Happy Graduation, Shahirah Mohd Yatim!

Assalamualaikum.

Dah lama betul aku tak update. Nak kata busy, takdelah busy mana pun life degree ni berbanding diploma. The becoming 3 minggu last ni mungkin busy, tapi minggu-minggu sebelum ni, kalau aku cakap life busy nak mampz, dosa besau lah aku tipu korang ni ha. Surprisingly diploma years JAUH LAGI PENAT. Aku tak sure adakah sebab aku dah terbiasa penat time diploma or memang degree takde kerja sangat. Kita tengok semester depan macam mana sebab aku plan nak ambik course elektif  information system. Gigih ni nak ambik IS sampai terbeli (TER?) lappy-lepau yang baru. ihix hix hix. Al-maklum la netbook itew yang somey molek tu tak support sangat software yang berat.

Okay kay uols, entry kali ni nak cerita pasal Istiadat Konvokesyen UiTM ke-78 yang baru berlangsung 21 Mei lepas atas permintaan kebanyakan junior. (Atas permintaan tu. Tak tahannn). First time, diulangi, for the first time in my life aku merasa graduation bagai ni sebab sebelum ni kan aku sekolah biasa je. Takat naik pentas ambik hadiah galakan pun dah bangga tingtong. Kali ni, aku merasa terus graduation universiti. Best tapi penat. Penat sampai demam tak lama lepas graduate tu. Boleh bayang macam mana penat dia?


Dewan Agong Tuanku Canselor sebelum perarakan graduan & pendidik masuk

Keadaan dalam dewan sebelum isitiadat bermula

Abah pun dah pandai selfies. Jiwa remaja betul selfies-selfies.

Dah duduk dalam dewan tu, jangan harap la nak keluar beli keropok lekor ke apa. You're strictly not allowed to exit DATC selagi Dato' Sahol tak umum graduan sebagai alumni UiTM. That means, eventho kita orang paling first yang naik pentas, kita perlu tunggu jugak sampai orang last terima skroll baru kita boleh keluar. However, istiadat ni tak lama pun. Pasal apa? Okay korang bayangkan about 1300-1400 graduan dapat scroll diorang within 3 jam sahaja. Dari 9am- 12pm. Memang sangat rapid, efektif & efisyen.



Sementara tunggu giliran yang keberapa ratus entah, kami sempat bergwiyomi kunun somey. Me with Nur 'Atiqah Rosli, one of my closest friend yang aku kenal dari minggu orientasi diploma lagi. Bagaikan rezeki turun dari langit, out of beribu-ribu manusia tu, we'ols dapat nombor giliran yang menempatkan kitorang duduk sebelah menyebelah. Epic moment! Kawan-kawan yang lain pulak bersepah-sepah duduknya. Terpaksa ikut nombor tempat duduk yang UiTM dah tetapkan. 


Alhamdulillah, dengan gastrik-gastriknya, iols berjaya jugak hambik scroll dari Dato' Sahol (Vice Chancellor UiTM) tanpa menjatuhkan topi atas kepala tu ha. Korang yang bakal graduate, better pinkan benda alah topi tu. You won't afford keseganan besar topi korang tertanggal depan VC. Tertanggal satu, tu belum skrin besau T-Rex dok tayang scene topi jatuh tu. Selagi korang tak turun tangga pentas tanpa jatuhkan topi, selagi tu hati tak tenteram. Ini fakta Ripley's Believe It Or Not.


Alhamdulillah, 2 tahun setengah struggle (la kononnya), Shasha Yatim berjaya menggomol selimpang pink. Bagaikan Miss Universe versi bambam.


My favourite man pun datang konvo. Maaf masih tak bulih tunjuk muka sebenar sebab belum jadi imamku lah kunun-kunun. So Shasha Yatim pun transform beliau ke Ewan McGregor kegilaan saya.


Di perkarangan DATC. Serius duarius waktu tu panas gila. Dengan jubahnya yang tebal, aku rasa ni la faktor utama aku demam tak lama lepas habis konvo.


Amboi mama. Syok sangat ni mukanya. Nanti aku kahwin pun syok macam ni jugak agaknya.


Siti Sa'diah Abdullah pun salah seorang penerima Anugerah Naib Canselor tau. Jangan memain.

Andaikata la korang ada geng and plan nak ambik gambar sama-sama habis konvo, seriously, 79.9% hajat korang takkan tercapai. Antara sebab-sebabnya :
  1. Dari dalam dewan lagi korang dah terpisah. Nak berkumpul luar dewan lagi lah macam %*$#@ sebab terlalu ramai makhluk. Dengan graduannya yang dah already ramai, tambah dengan sanak-saudara, ipar duai dah tunggu luar dewan, nak cari each other memang agak payah. Sorry to inform this. 
  2. Some of graduates tend to bergambar dengan family terlebih dahulu berbanding kawan-kawan. Diorang akan perabih snap dengan family, then baru cari geng.
  3. Ada yang terpaksa balik awal/terpaksa gerak awal disebaban cuaca, kekangan kerja, dsb.

So, nasihat ShashaYatim, dapat je jubah konvo beberapa hari sebelum konvo tu, korang terus bergambar ramai-ramai. Satu geng ke, satu kelas ke, satu batch ke. Tak kisahlah. Tu je waktu terbaik sebab waktu ambik jubah tu, keadaan tak haru sangat. Ada yang fly dengan jubah-jubah sekali ke Taman Tasik Shah Alam, Setia City Mall, ke taman Putrajaya, bergambar sakannn. Almaklumlerr pemandangan cantik kan. Me and my clique pulak just snap depan DATC. Takde siapa nak bawa kami ke tempat-tempat cantik. Haha. Tapi tak kisah pun. Yang buat gambar cantik bukan pemandangan, tapi bila bilangan tu cukup 5. 


Atiqah Rosli, Shasha Yatim, Murni Mohamad, Asmidar Ashary, Sarah Said


Some of my classmates. Badly miss KIM 110 H. Rindu nak masuk kelas sama-sama :'(

Hadiri istiadat konvokesyen, satu pengalaman baru yang menarik lebih-lebih lagi bila kita berjaya grad on time sama dengan kawan-kawan yang lain. Everything fascinating except for the effect korang akan jadi super-duper-penat lepas konvo tu. Jumpa classmate lama, huhahuha bagai, memang undeniable la sesi jejak kasih tu tak dapat nak elak. Juniors yang baca ni, belajar kasi all out; pastikan korang grad ikut time yang telah dirancang. Junior yang dah berjaya tamat, tamat dengan first class, dan tamat dengan ANC, tahniah Shasha Yatim ucapkan dan selamat menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-79, In Shaa Allah.

P/S : Graduan ANC & Ijazah First Class serius dapat tepukan gemuruh gila. Dah la tak payah bayar PTPTN, jadi hot stuff lagi. Syok boleh.

Comments

  1. Tahniah kak... :) Anugerah naib canselor tu..
    sy xdpt la ye... xdpt DL tiap sem la kn.. *sme course ngn akk tp kat cawangan segamat* .. huhu..
    happy for u :) this is my last my sem (5) ..
    Katanye Entrepreneurship susah n bnyk bnda kena buat..
    dari pengalaman akak, apa yg akk buat eh? suggestion? tips2 y??

    ReplyDelete
  2. zillion congrats kakak shasha! proud of u.. adik grad next year. lambat la kakak =(

    ReplyDelete
  3. Salam sorry ganggu, adakah u alumni dr degree in ent? If ya boleh emailkan dkt I nama penuh and no tel x? I just nk register under alumni uitm. I kene cari 7 org alumni uitm dr entreprenership. Harap you boleh tlg I. Ni email I tiaathirah19@gmai.com

    ReplyDelete
  4. Wow. The selempang pink. Ya allah hai. Jadi idaman. Tapi taktaulah result first sem ni mcm mna. Harap2 DL. Dapat jugak merasa mcm akk. Semangat akk akan saya gunakan utk 7 sem lagi. Wee. :) . Selempang pink akn ku gapai! Hee. Congrats kak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Hani.In shaa Allah Hani pun boleh jugak! Kekalkan semangat tu hingga ke akhirnya >:D

      Delete

Post a Comment

Thanks for dropping by :)

Popular posts from this blog

Diploma Pengurusan Maklumat UiTM?

Checklist : Apa Yang Perlu Dibawa Ke Kolej Penginapan / Asrama / Hostel ?

Degree Story