UiTM Puncak Perdana : Mini-praktikal di Institut Jantung Negara (IJN)

Assalamualaikum

Hey readers. Maybe reader. Hmm nevermind. Macam blog aku ada yang baca tapi tak kisah lah. Aku still nak update entry mana tau hasil kesabaran aku menitip puitis-puitis IM kat blog ShashaYatim ni bakal menjadikan aku bloggerpemes saing2 Hanis Zalikha suatu hari nanti. Kahh. In my dream.

Warning : Entry ni panjang!

Sem lepas cuti lama kot. Dekat 2 bulan. Kalau kerja Hinode Shop mau dapat 2.5k tapi aku sebagai bibik jati haruslah gagah mengerah keringat membantu mak saya yang dicintai dirumah selama sebulan. Right after raya, dalam seminggu tu (well cukup-cukup la kan pow pakcik makcik duit raya) aku terus berlepas pulang ke Puncak Perdana kesayangan dan bermulalah babak cinta antara aku & IJN. To be honest, 2-3 hari sebelum start kerja tu, aku, KakaMiya & KakaTada cadang nak tarik diri kot. Saiton datang ziarah raya ke cemana aku tak tau la, tambah2 ada mamat gonjeng tu sembanggg kata bilik rekod sebelah bilik mayat (eyy menyirap) tapi NASIB BAIK kitorang still go on dengan plan nak join kerja IJN tu. One of the best decision kot in degree life nih.

Institut Jantung Negara


Overall we've spent about 20 days there. Oh kejap. 20 awesome days, kudopelisss. Malam sebelum start kerja, ada lah taklimat, peringatan, warning ringkas sikit pasal attire, etiquette, pukul berapa nak bertolak, nak balik semua. I hafta mention here yang kitorang bangun seawal 5 suku setiap hari untuk kejar bas UiTM pukul 6.30 pagi setiap Isnin-Jumaat. Yup, ada bas disediakan untuk angkut kitorang dari Puncak ke IJN. Tapi tu lah masalahnya nak bangun pagi tu kak. Macam nak sahur hah. Belum cerita part berebut bilik mandi lagi tu. Yela duduk serumah 8 orang. Lapan-lapan nak pergi 6.30, lapan-lapan nak mandi lah kan, of course. Bilik mandi ada 2 je. Hensem. 

First Day kerja : Takde apa pun. Just aktiviti batak selfie dikalangan gadis comel seperti Shasha Yatim (first time sampai kot. Kasi can la), taklimat pungpangpungpang daripada record-record manager IJN dan round-round IJN. Dapatlah kitorang berkenalan dengan komuniti rekod IJN ni yang obviously dimonopoli golongan Emporio Armani. I thought golongan Gucci yang akan sapu bersih tapi silap la plak. Boboys lagi banyak. Emmm skodeng emmmmm. Teropong ciked mehh.


First day lagi dah sueh kot. Boleh plak time round-round IJN tu tapak kasut nak tanggal. Huk alohhh. Mula-mula tanggal part depan je. Buat tak tahu la dengan harapan abang-abang rekod tu tak perasan lah kan. Jatuh imej iols. Lepas tu tercabut sampai separuh. Oi yoh. Tak boleh jadi kang staf IJN yang bujang-bujang nampak takde can nak ngorat. Then hambekk kau jah 95% tapak dah tanggal. Ya Allah jangan bagi doktor-doktor handsome lalu sebelah pleaseeee. Serius talk kalau ada gam 20 sen aku jumpa aku teraiiii tampal tapak tu kat kasut tapi sampai ke Puncak aku pakai kasut bertapak tanah & jalan tar. Sumpahan Mahsuri ke apa aku taktau la kan.

Oh tak dilupakan kawan aku gelak tak beragak langsung tengok kasut aku camtu.
Aku maafkan korang. 
Aku maafkan.

Sebelum tu nak menunjuk sikit la name tag aku, KakaSyuhada & KakaMiya. Tayang sepam dua.



Okeh now, kita move to work division dalam HIMS (Health Information Management Services) department. Yup, 40 orang ni bukan semua buat kerja yang sama. Ada sikit campak ke bahagian Runner, ada sikit bahagian Operation, sikit bahagian Scan, banyak sikit kat part Dispose CD & paling banyak dikerah di bahagian "Thinning". Aku tak dapat nak sembang bahagian lain sebab aku kerja dekat "Thinning". Wadehek Thinning tu? 

Secara ringkasnya, Thinning tu macam ni :


   1. Kedatangan yang maha mulia folder-folder berkaitan
   2. Tadaa. Nama diblur. Wajib! Dalam folder, ada fail kuning & biru.
   3. Nampak fail biru yang KakaSyuhada pegang? Bagus
   4. Now fokus on fail kuning yang KakaCaca pegang.
   5. Perati KakaMiya yang fokus sort dokumen2. Now, kita buang dokumen yang tak perlu,
       dan biarkan dokumen penting kekal dalam fail. Kalau fail biru tebal sangat,
       kita perlu pindahkan sebahagian dokumen lama dalam fail kuning. We'ols kena pastikan fail
       biru tu nipis, yet padat dengan informasi PALING latest pasal pesakit. Sebab tu nama
       operasi ni "Thinning". "Mengkuruskan". Kasi kurus itu file obese. Ada pahe? Tak pahe suddey.
   6. Kemudian raikan cinta kejayaan dengan snap pic. Hidup kena gembira.

Benda simple je. Tapi jenuh nak layan. Ada dokumen yang berterabur dalam fail-fail tu. Well maybe terjatuh ke apa kan. Ingat fail nipis-nipis yang kitorang dapat? Tebal perut gajah kot. Nak sort, nak cari satu-satu dokumen yang tak perlu tu bukan seminit dua. Berat aku turun you know (which was sangat miracle) walaupun kerja duduk dalam air-cond, selak-selak kertas je. Nampak tak penat. Tapi habis kerja IJN kembali 'sihat' la kawan. Kahh.

I didn't know yang manager-manager tu ada set sekian2 target untuk kitorang kerjakan dalam masa 20 hari. Yes at the taklimat first day kerja tu ada la sembang sikit pasal 10k fail nak sapu bersih bagai tapi exact amount tu tak cakap pulak berapa. So kitorang kerja la mencicot, terkekek-kekek sambil bergosip ala Joyah, yela kerja macam takde arah tuju. Ha gitulah. At the 20th day, hari terakhir kat IJN, manager tayang berapa banyak file dah berjaya kitorang kuwussskan. Jeng jeng:

Targeted : 8280 PMR (Patient Medical Record)


Yang kitorang capai?
 8730 PMR. Heyy sembang-sembang Mak Joyah pun lepas target okeh. Tangan bergerak sejajar dengan mulut mengekek. *Flip Pashmina*



Team thinning memang terer. Tumpang lalu ciked nak belagak jap.


Makanan? Tak. Pihak IJN tak koser nak menaja. Kena pulak masing-masing selera kalah Shrek. Even so, makanan kat sana tak mahal. Takde la sampai tahap nasi goreng sepinggan RM10. And and and, selalu aku spend around RM1.20 je untuk lunch. Haaa. Nak bajet makan, Shasha Yatim sememangnya pakar. Kalau ada course Bsc. in Food Budgeting, aku yakin aku mampu gapai 4 flat dari sem 1 sampai habis. Tapi bab shopping NEVER EVER mintak nasihat kat aku. NEVER. Aku suka makan. Suka! Tapi oleh sebab aku jenis tak boleh makan sekali banyak dalam satu2 masa, aku selalu order :

[Nasi Separuh (RM0.50) + Telur Masin Separuh (RM0.70) + Any Kuah Available (RM0.00)]

Air bawak dari rumah. RM 1.20 overall. Perut tak over kenyang, poket tak over kering. Sometimes ada la sayur tapi selalu pun aku amek sayur yang terselit kat kuah asam pedas ke, tomyam ke, so dia tak cas mahal sangat. Dahsyat eh? Sikit la. Bab makan memang aku ala kadar sebab benda tu sedap kat mulut je. Asal kenyang dah memadai. Okay the main point is, makanan kat IJN harga mampu milik la. But there's also makanan yang mampu sedut bau je. Kalau rasa2 awak tu cuma student attachment jangan la belanja saing doktor IJN. Poket belobang kang nanes banjir 4 meter.


This one experience really is valuable. Best. Kerja tak stress. Kita kerja dengan geng-geng sendiri. Datang kerja je dah gelak terkekek-kekek seperti dalam gambar di atas. I believe meja tempat geng aku buat kerja adalah tapak paling bising among all (tak tak tu bukan tempat kerjanya. Tu tempat tunggu sementara office bukak).


Ha ni lah tapak Joyah - Joyah bersatu teguh bercerai roboh.

Sambil buat kerja sambil borak, lepas tu gelak tak beragak sampai nangis2, lepas tu sambung lagi balas2 Whatsapp group bawah meja. Sound unethical langsung kan?Tapi bila tak stress, produktiviti thumbs up. Tangan sentiasa gerak punya sama laju dengan mulut. Kitorang diam time solat je kot. Hahah. Dasar Joyah sejati. Then, sambil buat kerja tu, ada sorang dua yang akan volunteer jadi tukang pasang lagu kasi satu port Thinning tu dengar. Paling best bila pasang lagu Spring - Pesanan Buat Kekasih. Automatik choir ramai-ramai takyah jemput-jemput. Semua acah putus cinta la? Hmkayy. Terima kasih Spring, anda buat kami bersatu. Muahzikedddd.



By joining this attachment program, korang akan dapat elaun RM15 sehari (kali lah dengan 20), sijil, dan yang aku rasa paling berharga, bila dapat selit-selit program ni dalam section "Pengalaman Berkerja" kat resume. Sebagai mahasiswi yang tak berapa nak popular, tak berapa nak aktif dan cuma jadi consultant tak bertauliah kat alam maya ni je, benda tu something yang seharusnya aku syukuri. At least ada la jugak yang aku participate selain join seminar-seminar & international conference. Konon dulu pasang niat nak jadi AJK IMSA @ I-Rec. Sampai sudah kelaut.

Kesimpulannya, Shasha Yatim menyeru para junior Records Management yang baca ni, join la any attachment program yang dianjurkan course kita. Berbaloi-baloi. Memang sayang nak korbankan cuti tapi try la sekali. Pengalaman tak boleh beli sekati dua kat tokeh sayur. Dapat kawan baru (walaupun tak banyak), dengan kawan yang tersedia ada pulak akan jadi lebih rapat, kenal junior comel-comel dan annoying (seketul dua) , kenal senior (walaupun senior tersebut sembang nak lebat je), rasa suasana kerja, rasa hadap jem walaupun naik-naik bas je masing-masing lentok air liur basi 2 meter bertakung, ianya best. Worth your sebulan. Give it a shot. Aku menyesal kot tak join dari awal. Kalau aku tahu la benda ni tak kasi stress pun, dari sem 3 lagi aku tak lepas program attachment ni.

Okay tu saja dari Shasha Yatim kali ni. Meh aku belanja gambar ciked.

               Pagi yang riang dan balik yang tergolek

Gelak-gelak jugak. Target  untuk thinkan berapa folder sehari tetap set!

Introduce you my team - Team Joyahazabedah

Family Student-Attachment IJN Ogos 2014
What a sweet memory. Thank you all. Definitely am gonna miss this! ;')


That's all. Aku nak marathon next entry ni. Banyak gila nak cerita. Bye2

Comments

  1. hi awak.. paling ingat sape abang2 rekod tu? akak rekod ingat x? hahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for dropping by :)

Popular posts from this blog

Diploma Pengurusan Maklumat UiTM?

Checklist : Apa Yang Perlu Dibawa Ke Kolej Penginapan / Asrama / Hostel ?

Degree Story