Saturday, December 25, 2010

10 tempat paling berhantu di dunia.

Hye mamat2 & minah2 semua.Malam ni memang gelap kan?(Ada malam yang sedia terang kah?) & sempena tu,termeletus lah idea nak mengepost port2 favourite hantu untuk melepak.Eksyeli,time me-research tempat2 terbabit,terlalu banyak mazhab yang mengatakan inilah paling berhantu,itulah paling keras,situlah paling angker,sinunlah paling seram & so on.So that,aku pun pick lah yang paling fofuler dikalangan mazhab2 yang terlibat.Let's cekidaut!

10# ISTANA BERRY POMEROY,TOTTNESS

There's numbers of legends berkaitan dengan istana abad ke-14 ni & for sure,istana ni banyak cipta rekod 'angker'.Based on cerita,istana ni ada 2 hantu feymes ; Lady White & Lady Blue (Green Lady hantu feymes Malaysia tu takde).Hantu Lady White ni according to legendnya adalah roh Margaret Pomeroy yang mati kelaparan time disumbat dalam penjara bawah tanah oleh kakaknya yang jeles.(Don't ask me what kind of jealous). Then,Lady White pun bertindaklah meng-angker-kan ruang penjara bawah tanah terbabit.Tak cukup kat dungeon,dia dikatakan berlegar2 kat St.Margaret's Tower & dinding2 istana.Alkisah Lady Blue plak,dia tak macam Lady White yang memilih2 port tertentu & berlegar ikut suka hati dia.Menurut cerita,Lady Blue selalunya 'bertindak' dengan memikat orang & then,tak tahulah apa jadi.(Ikut skrip filem,selalunye mangsa tu mati lah kan?).So that,tergoda dgn Lady Blue & ikut dia seems to be a very bad idea ya kawan2.


9# BUKIT DOMINICAN,FILIPINA

First of all,aku tak tahu tempat di gambar atas ni sebuah motel,istana mahupun mustashfa.ok2..mustashfa tu hospital in Arabic.Menurut cerita2 rakyat,tempat ni dihantui oleh mereka2 yang terbunuh time perang meletus long long time ago.Selain itu,ada jugak yang mengatakan sebahahagian dari hantu2 tu adalah bekas pesakit yang meninggal kat situ.Usually,laporan2 mengatakan bahawa kat situ anda akan selalu dengar banging of doors,pinggan mangkuk belanga & yang sepasukan pecah *prang prang*,serta bunyi jeritan.~uuu..seram.


8# ISTANA ENDINBURGH,SCOTLAND

Istana tipikal zaman pertengahan yang dok bertenggek atas batu karang ni kasi view yang mantoppp kat Bukit Scotland.Cun,cun jugak cuz eksyeli,there's echoes of dead people kat setiap ruang2 kosong & lorong2 di Endinburgh.Kira mereka2 yang dah arwah suka la pergi port2 yang aku dah nyatakan tadi.ITU adalah report yang AT LEAST dilaporkan oleh rakyat sekalian.Hot spot hantu2 kat Edinburgh ni adalah sel2 penjara,kubah di South Bridge (what the hella is that aku tak tau ek cuz aku tak pernah pegi sana) & Mary's King's Close,bekas jalan yang digunakan pesakit2 yang dikuarantin which akhirnya R.I.P becoz of wabak.Others,ada jugak yang lapor pasal kewujudan hantu anjing,drummer tanpa kepala & hantu2 tahanan perang time perang 7 tahun Perancis & Perang Kebebasan Amerika.



7# MONTE CRISTO,AUSTRALIA

Ok guys,let me introduce y'all rumah atas ni.Nampak cam takde ape kan?Macam rumah keluarga bahagia je.But the fact is,nilah mansion paling berhantu di Australia which is located in Junee,Monte Cristo,New South Wales.Alkisahnya macam ni,Puan Crawley,pemilik rumah ni tak pernah keluar rumah since hubbynya mati for 23 years of her remaining life,except for twice dy out & don't ask me why.I also dying to know,ok?Lepas kematiannya,hantu dy mengahantui mansion ni terutamanya bekas bilik dia.Hantu tak berbadan,hantu kat tingkap,lampu yang on/off sendiri are some experience yang dialami oleh mereka2 yang terpilih.Besides,ada yang report bila diorang masuk dalam bilik seorang kanak2 ni,diorang totally barely able utk bernafas & nearly to death.Semuanya kembali normal bila diorang keluar dari bilik tu.



6# ANCIENT RAM INN,ENGLAND

Ok,whether korang percaya benda2 halus atau tak,trip ke Ancient Ram Inn ni selalunya takkan sebest trip ke Bali.Menurut mereka2 yang dah ada pengalaman ni,diorang akan alami dengar lantai yang berbunyi,suasana yang sejuk nak gilos,bau yang tak menyenangkan,cahaya yang tak tahu datang dari mana,& banyak lagi keadaan dimana satu2 rumah hantu tu sepatutnya ada.Cerita disebalik Ancient Ram Inn ni bukan untuk mereka2 yang fainthearted ;kat situ pernah terjadi kes pembunuhan,aktiviti Satanisme,korban manusia untuk fahaman gelap & lupa nak beritahu,kawasan ni dibina atas perkuburan orang Pagan.



5# TANAH PERKUBURAN HIGHGATE,ENGLAND

Time malam menjelma lah kan,kawasan perkuburan ni betul2 macam yang kita tengok dalam mega movie TV3 tu ; batu nisan yang bengkok,lorong2 antara batu nisan yang ditumbuhi tumbuhan menjalar that was so demm gelap,somethin' headless & benda2 tulah yang membuatkan kita no wonder spot ni jadi tempat paling berhantu all over the Great Britain.Tu time bilaaa~ larut malam,tarakucha,trakuchacha.(nyanyi ikut nada & pitch yang betul ye).Bila siang pulak,Cemetery Highgate ni showcase's Gothic architecture yang meng-impresskan viewer2nya.Other fact,ni lah tempat pengasas Komunisme,Karl Marx,dikebumi.



4# THE QUEEN MARY,CALIFORNIA

Siapa tak pernah dengar The Queen Mary ni,tak tahulah.Kapal lama yang habis grand ni memang cukup angker according to cerita2 workers & visitors.Kapal ni dibeli oleh Bandar Long Beach & ditransform pulak jadi hotel pada tahun 1967.Kawasan paling keras dikatakan di bilik enjin dimana sorang mamat pelaut 17 tahun mati akibat kebakaran kat dalam tu.Bunyi batang2 paip diketuk2 adalah fenomena lazim yang selalu dialami manusia terpilih.Besides,ada la mereka2 yang balaci merepot bahawasanya there is a ghost of a gurl yang mana dia mati di kolam renang cuz of patah leher.Habis?Eh belom!Ada lagi...kat hallway bilik salinan kolam renang tu plak,ada la unexplained activities macam perabot bergerak sendiri,sentuhan tangan2 ghaib,roh2 berkeliaran & dihujung dek kapal,sometimes kita boleh dengar suara jeritan orang yang dipercayai milik pelaut yang mati time Queen Mary berlanggar dgn kapal kecik lagi molek satu masa dulu.



3# SCREAMING TUNNEL,AIR TERJUN NIAGARA

Pertama-tama sekali,lagenda jerit-menjerit ni banyak version okey?Hantu screaming ni salah satu lagenda paling best kat tunnel Niagara Falls which is located off Warner Road.Lemme story to ya dari mana legend ni datang.Ada yang cakap,satu masa dulu ada rumah petani berdekatan caught on fire & anak perempuan petani tu terbakar (but still alive,eh?).Dia pun lari la ke tunnel in case of nak padamkan api tapi tunnel tu runtuh & dy mati dlm runtuhan tu.Version 2 ialah berkenaan sorang bapak ni yang bakar anak perempuannya lepas tahu isterinya dapat hak penjagaan anak diorang.(Kes mahkamah syariah la ni).Version 3 plak cerita tipikal,sorang kanchik ni dirogol & dibakar dalam tunnel tu untuk hapuskan bukti.Tapi apa yang pasti,menurut cerita rakyat,kalau kita berdiri kat tengah2 terowong pada tengah2 malam n light on a matches,suara perempuan menjerit akan kedengaran.Ha,ada bran?



2# UNIVERSITI OHIO,AMERIKA

Ok,anda semua dinasihatkan untuk kagum kejap aje sebab this university is hella most haunted location kat USA.Setiap inci,setiap area kampus dikatakan berhantu.Long time ago,Wilson Hall (known as mak dukun) bunuh diri sendiri lepas tulis mantera2 kesetanan & jampi2 supernatural with her own blood kat dinding universiti.Sadis!Then,ada 5 kubur yang membetuk pentagram (bukan bentu hati mahupun reben,ok?) disekitar kampus yang melambangkan unsur satanic.(Mana tak berhantu) Cerita lain,Washington Hall is known as tempat dimana mamat2 pemain bola keranjang main bola,main galah panjang semua.But,sadly,semua pakwe2 tu mati dalam satu kemalangan (owh sheikht aku pun tak tau wut kind of kemalangan) & yang horrornya,mereka2 yang terkorban tu menghantui dewan berkenaan.Some lucky people boleh dengar ada orang main basketball eventho takde orang dalam tu.Satu lagi kisah,ada seorang patient ni menghilang & dekat 5 minggu kemudian,dy dijumpai reput &kesannya still can be seen until today!whoa..korang nak fikir 67 kali tak sebelum terima tawaran belajar kat universiti ni..????



1# PANTAI CHANGI,SINGAPURA

Negara kemetot ni pun berhantu?Iyye ke?Hah!kalau korang fikir Singapore semaju2 alam tu ghost-free,silap besaq la y'all ye cuz Singapore dicop antara Asia's most haunted location.Changi beach ni dulu tempat askar2 jepang melakukan aktiviti bunuh-membunuh time perang dunia ke-2 dulu.Ala kita kan pernah belajar history form 5 dulu yang askar jepun bunuh orang cina,haa cerita tu lah.Usually,org2 akan terdengar suara orang menangis & jeritan yang tak diketahui dari mana.Sometime,based on kisah rakyat,diorang ternampak kepala orang cina terbang kat tepi pantai,tak pun makhluk tanpa kepala dok jalan2 (makan angin kot) & yang angkernya,those ghosts siap tinggalkan blood stains lagi.Huh,meremang sey.Time malam,(kalau anda terpilih la) anda akan nampak lubang yang digali tau..digali untuk tanam mayat!




Sesungguhnya,entry ni memang panjang.Penat korang baca,penat lagi yang menaip ni kan?Perasan tak gambar2 yang aku letak tak seram & tak adventure langsung?Sorry for that lah ye.Malam2 ni.Seram aku.Oklah,masa untuk tido semua.Jangan lupa pasang alarm sok nak bangun solat subuh.Sweetnite,sweetdream.

Friday, December 24, 2010

Best sangat ke bercinta?

Ceh..tajuk cam bagus kan?Bunyi cam gila sakit hati + jealous je dengan mereka2 yang ber-couple sekarang.Haha,seyiously speaking,I'm not.Honestly speaking,I used to couple about 3 years ago.Dengan siapa,anda2 semua tak perlulah untuk mengetahuinya.
(Budak 3IKHLAS 0'8 diam sekarang!)
 Berdasarkan experience,aku nak cerita la ape best tak bestnye main pacar2 ni.

*SARANGHAEYO!*
Ramai yang cakap couple tu haram.Hmm,apakata cuba baca blog ini.Buah fikiran dia boleh pakai.Aku taklah menganjurkan couple,tapi tak jugak anti-couple.Tapi aku anti mereka2 yang 'over limit' dengan memakai nama couple.Maybe diorang ingat istilah 'couple' tu macam kad 'Touch n Go' yang membolehkan diorang akses utk buat ape je kat partner diorang.Yeah,sila lah touch.Mari pegang,Jom pelok..ERMM..sedap!Tu bukan takat touch n go je,tapi touch n go to hell...?

NOW IS AVAILABLE! ADA BRAN???
Ingat...ALLAH nampak apa yang kita buat.
Oklah,berbalik pada pangkal jalan dimana aku nak cerita kenangan ais-krim & peria aku hidup dengan pegang status "in a relationship" ni.Haruslah diingatkan disini bahawasanya saya tak terjebak dengan kegiatan touch-mengetouch.Tangan aku still suci & murni & putih *tapak tangan saja* tanpa goresan sikit pun...~suasana diam sekejap~ (Okey2...ada parut kat tapak tangan kiri.Aishh...)

IN A RELATIONSHIP 
VS 
SINGLE
*semua yang dibawah ni ikut pengalaman aku je la.Lain org,lain ceritalah kan?*


 1# KEWANGAN

*ckring,ckring..* bunyi mesin kat kaunter tu.
Single : KAYA.Duit sentiasa ada.Berhabuk duit dalam dompet aku cuz tak berusik.Yelah..aku tak perlu top-up 'menggayutkan' diri,tak perlu nyanyi2 'happy birthdah to you' utk sape2,tak perlu bagi hadiah kenang2an bila jauh & tak perlu belanja sapa2 sebab takde partner bila kuar.(I mean kalau out dengan kawan, perut sendiri,duit sendiri lah kan?Ahakzz!
*secara live nye aku menonjolkan ke-stingy-an aku*

Couple : KAIS PAGI MAKAN PAGI.Sebab duit banyak disalurkan kearah pemantapan relationship.Yelah..tak mesej,tak call sikit karang mulalah tarik muka lapan ploh belas.Masing2 balik ke perangai umur 5 tahun..."tanak kawan!".Haa,camane nak kaya?Duit dahlah dari bank PaMa,paling2 hebat pon dr bank PTPTipu tu.Tu belom date lagi.Jangan ingat kahwin je pakai banyak duit.Couple pon tak kalah tau!



2# FREE TIME


Single : FREE GILOSSS.Aku tak perlu nak mesej siapa2.Aku tak perlu nak tengok handset tiap-tiap 30 saat even aku boleh baling anjing those handsets cuz aku tak guna langsung.Kawan2 perempuan contact guna myspace/ facebook terchenta je al-maklumlah,bangsa maju.Bila jadi macam tu,aku rasa macam bebas.Aku ada masa untuk diri sendiri,untuk family,untuk kawan2.

Couple : KURANG FREE.Masa untuk diri sendiri adalah time study kat kelas,time aku tak pegang handset(kat sekolah) & time tidur.Selebihnya mesti masa untuk "ehem2 uhuk2" no matter lah mesej2 @ hello2.Ada masa je,mesti handset ber-vibrate sakan.Takpun paling2 hebatlah kan,aku @ dia pergi hangin' out dgn kawan masing2.haa,time tu je lah nak merasa masa untuk diri sendiri.


3# THOUGHTFULNESS



Single : Tak banyak perhatian yang aku dapat selain dari kawan aku.Since aku tak berapa pandai berkawan,so that berapa kerat je lah yang concern.Tu belum sakit,demam,batuk kering segala lah kan?Then,once in a while,aku akan rasa keseorangan.*Aku tak banyak bergaul dgn orang.harap makluuum.*

Couple : Setiap masa,setiap saat akan ada orang yang temankan.Whenever i felt alone,I'll text him and for sure (very2 sure) he'll reply me back.Then kalau sakit,of course la berjela2 nasihat dia kan?Kalau dibiarkan sampai berpage2 walaupun cuma batuk minum ais je.*ade perasaan touched di situ* Then kalau birthday,yea..kira macam hari paling best sedunia.Dapatlah hadiah yang comel dari dia. ^_^


4# INTERNAL FEELING



Single : Most of the day without partner2 bagai,I am HAPPY for every single second of my life.Aku tak perlu makan hati,tak perlu marah2,tak perlu sedih nangis2 segala,tak perlu gaduh,tak perlu moody sbb ada org tuduh 'main kayu' & tak perlu risau 'prince charming' di ambik orang.Perasaan aku tanpa someone special adalah selapang padang bola sepak.Tanpa partner,banyak benda yang kita dah tak perlu nak risau.

Couple : Sakit hati,geram,marah selalu jugak la duduk temankan aku kat sebelah.Perangai lain2kan,no wonder la kalau gaduh tu.Aktiviti wajiblah katakan.However,dalam gaduh2 tu,aku akan rasa ke-best-an 'dipujuk' & 'memujuk' at the same moment.Best tau kalau dipujuk.Lagi best kalau aku buat2 tak layan.*padahal hati dah cair melimpah2 dah* Hidup berpartner ni dy best sikit.Your life won't be smooth all over the time and in fact,that will guarantee u more excitement.

No.5?Takde?

Takpe lah.tak nak la babling banyak sangat.Kesimpulannya,life berpasangan atau tak,ade buruk baiknya.Ada best ada tak bestnya.Bila couple,part paling tak best bila relationship dah sampai di 'hujung nyawa'.bahasa lainnya break up lah.

Mesti ada pihak yang akan terluka.

Hmm..aku dah rasa.Memang sumpah sangat tak seronok & untuk overcome benda tu,aku pon sibuk2 kanlah diri.Apa susah?Ada orang tu cakap aku hati kering.Right,sometime memang aku SUPER ULTIMATE SANGAT SUNGGUH BERHATI KERING,emotionless & yang sepasukan dengannya.Buat masa sekarang,aku masih tak terbuka untuk kembali bermadu kasih.

Bercinta best.Iye..best.Rasa macam dalam taman bunga je.Tengah ekk ekk dalam tandas pun,still lagi rasa macam dalam taman bunga Cameron Highland.Semua cantik,semua wangi,semua indah.Tapi guys,bercinta bukan takat nak seronok.Kos nak bercinta tu mahal.Korang perlu bayar dengan setia,sabar,jujur,percaya,& yang paling penting,iman beb.Takde iman,memang hanyut.Seyes wa cakap ni.Nak bercinta,tembok iman tu kena kasi simen import punya.Kalau iman takat papan lapis lubang2....alamatlah.

Yang aku sebut tadi tu bukan takat bercinta dengan orang je,samalah cam bercinta dengan ALLAH S.W.T.Kita perlu SETIA pada Allah yang satu,SABAR lawan nafsu,PERCAYA hanya Allah tuhan sekalian alam,dan sentiasa upgrade IMAN kita yang turun naik ni.InsyaAllah,cinta kita padaNya akan bertambah kuat.


Sebagai end of topic,pandai2 lah korang kawal diri,orait?Aku tahu korang2 yang comel ni semua baik.Jangan touch2,ok?Jadikan diri sendiri mahal!Kena 'cash' (nikah) dulu baru boleh touch!Bukan takat swap je.Tak macho la gurls.That's all for this entry.Quite long.Anda memang sabar kalau baca sampai sini.Tahniah buat anda! Wassalam.

Thursday, December 23, 2010

Saya ex-staf HINODE SHOP

Setelah genap 49 hari aku menghambakan diri(ceh..sadis ayat) di Hinode Shop atau kata lainnya,kedai..

5 RINGGIT UNTUK SETIAP BARANG~!!
(sape kaki shopping tegar AEON Bukit Tinggi,taulah nadanya camane)


Akhirnya resign jugak aku atas alasan nak further study.Padahal nak register tu sebulan lagi la pun dari tarikh aku resign.Semangat nak lepak2 surf internet yang menyebabkan aku nak resign awal.Plus,aku da dapat sekurangnya RM300 automatik dalam akaun penghujung Jun nanti tanpa kerja selama sebulan .Aii..senangnye la hati ni lepak2 dapat duit..=p

Honestly,kerja kat sini,pengalaman yang aku dapat tak banyak mana pun.Tapi pengajaran yang aku dapat bukan sikit2.Aku betul-betul kena aplikasikan konsep DISIPLIN bila bekerja kat Hinode.Boleh bayangkan berapa banyak wang ringgit yang melayang-layang untuk kelewatan selama 4minit?RM60!Serius banyak.(bagi aku la..)

Rata2 manusia (termasuk diri aku sendiri) mesti ingat kerja kat situ senang.Lepak2 tunggu customer datang.Ternyata memang salah besar la sape yang ade persepsi camtu.Bercanggah sungguh dengan realitinya.Patut la gaji best.Tapi macam2 tak boleh buat.Meh aku kasi tau ape yang Hinode dera aku.antaranya: 

1. Kat sane cctv sane sini.Nak korek hidung sorok2 pun tak boleh.Setiap sudut die observe.Kitorang yang staf2 ni tak boleh berbual antara 1 sama lain waktu kerja.Sape yang dilihat berdiri berdekatan 1 sama lain pun akan 'ditangkap'.I mean nanti ada la surat warning atau yang seangkatan menyusul.

2. Tak boleh lewat walaupun seminit.Kalau tak,gaji kitorang akan ditolak sebanyak RM40(untuk lewat kali pertama) & 2 kali lewat,elaun kedatangan akan dipotong 100%.Tu belum elaun mingguan.Contoh la minggu aku datang lewat tu dapat keuntungan besar & setiap staf dikasi RM100,aku yang dah dilistkan lewat tak layak dapat insentif tu walau sesen pun.Kiranya kat sini,aku kerugian sekurang2nya RM100 untuk kelewatan selama seminit.(sekurang2nye,ok?)Pergh....berhelai baju baru boleh aku hanger kat almari.

3. Tak boleh duduk,tak boleh bersandar sepanjang bertugas.Mula2 kerja,nak menangis aku sebab belakang aku sakit sangat terlalu lama berdiri.Serius seksa.Tapi nak taknak aku terpaksa buat2 cool padahal muka cam cencorot dah tahan sakit.Tapi lama2 tulang belakang aku dah biasa.sakit2,sengal semua hilang.Perangai aku yang sengal ni je la tak hilang2..

4. Kami2 yang staf ni,kena tebalkan muka jerit tiap orang yang lalu lalang depan kedai "Selamat datang..!5Ringgit untuk setiap barang..Welcome,5Ringgit per item..!!" thou diorang tak hengen pon nak masuk kedai kitorang.Usually customer akan di-greet after diorang masuk kedai.Ni tak,orang lalu lalang pon kena di-greeting jugak.Ceh!Ingat kelasss sangat lah?Sakit tekak tau tak?Setiap sorang staf kena greeting paling koman 1 jam straight setiap hari.Tebal muka,tebal tekak,naseb baik poket pun ikut tebal.


Tu jelah deraan2 yang dapat aku cerita.Ada lagi tapi tanak la panjang2kan entry..bosan plak para readers yang comel nanti kan?Walaupun kat sana aku rasa cam mental press,tapi kakak2 staf orait2 semuanya.Aku yang paling muda & fresshie okay?Ni la staf2 Hinode AEON.



Kak Diya & Kak Yana.
Yang lawaknye nama betul Kak Yana tu NorZehan,nama betul kak Diya,NorAfidah.
Ade kena mengena..?anybody?hahaa.. XD



Yang sebelah kiri tu kak Angah.Nama betul Fatin Nabilah.Tua 3 tahun dari aku.Time ni tgh tunggu result UPU untuk STPM.Dia staf terkamceng dengan aku.Dah lama tak dengar khabar dia.Cita2 dia nak jadi cikgu tau!



Ni kak Eka.Comel tak?First time jumpa,aku ingat kitorang sebaya kot!Kecik gila orangnye & u know what,she's 23,married & has 2 kids.Kalau tengah minum fresh orange time tau tu mesti tersembur 2 kilometer.



Selain kawan2 kat Hinode,aku menjalinkan hubungan 2 hala dengan staf kedai lain.(ceh...2 hala konon.Ayat nak gempak je).& perasan sumthin' tak?1 Malaysia kot gambar ni!Hahaha...



Haa!Gelap tak gelap muka aku?Pekena pulak baju putih bersih berkilau2,bertambah ketara la muka geseng aku.Oklah Hinode,semoga bertambah maju.Kurang2kan lah autocratic management style korang,eh?Concern la sikit kat staf & workers.Aku accident 2 kali tau semata2 nak kejar waktu masuk kerja.Berparut tapak tangan kiri aku.Anyway,I wish u all the best!peace no war! 

Kisah-kisah nakal @ SAMBBST

Siapa pernah dengar Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi,Sepang?Alaa,sekolah atas bukit tu.Waktu malam sejuk nak mati.Takde selimut,boleh meroyan aku!Dah la aku ni cepat nak kena flu (bkn Influenza A,ok?)

Nakal aku rasanya taklah sampai menyusahkan orang lain.Menyusahkan diri sendiri?Tu dah tentulah!Aku ni bukan jenis budak bajet baik,bajet sopan suma.Ape yang aku nak buat,aku buat.I just want to be myself!Sukati oranglah nak cakap pe.Aku kesah?Cuma,taklah keterlaluan.Kesian kat MPP kan kalau suma budak cam aku?kikiki.Aku sedar time kat SAMBBST dulu,aku bukan dalam kalangan budak2 favourite yang popular.Rasanya aku banyak kena kutuk ni..wargahaha..It's ok guys..aku maafkan korang.Terima kasih mengumpat aku.At least.aku dapat pahala free..(cara aku over come rasa sakit hati,sakit limpa,sakit2 sendi akibat dibashing.ngee~)

Sejujurnya,aku tak pernah curi duit,menjaja cerita keburukan kawan,membuli,atau apa2 yang sesuai digambarkan sebagai,you know..BAD GIRL.Aku still sweet girl yang tersenyum mesra kat luar tapi kat dalam tanduk memanjang dari hari ke hari.kihkihkih.Nak tau list ke-naughty-an aku?Let's check it out!

# Aku pernah ponteng kelas tambahan tafsir hadith yang dibuat pada waktu prep yakni pukul 3.30-4.30.Apa yang aku buat?Lepas having lunch + sembahyang,aku pergi bahagian atas surau yang redup,sejuk lagi nyaman dan dengan selambanya aku melentokkan diri dengan berbantalkan sejadah surau sampai kul 5.Aku bangun tu pun sebab azan Asar berkumandang dengan begitu hebat sekali.(Yela,port aku baring betul2 dkt dgn speaker surau).Paling best,rasanya bukan sekali aku buat kerja memonteng nih.Sorry ustazah.(I'm such a loser T_T) Tapi Alhamdulillah,aku berjaya gained Mumtaz untuk subjek Tasfsir Hadith dlm SMA.Tu kira bayaran untuk ustazah di atas ketiduran aku.hehe~

#Aku jugak pernah ponteng perjumpaan mingguan ASPUTRI kat court bola jaring yang diadakan setiap Ahad.Perjumpaan tu kira cam mesyuarat kecil/pengumuman ttg something/ucapan dari MPP/Pembahagian tugas utk setiap dorm.(Dorm aku paling besar & paling ramai.Oleh yg demikian,dorm aku selalu dapat tugasan basuh tandas.ee..menyampah sungguh).Back to the story,aku ter-ponteng sebab aku tak bangun2 walaupun dekat 7 org kejutkan (tak termasuk MPP yang pakai speaker panggil ASPUTRI turun ke court).

# Other than that,aku jugak pernah ponteng ko-kurikulum hari rabu.Semua warga asrama tak boleh berada kat kawasan asrama sampai Asar.Tapi time aku balik sekolah tak tahu kenapa penat sangat,aku terbaring kat katil Hani yang masyuk + superb habis.Ingatkan nak rehat kejap lah sebelum tukar baju utk kawad tapi last2terlelap.Sudahnya time aku terjaga sekitar 4 suku,pagar ASPUTRI dah terkunci.Aku sorang2 plak tu!Gelabah sekejap.Yela nnt kalau ada kes curi-mencuri yang kena tuding dulu karang aku jugak.Then,aku act cool je.yela since aku dah tak dapat keluar,aku pown wat la keje sendiri~study sejarah.

#Aku pernah bawak handphone pegi asrama.Saje bawak.Nak dengar lagu sebelum tido.(Perkara yang wajib aku buat kat mane2 pun~dengar mp3 sebelum tido.)Lepas tu bila ada khabar angin nak spot check,menggelabah aku.Pergh.peluh tak berhenti.Tapi tulah..sudahnya takde spot check pun sampaila habis 2008.Tapi ape2 pun,carik port selamat tetap jd 1 kewajipan.aku dah sediakan tempat paling terpencil yang takkan sape2 dapat tau untuk sorokkan handphone aku.Aku bukan nak bangga ke ape,tapi otak aku paling cergas & cerdas time terdesak camni.Prinsip aku satu ayat ni je,SURVIVE!

#Time Hari terbuka asrama,aku dengan penuh selamba balik dorm dan lepak2 ikut suka hati jiwa raga aku di saat student2 SAMBBST yang lain sibuk bersuka ria,berhempas pulas,seronok2 sakan,menjayakan hari terbuka tersebut.Bagi aku,hari tu sama je cam hari2 lain cuma sesi PnP tu takde.Mood nak bergembira langsung tak wujud.Aku beli makanan,balik dorm & bukak buku sejarah aku sambil makan.Aku tak peduli pertandingan drama,persembahan ke ape ke.Yang aku kisah,aku mesti keluar dari hiruk pikuk hari tersebut.Pening.Aku rasa,aku sorang kot dalam ASPUTRI hari tu.

#Lagi satu cerita,pernah satu hari tu diadakan gotong-royong perdana.Satu asrama kena buat kerja.one word,PENAT!dah siap dalam dorm,kena bersihkan tandas pulak (tandas lagi),kena cabut rumput la.hish,malas aku!Time tu aku dah berkira2 nak tidur since aku penat tapi tiba2 ade pengumuman dari sorang cikgu ni yang pelajar tak dibenakan berada dalam dorm selagi kerja tak habis.Panas hati aku lagi terbakar berasap-asap dari pisang goreng baru diangkat.Dengan muka singanya aku turun bawah(korang tau tak dorm aku kat tingkat 4?Turun naik,turun naik.Ingat ada lif ke?) Turunnya aku kat bawah tu bukan nak tolong buat kerja.(jauh sekali.tak pasang niat pun) tapi aku pakat dengan sorang kawan aku ni.Tau ape kitorang buat?Kitorang duduk berborak dalam stor perabot2 rosak dan membiarkan student lain buat kerja.wah2..banyak ayu muka kitorang?Dah aku taknak buat.Maknanya aku taknak lah.Ape pun,aku mintak maaf banyak2 la ye kat korang2 yang buat kerja sebab aku berlaku tak adil kat korang..huu..

Tu je yang aku nak cerita pasal kenakalan aku kat SAMBBST.Sebenarnya baaanyak lagi.Lepak belakang dewan la,lepak kat tepi longkang sampai kena sound guru disiplin,tak buat kerja rumah,buat bising malam2 buta,wakakaka..tak habis korang kalau nak cerita semua.Ok lah..tata dulu.See you next entry!

Thanx for reading!
Ex-SAMBBSTian + Blog's owner,
NUR A'DNINA SHAHIRAH BINTI MOHD.YATIM

Kenangan di Rasamas AEON Bukit Tinggi.



RASAMAS RESTAURANT~tempat aku bertapa dari hujung bulan Januari sampai awal bulan Mac.Walaupun tempoh masa aku bekerja tu boleh dikatakan sekejap tapi pengalaman yang aku dapat mmg cukup berharga.Kerja kat sini mmg sgt perlukan ;-
1-KESABARAN yang tinggi dalam melayan karenah customer yang lain2 ragam.
2-DISIPLIN dalam melaksanakan tugas.
3-KETEPATAN MASA utk pastikan punch card anda looks cute dgn wktu masuk yg awal.
4-AMANAH dgn duit yang dipertanggungjawabkan time jadi cashier.
5-SEDIA TERIMA TEGURAN drpd Manager@All star yang bertugas.

Senarai kualiti kat atas tu boleh jadikan korang cepat naik pangkat @ cepat dibuang kerja.Sometimes,aku rasa cam bangang je kerja sini bila ada sorang manager tu asyik nak buli aku jer sampai lama2 aku naik anti dengan die.Sehinggakan satu2 masa tu aku rasa nak berhenti sebab tak tahan dengan dia.Bila buat persidangan tak rasmi dengan staf2 lain,rupaenyer aku tak kesorangan.ALMOST..diulangi ALMOST of the staff tak tahan dengan die.Tapi everything went better bila aku start bual2 kosong dengan die satu hari tu.Die nampak feeling unwell,so aku tanye..

"Sir ok tak ni?Sir cam tak sihat jer..?"
Dia kasi respon baik punya~!From that time,aku bertambah enjoy dengan kerja aku kat Rasamas sbb aku dengan manager tu ofcially  kamceng,beb!

Kat sini,aku bukan je dapat pengalaman,malah aku dpt makan free!warghahahaaha..!!(evil laugh).Staf meal kat sini ada 4 pilihan :
-Nasi honey primeRoast
-Garlic bread and mushroom soup
-plain Nasi Lemak
-Currypuff.
Selalunya aku pilih 2nd choice.simple,praktikal & mengenyangkan.Lagipun bendanya sedap! Enak banget deh!Nasi dah muak lorh~huhu..

Besides,kawan2 setugas pun best sesangat.Time aku kerja,kawan2 lain selalu motivate & kasi sokongan kat aku.Thanx korang!Ni lah antara kawan2 aku..



IFFAH FILZAH
Dia ni lah orang 1st yang berkenalan dengan aku.Orangnye chumel.sekali pandang cam Doraemon.huhu..Kerjanya bagus dan selalu tersenyum.Simply cool!


AMIRA
Kawan terkamceng!Baru 2 hari kenal dah macam 2 bulan kenal.Orangnye putih,cun dan skinny.Sentiasa nampak tenang.Die suka,dia sedih,dia terkejut,dia marah tak pernah over-acting.yang ni lagi cool!


FATIHAH
Yang ni,nama glamournyer~KECHIK.Orgnye mmg kecik pun.Kadang2 emo.Cepat touching,cpt marah.(huhu..sorry chik..)Tapi dy la staf yang paling rapat dgn aku lepas Mira resign.Kwn dgn dy pun best gak.Dy tempat aku mengadu kalau ada tak puas hati dgn sape2.Lagi 1,dy tak lokek punyer kwn.Syg ko lebey arh,Kechik!


IZZATI MARDIANA
Cun!mukenye,potongan badan dy mmg best lah!Aku tak rapat sgt dengan dy tp aq perhatikan dy ni mmg kepala gila punyer org.kerja dy ni pun bgs sampai manager tak bg dy berhenti.haha..
kesian dy!


#Kenangan paling pahit bila aku jatuhkan ayam seekor betul2 depan customer!Bertambah sadis pinggan ayam tu pun pecah sekali.Tapi yang paling menyayat hati,duty manager tak marah aku pun.(Aku rasa dy marah giler dalam hati.)Thanx yer,Sir zul!Syg sir lebih!

#Kenangan sedih seterusnyer ialah,surat resignation aku dikoyak depan2 aku oleh sorang All-Star ni tanda permohonan resignation aku tak diterima.Argh!aku tak peduli!aku ambik kertas lain serta-merta.Right there on that time gak aku tulis balik dan hantar sekali lagi..Sir Zul terkejut,"Nina,ni surat hand-writing.Awk punya printed letter tadi mana?".****** dah koyakkan." "huh?"(dgn muka terkejut,dy pandang ******) "Ko koyakkan surat tu, ******?"
****** just tersengih.Uishh..geram aku time tu.Sir Zul pun tak over!Dy just All-star lebih plak!


Anyway,madu hempedunye kerja kat sini sedikit sebanyak menambah perisa dalam life aku.Terima kasih  byk2 kepada :



  • SIR MASNAWI-cuz tegur setiap kesalahan aku dgn volume suara yg minima
  • SIR ZUL HAIRUL-cuz jadi manager yang paling sporting
  • SIR HANIFF-cuz melayan aku dgn baik di ambang aku nak berhenti kerja.
  • SIR HAZIM-cuz being kind to  me.
  • SIR HARIZ-cuz sudi berkongsi gosip2 & cerita2 panas semasa staf2 Rasamas.
  • KAK AMY-cuz kamceng dgn aku disaat die anti dgn ramai staf lain.
  • KAK MAYU-cuz friendly n happy2 slalu dgn aku
  • IFA-cuz beri byk tunjuk ajar time aku still hijau.
  • MIRA-cuz jadi kawan terbaik aku kat RASAMAS
  • KECHIK-cuz sudi jadi tempat aku mengadu nasib(ceewah!)
  • ZATY-cuz bg tunjuk ajar camane nak jd cashier yang baik
  • FATIN-cuz jadi orang paling KELAKAR pernah aku kenal.Serius tin,ko mmg SUPERB!
  • YANG-cuz jd org paling sempoi pernah aku temui seumur hidup aku.


Ape pun...
peace no war to RASAMAS.Semoga restoran semakin maju.
Salam sayang dari ex-staf,NUR 'ADNINA SHAHIRAH MOHD YATIM.

Wednesday, December 22, 2010

Say hai2 to the previous blog of mine.

Tengok tajuk kat atas.Rasa aku ni ngek ngok tak?Kejap buat blog baru.kejap hai2 kat blog lama pulak.Ape kejadahnya ni Sha?Cmni,aku cuma nak re-post entry yang kat blog lama je.Sian diorang terpinggir camtu je.Mesti diorang rasa diorang tak comel dan diabaikan.*memang pon* So that,hari ni aku akan pindahkan sekoq2 dari blog lama ke blog baru saya yang masih berbau wangi ni.Kepada readers,do read my entries...Okey2 fine..OLD etries that will be posted soon. =)

Sunday, December 12, 2010

Alhamdulillah,result memuaskan!Syukur.

Haritu aku ada post kan pasal result dah nak kuar?Well,entry kali ni nak cerita la pasal keputusan final exam tu.Alhamdulillah,nama aku listed dlm Dean's List.Syukur sesangat sbb aku rasa 'kemenangan' lepas berusaha sungguh2 sepanjang semester + final exam suatu masa dulu (macam lama sgt).Kenapa ckp sepanjang semester?kenapa tak ckp sepanjang final je?Sebab....keputusan exam ni bukan brdasarkan final SAHAJA tapi termasuk assignment & presentation yang sumpah banyaks gilos tu.


click to enlarge

Harapan aku nak kekalkan la pointer ni kalau tak dpt buat lebih baik pun.Makin bertambah no.sem tu makin susah la kalau ikut adatnya kan?Aku dah dimomokkan dengan syllabus yang agak susah plus bilangan assignment yang lebih dahsyat dari kengkawan aku untuk semester 2 ni.Huh!Aku kena bersedia fizikal + mental.Bahasa Inggeris kena kasi mantap.Nak kena berguru dengan Atiqah Rosli @ Shamil Ameer!

Pendek je entry ni.Aku bukan nak show off jauh skali nak me-riak.Nak kongsi dengan korang je thru blog aku ni.Lagi pun sape aje yang follow kan?Tak sampai sedozen pun (ulang ayat entry lepas).Blog aku cukup pandai 'menyorokkan' dirinya so that aku boleh la tulis ape je kat sini..huhu.

P/S : Tahniah buat kawan2 DIM1H yang lepas 3.00 pointer.Next sem,kite dekan same2 ok?Sayang korang banyak2!

Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...