Sunday, July 28, 2013

UiTM Puncak Perdana : Kolej Jasmine?

Assalamualaikum

Dah lama sangat tak menaip. Dari bulan Mei sekarang dah nak habis Julai pun. Aku memang layak jadi peneraju dasar baru : Dasar Kemalasan Belia Negara. Kena propose kat DS Najib mungkin. Well-well, semester pertama dah lama habis. Sekarang tengah berusaha pasrah tengok result FIRST untuk degree. 


In Brief: 
Surprisingly, surprisingly okay, surprisingly tak semudah yang aku sangka. Aku bukan pandang rendah, tak. Come'on lah weh, aku belajar balik kot apa yang aku belajar time diploma dulu. Kitorang pun (aku dan housemate-housemate aku) pun take this degree things mencece je la. SEJIBIK kisahnya. Assignment? Kalau tak kerana hati ni suci mulus berseri (Eh?) aku dah copy balik bulat2 assignment-assignmnet diploma; tukar nama lecturer, tukar tarikh submission. Sama nak mampz. Cuma, ada cumaaa. Adaa. Cumanya arahan assignment-assignmnet terbabit dah di-spin, di-twist dengan bijaksananya kasi benda jadi rumit sikit in the end. Plus, bila dah men-degree-kan diri ni, ada lah 3rd languange. To play safe; aku ambik Arabic Language. Guehehe. 

*Nampak tak. Nampak tak malas tu tahap iguana Kenya. Nampak tak ni??!

______________________________________________________________________________________________________

Banyak benda sebenarnya nak dicerita, tapi dah jadi normal human la, mana senang muntut baca panjang-panjang ni. So I'll make this entry as simple as possible, yet understandable and beneficial. Kalau you guys readers eventually find out this entry panjang nak dead, ketahuilah ni cuma separuh dari idea asal. 

Okay kita start dari kampus dulu. Entry akan datang baru kita sembang pasal degree Records Management. Dari Merbok terbang daku ke Puncak Perdana. Nama kemmain bagaikan gah nak dead; Puncak Perdana Induk Fakulti IM. Tengok-tengok dengan mata kuppala, nak nangis. Fakulti macam pasaraya. Pfffft disitu. Eleh tapi tak kisah ponnn. Kita datang nak belajar pppponn. Bak kata instagram 


Haha. Kidding. Menyampah aku dengan hashtag beriban macam tu. Porenggey betul. Lepas 4 bulan bertapa di Puncak, well takde teruk mana pun. Okay-okay, fine, kampus tu memang pathetic. Nak banding dengan Merbok, kalah mati tak bangun-bangun. Jauh nauuu beza. Tapi sebab dekat dengan Encik Ejat McGreggor saya, segalanya indah. Citpodah. Nak tahu apa paling best pasal Puncak? Kolej dia. Kelas pukul 10 am ni, 9.45 am baru bangun pun sempat lagi pergi kelas. Dia punya dekat tu, Masya Allah ( nada P Ramlee). Bukti? This 

Nampak Pasaraya Myd..eh. Nampak fakulti depan tu? View ni dari rumah saya hokeng. Dekat kan? Sangat! 

Namun begitu, seribu kali sayang, student degree tak lagi ditaja mewah macam diploma dulu. Sikalang kita olang kena bayar kolej tau. Satu rumah RM 2,400. Per sem. Haha. RM 2,400 satu bulan, dengan aku-aku sekali main demonstrasi jalanan kat Puncak tu. Dah la tingkat 5.

Trivia Kolej Jasmine:
  • Kolej Jasmine Puncak ni tak pakai bilik. Kitorang ada rumah ala-ala apartment ; lengkap dengan 3 bilik, 2 bilik air, ruang tamu yang agak besar, tempat sidai baju, rak kasut, meja study + lampu meja, balkoni, dan pantri yang tak rupa pantri langsung.
  • 3 bilik pula dibahagi lagi. 2 bilik untuk 2 orang. 1 bilik untuk 4 orang. Means, satu rumah mampu menyumbat exactly 8 orang.
  • Harus diingatkan, satu bilik = RM800. So, penghuni bilik 4 orang hanya akan bayar RM 200/head sahaja untuk kolej, while penghuni bilik 2 orang, nak tak nak korang kena bayar RM 400/head. 
  • Yuran kolej ni termasuk sekali bil api dan air. Kalau korang terlupa tutup suis sterika sampai seminggu pun korang tak akan dikenakan apa-apa. Tapi sumpah tu memang biadap la.
  • Kat sini ada kafe, ada "kandang". Tu je tempat makan yang ada. Tapi jangan risau, actually banyak lagi pilihan cuma tak tertaip je.
  • Untuk pelajar yang freshly baru nak masuk, korang boleh pakat dengan kawan-kawan kalau nak satu rumah. In Shaa Allah boleh sebab aku pun buat camtu. Lagi 2 bulan nak masuk dah sssebok cari housemate. Tapi pastikan pakat tu  takat 8 orang la.

Cakap banyak pun tala guna wo. Meh aku present sikit macam mana yang dikatakan rumah tu. Korang nilai la sendiri berbaloi tak RM 600/month campur bil api & air :


Maafkan camera Handphone Rebate Alcatel saya. 2.0 MP memang mengundang.

Description : Gambar ni shows ketinggian & luas rumah ni. Boleh tahan besar la kan. Okey la bagi kami yang senang puas hati ni. Setiap meja ada lampu, suis & rak buku masing-masing. Ruang tengah-tengah tu memang besar. 



Description : Belakang langsir tu balkoni & ni dia 2 toilet yang dijanjikan. Dijanjikan? Dukacitanya dimaklumkan bilik air ni tak boleh digunakan serentak. Kalau nak jugak, hamek dua-dua belah shower tu tak keluar air. My advice here, amat digalakkan untuk one of the member bawa baldi besar atau container, untuk isi air siap-siap. So, waktu peak hour, dua-dua bilik mandi boleh digunakan.



Description : Gambar atas-Bilik 3&4, Gambar bawah-Bilik 1&2. Bilik untuk 2 orang. Yes, memang tak aci sebab salah satunya ada meja while lagi satu bilik, meja kat luar. Nasib kau lah Jah sebab most of the case, pihak pengurusan yang bagi kita nombor bilik tu. Selalunya bilik yang besar sikit, ada meja & pemandangan yang superb, BILIK 1&2. Bilik aku bilik 3&4, bilik stor. Memang kesian. Bayar sama RM400 ni tapi cuma dapat bilik super kecik. Anak-anak sekalian, nilah namanya takde rezeki. 


Description : Okay Jah & Jang, inilah bilik 4 orang. Kecik? Yeap, kecik. Sebab tu most of the time penghuni-penghuna bilik ni bersidai-sidai kat ruang tamu. Bilik camni kongsi 4 orang. Nak bernafas pun macam nak kena mintak CPR. Tapi tulah, bayar 200 je. Murah.


Gambar-gambar ni semua shows condition rumah yang super-bersih. Time ni semua housemate dah berrambz balik rumah sebab dah habis exam. Tiada unsur keaiban. Mengapa keaiban? Kitorang je tau. Wakakaka. Tak lawaknya kita. These pictures just want to give all of you the idea of how rumah-rumah at Kolej Jasmine might looks. Tapi serious ni bebz, kalau satu rumah sekepala semuanya, hidup berumah tangga ni memang best. For those yang dapat random housemates besok, pray for your housemates will be deadly sporting. Oh ye, one more tiny thing, kat Puncak takde cleaner nak tolong angkat sampah tau. Korang kena bawak sendiri sampah 8 tan korang tu then campak kat rumah sampah yang disediakan.

Time nak balik haritu, dengan barang-barang macam nak pindah rumah ni, aku bawak turun sorang-sorang dari tingkat 5. Penat gila eyyyyallll. Time tu iman dah goyang. Habis keluar segala carutan azazil dimana most of carutan hina dina tu adalah khusus buat staf kolej sebab bagi aku tingkat 5. (Padahal salah sendiri bawak barang banyak-banyak). Harapnya takda jiran dengarlah. Jatuh imej ittew. Hiks.

80% of my stuff. Banyak ke? Aku rasa kalau tak sebab biskut-biskut Jacob Asmidar tu, takdelah aku kena turun naik round ke 6. As mohon rasa bersalah.


Oh oh oh. One more thing, kat sini broadband P1 Wimax line superbiah! Broadband Yes 4G, can godai. Celcom okay & Maxis pun okay kot. Paling best P1 la weh. That's all folks. Next entry,maybe I'll talk about my course; Bsc. Records Management. Bye all!


42 comments:

  1. ominous environment indeed,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Undeniable. But, the truth is I have to spend the other a year and half in this not-so-engaging Puncak. I can't avoid, so just enjoying this might ease my way. Hopefully

      Delete
  2. Salam sis..
    Student penerapan kan?
    Haa mcmana boleh dpt kolej eh? Sbb mostly 'kami' bakal junior2 akak bln 9 ni xdpt pon kolej :(
    Mmg dah termaktub dpt kolej masa keluar result degree ke buat rayuan ke mcmana?
    Bantulah kami sis. hehe. Tq :)

    ReplyDelete
  3. wsalam..
    iyep akak student penerapan.
    actually korang yang baru masuk ni memang akan diberi kolej. cakap je tak dapat. tapi sebenarnya disediakan. how akak boleh cakap macam ni? sebab dulu dalam surat tawaran akak pun dia sebut "Kemudahan kolej tidak disediakan". tapi dapat pun. siap duduk dengan kawan2 pilihan lagi.

    sebelum masuk dekat2 nak daftar besok memang macam2 rumours adik akan dengar. Time akak dulu, rumours paling pfft, 200 pelajar pertama yang sampai je akan diberi kolej. Gila betul. Kesian la yang datang jauh2 tu.

    In shaa Allah kolej tu ada untuk budak2 baru ni. Kalau nak confirm lagi,cuba tanya pihak kolej jasmine sendiri. okies? :)

    ReplyDelete
  4. aku paling takleh blah dengan bilik air tuh. takleh guna dua dua kan. aduih.. seb baik duduk berlapan jek.

    ReplyDelete
  5. ohh aku nak tambah bagi pihak tuan tanah, sesape yg nak masuk puncak tu nanti jangan lupa bawak cable internet (network cable) yg panjang2 tu ok. :P

    (kalau boleh lagi panjang lagi bagus! haha)

    ReplyDelete
  6. hye akak.. sy junior-to-be.. hehe.. nak tanya.. mcm mana akak boleh dapat kolej ye? kan dekat surat tawaran cakap tak disediakan.. maksudnya nanti just samapai time daftar terus pergi pejabat kolej atau macam mana.. bantulah sy yg buntu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai junior-to-be! :D

      Hari pendaftaran, bawak je barang2 semua sebab budak2 baru memang akan dapat kolej. Takde yang duduk luar. Sampai puncak je, terus ke pejabat kolej. Kalau boleh, kalau taknak bersesak2 datang awal la sebab pagi pendaftaran tu confirm banjir dgn budak2 baru. Dalam surat tawaran tu memang dia cakap tak dapat kolej, tapi In shaa Allah dapat. Seriously, dont worry pasal kolej :)

      Delete
    2. owh yeke.. thanks kak.. punyalah risau sampai x tidur malam.. hahaha.. kelam kabut cari rumah sewa... okay.. so maksudnya just get ready dengan kawan2 yg nak duduk serumah lah ye.. thanks a lot.. :)

      Delete
  7. Akak,kolej untk siswa ad tak?n ad brpe blok semuanya kolej

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silap ada 5 blok. Untuk siswa of course la ada. Tak aci la kalau takde kan :)

      Delete
  8. Kak,dlm surat tawrn kate suh dftr sblm 3.3 online n bile kita perlu dftr di pejabat?sbb tak dinyatakan pon.adkah kita perlu cari umah sewa?sbb dlam surat kate tidak ditawarkan kediaman..bagi siswa ad kediaman ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Student2 baru In shaa Allah disediakan penginapan. Memang dalam surat tawaran tu cakap tak dapat, tapi actually dapat aje. Dulu akak datang sehari @ 2 hari sebelum kelas bermula. Untuk siswa, ada kolej penginapan disediakan. Jangan risau :)

      Delete
  9. Student laki pon dpt apartment jgk ke?atau dapt bilik biasa je?kena bayar mcm akak nytakn tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siswa pun dapat apartment. Kat sini takde "bilik" macam kolej UiTM cawangan. Kita pakai "rumah". Advance. Hehe

      Delete
    2. Oh lupa, yup, kita kena bayar yuran kolej seperti yang telah dinyatakan diatas

      Delete
  10. Bayar kolej tu dlam ansran bulann atau sekaligus?cer kasi clear bab bayaran skit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayar kolej sekaligus, kalau boleh pada awal sem takut nanti dah terguna sana-sini terlupa nak bayar. Tapi kalau takde duit awal2 kemasukan macam ni dia bagi kelonggaran. Pejabat Kewangan tak uruskan. Student kena bayar sendiri kat ATM.

      Delete
    2. Rm 2400 per sem setiap orng ke kak?

      Delete
    3. woiyoh. Habis PT dik non. tak tak. RM 2400/1 RUMAH/1 SEM

      Yang duduk bilik 2 orang kena bayar RM 400 seorang
      Yang duduk bilik 4 orang kena bayar RM 200 seorang

      Bilik 2 orang ada 2
      Bilik 4 orang ada 1

      Maybe cara penulisan akak confusing. I'll alter them to be more understandable.

      Delete
  11. nk tnya kt puncak perdana nie muka bumi berbukit atau rata je nk kelas n ke kolej?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat puncak ni tanah rata Takde cerun adventure kat sini. nak ke kelas pun dekat :D

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Slam kak,biasa nya untuk rekod kat puncak ad brpe kelas eh?blh kak bg anggran tak?

    ReplyDelete
  15. salam kak shaha :D ..
    dlm surat tawaran ckp 3 mac start kuliah..kite kne dtg pd hr 3 mac tu ke atau kne dtg sblum 3 mac tu ye..thanks kak for your help :))

    ReplyDelete
  16. akak saya ni junior - to - be. daftar kolej sabtu ni 1.3.2014

    Nak tanya, shopping mall kat sana paling dekat ape eh? bape minit perjalanan dari kampus ke sana? bas banyak tak? bas ape? tu je nak tanya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini, mall paling hot Giant & Space U8 la. Space U8 10 minit sampai. Giant, 20 minit sampai dah. Nak beli barang memang tu je la tapak utama bebudak puncak. hehe. Bas ada. Rapid KL tapi sejam sekali je lalu. Selain Giant, ada je mall lain, Jusco, Plaza Alam Sentral, Shah Alam Conv Center mall. Nak extreme lagi, pergi KL je terus. hehe.

      Delete
  17. nak tanya kalau eesult spm tak credit utk maths dgn addmaths bolehke apply course ni? dulu u mmg time mula2 masuk uitm plan nk ambik course ni ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Saya memang berminat dengan pengurusan rekod. Part math & addmath tu saya tak sure pulak

      Delete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. sis, yang sewa RM2400 untuk 1 sem ek? 1 sem berapa bulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. estimate 1 sem = 4 bulan. Tu untuk 1 rumah. Sorang student akan bayar RM210 @ RM420 per sem bergantung pada bilik mana dia ambik

      Delete
  20. Hi sis. Saya bakal masuk Uitm Puncak Perdana ni this coming September untuk Degree. Nak tanya, penginapan memang disediakan sampai habis belajar atau sekadar sem 1 je? Kalau duduk luar, start sem berapa? TQ sis

    ReplyDelete
  21. hi sis.. loker simpan barang dia besaq tu ja ka sis?? hahahaha.. adey dey..

    ReplyDelete
  22. 1 september ni saya daftar.. arap arap dpt bilik yg 2 org.. roommate sporting n bukan kaki curi.. amin ..

    ReplyDelete
  23. Dalam kampus ada klinik ke?buka sampai kul berapa?

    ReplyDelete
  24. kak, saya pun ada masalah yg sama. dalam surat tawaran dia ckp tak dapat kolej. sekarang pun dapat ke kolej tu kalau apply?

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum sis.

    Sy bakal pelajar UiTM Puncak Perdana. Sy cuba ringkaskan je pertanyaan saya. Berkaitan dgn kolej kediaman. Pada surat-surat tawaran yg sy dpt ada dinyatakan pelajar boleh pilih sama ada nak duduk 1 bilik 2 org/ 1 bilik 3 org/ 1 bilik 4 org & lebih. So, nak tanya mmg betul wujud ke yg 1 bilik 3 org tu? Atau tak wujud? If mmg ada sy nak tahu di kolej yg mana satu ye adakah di Kolej Jasmine atau kolej lain sbb sis mungkin tahu. Sy sebenarnya dah ada geng kt sana nti. xD

    Sy dpt course mcm sis ISM Pengurusan Rekod dan sy harap dpt duduk kolej yg dekat dengan tempat kuliah senang nak pergi kelas, mcm sis juga. Harap sis dpt bantu sy.
    Hope to hear from you soon & Thank You

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumusalam..kolej selalu akn set 1 rumah 8 orang ada 3 bilik..2 bilik untuk 2 orang dan lg 1 bilik untuk 4 orang..tp tak sure untk kemasukn akn dtg ni..

      Delete
    2. Walaikumusalam..kolej selalu akn set 1 rumah 8 orang ada 3 bilik..2 bilik untuk 2 orang dan lg 1 bilik untuk 4 orang..tp tak sure untk kemasukn akn dtg ni..

      Delete

Thanks for dropping by :)

Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...