Tuesday, November 13, 2012

Diploma Pengurusan Maklumat UiTM?

*Saya nak tegaskan Diploma Pengurusan Maklumat & Diploma Pengurusan Perpustakaan adalah berbeza. Saya tak tahu apa-apa mengenai Diploma Pengurusan Perpustakaan sebab masa saya study diploma dulu, course ni belum wujud. Saya bukan orang yang sesuai untuk anda rujuk.Maaf kerana tak dapat membantu*

PERTANYAAN LAZIM BERKAITAN DIM KLIK SINI

[Updated Version]
Assalamualaikum.

Well hello guys. Entry lama about DIM sebelum ni ada masalah. Tak tahu apa jadi. So aku decide buat entry baru je. Lagipun entry lama tak berapa nak betul dan detail sebab time aku buat tu , aku masih lagi student part 2. Tak habis selongkar lagi DIM ni apa. Then sekarang aku dah habis sepenuhnya, boleh la aku perbetulkan apa yang silap dalam entry lama, dan tambah sikit-sikit info baru tentang :

 Diploma in Information Management, UiTM (IM110)

Okeh,berbalik kepada tajuk utama.Aku, budak yang baru je habis Diploma Pengurusan Maklumat di UiTM ni nak cerita lah kan apa course yang dah aku ambik ni 'tawarkan' & pengalaman yang aku dapat.First off, dalam diploma IM ni, korang akan belajar seribu satu macam benda baru, yang kebanyakannya takde dalam SPM. Korang takkan jumpa Bio, Chemistry, Literature, Matematik  yang ekstrem, mahupun Pendidikan Jasmani.Senang cerita, most students bermula dengan zero. Korang tip top macam mana pun time SPM, still semua bermula dari bawah. Semua sama level time semester 1. Tak lebih tak kurang. Cuma start sem 2, kita akan tahu siapa yang dah dapat 'tangkap' apa yang course ni ajar based on result.

Generally, course ni merangkumi Library + ICT Kita akan banyak belajar tentang library dan Information Agencies; Arkib, Record Center, Resource Center & Information Center. Setiap semester, tu lah benda wajib yang disodok masuk dalam otak Budak IM. Selain tu, mari sini aku listkan skill-skill yang ditawarkan dalam DIM:

  • Communication Skill
  • Public Speaking
  • Buat Majalah (Adobe InDesign)
  • Buat Newsletter
  • Buat Poster (Photoshop & Adobe Illustrator)
  • Cipta Flash Presentation (Macromedia Director MX)
  • Web Designing (Using HTML & Adobe Dreameweaver)
  • Setup Komponen Komputer 
  • Organizing Event (Exhibition & Extension Service)
  • Basic Business
  • Mengkatalog Bahan Perpustakaan

Bagi aku, benda yang aku belajar during my diploma years can be said as sangat banyak. Aku tak sangka aku akan belajar macam-macam. Boleh kata DIM ni agak umum, tak fokus kat satu benda. Tapi all those 'macam-macam' tu akar dia mesti 'information'. 

Kenapa nak belajar web design? 
Sebab nanti kita boleh cipta web sendiri untuk sebarkan maklumat dalam internet.

Kenapa nak belajar setup komputer? 
Sebab dunia sekarang banyak bergantung kepada komputer untuk cari maklumat.It would be benificial untuk tahu serba sedikit pasal software & komponen-komponen komputer. At least, ilmu ni kita boleh guna untuk elak dari kena tipu time beli laptop.

Kenapa belajar communication & public speaking skills? 
Sebab nak sebar maklumat melalui kata-kata & itu memerlukan cara yang betul.


Kenapa nak buat majalah, poster & newsletter? 
Sebab semua tu medium popular untuk sebarkan maklumat. 

Nampak?

Some Information about DIM :

  • IM ni boleh kata course MEMBACA. Dari semester 1-4 jangan harap nak jumpa matematik. Mimpi je lah. So, bersedia lah dengan kekaratan skill kira-kira anda. Siapa yang rasa dia otak menghafal & memang out bab mengira aku rasa ini course yang sesuai & aku bukan cakap pakai belasah je. Sebab aku dah lalu benda ni. Yang suka mengira will found this course damn boring. Manusia-manusia otak kalkulator yang kuat semangat je akan score & perform dalam course ni.
  • DIM ni agak terkenal la dengan kesibukan dia. Aku rasa ni course paling busy lepas Art & Design kat UiTM Kedah. Kalau orang lain seriau konon busy dengan 4 assignment, kitorang budak IM boleh relax lagi dengan 10 assignment. Maksimum kitorang pernah dapat, 16 assignment. Tak tidur malam, something yang normal. Gaduh, tak puas hati, isu tak buat kerja  dalam kumpulan, perkara biasa. Dan lagi, assignment-assignment tu kebanyakannya akan memerlukan kita buat research di luar. Kita kena pergi organisasi luar, interview orang berkenaan, ada masa kita terpaksa pergi jauh sebab organisasi tak boleh sama dengan group lain, tu belum part kena reject agensi tertentu, terpaksa minta tolong lecturer semua.Penat, makan masa, tenaga, dan duit, of course. 
  • Since IM ajar banyak sangat benda, sometimes dalam satu tahap tu, otak akan jadi kacau bilau. Kita akan confuse yang ni subjek mana satu, kerja subjek tu dah siap belum, test ni bila, submission assignment subjek tu bila. Like seriously kalau takde time management, korang boleh jadi sangat tension & feels like giving up.
  • Course ni pada pendapat aku, agak senang. Agak. Bukan MEMANG senang. Nope. Tiap semester ada je yang repeat. Kalau la betul senang sangat DIM ni, tak wujud semua repeat-ers tu. Apa yang korang perlu buat untuk perform, ialah rajin study. Tu je jalannya. The only. Unless korang nak meniru, tu korang punya hal aku tak mahu ambik tahu. Tapi kalau korang nak lulus secara 'halal', you got to paksa diri untuk hadap segala-gala nota yang ada dan buat sehabis baik dalam test & final exam. Besides, tumpukan perhatian ketika lecturer mengajar. Sometimes apa yang diorang bebel tu lah point penting, malahan sometimes lebih penting dari apa yang ada dalam nota.
  • Masa awal-awal diploma dulu, aku ingat course ni 100% takda math, but then aku sedar, aku dah silap. Di penghujung study, final sem, kita akan jumpa dengan subjek bisnes dimana kita perlu jadi akauntan segera. Nama subjek tu, ETR300 Fundmental of Entrepreneurship. Berita buruknya, subjek tu need us untuk jadi pengira yang hardcore, where kita tak boleh silap sikit. Berita baiknya, bukan semua terlibat dalam kira-kira. Selalunya dalam 1 kumpulan, sorang je yang akan jadi tukang kira-kira & yang lain akan buat report sahaja.
  • Untuk pelajar DIM, bulan pertama setiap semester, korang akan 'bercuti'. Like seriously korang takkan ada kerja-kerja hardcore Takde assignment, takde kuiz, takde test. Takat assignment compang-camping ada la. Tapi right away lepas cuti pertengahan semester (bulan kedua), korang takkan berhenti dari buat kerja sampai final exam. Takkan. Sebab apa, assignment akan datang kat orang sekaligus beserta dengan test-test yang berderet. Kadang-kadang minggu tu la hantar assignment, minggu tu jugak kena buat presentation, & minggu tu jugak ada test. Bila masanya nak study, bila masanya nak siapkan assignment, bergantung kepada kehebatan korang bahagi masa.

Tak kurang yang tanya, ada ke future dengan ambik course ni? Sounds tahape hape pun ada. Well, biasa dengar dah. Course ni memang tak popular. Langsung. And kalau sembang dengan orang kampung pun, " Ambik course apa kat universiti?" Nak sebut DIM pun teragak-agak sebab apa? Sebab diorang biasa dengar medik, engine, akaun, tapi IM? Nak kasi makcik kampung faham pun makan setengah hari. Namun begitu ye, sedahsyat-dahsyat IM dalam populariti, boleh kata kebanyakan graduan IM dapat kerja. Alhamdulillah. Tapi, tak boleh nak letak harapan tinggi sangat, rezeki semua tu rahsia Allah :)

That's all about Information Management a.k.a Pengurusan Maklumat. Mungkin lepas ni akan di-update lagi. Hope artikel ni dapat la bantu korang keluar dari curiousity about course ni. Apa-apa pertanyaan boleh tanya direct di ruang komen. InsyaAllah, akan di-reply dalam kadar segera.

P/s : Kalau ada diantara readers nak review nota IM untuk tengok sama ada course ni ngam dengan anda, boleh DOWNLOAD DISINI

Friday, November 9, 2012

Alhamdulillah, Final Result's Out

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua. Pagi Jumaat yang indah. Harap hujan singgah tengah hari ni. 9 November 2012, hari penentu banyak perkara; hari result diploma UiTM keluar.Well seperti biasa, pagi-pagi lagi tadi seawal 2 a.m. aku dah tercongok depan komputer tunggu email dari UiTM. (Note: UiTM hantar result terus ke e-mail pelajar. Sistem paling awesome setakat ni). Honestly, mula-mula aku kecewa sebab aku tak capai target langsung. But then 5 minit lepas tu dah okay balik sebab fikir mesti ada hikmahnya Allah tak bagi banyak kat aku untuk sem ni.




Alhamdulillah, aku berjaya dapatkan Anugerah Naib Canselor yang aku desire gila-gila even sebelum aku masuk UiTM pun. Finally dapat pun tebus kegagalan SPM aku. Kepada junior yang mungkin baca entry ni, ingat, you can do even better. Entry ni bukan untuk show off,  tapi more to motivate korang untuk grab yang terrlebih baik dari ini sebab aku pun dapat motivasi dari result kakak-kakak senior. Kalau tak jadi yang lebih bagus dari senior pun, aku nak capai apa yang exactly diorang capai. Tak terlintas langsung nak menunjuk as kalau result jatuh ke, susut ke, turun ke, naik ke, poplet ke, aku letak jugak result. Kalau result jatuh bedebuk, kira nak bagi amaran supaya jangan main-main. While kalau result naik, nak kasi tahu korang ada harapan untuk perform dengan lebih lebih lebih baik.

Lastly, semester akhir ni, ramai gila yang dekan. Masing-masing pulun habis-habisan taknak repeat. Penat! Diploma Pengurusan Maklumat ni penat nak layan assignment. haha. Anyway, tahniah kepada semua pelajar DIM semester akhir yang berjaya tamatkan diploma on-time! Jumpa nanti time degree, InsyaAllah :)

UiTM Kedah Tour Guide

Assalamualaikum

Haiho ladies & gents. Seperti yang tertera kat bio tepi tu, I am an official Ex-Student of UiTM Merbok, Kedah. Dekat 2 tahun setengah kat sana. aku dah boleh picture la macam mana keadaan dalam kampus tu. Well, kampus Sg.Petani TAK besar, maybe yang paling kecik antara branch-branch UiTM. Maybe. Aku pakai agak je.Tapi personally aku rasa UiTM Kedah tu cantik. Hm, pratically aku takleh nak evaluate ke apa since aku tak pernah jengah universiti lain, tapi kampus tu memang boleh tahan cun. Kemas la arrangement dia. *Pendapat peribadi sahaja, okeng*


Okay, sekarang aku nak kasi guidance kat korang, especially freshman yang bakal masuk UiTM Kedah, kasi overview macam mana rupa bentuk, bangunan, & some facilities penting dalam kampus ni. The explanation might not be as detail as you wished for but I think It'll be kinda helpful, InsyaAllah. Now let's start with... gate!


#1 GATE

Ada 2 'legal' gate dalam kampus ni:

  • Main Gate yang buka dari pagi sampai 8 p.m (untuk parents) & sampai 10.30 p.m untuk budak-budak kolej yang keluar merayap / research / makan luar, etc. Siapa-siapa yang terlewat, nama akan diambil & diberi warning. (Tapi selalunya student prefer untuk overnight terus & balik besok paginya).
  • Alternative Gate yang terletak kat belakang tu memang tak berapa boleh nak pakai. SELALUNYA gate tu akan tertutup rapat seperti yang tertera dalam gambar unless ada YB bertandang. Oh yeah. Apa yang confirm, pagi Isnin seawal 8.a.m gate dah ternganga. Hari lain, sukahati guard.



#2 KELAS
  • Kabin Tak dinafikan bangunan dari zink ni macam rumah setinggan, but hey, ini rumah setinggan mewah okay. Dalam tu ada air-cond. Tandas dia kewlarss. Jangan main-main. However, port kabin ni port paling tak favourite lebih-lebih lagi untuk student siswi yang duduk kolej sebab location dia yang kat hujung dunia tu. Jauh sangat dari kolej. Boleh tercabut kaki. Kalau tak mengah tak sah.
  • Bangunan TEC Amaran : Bilik TEC9 air-cond selalu rosak. Tingkat 1 & 2 je dijadikan kelas, Tingkat 3 di-occupied by lecturerssss. Dekat dengan bangunan Pentadbiran & Kiosk (Akan di-explain kemudian).



  • Bangunan B Kelas kat Bangunan B boleh kata tak berapa mewah nak banding dengan kelas kat bangunan lain. Condition kerusi meja dia agak lama & aku pun jarang dapat kelas kat B so tak boleh nak membebel banyak.
  • Bangunan C Kitorang panggil bangunan purple. Nampak macam rumah agam, right? But no, ini adalah kelas & aku tak berapa suka kelas kat C sebab port parking dia yang limited. Yang best, air-cond kat sini jarang rosak & kalau lecturer nak buat presentation kat sini pun aku tak risau sangat sebab equipment dalam tu semua nampak macam baru.
  • Kelas kat bangunan B & C selalu 'dibukak' untuk final exam.


  • Dewan Sarjana "DS" The only 2 dewan kuliah dalam kampus & this is my favourite class ever.Boleh muat  approximately 160 orang dalam satu-satu masa. Dewan kuliah ni tak la besar sangat & takla secanggih, seselesa dewan kuliah universiti lain tapi aku tetap suka DS. Air-cond jarang rosak tapi still kadang-kadang buat perangai gonjeng jugak. 
  • Port favourite student untuk buat test.


  • Bangunan Pentadbiran Yeap.Ini kawasan, Admin yang punya; Kewangan la, Pejabat Rektor semua kat sini. Kelas pun ada kat sini, yang gonjengnya, kelas kat tingkat ataaaaaaaaaas sekali. Kalau korang dapat kelas depannya huruf "P", sinilah tempatnya;kat tingkat 4. Condition kelas, agak kurrreng. Sorry to say.



#3 KOLEJ PENGINAPAN


Kolej penginapan untuk pelajar diploma: free of charge,student asasi, aku tak pasti. Takda bayar yuran kolej ke apa, instead just prepare duit untuk bayar elektrik; 1 barang elektrik/ RM10, sekali sahaja untuk 1 sem. That's the good thing. Yang tak seronok, selalunya siswa dah kena duduk luar (rumah sewa) start sem 3 & siswi dah kena blah start sem 4, tapi itu depends kat jumlah intake batch korang lah. Ada 4 kolej overall; 3 untuk Perempuan, 1 untuk lelaki.



  • Kolej Malinja Kolej lelaki & kolej yang aku rasa paling cantik dalam kampus. Luaran lah. Dalaman tu Wallahua'lam. Reka bentuk & landskap dia cun. Kalau tengok live lagi cun. Serius.
  • Kolej Murni Kolej aku dari semester 3 - semester 4. Cantik. Aku panggil kolej ni hotel murah sebab reka bentuk & colour dia ke arah-arah rumah tumpangan kelas ekonomi. Bilik untuk 4 orang GILA BESAR sebab kat Kolej Murni, dia tak guna katil double-decker. Semua dapat katil single sendiri (except bilik kat groundfloor). However, bilik untuk 2 orang dia kecik dan almari dalam kolej ni pun kecik. Benda yang paling aku berkenan dengan kolej ni, bilik mandi. Curlass.

  • Kolej Masria Kolej aku dari Sem 1-2.Kolej lama & tak cantik tapi have to say this old timer provides BEST ROOM EVER. Bilik untuk 2 orang dia lagi besar dari Kolej Murni, bilik sejuk, almari dia besar, katil dia since dah lama, tilam tu jadi exra penyek. Empuk yu'olsss. Tangga dia tak tingggi, so nak panjat sampai ke tingkat 3 tak penat sangat & kat bahagian groundfloor, ada kedai runcit yang buka dari 9a.m.-11.p.m. Whenever nak beli maggi, tak payah sibuk-sibuk nak bersiap teruk. 
  • Kolej Mahsuri Lebih kurang je macam Kolej Masria, kolej lama, ada kedai jugak kat groundfloor, dekat dengan FoodCourt (akan di explain later),  cuma klinik, Unit Kesihatan untuk student UiTM cuma 1 sahaja dan  ianya terletak kat Kolej Mahsuri.




4# PORT MAKAN
Makan tak disediakan macam dalam asrama kena makan waktu sekian-sekian,nope. Sukahati nak makan bila, berapa banyak, tanak makan pon boleh. Kena beli sendiri, duit sendiri, unless korang mohon elaun makan dapat RM120 sebulan (If I'm not mistaken). Dalam kampus ni ada 5 port makan & 1 gerai kecik for in case nak express. Okay sekarang kita bukak gambar besar sikit :


  • Dining Masria Terkenal dengan macha, pekerja dalam tu. Dia suka talk nonsense & kitorang pun hangguk-hangguk je sebab tak faham dia cakap apa tapi kalau macha tu yang jaga kaunter selalu dapat murah. Miahaha. Dalam tu jual macam-macam; Ice-blended, Western food, Sizzling mee,  Burger, Ala-carte, Nasi Campur, Nasi Ayam, Waffle, Jagung Cawan & dulu ada bakeri tapi sekarang dah takda rasanya. Ada mart kecik dalam tu ; Delima Mart. Dewan Makan ni untuk penghuni Masria & Mahsuri (Note: Kolej Mahsuri takde dewan makan sendiri).
  • Dining Malinja Aku tak pernah masuk so takleh nak membebel apa. Dining ni untuk budak-budak Malinja.
  • Dining Murni  Cantik & luas & wifi free disediakan tapi makanan tak berapa sedap, air pun tak sedap sangat. Yang seronoknya laksa & bihun sup kita boleh customize, boleh ambik sendiri nak berapa banyak mi, berapa banyak ayam, sayur, cili & sometimes kita ambik melantak-lantak pun harga tetap RM3. Yang best dalam Dining Murni, waffle & Ice Blend dia, sedap & murah. (Yang aku cerita ni zaman aku. Zaman korang tak tahu la kan)


  •  Food Court Best place untuk lepak-lepak minum petang (untuk pelajar kolej la). Time aku dulu wi-fi kat sini speed dia memang superb, sampai boleh download movie yu'ols. Sekarang tak tahu apa nasib. Yela, dah tukar tender. Kat sebelah Food Court ni ada tasik sederhana besar. Kadang-kadang aku & kawan-kawan aku datang sini bagi ikan makan.



  • Kafetaria Aku jarang makan sini. Dalam 2 tahun setengah tu, ada la dalam 5-6 kali je.Staf-staf UiTM selalu makan kat sini sebab dekat dengan Bangunan Pentadbiran. Selain tu dekat dengan Bangunan TEC, bilik-bilik lecturer & Kabin. Wifi; superb.

  • KIOSK Jual benda ringan-ringan untuk student sarapan atau isi perut sebelum/selepas kelas.Makanan kat sini cepat sangat habis. Pukul 12 je selalu dah kosong. Macam dalam gambar tu lah. Located in between of Bangunan Pentadbiran & Bangunan TEC. 


#5 FASILITI
  • Perpustakaan Sultan Badlishah Satu-satunya perpustakaan dalam kampus unless korang buat perpustakaan komik sendiri dalam bilik. Tak besar sangat tak kecik sangat. Ni la tempat dating secara berilmiah, ni la port lepak time Merbok panas, ni la port tengok TV paling awesome (Lengkap dengan Astro. Channel kita pilih), & tempat di mana internet tetiba dapat kuasa kuda. Musim final exam, PSB akan buka sampai malam. Selalunya aku pergi PSB untuk tengok Spongebob & tidur kat area TV tu.


  • Unit Kesihatan "UK" Terletak kat Kolej Mahsuri sahaja, so yang sakit kat Malinja, Masria & Murni kena jalan jauh sikit. Seksa wo. Kalau tengah musim tu, lama gila kena tunggu. Staf mesra, doktor pun baik, everything's free. Aku suka pergi sini. Part Ambulans tu, kalau ada kecemasan ke apa, ada la peluang naik.




  • Mesin ATM Dalam kampus, betul-betul depan main gate ada 2; Maybank & Bank Islam. Maybank agak selalu la jugak rosak. Bank Islam, ada 2 mesin ATM & 1 mesin Cash Deposit. Bank Simpanan Nasional takde dalam kampus tapi ada berdekatan dengan taman perumahan dekat-dekat universiti tu jugak. Bank CIMB, Affin Bank, Bank Rakyat semua tu ada kat Sungai Petani je. Sorry to say.



  • Sports Facilities Dalam kampus ada baaanyak court. Yang kat atas ni belum campur court Basketball lagi, belum campur court dalam kolej lagi. (Dalam kolej, usually kat tengah2 kolej ada court badminton @ court baling selipar @ court baling tepung time birthday). Tak silap aku kalau nak guna court kena book dulu. Aku ni warga universiti yang gemar menternak lemak, manakan mungkin aku guna court so procedure nak reserve court, I'm not the one who you should refer to. Selain tu, dalam kolej Mahsuri ada gymnassium. UNISEX gymnassium. Bhahahah. Seram je dengar kan. Actually, ada schedule penggunaan gym where siswi boleh guna untuk hari sekian2, hari yang selebihnya, turn siswa pulak guna. Tak campur. Takyah risau tak memasal.

So macam mana? Yang bakal further kat UiTM Sungai Petani tu takyah seriau la. Kat Sungai Petani semua ada.Dekat dengan air terjun, dekat dengan pantai, ada shopping mall, ada Giant ada Tesco sampai dua, ada taman tema air. Alhamdulillah, aku tak pernah menyesal dapat UiTM Kedah. Kat sini semua serba sederhana & yeah, moga entry ni dapat membantu serba sedikit kat mereka-mereka yang curious pasal UiTM Kedah. Okay I think that's all. Jumpa lagi dalam next entry. Ciau bandung cincau!


*Khas buat-buat pelajar baru DEGREE terutamanya yang tak pernah sampai Kedah:

So far UiTM Kedah memang tak sediakan kemudahan kolej penginapan buat student degree. So, kalau nak mudah cari rumah, ataupun cari housemates, cari roomates; go straightly to this Facebook Open Group:
https://www.facebook.com/groups/331235004518/?fref=ts

Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...