Random : Favourite Movie of All-Time

Assalamualaikum.

Kali ni rehat kejaplah dari tulis pasal IM. Baru je habis exam Academic Library semalam. Dia punya stress nak baca subjek library ni pergh. Baca Information System jauh lagi best (No hard feeling ye librarian & student-student library sekalian). Aku dan library memang tak boleh nak berbestfrined forevah la kot rasanya. Yes, benda tu senang TAPI nak baca, hmmm. For me, teori pengurusan library tu lebih mudah dari teori pengurusan rekod cuma praktikal & bab cataloging tu aku tak boleh kata apa. Apa ni Shaaaa apa ni kata tanak sembang IM ?!

Okay okay now aku sembang pasal favourite movie. I don't watch superheroes & action movie & Twilight especially. Sorry for not being mainstream and bilangan bakal jodoh mungkin la berkurang bila baca ni kan. Of course la boboys nak cari gegirls yang tengok all those ketangketung bangbang movie right? Ahahhh. Maaf not me. Another one yang aku macam tak boleh go langsung is Twilight. Vampire movie penuh dengan scene kissing & love-making dari awal sampai habis yang buat aku rasa wadepap lah gila pointless cerita ni woi and ianya meletup di pawagam? Oh please la there's another better porn movie out there (aku tak tengok tapi aku pasti ada). Aku taknak bash siapa-siapa punya interest in here tapi please open your eyes. Not Twilight!

And they originally don't sparkle. Duh

Not saying taste movie aku handsome sangat tapi atas sikit la dari Twilight. Hewhew. Aku jarang bermovie actually sebab 2 hours untuk satu hasil karya adalah sangat lama so, aku kena pastikan the 2 hours spent will be berkualiti, memberi pengajaran & change my mood. Dan sebab tu jugak bila member-member aku tanya "Sha ko ada movie apa ? Nak pinjam Hard Disk?" aku macam teragak-agak nak bagi sebab aku takde Running Man, Korean Series, Malay Series, Malay movie & aku akan balas "Aku ada movie aku la". Hahah. Sometimes malu jugak dengan taste yang terlalu 'tua' ni. But this is Shasha being Shasha. Deal with it.

The following are my favourites. Yang buat aku tersedar beberapa perkara, yang buat aku sedar hidup terlalu singkat untuk jadi negatif, dan buat aku sedar genius people are everywhere. Good movie not necessarily popular. Aku tak rank ikut tahap suka ke apa. They'll be randomly listed. Have to mention here there are some sounds-stupid-movies in the list but when it teach me something so I guess why not? (Dah jangan nak justify Twilight teach you something jugak. Total boo-hoo).


Pans Labyrinth
Personal rank : 7.8/10

"Because it is in pain that we find the meaning of life"

This film won Best International Film & Best Film Not in English and tons more as this is a Spanish film. Movie yang sepatutnya bertema fantasi tapi last-last aku rasa seram dia lagi banyak dari fantasi. This movie buktikan tanpa hantu mulut koyak, hantu rambut panjang seret tahi, dan scene 10 minit sekali nak sergah pun sesebuah movie tu mampu jadi seram as hell. If korang harapkan hantu berdarah bagai, tak payah la kot nanti kecewa. Suspen dia banyak betul. Kalau kat panggung wayang ni mau orang sebelah sumbat mulut aku dengan popcorn. But I can't help it! Nak tau how creepy this movie was, dengar intro lullaby dia di sini.



Forrest Gump
Personal rank : 9.5/10

"Life was like a box of chocolate, you never know what you're gonna get"

Tak payah cakap pasal award movie ni dapat. Lenguh jari nak taip. 6 Awards tu baru Academy Award belum sembang hat lain. This movie, kalau korang belum tengok, please tengok. Ada sebab kenapa dia punya award tu berjela. Very inspiring, brings the positive spirit in me sebab watak utama tu sendiri, sangat positif. One of the best movie of all time for me. This movie shows that there's always hope & there's always way. Highly recommended by me.





Stranger Than Fiction
Personal rank : 8.5/10

"Sometimes when we lose ourselves in fear and despair,in routine and consistency, in hopelessness and tragedy; We can thank God for Bavarian sugar cookies"

Best. Movie ni korang kena tengok 2,3 kali baru faham kalau korang jenis siput-siput lembab macam aku yang lambat pick up ni. Tapi apa yang movie ni nak sampaikan is quite clear. This movie shows me that there are many ways to be happy it's just us who decline to seek it. It taught me that life is too short to not making it live. Sometimes kita rasa, esok ada esok ada. Esok aku buat, esok aku confess, but how if there's no more "Esok" for us? Ni la movie yang boleh spark the spirit untuk mencari kehidupan; the way we want it to be and with whom we want to spend the life with.



The Shawshank Redemption
Personal rank : 9.5/10

"I guess it comes down to a simple choice really;
Get busy living or get busy dying"

Aku tak minat langsung cerita yang dah boleh agak seterusnya apa & apa so this film suits me best. Unpredictable. This was recommended by a friend of mine and yep, worth my time. Mindblown-ly epic and terrific. Genius-genius watak Andy Dufresne, genius lagi orang yang tulis cerita ni. Seriously a wow movie. Siapa sangka it will ended that way? I don't want to be a spoiler here so check it out yourself. Mihmih. Talking about award, this film released sama tahun dengan Forrest Gump so Forrest Gump beat this film so hard but I can assure you, this and FG are equally epic.



Run Lola Run
Personal rank : 7.8/10

"Countless question in search of an answer, an answer that will rise to a new question and the next answer will give rise to the next question & so on but in the end; 
Isn't it always the same question?"

A Germany movie that I opened by accident from my friend's external hard disk & turns out "Oih apa cerita ni gelabah sangat?" Sebabnya aku tak faham yang movie ni bertemakan "What-if?". Lepas tengok 2 kali tu barulah faham yang jalan ceritanya ada terbahagi 3 dimana lain bahagian, lain decision Lola & effectnya kepada dia. Quite confusing tapi menarik. Situasi dalam cerita tu sangat pantas, menggelabah & somehow, korang pun akan tertanya kalau korang berada di tempat Lola, what will you do?







Mr.Nobody
Personal rank : 8.5/10

"I'm not afraid of dying; 
I'm afraid I haven't being alive enough"

Ni pun "What-if?" movie. Talking about choices & effect of every decision we take. Macam Run Lola Run, dia straight & clear tau, Lola take this decision and kita akan tau straight away apa impaknya. Tapi dalam cerita ni, dia bersimpang siur sikit yang buat aku tertanya, apa decision yang Mr.Nobody ni ambik sebenarnya? Dalam decision yang dia buat, ada lagi sub-decision dan dalam sub-decision ada lagi sub sub-decision. Woa woa for me this movie kategori heavy nak digest. For me la. Tapi sangat menarik. Open my eyes about macam mana keputusan yang kita ambik akan merubah hidup kita dan orang sekeliling.




Juno
Personal rank : 8.7/10

"The best thing you can do is to find someone who loves you for exactly what you are; Good mood, bad mood, ugly pretty, handsome, what have you; The right person will still think that the sun shine out your ass"

This film, easy-to-digest film won 2008 Academy Award. Macam stupid & cheap,tapi actually convey something. Some people said duit menjamin bahagia but me & this movie say "nope". You can still be happy dengan adanya supportive family and best friend. Load of bucks is just a bonus. Jangan ambik part Juno preggy luar nikah semua, ambik positive part yang korang semua boleh dapat dari cerita ni. Somehow I think this movie is beautiful. Oh plus, Juno santai & kelakar.






Bridget Jone's Diary
Personal rank : 7.9/10

"It is a truth universally acknowledged that when one part of your life start going okay, another falls spectacularly to pieces"

Romantik komedi yang agak sakai but full of message to us girls. 18++ sahaja ye. Aku yang 23 pun kinda segan nak tengok part-part terlampau ni tapi bukan yang tu aku nak tengok. Ni pun filem santai & jenis kelakar spontan. I can relate my life with hers. Thing is, Bridget taught me lot of things. Girls can and have to stand by ourselves, how to be independent, know how and when to move on. Also, cerita ni ketengahkan banyak issue-issue about relationship & marriage.




Miracle in Cell No.7
Personal rank : 9.5/10

"Can't you arrest me too?"

Ni la quote yang mampu buat hati kristal aku nangis sebanjir 6 meter padu. Budak perempuan dalam gambar tu cakap macam tu kat seorang warden just to be with her father dalam penjara. Untuk sebuah movie yang takde big star & bajet gitu-gitu je, this film's actually dah tersenarai sebagai third highest grossing Korean film of all time. I can say this is a movie confirm nangis and penat nangis. Mama tengok cerita ni dah hujung-hujung taktau apa pun tetiba nangis sama. Eh?? My housemate lagi la boleh bantai sambung nangis kat katil lepas habis cerita haa tu yang tu I kenot ubat la. Tapi serius, this is not the typical lovey-dovey story whatsoever. Sangat kelakar & sadis at the same time. Highly recommended.


Banyak lagi movie yang bagus-bagus aku tak tengok lagi sebab I'm not a movie lover. Aku lebih suka tengok series. Pulp Fiction, Seven, The Notebook, Inception and many others yang tak bersentuh lagi but yang aku senaraikan ni memang total favourite. Cuti-cuti ni boleh la try tengok mana tau they might spark something in you and your life. Aku tengok je movie santai & ringan tapi selalunya Malay movie aku tak berapa nak tengok sebab selalunya plot is so predictable, tak hantu, cinta, tak cinta lawak tahapape, or gangster yang pada aku so terpaling pointless. Pandai ajar adik-adik aku cakap bukan-bukan je. Hmmmmmmm. Okay la that's all for now! Bye.

Comments

Post a Comment

Thanks for dropping by :)

Popular posts from this blog

Diploma Pengurusan Maklumat UiTM?

Checklist : Apa Yang Perlu Dibawa Ke Kolej Penginapan / Asrama / Hostel ?

Degree Story