Alhamdulillah, Final Result's Out

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua. Pagi Jumaat yang indah. Harap hujan singgah tengah hari ni. 9 November 2012, hari penentu banyak perkara; hari result diploma UiTM keluar.Well seperti biasa, pagi-pagi lagi tadi seawal 2 a.m. aku dah tercongok depan komputer tunggu email dari UiTM. (Note: UiTM hantar result terus ke e-mail pelajar. Sistem paling awesome setakat ni). Honestly, mula-mula aku kecewa sebab aku tak capai target langsung. But then 5 minit lepas tu dah okay balik sebab fikir mesti ada hikmahnya Allah tak bagi banyak kat aku untuk sem ni.




Alhamdulillah, aku berjaya dapatkan Anugerah Naib Canselor yang aku desire gila-gila even sebelum aku masuk UiTM pun. Finally dapat pun tebus kegagalan SPM aku. Kepada junior yang mungkin baca entry ni, ingat, you can do even better. Entry ni bukan untuk show off,  tapi more to motivate korang untuk grab yang terrlebih baik dari ini sebab aku pun dapat motivasi dari result kakak-kakak senior. Kalau tak jadi yang lebih bagus dari senior pun, aku nak capai apa yang exactly diorang capai. Tak terlintas langsung nak menunjuk as kalau result jatuh ke, susut ke, turun ke, naik ke, poplet ke, aku letak jugak result. Kalau result jatuh bedebuk, kira nak bagi amaran supaya jangan main-main. While kalau result naik, nak kasi tahu korang ada harapan untuk perform dengan lebih lebih lebih baik.

Lastly, semester akhir ni, ramai gila yang dekan. Masing-masing pulun habis-habisan taknak repeat. Penat! Diploma Pengurusan Maklumat ni penat nak layan assignment. haha. Anyway, tahniah kepada semua pelajar DIM semester akhir yang berjaya tamatkan diploma on-time! Jumpa nanti time degree, InsyaAllah :)

Comments

  1. tahniah shasha.. semoga dpt smbung ijazah nanti.. :)
    sy pun nak merasa ANC final sem depan..

    ReplyDelete
  2. congrats congrats congrats! omedetouuu syem.. really proud of u. =) sy je yg tak abes lagi perjuangan. wuwuuu~

    ReplyDelete
  3. Everyone and my friend were being reasoning a great problem
    like this! Now we all know which i was suitable.
    hahah! Thanks for the details somebody article.
    My homepage Urban self sufficiency

    ReplyDelete
  4. akak,mcm mna nk excel ni?sya part 1 pn mcm nk kna repeat ja?kasi tips skit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part 1 memang penat sikit yang. Dulu time part 1 akak hafal semuanya. Semua yang akak belajar akak hafal. Test,quiz semua kalau boleh nak full mark. Sepanjang exam tak keluar kemana-mana. Study macam nerd sebab tak tahu teknik. Semangat tu kena kuat dik. Kalau semangat nak excel tu takde, serius, baca 1 slide pun dah give-up & rasa macam "ahh sudahlah. exam nanti buat betul2". Bila dah final still tak boleh buat " ah biarlah, sem depan ada lagi". Believe it or not, syuhada akan kekal macam tu sampai habis diploma kalau tak sungguh2 dari sekarang. Perasaan dapat dekan tu addictive, syuhada akan rasa nak lagi, lagi dan lagi & oleh yang demikian, you'll always try your best in order to achieve the desired result.tak percaya, nanti bila syuhada dpt dekan, syu akan rasa perasaan 'tamak' tu. tamak nak dekan lagi sem2 akan datang. kuatkan semangat, kuatkan keinginan nak berjaya. bayangkan slip exam syuhada nanti tertulis "Anugerah Dekan". InsyaAllah akak akan update blog mengenai tips2 utk student IM dalam waktu terdekat ni :)

      Delete
    2. ok!!!!!tu la.dh buat mcm kak cakap.tringin nk rasa dekan tu sbb klu skli dpt lpas tu mesti x leh lepas dh.akak doa ya kt syuhada,mnx leh excel.

      Delete
  5. ok,tips akak mmg mnjadi.hahahahha.akhirnya dpt gak dean,trima kasih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Really? Tahniah Syuhada! akak tumpang gembira. Gandakan usaha sem depan okey? Akak nak tengok sem depan pun syuhada dean list!

      Delete
    2. Trima kasih.ok,InsyaAllah next sem pn dean list.hahahhaha trima kasih bagi semangat!!!

      Delete
  6. Hi akak...saya xtahu la akak masuh aktif lgi ke tak dekat blog ni. Tp saya still nk comment jgk hehe... saya pelajar DIM dkt uitm merbok jgk bru habis part 1. Saya byk baca blog akak. Sbb tu sya struggle sangat part 1 ni dan alhamdulillah saya dapat anugerah dekan untk sem ni. Terima kasih akak atas nasihat dn dorongn yg akak bgi sgt membantu .

    ReplyDelete
  7. salam kak, how to get ANC??? kena dean every sem eh?

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for dropping by :)

Popular posts from this blog

Diploma Pengurusan Maklumat UiTM?

Checklist : Apa Yang Perlu Dibawa Ke Kolej Penginapan / Asrama / Hostel ?

Degree Story