Sunday, March 15, 2015

Diploma Pengurusan Maklumat IM110 - FAQ

Assalamualaikum

Dan salam satu netizen. Selamat datang for the first timer. Yes I'm expecting you to be here and welcome back regular readers <-- (abah kau lah yakin gila ada regular readers kahh). Di saat aku taip ni, my inbox hampir meletup ditembak soalan yang bermacam-macam dan BERULANG. Hence, aku ambik keputusan untuk write this entry up, teristimewa untuk kanak-kanak lepas SPM yang BERCADANG nak ambik course ini, atau, yang dah terlanjur (HOI HOII) okay kay, dah terlanjur DITAWARKAN course ni. Nampaknya kanak-kanak post-yespiem memang nebes-nebes belaka ye. Okay lagi tu. Ada mak abah kanak-kanak pun pm KakaCacaa tau tanyakan pasal course ni. Syabas mommy daddy sekalian. Tu tandanya anda ambil berat. Thumbs up.

Usaha. Taqwa. Mulia gitchew

Okay straight to the point; here I present you Frequently Asked Question yang para kanak-kanak selalu dok tanya dan tanya dan tanya :


1. "COURSE NI MEMANG FULLY ENGLISH KE?"
  • Meh sini KakaCacaa awak jawab. Kalau dah nama UiTM, bukan takat course ni je dik, semua pun fully english. Bank, Bisnes, Public Admin, Art, Sains, Akaun, Statistic, Hotel, Masscom, Mas Idayu, Mas Joko semua lah yang under UiTM, akan hadap lecture, tutor, nota, test, assignment, presentation, research & final exam in english. Strictly no malay in the syllabus KECUALI, subjek agama yang semua siswa & siswi wajib ambik tu. Syukur subjek agama still in malay okay. Say Alhamdulillah semua. Bagus.
  • (Ayat atas tu ada sambungan tau) "....and saya tak pandai sangat english. Credit je. Macam mana kak?" Worry not. First off, syabas dan tahniah kerana sedar diri english tak berapa terer. Bagus. Kesedaran sivik tu penting. KakaCacaa ni pun bukan pandai sangat english. Monyet dengar iols speaking pun bunuh diri. Tapi, frankly speaking korang akan dan 'terpaksa' improve thru time. Why? Sebab hadap english tiap-tiap hari, tiap-tiap sem. Plus, nanti korang masuk pun, korang akan hadap kelas basic english BEL120. Ha mereput lahai belajar balik segala jembalang grammar tu. For me, it's a good refreshment. Bukan 1 sem, bukan 2 sem, tapi 3 sem korang akan masuk kelas khas untuk English. Hah. Takut lagi? 
  • Another thing, which for me is good, lecturer selalunya tak pandang sangat pun english cap ayam kita tu dalam final exam. Asal dia faham jawapan, In shaa Allah dapat la markah. Tapi jangan cari gaduh pulak dengan lecturer BEL120. Kalau mengidam sangat nak failed berani-berani la langgar pantang larang Hang Tuah grammar.


2. "MACAM SUSAH JE COURSE NI. RASANYA SPM LAGI SENANG"
  • Excuse me? Pardon? SPM? Lagi senang? Seriously baby? Well maybe senanglah for you Ahmad Brilliantshah &  Siti Geniuswati yang straight A belaka. But ABSOLUTE NOPE for me. (Nampak benor corotnya. Kahh) Benda ni lebih simple dari SPM, promise. SPM, korang kena hadap 10 subjek. IM, paling-paling coih sangat pun 6-7 subjek la. Tu pun dah termasuk Ko-kurikulum. Dah la sikit tara tu, nota pun selalunya slide presentation like THIS. Rajin tak rajin nak baca je. Sesetengah subjek perlukan buku tapi ikut pengalaman sendiri, tak semua. Nak buku harga kasih sayang, cuba ngendeng dengan senior. Langkah kanan free-free je dia bagi buat amal jariah.
  • Course ni semacam tuah tergolek kepada manusia yang bermusuh 7 keturunan dengan Matematik & Sains. Benda-benda alah tu semua tak ada. Best kaannn. Haa tau pun. *Bro Fist* Benda yang korang akan belajar ni berkisar benda yang sama je sampai la habis diploma. Even degree. So korang tak payah nak semak-semak fokus kat banyak benda dalam satu masa. Dijamin muntah dengan term "information"dan "management". 


3. "DENGARNYA COURSE NI BANYAK ASSIGNMENT. BETUL KE?"
  • Tu diaa soalan favourite. Baca ni betul-betul : MEMANG BANYAK. Dah la banyak, beranak-pinak. Hantar satu, percuma lagi dua. Hazabb. Yang dah terima offer course ni jemputlah meratap ye dik. Oh kejap-kejap. Nak ditambahkan perisa, kebanyakan assignment korang tu kena present sekali tau.
    • "In english?" In english laa. 
    • "Lecturer tanya soalan tak?" Dapat pulak tak tanya. Killer tak killer nasib la. 
    • "Ada judge lain selain lecturer sendiri?" Selalunya beliau-beliau angkut geng. 
  • Heh. Ingat masuk U serupa masuk Funfair? Eh gembiranya takut-takutkan orang. Bhahahahaha <-- diharapkan saudara Baha tak tersedak diseru-seru sebegini. Okay-okay cukup buat teruk. Betul course ni banyak gila assignment. Jangan sesekali compare assignment IM dengan course lain terutamanya yang bankers ke, akaun ke. Bukan apa, takut korang terjun bangunan. For them, 4-5 assignment tu banyak, for us 4-5 tu celah tahik gigi je. (Berlagak tak pandang2. Kahh) *Istighfar* Now, why diorang tak banyak assignment? Mudah, sebab diorang banyak test. Kita ada test jugak tapi paling-paling kejam pun selalunya 2 kali je test. Not more than that. Lega? 


4. "RISAU LAH TAK BOLEH BAWAK. SPM SAYA TAK BANYAK A"
  • Ni lagi satu hal. Kalau lah jumlah A SPM tu buat korang gelabah pinggang, aku mintak korang simpan risau tu dalam almari nenek korang sekarang. Folks, bear in mind, once dah jejak U, takde siapa, diulang TAKDE SIAPA kisah dengan result SPM korang dah. Sebelum masuk U, jemputlah gebang sesama Joyah, but after masuk U, you guys adalah equal. 
  • Result SPM tu tiket je. Macam wayang la. Ada orang dapat tiket best duduk atas, tengah pulak tu. Ada dapat tiket busuk duduk bawah-bawah tapi wayang sama je kan?Tak pernah lagi la dengar yang duduk atas hero Zul Arifin, yang duduk bawah dapat hero Ebi Yus. Macam tu jugaklah kat U. Ada 'tiket' dia tiket VIP. 10A katakaw. Dijemput lagak retis. Ada 'tiket' dia tiket serupa menang cabutan bertuah, means dapat jejak U pun by luck.
  • Even so, jangan ingat 1A SPM tak mampu rembat Anugerah Naib Canselor di universiti dan jangan sangka 10A SPM tak boleh kecundang. Impossible is nothing. Banyak dah jumpa depan mata. Tak aku bukan back up budak corot. Just nak bagitau, korang kalau usaha, takde yang mustahil. Yang 10A tu, dah confirm-confirm terlajak bijak sila kekalkan prestasi. Jangan rasa selesa dengan 10A. Tinggal benda tu kat belakang. Sekarang korang semua kat satu garisan permulaan yang sama. Yang pandai sikit, tolong yang lemah. Yang lemah dah tau si pandai tolong, jangan ambik kesempatan. Usaha gerak sama-sama. In shaa Allah berjaya pun sama-sama.


5. "RAMAI TAK LELAKI DALAM COURSE NI?"
  • Ni special untuk bacaan siswa okay. Jawapan untuk soalan ni, TAK. Sejauh pengetahuan KakaCacaa la siswa memang tak berapa nak ramai dalam IM. Siswi yang mengungguli carta. Dalam kelas aku dulu pun 6 ketul je kumbang tanduknya. Bila naik degree lagi worse, kadang-kadang takde langsung. Tak dapat kite nak skodeng *cis* Tapi takpe la. My male friends semua elok, sihat je ambik IM. Setakat ni takde yang terjun gaung lagi lah. Syarif rival aku tu pun dulu time diploma selamba gomol Anugerah Naib Canselor so korang pun boleh jugak. Takde bezanya korang dengan dia. Dia pun sama biol-biol mereng jugak. Yang berminat nak apply course ni, don't hesitate. Yang dah terima tawaran course ni, don't worry. Everything's going to be fine.


6. "SAYA DAPAT COURSE NI TAPI TAK TAHU NAK TERIMA TAK."
  • Soalan yang bunyi macam ni pun tak kurang yang tanya. Tak tahu mana nak pilih; STPM / Matrik / Diploma. Yes, banyak benda korang kena consider lebih-lebih lagi korang ditawarkan diploma yang harrromm korang sendiri tak pernah dengar pun sebelum ni, apatah lagi mak abah ipar-duai, sedara-mara lain. Macam menakutkan nak terima kan? Belum masuk bab kos pengajian & jarak kampus yang jauh dari rumah (Please be informed UiTM tak benarkan pindah cawangan. Strictly prohibited). 
  • Look, first thing first kena tanya diri sendiri la apa yang korang nak sebenarnya. Macam aku, dulu lepas SPM aku tu punah sehelai sepinggang, aku decide untuk quit math & sains. No more involve dengan benda-benda alah tu lagi. So, automatically aku dump matrik. Aku consider STPM & UPU je tapi more on UPU la sebab aku kalau boleh dah tak nak sekolah lagi. (I kind of hate school's system. Tak suka belajar berterusan). And boom aku dapat DIM Sungai Petani. Tak fikir panjang, dengan tak tahu course apa benda entahnya, aku terima offer tu. Why? Sebab aku memang aim universiti regardless of the course, cost and distance. I knew what I want. Okay:
    • Kalau korang risau pasal course; aku dah bagi hint, clue and what DIM is all about. Kalau still rasa DIM macam mengarut gila, go for matrik or STPM, buat yang terbaik and choose your preferred degree later on. Okay?
    • Kalau risau pasal kos $; tanak hutang ambik STPM/Matrik. Matrik siap dapat allowance lagi kan? Tak silap la. Diploma memang pakai banyak duit & most of us ambik PTPTN. But let me tell you something, if korang dapat score 3.7++ first sem diploma, ada chance untuk korang dapat tajaan JPA. Yes, scholarship. Syaratnya memang kena devote life korang untuk study je la semester 1 tu. Amacam?
    • Kalau risau pasal distance; tanak jauh ke apa, ni aku tak dapat nak advice. Aku suggest stay je la mana yang terdekat dengan rumah korang . Case closed.


7. "APA SKOP KERJA DENGAN AMBIK DIPLOMA NI?"
  • Ni la soalan yang terpaling aku nak avoid sekali dalam banyak-banyak benda rakyat Malaysia dok spam. Sebab aku belum sampai stage "Kerjaya" so aku tak boleh nak cerita banyak. Kalau ada pun yang aku jawab kebanyakannya based on my lecturers and friends' experience. Okay budak-budak meh aku cerita la sikit pasal kerja. Diploma iteself is fine but tak cukup ummpph la nak compete. But again, kalau korang pandai market diri sendiri then apa salahnya. 
  • Member aku guna diploma IM lepas je kerja library. Then ada sorang member lelaki, pun guna diploma jugak sekarang kat Arkib Negara. 2 of my girl friend's, sorang dapat offer TM, sorang dapat offer executive bank pun guna diploma je but dua-dua turned down offer tu sebab nak sambung degree and yeap, most of my diploma friends lepas sambung degree. What degree? Now tengok soalan seterusnya.


8. "DEGREE NANTI MACAM MANA? BOLEH KE SAYA TUKAR COURSE LAIN?"
  • Aku tak faham kenapa dan bagaimana, tapi syabas lah kerana belum masuk diploma lagi dah gelabah hantu pasal degree. Betul punya advance. Part "Boleh ke saya tukar kos lain?" tu, Yes. You can. Tapi try la belajar IM dulu. Memang la nama tak sedap, tak pernah dengar. Nak explain IM tu apa kat makcik kenduri pun makan sejam. Tapi it's not that bad you know. And andaikata la lepas diploma nak sambung degree IM jugak, kita ada 4 cabang yang korang boleh pilih:
    • Library Management : Hot. Student DIM seluruh Malaysia kebanyakannya akan pilih degree ni. Untuk lepas, mohon cemerlangkan result diploma.
    • Records Management : Hot jugak. Tapi rasanya tak se-hot Library. Manusia-manusia yang tak boleh go dengan Library & tak berani nak ambik System selalunya akan end up with this degree, like me. Sekian.
    • Information System Management : Orang takut nak ambik tapi gila hot kat luar. Tak ramai yang nak sebab takut tak score. Sebab tu siapa-siapa yang mohon degree ni lepas diploma, most of them akan dapat walaupun result diploma takde la kencang mana.
    • Resource Center Management : Suam but okay la. Jarang la dengar student nak sambung ke degree ni. Selalunya library atau record.
  • Kalau taknak jugak, menyampah jugak dengan IM, gila la merapu yada yada yada, dipersilakan jump course DENGAN SYARAT, pastikan diploma korang first class 3.5++ or else possibility untuk jump tu tak lepas and permohonan korang gagal.



9. "DIPLOMA NI ADA DEKAT KAMPUS MANA JE?"
  • Considering korang kanak-kanak kiut tak reti sangat nak look up sendiri takpe lah meh aku bagitau kat sini. For now, DIM ada di 4 cawangan UiTM :
    •  


UiTM Kota Samarahan, Sarawak. 
Abah dia la gila jelita library depa. Aku pun baru google ni weh. Okay so kanak-kanak, ni UiTM Sarawak.




    •  


UiTM Sungai Petani, Kedah
Nama je Kampus Sg.Petani tapi kitorang panggil UiTM Merbok @ Melbourne. Hambekk. My previous campus before Puncak Perdana. Mak rindu nakkk. Nak pergi Kedahhhh T_T






UiTM Segamat, Johor
Kedah dah Melbourne, diorang sibok nak jugak US. Layan laa. Sumber dipercayai iaitu adik aku mengesahkan memang Segamat selalu berkabus macam ni. 






UiTM Machang, Kelantan
Yes, The Machangster pun ada DIM. Aku tak pernah pergi sini la of course since tak pernah jejak Kelantan lagi.




  • And dikhabarkan next markas Pengurusan Maklumat adalah di UiTM Rembau tapi tu lambat lagi la nak siap. Clear? Nak tau UiTM Merbok macam mana, aku dah tulis dah kat SINI. Tapi kampus lain tak dapat la. Dah pernah pergi Segamat & aku rasa kampus tu lagi besar dari Merbok but budak-budak jati Segamat dok heboh pulak Merbok lagi besar. Hah gaduh la gaduh ajak kampus lain jugak meh.

Setakat ni, tu je lah soalan paling banyak ditanya selain banjiran request for sample notes. Kalau tanya aku memang aku suka la DIM. Banyak benda aku belajar under course tu selain ianya suci halal Jakim daripada Sains dan Math. Blerghh. Tengok gertas graph pun aku dah gatal-gatal alergik. And kalau korang ada soalan lain yang aku tak nyatakan kat sini, direct komen je okay? KakaCacaa  try bantu selagi mampu. Alright that's all for now. Daa.

14 comments:

  1. Hehe tq akak sbb bagi nasihat psl course ni. There are a lot of things that need to be considered but apa2 pun, whatever course we choose (klw yg x mahu pun) mesti ada effort to succeed.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. blog ni bnyak membantu buat assgnmnt macro ^_^

    ReplyDelete
  4. Ya sangat beneran ! Anything akhirnya balik ke diri sendiri jugak. Semangat nak belajar harus sado :D

    ReplyDelete
  5. mai sarah : Boleh download disini https://drive.google.com/file/d/0B3V9CBx2CTUXZmdZdmVmSnphSkE/view?usp=sharing

    ReplyDelete
  6. cik/encik anonymous : Alhamdulillah. Berguna jugak entry ni untuk junior. Semoga dapat A! ;D

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum kak,saya buat degree tapi dapat kos AD grafik. jadi saya nak tukar course, ingat nak ambik kos IM. antara library, record dgn system gitu la. oh saya lepasan stpm aliran sastera pointer 3.25. akak rasa kalau saya mohon tukar, layak ke? tu je. terima kasih :D (btw akak tau tak mcm mana nak proses tukar kos ni)

    ReplyDelete
  8. Salam dik.. Nak tanya ada notes organizing event x?

    ReplyDelete
  9. Salam,

    I need a course description (apa yg setiap class diajarkan and what assignments are given to the students) . Adik saya Tgh study di USA tetapi di sebabkan adik saya tidak Ada full course description, adik says tak dapat masuk belajar sebagai transfer student. I'm worried he might have to take the whole program again. He can save up to two years. Kami org susah and this information boleh membantu mengurangkan Bayaran yuran Kami. If you have any contacts yg boleh Akak contact, that would be so much help. Thank you in advance.

    ReplyDelete
  10. Course ni xde temuduga kn?

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum. course pengurusan maklumat ini banyak menggunakan IT ke? Maksud saya mengedit majalah newspaper semua tu? Kerana saya tak mahir dalam menggunakan komputer.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum . Nak note untuk course ni boleh ? fatinzulkefly99@gmail.com

    ReplyDelete
  13. Diimian here! Snang ckp kos ni bapak best! Org lain terhangguk2 amik sta, kitorang lekk je telan nota sebeban.. smpaikan setengah jam sblum exam tu dh tk sabar2 nk muntahkan information.. (padahal aq goreng je jawapan smpai hangus)

    ReplyDelete
  14. Diimian here! Snang ckp kos ni bapak best! Org lain terhangguk2 amik sta, kitorang lekk je telan nota sebeban.. smpaikan setengah jam sblum exam tu dh tk sabar2 nk muntahkan information.. (padahal aq goreng je jawapan smpai hangus)

    ReplyDelete

Thanks for dropping by :)

Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...