kot letak music dari awal present sampai habis. Letak kat slide2 tertentu je.




5. VOICE
Suara sangat mainkan peranan penting. Siapa ada suara yang kuat dan bersemangat waja penuh ketokohan yang jitu  selalu dapat tarik perhatian audience. Macam Marissa, Syafiq Osman, (eh macam korang kenal) antara classmate aku yang ada kualiti tu. Sometimes cakap cecece je tapi sebab suara tu volume tinggi, orang jadi nak dengar & selalunya jugak, yang suara kuat semangat2 tu lah penyelamat markah presentation.So, please. Untuk presentation, pergi campak kejap rasa nak sorok suara emas korang tu. Perform yang terbaik. Lepas tu nak sorok, pergi sorok. Nak simpan dalam tupperware pomboley.Takda kena tindakan tatatertib.






6. ATTIRE
Selalunya benda ni takda masalah la kan. Semua orang tau presentation time is formal attire time Girls  dengan baju kurung & guys dengan kemeja with tie.means here no slipper,no round-neck T, no jeans & such. Cuma lagi best kalau pakai blazer. Kalau nak pakai suit macam Barney Stinson pon hokay. "SUIT UP!". Siswi kalau present selalu pakai baju nak satu tone colour je kan. Alolo cam aku taktaw. Untuk group presentation aku selalunya aku tak buat benda alah tu. Ada lecturer suka, ada lecturer tak suka (dia prefer colourful). Nasib korang lah.






7. NOTES
Simple notes yang dibawa time present. MOHON. Mohon jasa baik anda sangat-sangat untuk tidak bawak kertas kajang mahupun kertas tisu tandas pergi present kat orang. Paling hebat korang boleh bawak, sticky notes kuning tu. Sebab apa, semakin banyak nota yang korang bawak, semakin bertambah ke-ber-gantungan anda terhadap nota-nota tersebut, and and and lama-lama eye contact tah kemana, body gestures tah kemana, interaction tah kemana sebab sibuk sangat tengok nota. Explain sikit-sikit dah la. Kalau aku sendiri lah pun, tengok orang present gaya baca nota cenggitu, tak bernafsu nak tengok. Pergi tandas godek-godek tudung lagi berbaloi lah Kiah. So, guys kalau boleh, elakkan bawak nota panjang langsir. Like seriously tak cool.






8. PROPER INTRO
Intro sounds simple and something yang "buat budus-budus dah laa" tapi introduction of presentation la masa terbaik untuk buat audiens anda lekat sampai ke akhirnya. Intro yang berkesan bukan intro yang panjang galah. Greet audiens dan panel dengan suara yang kuat dan clear, introduce member dengan nama penuh. Lagi satu, time introduce member, nama introducer supposed to be yang paling last disebut. Tak faham? Ok meh sini aku explain cara ringkas :

 COMMON ORANG BUAT
 "And now let me introduce the group members; Me, Ponah and besides me, Derus, Piah, Jenab, & Seman."

SEBETULNYA 
"And now let me introduce the group members ; Derus, Piah, Jenab,Seman & Me, Ponah."

Aku dapat tahu pun time semester 3 dari sorang lecturer,time presentation. Start dari time tu, kitorang semua ikut rules "KKDBA" (Kawan-Kawan-Dulu-Baru-Aku).





9. TERSILAP/TERSASUL

Ni punya masalah, yang aku perhati banyak jadi kat siswi. Silap sikit, terkikikiki malu segan bagai, habis sepuluh minit. Doihhh. Kalau tersilap, just say sorry and proceed la girl. Sumpah la audiens tak suka korang bajet malu kat depan. Nak gelak sikit gelak la, I mean sometimes pun audiens gelak tapi dahtu terus la jalan. Benda ni annoying tahu. Lagi-lagi klau tengah kejar masa & banyak lagi group tak present, aku rasa nak je tonyoh rendang ayam kat muka pesen-pesen macam ni. To make things simple, kalau tersilap cakap, atau terbabas tah kemana-mana, first say sorry, nak gelak sesaat duA gelak la kejap kasi cover malu sikit, then terus dengan apa yang kau nak sampaikan. Done. Terkeke lama-lama, tidak ideal.



Kesimpulannya, buat presentation taklah susah macam nak buat assignment just benda ni masalah besar la buat orang yang selalu gelabah teruk tang kena cakap depan orang ramai. Benda tu,pada akulah bukan satu masalah besar. I mean, masalah yang tak boleh diselesaikan . Kalau takde self-confidence, sem by sem keyakinan diri tu sikit-sikit akan terbina sendiri. so, takyah risau sangat lah.

Kalau gelabah, cara paling common aku buat, aku kaburkan pandangan aku supaya aku nampak audiens samar-samar je, & tapak kaki aku tekap kuat-kuat kat lantai. Lagi satu cara yang aku wajib guna, tips yang aku dapat time sekolah menengah dulu khas dari kawan aku, Nor Izzati Jahini, aku set kat minda, audiens aku ni semua kawan-kawan aku,  lecturer aku, tak makan orang & diorang bukan bukan siapa pun yang aku nak takut sangat. With that mindset, setakat ni aku taklah gelabah teruk tiap kali nak present. Okay guys, thats all from me, setakat ni. See you next entry!

Comments

  1. clap clap clap. suka baca tips tips budak dekan ni. :P tak dapat bayangkan kalau ada yg buat font 72 kat slide. haha! tu syok sendiri nama nya. satu slide satu word. kehkeh! :P

    agree with all the tips given, same like what i did. :)

    *tetiba terasa part yg siswi suka buat tema sendiri time present. itu sy buat! :P

    ReplyDelete
  2. ini rupa cara budak dekan.. brilliant

    ReplyDelete
  3. Best best. Thanks for the tips Kak Shasha !

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for dropping by :)

Popular posts from this blog

Diploma Pengurusan Maklumat UiTM?

Checklist : Apa Yang Perlu Dibawa Ke Kolej Penginapan / Asrama / Hostel ?

Degree Story