Noob To Noob Tutorial Photoshop 1 : Hilangkan Background Gambar

Assalamualaikum

* KakaCacaa menggunakan Photoshop CS5*

Dan selamat datang ke blog Shasha Yatim. This time, Shasha Yatim yang noob nak mengajar dan menyebarkan fitnah Ad-dajjal satu skill yang aku rasa penting untuk kelansungan bahan-bahan visual yang cantik untuk presentation, poster, flyer, brochure dan sebagainya. Even skill yang satu ni kalau korang dapat master, I mean dapat siapkan dalam masa yang pantas, believe me, you can master dan faham other basic photoshop skills yang akan aku ajar seterusnya dengan hati yang terang dan jiwa yang tenang.

Okay, now let's get started!

STEP 1

  • Seperti biasa, open Photoshop and straightly klik "New" untuk mulakan sesi editting anda. 
  • Then akan appear satu box untuk preference stage anda. Anda nak besar mana, nak saiz apa, background nak macam mana. Kat situ lah anda godek-godek.
  • Biasanya aku tak kacau apa pun, semua kekal macam tu except part Width-Height, and yes, aku suka guna Pixel & background contents tu, pilih "Transparent" ye anak-anak. Or else, anda punya background gambar tu tak jadi transparent. Dia akan jadi putih. So jangan degil, klik "Transparent".
*klik untuk tumbesaran gambar ya*

STEP 2

  • Then upload image ke Photoshop. Nak upload, pergi ke "File" atas sekali bahagian kiri, then klik "Place" ; pilih gambar yang anda nak & voila! Eh aku.
  • Sebelum anda mengorak langkah apa pun, akan ada tetiba exclamation box appear terlebih dahulu yang perlukan anda klik "Ok" atau "Cancel". Jangan gelabah abah just klik "Ok". Layankan je.
  • Nampak toolbox kat bahagian kiri? Klik icon yang macam pemadam tu. Dah? Then right-click. Anda akan dapat 3 preferences disitu
    • Eraser Tool
    • Background Eraser Tool
    • Magic Eraser Tool
  • Pilih "Eraser Tool". 
  • Yes. Bukan "Background Eraser Tool". Kalau anda rasa dengan Background Eraser Tool tu mampu hilangkan background gambar korang seindah saujana mata memandang dalam masa yang pantas, lupakan je lah. Nak cantik jangan malas-malas. 
  • Lepas tu, nak adjust besar mana pemadam anda, klik kat bola hitam besar bawah "Edit". Kat situ, boleh la nak adjust size pemadam ikut yang anda nak. 
  • Now, aku nak you guys adjust pemadam tu kasi besar. Then start padam background gambar. At this stage, just padam roughly. Kita nak cepat. Padam je yang anda tak nak tu asalkan tak kena part yang anda nak simpan. Nampak kan background dah jadi style kotak-kotak tu? Okay tu maknanya background anda dah transparent.

STEP 3

  • Lepas dah padam macam dalam gambar atas, dimana anda biarkan sipi-sipi je lebihan background untuk dikerjakan kemudiannya, adjust size view dari 100% ke 300%. Tengok bahagian bawah kiri. Tukar size kat situ. Bila dah tukar dari 100-300, nescaya besar gila gabaklah gambar anda. Lubang hidung pun HD. 
  • Kenapa besarkan gambar? Kenapa tak kecikkan pemadam?
    1. Bila besarkan gambar, aku jamin halal jakim benda akan lagi senang nak padam sebab clear mana yang anda nak buang, mana yang nak simpan
    2. Bila gambar kecik & pemadam semakin kecik sebab nak padam ikut gambar tu, kita tak dapat nak agak banyak mana yang kita NAK padam atau DAH padam. Usually bila aku bantai jugak padam tanpa besarkan gambar sebesarnya, the final output will be like 'bergigi' & tak cantik bila di attach kat mana-mana. Nampak cantik dalam Photoshop. Semacam perfect gila tapi sebenarnya serupa hauk.
    3. Then aku nak kurangkan kebarangkalian editor gambar from sakit mata or pening kepala sebab nak edit background kalau tak kena cara memang akan ambik masa yang lama untuk hasilkan gambar back transparent yang berkualiti. I do say berkualiti ye. Bukan yang bergigi punya. 

STEP 4

  • Lepas dah siap padam semuanya, rasa macam dah cantik gila, bangga habis, go to toolbox again yang kat kiri tu, klik icon yang macam jari telunjuk/eyedrop tu. Right-click dan pick "Blur". Strength adjust ke 50% or less. 
  • Why? Nak blur apa lagi? Lepas padam gambar tu, the edge of that picture kan macam 'tajam'. Ala, samalah macam korang gunting kertas. Cuba rasa tepi-tepi kertas tu tak ke tajam? Menghiris kalbu gitu? 
  • Same goes to pic in photoshop. So, to make it more natural, I mean tak nampak macam edit sangat bila attach kat mana-mana later on, blurkan dia punya tepi-tepi tu. So it will blends even better dengan gambar lain nanti. Ada beza antara blur dengan tak blur. Cuba percaya cakap KakaCaca.

STEP 5

  • Lepas tu, kita save okay? How? Pergi ke "File", klik "Save As". WAJIB save as PNG. Not JPEG sebab kalau save as JPEG, background automatic jadi putih, bukan transparent. Tak percaya? Try.
  • As for the PNG Options, pilih "None" so that korang punya background akan kekal transparent.

****************************************************************************************
  • Tutorial atas tadi untuk background yang rambu ramba. Untuk background yang sekata, yang plain, yang warnanya sejenis je, contoh macam hitam or putih, just simply guna Magic Eraser Tool. In a blink of eyes, background gone baby gone. Nama pun magic. Why you gotta be so ruuuuuude~ Eh ternyanyi.
  • See. Bila background dah jadi transparent, anda boleh tukar dengan apa sahaja background lain yang anda nak. Nak tukar dengan color? Checked! Nak tukar dengan gambar lain? Checked! Nak edit ala poster movie cinta Melayu? Checked checked! Nak letak gambar crush pun boleh. Ahahahh macam pernah buat jewww deknon. Okay lariii.
  • Tak nak edit background dengan merapunya, nak attach gambar tadi kat tempat lain pun boleh. Kat website, kat slide presentation contohnya, boleh je.
  • Maybe ada je cara lain yang lebih mudah yang aku tak tahu. Tapi since ni adalah tutorial noob-to-noob di mana para noob-noob cuma tahu guna tool "eraser", makanya inilah tutorial ringkas yang KakaCaca mampu provide. Okay sekian dahulu dari Shasha Yatim. In shaa Allah tutorial noob-to-noob teknik lain akan menyusul. Ilmu untuk dikongsi right? Moga bermanfaat kepada semua.

Assalamualaikum & jumpa lagi, In Shaa Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Diploma Pengurusan Maklumat UiTM?

Checklist : Apa Yang Perlu Dibawa Ke Kolej Penginapan / Asrama / Hostel ?

Degree Story