Friday, January 2, 2015

UiTM Puncak Perdana : "Bollywood Contemporary" Pre-Graduation Dinner

Assalamualaikum.

Halu olls. Okay since sem dah habis & final start lagi 4 hari, moh la aku hadap blog ni kejap. Actually aku dah boleh start gelabah dah since satu habuk pun aku tak baca lagi & subjek yang aku kena hadap 6hb nanti nota dia tebal teras bumi. Nampak tak confident tu tara mana? Okay nevermind, gelabah pun bukan hensem. So kita relax. Since nak cepat ni, aku tulis entry kontot je kali ni. Entirely pasal "Dinner Malam Pragraduasi tema Bollywood".

De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam

Nak dijadikan cerita, mula-mula bila aku dengar depa decide nak buat tema Bollywood, I was like "What? Celah mana nak cari baju?" sebab for the first time aku nak cuba la ikut tema dinner. Selama ni time diploma pergi dinner hebat-hebat pun sarung jubah pergi kelas je tak kisah la tema dia gah tara mana. Ni baru semangat nak join the theme tup tup Bollywood plak dah. Aku mengharapkan Arabian Night ke, Dress & Tuksedo ke sebab kalau aku beli dress baru pun, still lepas dinner aku boleh pakai lagi. But then aku terfikir nak pakai kurti je. It just around RM30, ikut tema & aku boleh pakai bawak pergi jalan-jalan lepas dinner. Sebelum aku nak beli baju, I will ask myself whether that baju
  • Boleh bawak pergi jalan-jalan?
  • Boleh bawak pergi kelas?
  • Boleh bawak pergi kenduri?
  • Boleh bawak pergi dinner?
  • Boleh bawak pergi dating? (Ah like I go dating. Puih)
Kalau that baju memenuhi SEMUA kriteria yang disebutkan, Shasha Yatim akan sebat baju tersebut dengan sepantas kilat. 5-in-1 certainly worth the bucks. Me is less likely beli baju yang sesuai untuk 1 occassion je unless terpaksa. Okay then akhirnya aku beli la kurti merah ang ang yang in my eyes very pretty.

Make-up ditaja sepenuhnya oleh Victoria Jackson Studio @ SACC Mall.
Without fake lashes & contact lens. 

Yup, that simple, express make up is free sebab aku member Victoria Jackson. Benda free memang la okay-okay je kan? (Boooo sikit-sikit nak justify dah tak cantik tu terima je la tak cantik. Kahhh). Benda start pukul 8, lebih kurang lepas maghrib tu baru sebokkk nak mekap tak ke haru? Tak tenang betul. Dok gelabah tu bawak kereta kocoh-kocoh, sampai around pukul 8++ jugak lah hampeh tak start lagi nya pun. Bayang bas UiTM lagi lah tah kat mana. Pi kona parking kat langit ketujuh kot. Janji Melayu yang truly Melayu. So juniors, kalau dinner korang besok cakap start pukul 8, sesungguhnya tu adalah sembang mak angkat je. Bawak kereta leklok okay.


Makanan? Not bad. Melayu kalau dapat nasi memang diam lah kan? Aku fikir kitorang kena beratur ala DM asrama rupanya tak. Fortunately tak. Di-serve sepenuhnya. Fuh kedefuh sebab kasut yang aku pakai time dinner tu tersangatlah tinggi (Adik aku punya tolong jangan bash). Kitorang dilayan dengan penuh jitu sampai kain lap mulut pun butler jadian tolong lapikkan. Air pulak pantang nampak gelas kosong terus nak tuang sampai melimpah. Alolo rajin nau meh ikut aku balik rumah jadi butler betul-betul.


Then ada pulak persembahan tarian Bollywood dari student part 6. Very the meriah. Rasa macam nak join je time tu. Tapi aku mampu rakam video dari jauh je la wkwkwkwk. Whatever it is, the suasana sangat best, bingit tu sudah pasti. Memang menepati tema betul lah. Dari lecturer sampai ke student, sporting habis. A night that worth to remember.

Makannya kejap je. Yang sampai pukul 12 tu ambik gambar tak habis-habis. Dengan housemate lebih-lebih lagi lah. 2 tahun stay together. Dari zaman tunggu bas Rapid KL sampai ke zaman naik Avanza Mieya, belum cerita part masing-masing tarik tilam keluar ke ruang tamu tidur style camp fire, makan maggi berjemaah pukul 3 pagi, masing-masing balik kolej bawak masakan sendiri walaupun rasa hazabedah, hah belum part sentap menyentap, gaduh tak gaduh. Okay dah dah sudah cerita pasal housemate harus digarap dalam 1 entry khas sebab special sangat. So berzabar. La ni moh tengok geng Le Gegurlz melaram tahap bimasakti.

Amboi Tira. Dah pandai. Terer aku ajar

Riang ria raya. Eh?

Memasing mekap tebal kek Indulgence
KakaTadaa kening tu kening kemain. KakaMiya bulu mata tu hamekau

Kalau nama kat Puncak Perdana ni dinner sekali je. Pre-graduation. Tak macam kat kampus cawangan. Tiap sem gwa memendam rasa tengok gambar dinner depa kat UiTM Kedah. Sem ni je lah merasa. Untuk majlis anugerah dekan pun tak buat dinner macam kat Merbok. Kat sini ada hi-tea. Dinner is nehi nehi. In conclusion, dinner pre-graduation tak mengecewakan, Belibu taniyaa kepada organizer.We had a real good time together.

Thanks for the sweet short moment :)

That's all from Shasha Yatim for now. Nak study woi. Nota ISM dah bising panggil-panggil aku. Blerghhhh. Semoga aku sempat habis la chapter beriban tu. Hihi. Bye!

No comments:

Post a Comment

Thanks for dropping by :)

Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...