Wednesday, September 4, 2013

Checklist : Apa Yang Perlu Dibawa Ke Kolej Penginapan / Asrama / Hostel ?

Assalamualaikum.

Hai geng. Geng ke? Tak kisah la geng tak geng. Look, nak diringkaskan cerita dalam banyak-banyak persoalan dari randomss, ada jugak yang tanya pasal apa yang perlu dibawa time hari pendaftaran ke universiti. Kalau kena kat orang lain, maybe akan kena cop "Apa panya soalan daa" but luckily (ceh luckily) you ask me. Mohon percaya, aku pi google kot checklist barang apa nak bawak ke universiti time diploma dulu. Maklum la, bebenduls. Kalau boleh satu rumah aku nak bawak sekali sumbat dalam bonet. Malangnya tak boleh & aku redha.


Harus diingatkan, checklist ni general so tak semestinya semua yang dilistkan ni wajib dibawak. Pilih-pilih la. Takkan boboys nak bawak kain batik gegirls pulak kan. So, thats why; pick!

Okay, kita move ke checklist:

Attire
(  ) Undergarments
(  ) Baju Basahan (T-shirt buat tidur)
(  ) Baju Kurung / Jubah
(  ) Baju Melayu
(  ) Blouse/T-Shirt jalan-jalan
(  ) Baju T-Shirt berkolar
(  ) Cardigan
(  ) Sweater
(  ) Seluar Slack
(  ) Seluar Jeans
(  ) Seluar Pendek
(  ) Kain Pelikat
(  ) Kain Batik
(  ) Kain Dalam
(  ) Handkerchief
(  ) Kasut / Kasut Formal (bertutup)  / Kasut Sukan
(  ) Tudung secukup rasa
(  ) Serkup
(  ) Stokin
(  ) Stokin Lengan
(  ) Tie
(  ) Tali Pinggang
(  ) Telekung
(  ) Sejadah



Toiletries
(  ) Sabun
(  ) Shampoo
(  ) Conditioner
(  ) Shower Loofah / Shower Sponge
(  ) Pencuci Muka
(  ) Razor
(  ) Mouthwash
(  ) Feminine Wash
(  ) Kotex & seangkatan (hihi)
(  ) Berus Gigi
(  ) Ubat Gigi
(  ) Perfume
(  ) Bedak Baby
(  ) Pelembap Muka / Toner / Ubat Jerawat
(  ) Sikat
(  ) Gel / Minyak Rambut
(  ) Sabun Baju
(  ) Berus Baju
(  ) Pewangi / Pelembut (Softlan la senang)
(  ) Baldi
(  ) Gayung
(  ) Bakul letak barang2 mandi - Digalakkan guna bakul kecik berlubang
(  ) Selipar Jamban


Computing Device / Electric Device
(  ) Beg Laptop
(  ) Laptop
(  ) Broadband
(  ) Handphone
(  ) Tablet / iPad
(  ) MP3 / MP4 / iPod
(  ) PSP
(  ) Earphone / Headphone
(  ) Mouse
(  ) Printer
(  ) Speaker
(  ) Laptop Cooling Fan
(  ) USB light
(  ) USB Cable
(  ) Thumbdrive
(  ) External Hard Disk
(  ) Cleaning Kit
(  ) Charger Laptop
(  ) Charger Phone
(  ) Water Heater
(  ) Sterika
(  ) Extension Lead / Wire - Dengan penuh serius aku cakap, beli benda ni. You'll need it.

Food
(  ) Supplement
(  ) Ubat demam / batuk / sakit tekak/ selsema / Panadol
(  ) Kismis
(  ) Biskut / Roti 
(  ) Jajan / Keropok / Kerepek
(  ) Maggi 
(  ) Instant soup / Instant porridge
(  ) Kordial
(  ) Air Mineral
(  ) Milo 3-in-1
(  ) Gula
(  ) Sudu
(  ) Garpu
(  ) Pinggan
(  ) Mangkuk
(  ) Mug
(  ) Tisu


Important Document
(  ) IC
(  ) ID Pelajar
(  ) Gambar Passport (Buat banyak-banyak terus)
(  ) Lesen
(  ) Kad ATM
(  ) Kad Membership
(  ) Borang-borang berkaitan
(  ) Laporan Kesihatan
(  ) X-Ray


Others
(  ) Al-Quran
(  ) Dompet
(  ) Hanger - Bawak banyak. Half untuk sangkut dalam almari, half untuk sidai baju
(  ) Hanger Bulat - Untuk gantung 'adik-adik comel'
(  ) Iron board
(  ) Beg balik kampung - Beg tarik / Beg Garfield
(  ) Beg ke kelas / Bag jalan-jalan
(  ) Buku log / Buku nota
(  ) Pencil box & Stationeries
(  ) Cangkuk gantung barang & baju - Bawak!
(  ) Kertas A4 (Bagi yang bawa printer)
(  ) Kertas kajang (Wajib bawa. Guna atau tak, belakang punya cerita)
(  ) Fabric starch (bagi awek bertudung bawal sejati)
(  ) Brooch
(  ) Bed comforter / Lapik tilam & bantal
(  ) Bantal
(  ) Selimut
(  ) Teddy Bear
(  ) Getah Rambut / Cekak Rambut
(  ) Barang-barang make-up (Letak dalam satu bag khas)
(  ) Febreeze
(  ) Pewangi Bilik / Pewangi Almari
(  ) Lap kaki
(  ) Lap basahan - in case tumpah or untuk lap pinggan mangkuk basah.
(  ) Penyapu & Penyodok
(  ) Tong sampah kecil
(  ) Plastik sampah

Ni je dulu setakat ni. Mungkin akan di-update. Macam nak pindah? Ye memang macam nak pindah rumah. Biasala. Gegirls *flip hair* Poket Doraemon much. (Lepas tu end of sem habis semua benda nak mengamuk sebab penat mengemas & bawak turun). 

Harap checklist ni membantu korang. Just copy paste kat words, buang mana tak perlu & siap! ;)


Thursday, August 29, 2013

Random Thursday


Assalamualaikum

Special for THAT drama queen :



And no, I'm not sorry for posting this. Getting tired of your 'SHEET', Your Highness.

Monday, August 26, 2013

Alhamdulillah: MieyaIzzat E-day!

Assalamualaikum

24-08-2013 lepas, my housemate, coursemate, and classmate dan kawan sekolah SMK Telok Datok; cik Nur Damia Shafee dah selamat bertunang dengan jejaka Kedah pilihan hati, Izzat Mansor. Amboi, taknak kalah. Kita punya nama Jat, dia pun nak Jat jugak. Tapi Jat buah hati Mieya dah move setapak dulu lah dari Jat McGreggor ittew. Nevermind. It can be waited. Tettt. Majlis berjalan dengan smooth & horait sangat. Mieya asyik mintak mahap sebab tak terlayan housemate-housemate dia yang datang. Hat ni pun nevermind. Pasal kitorang dah melantak makanan-makanan kat majlis tu dengan penuh selera dan bergaya, so aku habaq kat dia segalanya diampunkan. Dasar food monster!

Tema majlis Pink+Biru. Tapi aku datang pakai striking Oren+Biru. Wadehel. Tak kena langsung. Baju Cik Mieyamon sangat somey tahu! Pastel Pinkies & paling penting, Mieya dah kuwuss & hittew jeles much! JELES MUCH! Seumur hidup Shasha Yatim dihabiskan bising pasal berat badan je. Takde visi langsung.

Ni masa sarung cincin. Again, jealous KingKong. Tengok LIVE pulak tu. Aku jarang tengok orang tunang. Kalau sedara-mara pun biasanya mama abah je yang ikut sekali. Anak yang baik jaga rumah & adik. Kehkeh. Ni tengok member sendiri tunang kan, peratikan je la dengan rasa dengki ya amat + happy. Happy for my dear friend. ^_^-



Mieya santek gilos. Memang gila pink betul minah ni. Aku pulak tak sesuai pinkies. Macam pareahhh. Dah la gelapun dan hitamun. Aku nak pakai pink? Talk to my feet. Member Rumah 3C18 yang datang cuma aku, Syuhada & Liyana. Asmidar & Ika jauh kat Kedah & Melakau sana. Syafa takde lesen, Athira pulak mana boleh bawa kereta jauh-jauh. So kami bertiga je lah wakil ambik berkat. Mana tau jap lagi turn salah sorang. Hahaa. Keh tak lawak bro.

Pahal pandang bawah kau Oren? Malu ayam pulak macam kau yang tunang. Tarappoddah.

Selekeh sungguh. Silap besar duduk sebelah Mieya. Tenggelam habesss. Tengok pipi? Tu namanya raikan Aidilfitri yang sebenar. Wakaswakaswakas. Yana & Syu datang punya awal. Semangat sungguh. Si Aida Effarina pulak baru datang time aku balik. ZZz.

P/S : Seronok jugak buat majlis. Tapi rasanya if it's my turn to engage, takde rasanya macam ni. Kena tunggu Big Day yang bertahun lagi. A long way to go. Habiskan dulu degree dengan first class, In shaa Allah!

Saturday, August 24, 2013

UiTM Puncak Perdana : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Rekod I

* Post kali ni ditulis agak khusus kepada student Information Management. Tapi kalau yang lain still nak teruskan pembacaan, no problem at all.

Assalamualaikum.

Seperti yang dicanang pada entry lepas, aku ada habaq nak cerita pasal degree aku sekarang right? Well, pada sesiapa yang masih tak notice, I'm currently studying Bsc. of Information Science (Hons.) Records Management, UiTM Puncak Perdana. Kira sequel la lepas habis DIM haritu kan. Triquel,(triquel?)  maybe nak sambung master kat Australia. Eycehh. Hebat nau cita-cita. Satu semester degree pun semacam mau cirit mencecet tengok paper final. Degree rekod ni nampak senang. Aku pun nampak dia macam senang sebab tak payah nak bergelumang dengan AACR dan cataloging. But then, ketahuilah, aku, anda, you guys readers semua dah tersilap *sambil kesat air mata*

Kenapa aku cakap macam ni? First, apa yang buat dia susah; soalan final exam dia. Serious talking lah kan, time korang belajar dalam kelas korang takkan sangka paper final akan jadi sangat killer dan gila sebab time dengar melanguk-languk kat teori dalam kelas tu, benda macam simple dan senang. Paper IMR504 Filing & Classification betul bagi wake up call. Memang tampar aku habis-habisan, buat aku sedar Records Management ain't a Playdoh. 

*Tamat mukadimah

________________________________________________________________________________________________________

Apa itu Minor & Elektif ?

Life degree, dah tak sama macam diploma. Wake up you guys. Diploma manade makhluk-makhluk Minah & Elatip ni. Bila masuk degree, korang cuma akan belajar 2-3 sahaja subjek degree korang. 2 atau 3 daripada 7 ke 8 subjek. Sikit je. Subjek yang fokus pada degree kita ni kita dipanggil subjek core. Tak paham?



Biar cik Shasha Yatim explain secara ringkas kat you guys apa itu Minor & Elektif supaya anda fresshies boleh timbal siap-siap mana satu yang korang nak pilih.


Dan obviously aku pilih elektif. Tengok balik subjek yang aku ambik kat atas;

  • School Resource Center Management tu silabus dari Degree Resource Center
  • Reference Service tu silabus Degree Library Science

Some people pilih elektif sebab variasi subjek. Practically tu betullah. Dapat merasa belajar (walaupun sikit) empat-empat degree. Tapi sebab utama aku ambik elektif untuk jaga pointer. Pada mulanya aku nak ambik Minor Information System. Tapi bila dikira-kira, time diploma dulu memang susah benau nak score subjek-subjek system walau macam mana hardcore pun aku study. So, I end up having elective. Aku 'ada kuasa' untuk pilih & susun subjek supaya dalam satu semester, aku tak berhadapan dengan 2 subjek susah sekaligus. Means, dalam 2 pilihan tu, 1 aku ambik subjek yang senang, 1 lagi aku ambik yang mencabar sikit. So balance lah kan?

Pilihan Minor & Elektif ni cuma wujud di kampus induk, UiTM Puncak Perdana. Pelajar-pelajar yang diterbangkan ke kampus Machang, Segamat & Merbok; you guys nak atau tak, perlu berhadapan dengan Minor. Tiada pilihan. Sebab tu student-student Puncak Perdana boleh dikatakan untung jugakla walaupun kampus macam ______________ (krikkrik). Di Puncak Perdana;
  • Kitorang boleh pilih nak Minor atau Elektif 
  • Kitorang boleh pilih 3rd language yang lebih banyak variasinya
  • kitorang diajar oleh lecturer-lecturer veteran....? Itu dikira kelebihan ke? 
  • Yang paling penting, In shaa Allah semester pertama & kedua dapat kolej.


Setakat ni dulu entry nya. Kering idea nak tambah apa lagi, plus macam dah banyak sangat je text. Berpinauu mata. I'll update about degree lagi. Akan datang, khas pasal degree record ;)

Sunday, August 4, 2013

Degree : First Result

Assalamualaikum

Hola boys and girls. Seperti biasa, setiap sem, aku mesti akan bawak perkhabaran ni. Tapi kali ni, I'm no longer posting about diploma result, but degree instead. Seperti entri-entri lepas, dah diterangkan right, aku jump terus ke semester 3 since aku ambik diploma course yang sama. Degree sillabus, tak semudah diploma. Kalau korang rasa diploma susah, naik degree korang akan rasa diploma tu kashang guring. Sebab tu aku tak target tinggi. Target dekan pun tak. Memang dah pasrah sungguh sejak awal lagi. Bukan sejak awal lagi, sejak keluar dewan exam lagi. Soalan-soalan untuk degree, undeniable susah.  Tapi Alhamdulillah, untuk semester permulaan ni, I'm survived. 


This, isn't for showing off. nope at all. Ni lah realiti student records. You have to face 7 subjects untuk semester ke-3. Yang B+ dedua tu aku target A/A- keluar result macam pfffft. Kalau dah nama lecturer ni memang tak boleh nak jangka style marking tu macam mana. Tu yang aku takut untuk sem depan sebab plannnya nak ambik Web Design sekali lagi. Satu-satunya subjek yang aku achieve C+ sepanjang diploma. Trauma *ceh trauma* sampai sekarang.

In a nutshell, I am so SOOOO grateful to have this. Pagi2 sahur lagi aku dah tunjuk slip result kat parents. Tak sia-sia menggelabah sepanjang malam tunggu result appear kat e-mail. Housemates yang ambik degree records, Alhamdulillah empat-empat semua Dean List. Big congrats buat Damia Shafee, Syuhada Mazlin, dan Athira Radzi. Untuk degree, aku nak aim selempang pink sama-sama dengan kawan-kawan seperjuangan. Eyce. Berdegarnya kita. Berangan tu penting. I'll do anything possible to maintain this. In Shaa Allah, ilmu yang aku dapat akan digunakan sebaik-baiknya, dan kejayaan yang datang akan dijadikan batu loncatan to gain the brighter future.


Semoga kita semua sama-sama cemerlang till the end of our study. Ameen.
*pakcik kat tengah tu dah sukses pun. Anda terkecuali ye pakcik*

Sunday, July 28, 2013

UiTM Puncak Perdana : Kolej Jasmine?

Assalamualaikum

Dah lama sangat tak menaip. Dari bulan Mei sekarang dah nak habis Julai pun. Aku memang layak jadi peneraju dasar baru : Dasar Kemalasan Belia Negara. Kena propose kat DS Najib mungkin. Well-well, semester pertama dah lama habis. Sekarang tengah berusaha pasrah tengok result FIRST untuk degree. 


In Brief: 
Surprisingly, surprisingly okay, surprisingly tak semudah yang aku sangka. Aku bukan pandang rendah, tak. Come'on lah weh, aku belajar balik kot apa yang aku belajar time diploma dulu. Kitorang pun (aku dan housemate-housemate aku) pun take this degree things mencece je la. SEJIBIK kisahnya. Assignment? Kalau tak kerana hati ni suci mulus berseri (Eh?) aku dah copy balik bulat2 assignment-assignmnet diploma; tukar nama lecturer, tukar tarikh submission. Sama nak mampz. Cuma, ada cumaaa. Adaa. Cumanya arahan assignment-assignmnet terbabit dah di-spin, di-twist dengan bijaksananya kasi benda jadi rumit sikit in the end. Plus, bila dah men-degree-kan diri ni, ada lah 3rd languange. To play safe; aku ambik Arabic Language. Guehehe. 

*Nampak tak. Nampak tak malas tu tahap iguana Kenya. Nampak tak ni??!

______________________________________________________________________________________________________

Banyak benda sebenarnya nak dicerita, tapi dah jadi normal human la, mana senang muntut baca panjang-panjang ni. So I'll make this entry as simple as possible, yet understandable and beneficial. Kalau you guys readers eventually find out this entry panjang nak dead, ketahuilah ni cuma separuh dari idea asal. 

Okay kita start dari kampus dulu. Entry akan datang baru kita sembang pasal degree Records Management. Dari Merbok terbang daku ke Puncak Perdana. Nama kemmain bagaikan gah nak dead; Puncak Perdana Induk Fakulti IM. Tengok-tengok dengan mata kuppala, nak nangis. Fakulti macam pasaraya. Pfffft disitu. Eleh tapi tak kisah ponnn. Kita datang nak belajar pppponn. Bak kata instagram 


Haha. Kidding. Menyampah aku dengan hashtag beriban macam tu. Porenggey betul. Lepas 4 bulan bertapa di Puncak, well takde teruk mana pun. Okay-okay, fine, kampus tu memang pathetic. Nak banding dengan Merbok, kalah mati tak bangun-bangun. Jauh nauuu beza. Tapi sebab dekat dengan Encik Ejat McGreggor saya, segalanya indah. Citpodah. Nak tahu apa paling best pasal Puncak? Kolej dia. Kelas pukul 10 am ni, 9.45 am baru bangun pun sempat lagi pergi kelas. Dia punya dekat tu, Masya Allah ( nada P Ramlee). Bukti? This 

Nampak Pasaraya Myd..eh. Nampak fakulti depan tu? View ni dari rumah saya hokeng. Dekat kan? Sangat! 

Namun begitu, seribu kali sayang, student degree tak lagi ditaja mewah macam diploma dulu. Sikalang kita olang kena bayar kolej tau. Satu rumah RM 2,400. Per sem. Haha. RM 2,400 satu bulan, dengan aku-aku sekali main demonstrasi jalanan kat Puncak tu. Dah la tingkat 5.

Trivia Kolej Jasmine:
  • Kolej Jasmine Puncak ni tak pakai bilik. Kitorang ada rumah ala-ala apartment ; lengkap dengan 3 bilik, 2 bilik air, ruang tamu yang agak besar, tempat sidai baju, rak kasut, meja study + lampu meja, balkoni, dan pantri yang tak rupa pantri langsung.
  • 3 bilik pula dibahagi lagi. 2 bilik untuk 2 orang. 1 bilik untuk 4 orang. Means, satu rumah mampu menyumbat exactly 8 orang.
  • Harus diingatkan, satu bilik = RM800. So, penghuni bilik 4 orang hanya akan bayar RM 200/head sahaja untuk kolej, while penghuni bilik 2 orang, nak tak nak korang kena bayar RM 400/head. 
  • Yuran kolej ni termasuk sekali bil api dan air. Kalau korang terlupa tutup suis sterika sampai seminggu pun korang tak akan dikenakan apa-apa. Tapi sumpah tu memang biadap la.
  • Kat sini ada kafe, ada "kandang". Tu je tempat makan yang ada. Tapi jangan risau, actually banyak lagi pilihan cuma tak tertaip je.
  • Untuk pelajar yang freshly baru nak masuk, korang boleh pakat dengan kawan-kawan kalau nak satu rumah. In Shaa Allah boleh sebab aku pun buat camtu. Lagi 2 bulan nak masuk dah sssebok cari housemate. Tapi pastikan pakat tu  takat 8 orang la.

Cakap banyak pun tala guna wo. Meh aku present sikit macam mana yang dikatakan rumah tu. Korang nilai la sendiri berbaloi tak RM 600/month campur bil api & air :


Maafkan camera Handphone Rebate Alcatel saya. 2.0 MP memang mengundang.

Description : Gambar ni shows ketinggian & luas rumah ni. Boleh tahan besar la kan. Okey la bagi kami yang senang puas hati ni. Setiap meja ada lampu, suis & rak buku masing-masing. Ruang tengah-tengah tu memang besar. 



Description : Belakang langsir tu balkoni & ni dia 2 toilet yang dijanjikan. Dijanjikan? Dukacitanya dimaklumkan bilik air ni tak boleh digunakan serentak. Kalau nak jugak, hamek dua-dua belah shower tu tak keluar air. My advice here, amat digalakkan untuk one of the member bawa baldi besar atau container, untuk isi air siap-siap. So, waktu peak hour, dua-dua bilik mandi boleh digunakan.



Description : Gambar atas-Bilik 3&4, Gambar bawah-Bilik 1&2. Bilik untuk 2 orang. Yes, memang tak aci sebab salah satunya ada meja while lagi satu bilik, meja kat luar. Nasib kau lah Jah sebab most of the case, pihak pengurusan yang bagi kita nombor bilik tu. Selalunya bilik yang besar sikit, ada meja & pemandangan yang superb, BILIK 1&2. Bilik aku bilik 3&4, bilik stor. Memang kesian. Bayar sama RM400 ni tapi cuma dapat bilik super kecik. Anak-anak sekalian, nilah namanya takde rezeki. 


Description : Okay Jah & Jang, inilah bilik 4 orang. Kecik? Yeap, kecik. Sebab tu most of the time penghuni-penghuna bilik ni bersidai-sidai kat ruang tamu. Bilik camni kongsi 4 orang. Nak bernafas pun macam nak kena mintak CPR. Tapi tulah, bayar 200 je. Murah.


Gambar-gambar ni semua shows condition rumah yang super-bersih. Time ni semua housemate dah berrambz balik rumah sebab dah habis exam. Tiada unsur keaiban. Mengapa keaiban? Kitorang je tau. Wakakaka. Tak lawaknya kita. These pictures just want to give all of you the idea of how rumah-rumah at Kolej Jasmine might looks. Tapi serious ni bebz, kalau satu rumah sekepala semuanya, hidup berumah tangga ni memang best. For those yang dapat random housemates besok, pray for your housemates will be deadly sporting. Oh ye, one more tiny thing, kat Puncak takde cleaner nak tolong angkat sampah tau. Korang kena bawak sendiri sampah 8 tan korang tu then campak kat rumah sampah yang disediakan.

Time nak balik haritu, dengan barang-barang macam nak pindah rumah ni, aku bawak turun sorang-sorang dari tingkat 5. Penat gila eyyyyallll. Time tu iman dah goyang. Habis keluar segala carutan azazil dimana most of carutan hina dina tu adalah khusus buat staf kolej sebab bagi aku tingkat 5. (Padahal salah sendiri bawak barang banyak-banyak). Harapnya takda jiran dengarlah. Jatuh imej ittew. Hiks.

80% of my stuff. Banyak ke? Aku rasa kalau tak sebab biskut-biskut Jacob Asmidar tu, takdelah aku kena turun naik round ke 6. As mohon rasa bersalah.


Oh oh oh. One more thing, kat sini broadband P1 Wimax line superbiah! Broadband Yes 4G, can godai. Celcom okay & Maxis pun okay kot. Paling best P1 la weh. That's all folks. Next entry,maybe I'll talk about my course; Bsc. Records Management. Bye all!


Saturday, June 1, 2013

Happy Graduation, Shahirah Mohd Yatim!

Assalamualaikum.

Dah lama betul aku tak update. Nak kata busy, takdelah busy mana pun life degree ni berbanding diploma. The becoming 3 minggu last ni mungkin busy, tapi minggu-minggu sebelum ni, kalau aku cakap life busy nak mampz, dosa besau lah aku tipu korang ni ha. Surprisingly diploma years JAUH LAGI PENAT. Aku tak sure adakah sebab aku dah terbiasa penat time diploma or memang degree takde kerja sangat. Kita tengok semester depan macam mana sebab aku plan nak ambik course elektif  information system. Gigih ni nak ambik IS sampai terbeli (TER?) lappy-lepau yang baru. ihix hix hix. Al-maklum la netbook itew yang somey molek tu tak support sangat software yang berat.

Okay kay uols, entry kali ni nak cerita pasal Istiadat Konvokesyen UiTM ke-78 yang baru berlangsung 21 Mei lepas atas permintaan kebanyakan junior. (Atas permintaan tu. Tak tahannn). First time, diulangi, for the first time in my life aku merasa graduation bagai ni sebab sebelum ni kan aku sekolah biasa je. Takat naik pentas ambik hadiah galakan pun dah bangga tingtong. Kali ni, aku merasa terus graduation universiti. Best tapi penat. Penat sampai demam tak lama lepas graduate tu. Boleh bayang macam mana penat dia?


Dewan Agong Tuanku Canselor sebelum perarakan graduan & pendidik masuk

Keadaan dalam dewan sebelum isitiadat bermula

Abah pun dah pandai selfies. Jiwa remaja betul selfies-selfies.

Dah duduk dalam dewan tu, jangan harap la nak keluar beli keropok lekor ke apa. You're strictly not allowed to exit DATC selagi Dato' Sahol tak umum graduan sebagai alumni UiTM. That means, eventho kita orang paling first yang naik pentas, kita perlu tunggu jugak sampai orang last terima skroll baru kita boleh keluar. However, istiadat ni tak lama pun. Pasal apa? Okay korang bayangkan about 1300-1400 graduan dapat scroll diorang within 3 jam sahaja. Dari 9am- 12pm. Memang sangat rapid, efektif & efisyen.



Sementara tunggu giliran yang keberapa ratus entah, kami sempat bergwiyomi kunun somey. Me with Nur 'Atiqah Rosli, one of my closest friend yang aku kenal dari minggu orientasi diploma lagi. Bagaikan rezeki turun dari langit, out of beribu-ribu manusia tu, we'ols dapat nombor giliran yang menempatkan kitorang duduk sebelah menyebelah. Epic moment! Kawan-kawan yang lain pulak bersepah-sepah duduknya. Terpaksa ikut nombor tempat duduk yang UiTM dah tetapkan. 


Alhamdulillah, dengan gastrik-gastriknya, iols berjaya jugak hambik scroll dari Dato' Sahol (Vice Chancellor UiTM) tanpa menjatuhkan topi atas kepala tu ha. Korang yang bakal graduate, better pinkan benda alah topi tu. You won't afford keseganan besar topi korang tertanggal depan VC. Tertanggal satu, tu belum skrin besau T-Rex dok tayang scene topi jatuh tu. Selagi korang tak turun tangga pentas tanpa jatuhkan topi, selagi tu hati tak tenteram. Ini fakta Ripley's Believe It Or Not.


Alhamdulillah, 2 tahun setengah struggle (la kononnya), Shasha Yatim berjaya menggomol selimpang pink. Bagaikan Miss Universe versi bambam.


My favourite man pun datang konvo. Maaf masih tak bulih tunjuk muka sebenar sebab belum jadi imamku lah kunun-kunun. So Shasha Yatim pun transform beliau ke Ewan McGregor kegilaan saya.


Di perkarangan DATC. Serius duarius waktu tu panas gila. Dengan jubahnya yang tebal, aku rasa ni la faktor utama aku demam tak lama lepas habis konvo.


Amboi mama. Syok sangat ni mukanya. Nanti aku kahwin pun syok macam ni jugak agaknya.


Siti Sa'diah Abdullah pun salah seorang penerima Anugerah Naib Canselor tau. Jangan memain.

Andaikata la korang ada geng and plan nak ambik gambar sama-sama habis konvo, seriously, 79.9% hajat korang takkan tercapai. Antara sebab-sebabnya :
  1. Dari dalam dewan lagi korang dah terpisah. Nak berkumpul luar dewan lagi lah macam %*$#@ sebab terlalu ramai makhluk. Dengan graduannya yang dah already ramai, tambah dengan sanak-saudara, ipar duai dah tunggu luar dewan, nak cari each other memang agak payah. Sorry to inform this. 
  2. Some of graduates tend to bergambar dengan family terlebih dahulu berbanding kawan-kawan. Diorang akan perabih snap dengan family, then baru cari geng.
  3. Ada yang terpaksa balik awal/terpaksa gerak awal disebaban cuaca, kekangan kerja, dsb.

So, nasihat ShashaYatim, dapat je jubah konvo beberapa hari sebelum konvo tu, korang terus bergambar ramai-ramai. Satu geng ke, satu kelas ke, satu batch ke. Tak kisahlah. Tu je waktu terbaik sebab waktu ambik jubah tu, keadaan tak haru sangat. Ada yang fly dengan jubah-jubah sekali ke Taman Tasik Shah Alam, Setia City Mall, ke taman Putrajaya, bergambar sakannn. Almaklumlerr pemandangan cantik kan. Me and my clique pulak just snap depan DATC. Takde siapa nak bawa kami ke tempat-tempat cantik. Haha. Tapi tak kisah pun. Yang buat gambar cantik bukan pemandangan, tapi bila bilangan tu cukup 5. 


Atiqah Rosli, Shasha Yatim, Murni Mohamad, Asmidar Ashary, Sarah Said


Some of my classmates. Badly miss KIM 110 H. Rindu nak masuk kelas sama-sama :'(

Hadiri istiadat konvokesyen, satu pengalaman baru yang menarik lebih-lebih lagi bila kita berjaya grad on time sama dengan kawan-kawan yang lain. Everything fascinating except for the effect korang akan jadi super-duper-penat lepas konvo tu. Jumpa classmate lama, huhahuha bagai, memang undeniable la sesi jejak kasih tu tak dapat nak elak. Juniors yang baca ni, belajar kasi all out; pastikan korang grad ikut time yang telah dirancang. Junior yang dah berjaya tamat, tamat dengan first class, dan tamat dengan ANC, tahniah Shasha Yatim ucapkan dan selamat menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-79, In Shaa Allah.

P/S : Graduan ANC & Ijazah First Class serius dapat tepukan gemuruh gila. Dah la tak payah bayar PTPTN, jadi hot stuff lagi. Syok boleh.

Friday, March 22, 2013

Tips Study Diploma Pengurusan Maklumat

Assalamualaikum

Nak study kena ada cara. Seriously, kalau anda bukan genius, anda kena cari cara yang sesuai dengan jiwa raga or else, usaha anda untuk study dengan berkesan akan berakhir dengan tangisan semata-mata & yeah, itu sinonim dengan tidak awesome. You know, belajar ni macam main bola, kena ada teknik & strategi. Kalau main hentam cenggitu je, rasanya boleh rembat goal ke? Maybe boleh, if you're lucky enough. Tapi luck adalah SANGAT jarang hadir tanpa usaha. 

Nak dipendekkan cerita, untuk score dalam IM, tak susah, cuma kena rajin sikit je. Aku bukan buat hebat ke apa nak bagi tips-tips bagai, just nak share je dengan harapan ada la di antara tips yang aku bagi ni, boleh bantu korang untuk perbaiki mutu & keunggulan study korang; lebih-lebih lagi IMers.

TIPS HOWZUM

#1 Faham & Hafal
Selalu dengar orang cakap gebang-gebang, " Alah kalau kau faham, gerenti boleh jawab". Indeed true. Tapi personally aku rasa sometimes hafal pun perlu. Macam baca Al-Quran, kalau cukup dengan faham je, Hafiz Al-Quran tu apa signifikan dia? TETAPI, jangan hafal membabi pekak. Seriously, kalau korang hafal cara gitu, tak payah tunggu exam, even pergi makan 10 minit pun, balik tu confirm dah lupa. Sebaik-baiknya, fahamkan terlebih dulu, dah faham, gerenti senang hafal. Macam math, ingat senang nak hafal sifir? Tapi sebab faham konsep gandaan tu macam mana, sifir tu kira kacang rebus je.  So, take not here. Fahamkan apa yang anda pelajari, dan hafal mana yang patut.


#2 Jangan Tamak
Yang ni more to tips exam. Sometimes ada subjek yang chapter dia baaaanyak sangat kan? Some people tend tu baca semua, tapi last2 satu habuk pun tak lekat. Itu biasa & itu normal. Kalau masa anda dah suntuk sangat, cari  1 chapter yang paling susah (kalau boleh 1 sahaja), yang paling korang tak boleh go, tinggal yang tu. Biarkan. Lebih baik hilang 1 chapter, daripada hilang semua chapter. At least dalam exam, cuma soalan dari chapter tu sahaja yang korang tak boleh jawab. Kenapa aku suruh tinggal? Sebab masa yang diperuntukkan untuk study chapter yang susah tu, korang boleh guna untuk memperkasakan lagi diri korang kat chapter-chapter popular dan penting.



3# Jangan Terlampau Last Minute
Biasalah student. Nak cari yang well-prepared memang cukup rare la. Even aku 2,3 hari nak exam sempat merayap Sungai Petani,tak ambik port langsung kat study. Tapi jangan terlalu last minute. Seriously cakap korang akan stress & last2 putus asa cenggitu je sebab biasanya kalau exam, students akan take out segala buku-buku & nota-nota, stack kat depan then tenung benda alah tu lama-lama &  yeah, ada la suara2 shaitonirrojim bermain dalam kepala "Pergh gila banyak ni. SEMPAT KE??" Confirm tak sempat. Bila tak sempat, gelabah, bila dah gelabah cuba fikir, yang korang baca semua tu masuk tak rasa-rasanya? Lain tau STUDY last minute dengan ULANGKAJI last minute. Lain.



4# Beri Perhatian Dalam Kelas
Benda ni sepatutnya aku tak sembang la pasal aku tak buat. Aku paling tak suka pergi kelas, apatah lagi pay attention. Tapi untuk kebaikan korang, aku cakap jugak. Tumpukan perhatian kat apa yang lecturer bebel. Sebab kadang-kadang, apa yang diorang cakap tu boleh jadi penyelamat kat final exam. Yang diorang cerita pengalaman kerja diorang, pengalaman pergi sana, pergi sini; seriously boleh jadi contoh dalam essay. Another thing is, kadang-kadang nota slide yang lecturer provide tu takde explanation. Dia bagi key point je kan? Time ni lah pay attention pada apa yang lecturer terangkan tu akan bagi korang benefit. Lagi mantap kalau dapat lecturer jenis satu slide, 1 jam.


5# Jangan Over-Paksa Diri
Never, ever push yourself too hard. Never. Don't ever. Dikhuatiri nanti korang tak boleh buat pasal korang :

  • Jatuh sakit sebab tak makan, skip tidur, skip rehat.
  • Blank
Bagus kalau korang ada target & usaha like there's no tomorrow but please, mesin pun ada button On/Off guys. Alhamdulillah, dari semester 1-5, aku tak pernah lagi sakit  time exam kecuali time sem 5,1st paper tu aku demam teruk effect assignment banyak sangat.  Alhamdulillah rezeki aku kot paper tu dapat A tapi kalau ikut condition sebenar, aku tak boleh nak angkat kepala pun dalam dewan tu. Apa yang aku nak sampaikan kat sini, hebat mana pun korang study, banyak mana pun korang hafal, kalau korang tak jaga makan, tak jaga tidur, tak jaga solat, korang boleh 'lumpuh' pada hari peperiksaan tu diadakan. Bila dah tak boleh bangun camtu, jangankan A, C+ pun belum tentu dapat. Siapa yang rugi? 


Take your time dalam sejam dua untuk relax, makan, tidur, main game, or buat apa yang korang suka. Get yourself away from those notes and books.Then lepas tu sambung balik. Kalau korang boleh disiplinkan diri dengan waktu rehat korang, InsyaAllah takkan ada masalah. Tapi kalau studynya  1 jam, rehatnya 10 jam; mak jah rotan jap lagi ni haaaaaa.


#6 Study : Tak Perlu Ikut Kronologi
Selalunya pelajar akan ikut kronologi dalam menyetadikan diri, but not me. People said 
"Bacalah dari awal, benda berkait-kait dengan next chapter"
Tapi apa yang aku perasan dalam silibus IM ni; lain chapter, lain yang dibincangkan. Macam kadang-kadang tu, Chapter 1 dengan Chapter 2 tak berhubung langsung. Totally different things la between those chapters.Then sebab itulah, aku study mana yang senang dahulu. Contoh chapter 14 paling senang, I'll start with 14. Yang nipis2 aku habiskan, yang tebal-tebal aku letak tepi. Guess what? Bila aku dah habiskan semua yang senang-senang tu, bila aku buka nota kononnya tebal & susah, aku akan jadi camni
" Eh? ni macam dah baca kat chapter 6. ni aku dah hafal pun kat chapter 7 tu."
See, benda berulang. Paling awesome, kebanyakan benda dalam chapter-chapter tebal tu dah diterangkan dalam chapter nipis dengan bahasa yang lebih mudah difahami. Selain itu,kalau korang terlalu fokus dengan chapter tebal sebab takut tak dapat cover lah kononnya, dikhuatiri korang akan habiskan masa korang kat chapter tu sahaja sampai ke hari exam. Korang bajet  chapter2 nipis boleh cover sejam sebelum exam. Tu semua saiton. Nak lagi senang, susun nota ikut populariti chapter, bukan kronologi chapter.


#7 Study : Jangan Ikut Spot
Spot tu saitonnn. Unless lecturer korang yang bagi, baru sungguh-sungguh study hat tu sebab kemungkinan  lecturer tu yang buat soalan exam. Yang lain, Camsyiot je tahu? Bengang ni. Kata je spot, tapi yang dilistkan gaya macam 1 buku jugak kena baca. Pahal? Baik tak payah. Sakit hati tengok spot. Dari Segamat kata lain, dari Machang kata gini, dari Samarahan kata gitu pulak. Lagi sakit hati dah beriya-iya percaya tiba-tiba tak satu pun keluar. Kesimpulannya, baca je semua. Target-target pun kalau boleh elakkan. Yelah, kan sometimes kita buat past sem question. Mestilah mata dok mengusha je tajuk-tajuk essay yang popular. You know what, sometimes yang tak pernah keluar dalam exam tu lah yang gatal-gatal keluar time kita yang  exam. Jangan tertipu dengan populariti mereka. Tu semua perangkap tikus!



8# Jangan Sesekali Niat Nak Meniru!
Tolong. Aku cakap kat korang ni, mohon kerjasama korang untuk tak meniru dalam exam, test, even quiz sekalipun! Sebab bila korang dah niat camtu, korang takkan study. Korang akan bergantung sepenuhnya kat  nota-nota kecik korang, bergantung sepenuhnya kat geng-geng korang. Kalau macam tu lah kisahnya, apa yang korang belajar sebenanya? Nothing. Lagi satu hal, kita nak tuntut ilmu ni, nak berkat. Kalau ingat nak berkat ilmu tu, mesti korang taknak meniru. Berkat jangan buat main. Dengan diploma tu kita nak sambung degree, dengan degree tu kita nak cari makan, & suap tanggungan kita. Kesannya kita tak nampak sekarang & sometimes kesan tak berkat tu bukan dapat kat kita. Mungkin terpalit kat pewaris kita besok. Renungkan.



9# Study : Highlight
Aku tahu, students especially SISWI suka betul dengan highlight. Kalau boleh segala rangkaian colour mesti ada. Biru, oren, hijau, kuning, pink, purple, pelangi, pelangi senja, kelabu taik itik semua kalau boleh nak ada kan? Tak kisahlah highlight colour apa, apa yang aku nak sampaikan kat sini, mohon highlight YANG PENTING SAHAJA. Bukan satu perenggan, bukan satu slide. Sebab apa, bila korang dah buat camtu, it seems like semua part penting padahal yang kita perlu ingat certain-certain line atau word je.Bila dah serabai cara gitu, ada nafsu lagi ke korang nak study now tell me?


#10 Ikut Style Sendiri
Ramai students yang suka ikut kawan. Kawan pi library, dia pun nak ikut. Kawan buat study group, dia tak nak miss. Tapi tanya diri sendiri, berkesan ke? Kalau betul works on you, teruskan. Kalau tak, berhenti! Kawan takkan lupakan korang punyalah. Just make some space untuk korang study sendiri kalau study individually lah yang korang perlukan. If you ask me, most of the time, I prefer to study alone. Even my roomate pun student IM, aku tak study dengan dia. Bukan batak ilmu, ke apa. Aku just tak boleh. Memang aku study individually, tapi bila orang tanya itu ini, aku still akan try tolong just don't ask me to study together because I won't say yes. Kenali cara korang study. Setiap orang lain-lain.Macam mind map, ada orang suka sediakan mind map sebelum study, while aku antara yang anti-mind map sebab it's kinda serabut for me. Kalau lecturer suruh sediakan mind map segala, rasa nak angkat sepanduk "Belia Benci Mindmap" je dalam kelas tu. See? Kalau certain people berkesan dengan cara tertentu, doesn't means it will works just great on us too!



#11 Laman Sosial
Some people tend to off, to deactivate, to terminate segala akaun social network yang ada menjelang exam. I have to say, sungguhpun korang betul-betul nak excel, seriously guys, cara tu silap. Study smart right? Walaupun korang tengah study, korang kena alert dengan berita semasa, alert dengan sebarang pindaan, alert dengan sebarang informasi, alert dengan perbincangan kawan-kawan sebab kemungkinan besar tu semua akan effect exam korang. Buat apa orang nak send sms upon any update/information kat kawan yang obviously makan kos when he can do it freely thru Facebook? That's why, walaupun sibuk sangat study, take some time tengok news di laman sosial korang. Tu lah antara faedah Facebook/Twitter/such. Benda jadi tak berfaedah bila lepas baca news korang stalk haters pulak. Dah tu stalk girlpren adik. Then stalk awek jiran pulaknya kann. Pakcik kepada jiran pun boleh. Aii aku tampaq satgi hang jangan tanya pasaipa.


#12 Buat Soalan Exam Semester-semester Lepas
Ini penting. Korang yang nak A,wajib buat. WAJIB DENGUNG. takde kompromi. Jangan perlekeh kuasa past sem question ye. Nangis tak sudah kang. Kalau boleh, download soalan dari 5 tahun lepas. Believe it or not, soalan ulang-ulang je, Sometime rasa macam diorang recycle balik pun ada. Student yang dapat soalan  exam kitar semula tu memang bernasib baik lah. Yang bernasib kurang baik tu terpaksa lah hadap soalan-soalan baru, silap-silap format baru terus. Apa pun, buat soalan past sem! Buat jangan banyak tanya!

Kesimpulannya, bukan senang nak senang. Betullah phrase tu. Tolong kenali diri anda dengan lebih baik. Jangan seksa diri dengan cara belajar yang tak kena dengan jiwa. Penat je lebih tapi habuk pun tak dapat. Rugi masa, rugi tenaga, silap-silap rugi duit jugak.Semua tips kat atas berdasarkan pendapat & cara aku belajar. Tak semua orang boleh adopt & praktikkan. Lain orang, lain caranya.  But somehow, I hope apa yang aku kongsi ni beri manfaat kepada readers sekalian.  :)

Sekian, Jumpa lagi!

Sunday, February 10, 2013

Degree Story

Assalamualaikum

Hey audiens. Lama aku tak update page ni. Sejak dua menjak kerja ni jadi sangat busy, so masa rehat kat rumah tu betul-betul aku guna pakai dengan sebaik mungkin. Nak tengok TV, nak online, nak berjimba, nak berdating. Eh? <-- Mohon abaikan. Ni kejap lagi Chinese New Year, dapat la aku cuti 2 hari. Tu yang tetiba mau hapdet. 

Seperti yang telah disebut dan dicanang-canang hebat bagaikan hebat sangat dalam entri lepas, diploma dah berjaya diatasi, diperangi dan ditepis dengan gemilangnya & sekarang musim member-member UiTM aku kecoh pasal degree. Untuk mereka yang masih biol-biol mereng, budak-budak diploma (UiTM je lah yang aku tau, U lain,cerita lain) yang dah berjaya tamatkan diploma dengan jayanya akan diberi jalan mudah oleh pihak UiTM untuk sambung ke peringkat Sarjana Muda. Means that, kitorang tak perlu bersaing teruk-teruk untuk dapat tempat to further Bsc. Bagaimanapun, dalam mudah-mudah tu, sebenarnya takdelah mudah sangat pun since pelajar UiTM bukan sikit-sikit punya manusia.

Nak dijadikan cerita, pelajar diploma UiTM diberi pilihan untuk sambung :
  • Degree dibawah fakulti/course yang sama time diploma 
  • Degree dibawah fakulti/course berlainan


Then, dah kenapa?


Based on news floating, kalau kita mohon & berjaya ditawarkan degree yang totally out dari course yang kita ambil time diploma, kita akan bermula dari semester 1 degree. While kalau kita sambung course yang sama kita ambil time diploma, masuk-masuk degree terus semester 3. Tak faham?

*contoh semata mata
___________________________________________________________________________________________________

Siti Senah Binti Hassan
Diploma : Office Management
Degree : Islamic Banking
Mula dari Semester 1 sampai tamat.
____________________________________________________________________________________________________

Siti Ecah Binti Mamat
Diploma : Information Management
Degree : Information Management
Terus diserap ke Semester 3 sampai tamat.
_____________________________________________________________________________________________________
Clear enough? No? Mohon Yes kan je.

Aku tak tahu kenapa, sepanjang cuti tu aku tak sedap hati fikir pasal degree. Tak senang duduk la pendek cerita. Asal fikir je resah. Asal resah je makan. Tuptup gemuk. Dahtu mengamuk kat diri sendiri. Hak hak. Perangai buruk memang sukar ditangkis. Bukan apa, ex-roomate punya balax dulu result cemerlang beb. Tapi on his 1st try check result kemasukan degree, dia gagal. Tu yang aku takut jadi kat aku. 31hb Januari Jam 10 p.m, tarikh keramat result degree keluar. Dan...

Weh ni dah kenapa weh? Kenapaaaaaaaa
Tak loading-loading nangis terus dah. Terdiam aku depan komputer. Tambah parah bukak-bukak Twitter ada Following update 
  • " Alhamdulillah, Puncak Perdana" 
  • " Yes, I did it!" 
  • "Segamat. Jauhnya :'/"
  • "Yay dah dekat dengan rumah!"
  • "Merbok No more"

Woi woi WOI korang diam lah diam! *Jerit batinku yang luka parah. Then tengah dok meroyan meratap nasib tu tiba-tiba, ada sorang Following dari kalangan budak pandai update tweet:
"Weh, kenapa aku punya permohonan gagal? Aku salah tekan link ka?  :/" 
Then kawan dia reply tweet budak pandai tu
 "Weh, hang tekan hat mana? Tekan Lepasan Diploma woih"

Bagaikan orang takde lesen disua BL1M, dengan tiba-tibanya aku jadi hyper dan bertenaga. Semacam orang bangang bila aku tengok aku tekan link Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM/ Kolej Bersekutu.  Paling loser, dah gagal tu takde inisiatif pulak nak tekan link lain.Cam eyyal bukan tahap kepasrahan aku?


First-first try check, salah tekan. Then second try out, I clicked at that "Lepasan Diploma" link. Time tu dah doa habis-habisan. Selawat tak lepas beb. Ini bukan main-main. Ni kisah hidup dan mati, cepat & lambat kahwin. Eh? Okay abaikan. Dan...


Alhamdulillah, accepted! Nak-nak dapat kampus Puncak Perdana. Dari MamaAbah, Bestfriend, Encik Jat, Ex-Geng Merbok yang dah further Shah Alam sampai ke sedara-mara semua dok doa aku dapat Shah Alam, nah Allah bagi aku kat Shah Alam. Puas hati semua pihak kecuali aku yang teringin nak dapat Segamat. Apa pun, aku bersyukur aku dalam kalangan yang dapat tawaran degree tanpa perlu go thru rayuan. Ramai jugak kawan-kawan aku yang tak dapat sambung. Lebih-lebih lagi yang mohon jump course lain. Susah kalau course tu hot stuff, course popular tapi CGPA yang memohon tu tak-berapa-nak-hotstuff. Memang barely accepted la. Jadi nasihat aku untuk junior yang mungkin baca ni :

  • Nak jump course, tak kira lah apa pun, pastikan CGPA korang hebat. Jangan harapkan CGPA minima. Pesaing korang bukan sikit.
  • Untuk yang 'kejar' masa, nak kerja cepat & nak kahwin cepat, better korang mohon je course yang sama dengan diploma. Percentage untuk dapat lebih tinggi, dan tempoh masa yang diambil untuk grad lebih cepat.Cuma seksa lah kalau korang tak minat.
  • (Untuk yang nak sambung under course yang sama) Jangan ikut kawan. Kemampuan dan kecenderungan masing-masing boleh jadi berbeza. Sebab tu time degree dia kasi pecah lagi subjek-subjek. UiTM suh kita pilih hat mana yang kita boleh bawak.
  • UiTM akan 'campak' kita ikut alamat rumah. Alamat rumah aku kat Selangor, dia jentik aku dari Merbok ke Selangor. Kawan-kawan aku yang beralamat utara, kebanyakannya dapat Merbok once again untuk degree. However, ikut course yang ditawarkan jugak. 
  • Ni penting, kalau korang check-check "Permohonan tidak berjaya", cuba lagi bukak esok harinya. Berbalik kepada cerita encik balax ex-roomate aku, 1st try kan mamat tu tak dapat. Besoknya dia check lagi, Alhamdulillah. Sekarang dah selamat landing-landing kat UiTM Shah Alam pun. Kadang-kadang sistem tu yang gonjol. 
Sekarang tengah countdown hari nak resign masuk belajar je. Student fees pun dah dijelaskan.

Semangat tak semangat
Ingatkan time degree dah taknak pakai loan. Bukan berlagak kaya, just hutang yang ada pun macam dah banyak sangat dah. Tapi scholarship kebanyakannya buka Bulan Mei keatas. Nak taknak terpaksa apply loan dulu. Sikit-sikit tu ada la rasa terkilan pasal aku struggle gila-gila punya gila time diploma pun antara sebabnya adalah scholarship. But now things obviously don't run as what have been planned and expected. Tak apalah, maybe rezeki lain akan menyusul, InsyaAllah. Just believe :)

Tu sahaja buat masa ni. Draft banyak. Sangat banyak. Nak menyambung tu je lah. Alahainyepun malas kebabung. Takpe. Next time aku akan cerita maam-macam. Lately entry banyak pasal IM je kan. Aku sendiri pun bosan. Haha. Whattodo. Readers banyak datang sini pasal IM. hihi. Bye!

Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...