Friday, November 9, 2012

UiTM Kedah Tour Guide

Assalamualaikum

Haiho ladies & gents. Seperti yang tertera kat bio tepi tu, I am an official Ex-Student of UiTM Merbok, Kedah. Dekat 2 tahun setengah kat sana. aku dah boleh picture la macam mana keadaan dalam kampus tu. Well, kampus Sg.Petani TAK besar, maybe yang paling kecik antara branch-branch UiTM. Maybe. Aku pakai agak je.Tapi personally aku rasa UiTM Kedah tu cantik. Hm, pratically aku takleh nak evaluate ke apa since aku tak pernah jengah universiti lain, tapi kampus tu memang boleh tahan cun. Kemas la arrangement dia. *Pendapat peribadi sahaja, okeng*


Okay, sekarang aku nak kasi guidance kat korang, especially freshman yang bakal masuk UiTM Kedah, kasi overview macam mana rupa bentuk, bangunan, & some facilities penting dalam kampus ni. The explanation might not be as detail as you wished for but I think It'll be kinda helpful, InsyaAllah. Now let's start with... gate!


#1 GATE

Ada 2 'legal' gate dalam kampus ni:

  • Main Gate yang buka dari pagi sampai 8 p.m (untuk parents) & sampai 10.30 p.m untuk budak-budak kolej yang keluar merayap / research / makan luar, etc. Siapa-siapa yang terlewat, nama akan diambil & diberi warning. (Tapi selalunya student prefer untuk overnight terus & balik besok paginya).
  • Alternative Gate yang terletak kat belakang tu memang tak berapa boleh nak pakai. SELALUNYA gate tu akan tertutup rapat seperti yang tertera dalam gambar unless ada YB bertandang. Oh yeah. Apa yang confirm, pagi Isnin seawal 8.a.m gate dah ternganga. Hari lain, sukahati guard.



#2 KELAS
  • Kabin Tak dinafikan bangunan dari zink ni macam rumah setinggan, but hey, ini rumah setinggan mewah okay. Dalam tu ada air-cond. Tandas dia kewlarss. Jangan main-main. However, port kabin ni port paling tak favourite lebih-lebih lagi untuk student siswi yang duduk kolej sebab location dia yang kat hujung dunia tu. Jauh sangat dari kolej. Boleh tercabut kaki. Kalau tak mengah tak sah.
  • Bangunan TEC Amaran : Bilik TEC9 air-cond selalu rosak. Tingkat 1 & 2 je dijadikan kelas, Tingkat 3 di-occupied by lecturerssss. Dekat dengan bangunan Pentadbiran & Kiosk (Akan di-explain kemudian).



  • Bangunan B Kelas kat Bangunan B boleh kata tak berapa mewah nak banding dengan kelas kat bangunan lain. Condition kerusi meja dia agak lama & aku pun jarang dapat kelas kat B so tak boleh nak membebel banyak.
  • Bangunan C Kitorang panggil bangunan purple. Nampak macam rumah agam, right? But no, ini adalah kelas & aku tak berapa suka kelas kat C sebab port parking dia yang limited. Yang best, air-cond kat sini jarang rosak & kalau lecturer nak buat presentation kat sini pun aku tak risau sangat sebab equipment dalam tu semua nampak macam baru.
  • Kelas kat bangunan B & C selalu 'dibukak' untuk final exam.


  • Dewan Sarjana "DS" The only 2 dewan kuliah dalam kampus & this is my favourite class ever.Boleh muat  approximately 160 orang dalam satu-satu masa. Dewan kuliah ni tak la besar sangat & takla secanggih, seselesa dewan kuliah universiti lain tapi aku tetap suka DS. Air-cond jarang rosak tapi still kadang-kadang buat perangai gonjeng jugak. 
  • Port favourite student untuk buat test.


  • Bangunan Pentadbiran Yeap.Ini kawasan, Admin yang punya; Kewangan la, Pejabat Rektor semua kat sini. Kelas pun ada kat sini, yang gonjengnya, kelas kat tingkat ataaaaaaaaaas sekali. Kalau korang dapat kelas depannya huruf "P", sinilah tempatnya;kat tingkat 4. Condition kelas, agak kurrreng. Sorry to say.



#3 KOLEJ PENGINAPAN


Kolej penginapan untuk pelajar diploma: free of charge,student asasi, aku tak pasti. Takda bayar yuran kolej ke apa, instead just prepare duit untuk bayar elektrik; 1 barang elektrik/ RM10, sekali sahaja untuk 1 sem. That's the good thing. Yang tak seronok, selalunya siswa dah kena duduk luar (rumah sewa) start sem 3 & siswi dah kena blah start sem 4, tapi itu depends kat jumlah intake batch korang lah. Ada 4 kolej overall; 3 untuk Perempuan, 1 untuk lelaki.



  • Kolej Malinja Kolej lelaki & kolej yang aku rasa paling cantik dalam kampus. Luaran lah. Dalaman tu Wallahua'lam. Reka bentuk & landskap dia cun. Kalau tengok live lagi cun. Serius.
  • Kolej Murni Kolej aku dari semester 3 - semester 4. Cantik. Aku panggil kolej ni hotel murah sebab reka bentuk & colour dia ke arah-arah rumah tumpangan kelas ekonomi. Bilik untuk 4 orang GILA BESAR sebab kat Kolej Murni, dia tak guna katil double-decker. Semua dapat katil single sendiri (except bilik kat groundfloor). However, bilik untuk 2 orang dia kecik dan almari dalam kolej ni pun kecik. Benda yang paling aku berkenan dengan kolej ni, bilik mandi. Curlass.

  • Kolej Masria Kolej aku dari Sem 1-2.Kolej lama & tak cantik tapi have to say this old timer provides BEST ROOM EVER. Bilik untuk 2 orang dia lagi besar dari Kolej Murni, bilik sejuk, almari dia besar, katil dia since dah lama, tilam tu jadi exra penyek. Empuk yu'olsss. Tangga dia tak tingggi, so nak panjat sampai ke tingkat 3 tak penat sangat & kat bahagian groundfloor, ada kedai runcit yang buka dari 9a.m.-11.p.m. Whenever nak beli maggi, tak payah sibuk-sibuk nak bersiap teruk. 
  • Kolej Mahsuri Lebih kurang je macam Kolej Masria, kolej lama, ada kedai jugak kat groundfloor, dekat dengan FoodCourt (akan di explain later),  cuma klinik, Unit Kesihatan untuk student UiTM cuma 1 sahaja dan  ianya terletak kat Kolej Mahsuri.




4# PORT MAKAN
Makan tak disediakan macam dalam asrama kena makan waktu sekian-sekian,nope. Sukahati nak makan bila, berapa banyak, tanak makan pon boleh. Kena beli sendiri, duit sendiri, unless korang mohon elaun makan dapat RM120 sebulan (If I'm not mistaken). Dalam kampus ni ada 5 port makan & 1 gerai kecik for in case nak express. Okay sekarang kita bukak gambar besar sikit :


  • Dining Masria Terkenal dengan macha, pekerja dalam tu. Dia suka talk nonsense & kitorang pun hangguk-hangguk je sebab tak faham dia cakap apa tapi kalau macha tu yang jaga kaunter selalu dapat murah. Miahaha. Dalam tu jual macam-macam; Ice-blended, Western food, Sizzling mee,  Burger, Ala-carte, Nasi Campur, Nasi Ayam, Waffle, Jagung Cawan & dulu ada bakeri tapi sekarang dah takda rasanya. Ada mart kecik dalam tu ; Delima Mart. Dewan Makan ni untuk penghuni Masria & Mahsuri (Note: Kolej Mahsuri takde dewan makan sendiri).
  • Dining Malinja Aku tak pernah masuk so takleh nak membebel apa. Dining ni untuk budak-budak Malinja.
  • Dining Murni  Cantik & luas & wifi free disediakan tapi makanan tak berapa sedap, air pun tak sedap sangat. Yang seronoknya laksa & bihun sup kita boleh customize, boleh ambik sendiri nak berapa banyak mi, berapa banyak ayam, sayur, cili & sometimes kita ambik melantak-lantak pun harga tetap RM3. Yang best dalam Dining Murni, waffle & Ice Blend dia, sedap & murah. (Yang aku cerita ni zaman aku. Zaman korang tak tahu la kan)


  •  Food Court Best place untuk lepak-lepak minum petang (untuk pelajar kolej la). Time aku dulu wi-fi kat sini speed dia memang superb, sampai boleh download movie yu'ols. Sekarang tak tahu apa nasib. Yela, dah tukar tender. Kat sebelah Food Court ni ada tasik sederhana besar. Kadang-kadang aku & kawan-kawan aku datang sini bagi ikan makan.



  • Kafetaria Aku jarang makan sini. Dalam 2 tahun setengah tu, ada la dalam 5-6 kali je.Staf-staf UiTM selalu makan kat sini sebab dekat dengan Bangunan Pentadbiran. Selain tu dekat dengan Bangunan TEC, bilik-bilik lecturer & Kabin. Wifi; superb.

  • KIOSK Jual benda ringan-ringan untuk student sarapan atau isi perut sebelum/selepas kelas.Makanan kat sini cepat sangat habis. Pukul 12 je selalu dah kosong. Macam dalam gambar tu lah. Located in between of Bangunan Pentadbiran & Bangunan TEC. 


#5 FASILITI
  • Perpustakaan Sultan Badlishah Satu-satunya perpustakaan dalam kampus unless korang buat perpustakaan komik sendiri dalam bilik. Tak besar sangat tak kecik sangat. Ni la tempat dating secara berilmiah, ni la port lepak time Merbok panas, ni la port tengok TV paling awesome (Lengkap dengan Astro. Channel kita pilih), & tempat di mana internet tetiba dapat kuasa kuda. Musim final exam, PSB akan buka sampai malam. Selalunya aku pergi PSB untuk tengok Spongebob & tidur kat area TV tu.


  • Unit Kesihatan "UK" Terletak kat Kolej Mahsuri sahaja, so yang sakit kat Malinja, Masria & Murni kena jalan jauh sikit. Seksa wo. Kalau tengah musim tu, lama gila kena tunggu. Staf mesra, doktor pun baik, everything's free. Aku suka pergi sini. Part Ambulans tu, kalau ada kecemasan ke apa, ada la peluang naik.




  • Mesin ATM Dalam kampus, betul-betul depan main gate ada 2; Maybank & Bank Islam. Maybank agak selalu la jugak rosak. Bank Islam, ada 2 mesin ATM & 1 mesin Cash Deposit. Bank Simpanan Nasional takde dalam kampus tapi ada berdekatan dengan taman perumahan dekat-dekat universiti tu jugak. Bank CIMB, Affin Bank, Bank Rakyat semua tu ada kat Sungai Petani je. Sorry to say.



  • Sports Facilities Dalam kampus ada baaanyak court. Yang kat atas ni belum campur court Basketball lagi, belum campur court dalam kolej lagi. (Dalam kolej, usually kat tengah2 kolej ada court badminton @ court baling selipar @ court baling tepung time birthday). Tak silap aku kalau nak guna court kena book dulu. Aku ni warga universiti yang gemar menternak lemak, manakan mungkin aku guna court so procedure nak reserve court, I'm not the one who you should refer to. Selain tu, dalam kolej Mahsuri ada gymnassium. UNISEX gymnassium. Bhahahah. Seram je dengar kan. Actually, ada schedule penggunaan gym where siswi boleh guna untuk hari sekian2, hari yang selebihnya, turn siswa pulak guna. Tak campur. Takyah risau tak memasal.

So macam mana? Yang bakal further kat UiTM Sungai Petani tu takyah seriau la. Kat Sungai Petani semua ada.Dekat dengan air terjun, dekat dengan pantai, ada shopping mall, ada Giant ada Tesco sampai dua, ada taman tema air. Alhamdulillah, aku tak pernah menyesal dapat UiTM Kedah. Kat sini semua serba sederhana & yeah, moga entry ni dapat membantu serba sedikit kat mereka-mereka yang curious pasal UiTM Kedah. Okay I think that's all. Jumpa lagi dalam next entry. Ciau bandung cincau!


*Khas buat-buat pelajar baru DEGREE terutamanya yang tak pernah sampai Kedah:

So far UiTM Kedah memang tak sediakan kemudahan kolej penginapan buat student degree. So, kalau nak mudah cari rumah, ataupun cari housemates, cari roomates; go straightly to this Facebook Open Group:
https://www.facebook.com/groups/331235004518/?fref=ts

45 comments:

  1. You are my life savior...haha sya dari sarawak. HEHE soo u can tell iam veryy paranoiddddd hehe ^_^ amik asasi undang2.. :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah & welcome to UiTM Merbok! This place: superb! Saya alumni & saya rindu tempat ni. Everybody yang dah tak study sini, mesti rindu punya lah. Memang best :)

    ReplyDelete
  3. semangat berkobar-kobar nk belajar kat sini. lol
    thanks akak for the entry..
    sangat membantu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome. Tahniah & selamat datang ke UiTM Merbok! :D

      Delete
  4. thanks akak..sy dri kelantan.dpt asasi law kt sini..this entry very nice n helped me to discover more about this place. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're welcome Afifah. Welcome to Merbok! ;D

      Delete
  5. dekat sini ada disediakan iron tak? or pelajar kena bawak sendiri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. UiTM tak sediakan iron. Bilik kosong. cuma ada katil,tilam,almari & meja je. Banyak benda yg kena bawa sendiri :)

      Delete
    2. wahh. kena borong habis nie. rasa macam satu almari dr rumah nk bawak. haha. btw, excited jgk nk masuk lepas baca entri akak nie. :) lecterur2 kat sana best tk?

      Delete
    3. ha lagi satu, almari kt sana besar mana eh?

      Delete
    4. Kalau aimi pelajar IM, lecturer: marvellous! best. lagi2 encik asmad rizal (kalau nanti aimi belajar dengan encik asmad la) hehe

      saiz almari bergantung pada kolej. kalau aimi dapat kolej masria atau mahsuri, almari memang besar. tapi kalau dapat kolej murni, almari cinonet je. separuh daripada saiz almari kolej masria/mahsuri.

      Delete
    5. saya dpt diploma perakaunan. excited jugak. kak, tak boleh pakai jeans eh wktu kuliah?

      Delete
    6. boleh je. tapi jgn terlampau ketat nanti kena tahan pak guard.yang tak boleh baju lengan pendek. kalau nak pakai pun pakai la dgn kardigan

      Delete
  6. Thx 4 the info sis. Really helpful. ^^
    Brdebar2 nk msuk ni. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Haha biasalah tu 1st time. Welcome to the lovely Merbok! :D

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. Kalau utk lelaki.. satu bilik duduk brapa org?? Haha. Dngq kata 6 org satu bilik. TAKKAN kot! Haha. Saya asasi Law. :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. 6 tu dah kira okay. Pernah ada kawan sampai 8 orang 1 bilik.akak tak sure la. tak pernah masuk kolej lelaki. haha

      Delete
  8. Dorm laki satu bilik brapa ramai org?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti.. 4-8 orang. mungkin. depends on intake and such

      Delete
  9. Entry ini sgt mmbntu...
    Nk Tnye, Btl Ke Untk stdnt Deg x Disediakan Rumah Atau hostel??
    Kalo Btl Then Cm ne,kene Crik Sendiri Atau Cmne...
    Harap bntu.. =)

    ReplyDelete
  10. Entry ini sgt mmbntu...
    Nk Tnye, Btl Ke Untk stdnt Deg x Disediakan Rumah Atau hostel??
    Kalo Btl Then Cm ne,kene Crik Sendiri Atau Cmne...
    Harap bntu.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf yep lambat reply. Untuk student degree memang takde penempatan. Buat rayuan macamana pun still akhirnya kena duduk luar. Ni kalau kat Merbok la. Kalau perlukan further help, pm shashayatim@gmail.com. Mungkin saya dapat mintak tolong kawan2 saya yang duduk sana.

      Delete
  11. salamm..btol ke utk student degree xdsediakan penemptan?..kalau ade dia tulis 'kemudahan kolej :disediakan' tuu maksudnya apa?..konfius sikit..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada tu mungkin lah uitm kedah dah buat kolej baru. Tapi setakat ni dengarnya takde. kalau dapat kolej boleh confirmkan dengan pihak pengurusan kolej uitm kedah. call diorang. strange case jugak ni sebab all my friends takde sorang pun yang dapat kolej intake mac 2013 haritu.

      Delete
  12. serius?kna prepare jgk laa kalo cmtu..saya dpt kos marketing ,kmasukan degree sept ni..thanks for the info:)

    ReplyDelete
  13. yg dapat kolej tu selalu dari student asasi, matrik, or stpm. yg asal dari diploma uitm mmg x dapat kolej pun.. so, semua student yg asal dari diploma uitm, mmg x dapat kolej. cari la umah sewa.. kalau nak, bley wat rayuan kolej, and kena bayar RM200++. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa. ni dia. thank you jawabkan! hehe ;D

      Delete
  14. Tandas untk kolej wanita tu berkongsi berapa ramai org?

    ReplyDelete
  15. Bila baca entry akak ni buat saya teringat plak kt Merbok tu , serius bnyk pngalaman yg mngajar sye erti kedewasaan kt situ.. xrugilah belajar kt situ.. all the best :) - Junior IM jgk baru je abis bulan 10 ritu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? memang tak rugi further kat Kedah. Environment di Merbok, priceless! Takkan dapat suasana belajar best macam tu kat Shah Alam. All the best to you too, junnies! :)

      Delete
  16. nk g bsn kt tmn perumhn tu amek masa bpa mnit jln kaki..ade pjbt pos x dekat2 situ..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan kaki? err... around 20 minit, maybe? tapi usually kami naik motor la cikai2 pun. jalan berbukit kot. penat la sikit nak jalan kaki.

      Pejabat pos paling dekat rasanya located kat Tesco berhadapan dengan Village Mall. Ada jugak Pejabat pos kat Merbok tapi, jaaaaaaaaaaauh sangat and very the pedalaman la. Saya dah pernah pergi & tanak pergi lagi dah. Cukuplah sekali.I suggest you pergi kat Tesco je. Alang2 boleh shopping sekali. Heheh

      Delete
  17. Salam , kitorang nak ke UiTM this weekend, area2 sana ada tempat beriadah tak? air terjun ke?

    ReplyDelete
  18. salam.. terima kasih utk info ni.. berguna utk sy nnti.. jikalu kita naik bas dn hendak ke uitm merbok cm ne ek? ada kenderaan yg khas xke uitm sna? kalau nk ke bandar pula macam mana?

    ReplyDelete
  19. Salam a'laik nak Tanya mereka yg kena duduk luar dn cari rmh sewa, di mana rmh sewa yang yg berhampiran dan purata berapa harga sewa? thanks in advance...

    ReplyDelete
  20. eee seramnnya tngok. besooo! dulu saya kat uitm kuantan, kecik je,..nak pi kuliah dari hostel mmg 1-2min je dah boleh smpai. dah la saya ni pemalu sikit, boleh survive ke :(

    ReplyDelete
  21. Thank u beri informasi. Mudah skit nk buat survey camp kt uitm kedah

    ReplyDelete
  22. Thank u beri informasi. Mudah skit nk buat survey camp kt uitm kedah

    ReplyDelete
  23. Thank u beri informasi. Mudah skit nk buat survey camp kt uitm kedah

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  26. I'm from uitm bertam & looking forward to be here at uitm merbok. lega baca post awak. tak risau dahhhhh selesa sangat

    ReplyDelete
  27. Klau penerapan degree pon biase x dpt kolej ke ?

    ReplyDelete

Thanks for dropping by :)

Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...