Alhamdulillah: MieyaIzzat E-day!

Assalamualaikum

24-08-2013 lepas, my housemate, coursemate, and classmate dan kawan sekolah SMK Telok Datok; cik Nur Damia Shafee dah selamat bertunang dengan jejaka Kedah pilihan hati, Izzat Mansor. Amboi, taknak kalah. Kita punya nama Jat, dia pun nak Jat jugak. Tapi Jat buah hati Mieya dah move setapak dulu lah dari Jat McGreggor ittew. Nevermind. It can be waited. Tettt. Majlis berjalan dengan smooth & horait sangat. Mieya asyik mintak mahap sebab tak terlayan housemate-housemate dia yang datang. Hat ni pun nevermind. Pasal kitorang dah melantak makanan-makanan kat majlis tu dengan penuh selera dan bergaya, so aku habaq kat dia segalanya diampunkan. Dasar food monster!

Tema majlis Pink+Biru. Tapi aku datang pakai striking Oren+Biru. Wadehel. Tak kena langsung. Baju Cik Mieyamon sangat somey tahu! Pastel Pinkies & paling penting, Mieya dah kuwuss & hittew jeles much! JELES MUCH! Seumur hidup Shasha Yatim dihabiskan bising pasal berat badan je. Takde visi langsung.

Ni masa sarung cincin. Again, jealous KingKong. Tengok LIVE pulak tu. Aku jarang tengok orang tunang. Kalau sedara-mara pun biasanya mama abah je yang ikut sekali. Anak yang baik jaga rumah & adik. Kehkeh. Ni tengok member sendiri tunang kan, peratikan je la dengan rasa dengki ya amat + happy. Happy for my dear friend. ^_^-



Mieya santek gilos. Memang gila pink betul minah ni. Aku pulak tak sesuai pinkies. Macam pareahhh. Dah la gelapun dan hitamun. Aku nak pakai pink? Talk to my feet. Member Rumah 3C18 yang datang cuma aku, Syuhada & Liyana. Asmidar & Ika jauh kat Kedah & Melakau sana. Syafa takde lesen, Athira pulak mana boleh bawa kereta jauh-jauh. So kami bertiga je lah wakil ambik berkat. Mana tau jap lagi turn salah sorang. Hahaa. Keh tak lawak bro.

Pahal pandang bawah kau Oren? Malu ayam pulak macam kau yang tunang. Tarappoddah.

Selekeh sungguh. Silap besar duduk sebelah Mieya. Tenggelam habesss. Tengok pipi? Tu namanya raikan Aidilfitri yang sebenar. Wakaswakaswakas. Yana & Syu datang punya awal. Semangat sungguh. Si Aida Effarina pulak baru datang time aku balik. ZZz.

P/S : Seronok jugak buat majlis. Tapi rasanya if it's my turn to engage, takde rasanya macam ni. Kena tunggu Big Day yang bertahun lagi. A long way to go. Habiskan dulu degree dengan first class, In shaa Allah!

Comments

  1. Hamboiiii maju kehadapan nampak dah update dulu hahaha.

    Thanks koranggggg sebab sudi datang walaupun korang tak dilayan sangat. Tapi disebabkan korang dah kenyang dengan gembira time majlis tu kan maka rasa lega sikit haaa serba salah di hati ini.

    Okay dah ambik berkat kan hari tu so aku nak tunggu turn korang plak lepas ni ;)

    ReplyDelete
  2. Amin.. aku tau aku punya lama lagi. Yana la kot. takpun makcik syu bedah bedah tu. selalu orang single 'jalan' dulu tauu. kihkihh

    ReplyDelete
  3. i just noticed bout this entry. tak sagka namaku juga diseru. wakakaa :P

    tu la masa shashayatim balik menonong je, penat ite hon panggil2 tau. tsk tsk

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for dropping by :)

Popular posts from this blog

Diploma Pengurusan Maklumat UiTM?

Checklist : Apa Yang Perlu Dibawa Ke Kolej Penginapan / Asrama / Hostel ?

Degree Story