Sunday, January 23, 2011

Kadang2,Aku Pun Judge a Book By It's Cover.

Assalamualaikum dan selamat berhari Sabtu!Para rakyat Selangor sekarang mesti tengah dok elok landing depan tv mahupun internet.Sesungguhnya aku jeles.Time aku tulis entry ni,hari still lagi sabtu tapi time mempublish sat lagi,aku jamin mesti hari dah bertukar dah.Al-maklumlah,jari pendek aku ni menaip 40 KM/H.

Hari ni aku agak kepenatan.Sebelah siang ada program Latihan Dalam Kumpulan "LDK" untuk sebahagian part 2 students.Mulanya aku tak lah eksaited jauh sekali nak melonjak2 sambil bergelak ala gedik bila dengar part 2 ade LDK minggu ni.Tapi takpelah,"IF WE CAN'T AVOID,JUST ENJOY".Sejak akhir2 ni,aku suka gila kat quote tu.Setidaknya,kuranglah sikit aktiviti merungut aku.Save tenaga for sure.

Tuah aku kot hari ni,mentor LDK aku sangat best + gila best = MY LDK MENTOR ROCKS!! Tak perasan pun masa berjalan.Tak rasa pun kena torture & chup,aku tak merungut kot!Kira aku enjoy lah dengan LDK sem 2 ni.You memang cool-lah Miss Fairus!


Berbaliklah kepada tajuk besaq kita,judging a book ni.1st of all,mesti korang dah tak heran dengan quote ni kan?Balik2 buku,balik2 buku.Tak boleh ke "Dont judge a candy by it's wrapper" atau "Dont judge a chicken chop by it's gravy" atau kenapa tak straight je kan? "Dont judge people by their apperance".Finish.Kalau kita main dart,of course dah sampai target cuz it was so straight to the point.Tak payah berbuku2. (=,=")






Lumrah,nature orang lah kan,main pakai hakim someone tu tanpa 'bukti' & 'saksi' yang kukuh.People will always,always believe every single thing that they'd just saw.Contoh lah kan,kalau kita nampak mamat motor prang preng atas jalan dengan kelajuan membunuh,mesti kita terus assume that guy some kind of mat rempit.Kita takkan fikir mamat tu entah2 dapat call emergency mak dia eksiden,atau maybe dia terlupa IC nak masuk exam hall.Yang buruk2 mesti datang dulu.Tah mana kan lesson akhlak darjah 5 kat sekolah petang zaman hingus2 dulu.
*No offense eh?Aku cakap kat diri sendiri jugak nih*

Nak dijadikan cerita,aku ni suka la dok perati orang.Lagi2 lelaki.OOPS. *blushing*
Ala opposite attract,beb.Chill lah.Bila lelaki ni,aku akan tengok ke-smart-an dia dulu.Baju dia gosok tak.Selekeh sikit,perangai pelik sikit,buat bagus sikit,mule la slek mamat tu macam dia buat dosa langgar kucing.Padahal dia tak kenal aku pun.



I have some thought which sometimes,we can probably predict the book's content by only seeing the cover.Contoh macam Ujang.Cover dia kartun bongek2 merepek sikit so kita boleh agak yang tu majalah komik,bukan majalah keagamaan.So does jurnal2 kat library tu.Tanpa kita bukak pun kita dah dapat judge yang buku tu memang demm bosan dengan tulisan tak berhenti.Ha,boleh tak anda2 relate-kan dengan life kita?

Apa yang aku cuba nak sampaikan,kadang2 appearance mencerminkan keperibadian seseorang.Penampilan  kadang2 'membenarkan' lagi 'mensahihkan' judgement orang sekeliling tentang kita.Tapi walau apa pun,kita sebenarnya still tak layak untuk jadi juri,jadi panel hakim yang adil lagi bijaksana selagi kita tak kenal orang tu betul2.

Macam makan coklat,kita tak boleh cakap coklat tu tak sedap hanya dengan pandang wrapper dia.Kita kena makan,kunyah dan telan then kutuklah kau sepuas hati.Nak saman syarikat coklat tu pun pergilah sebab kau dah rase,kau dah tahu coklat tu macam mana. *Tapi nak main saman2 sok jangan libatkan aku*

Dalam kasus majalah Ujang,dia lawak,lawak jugak (sebenarnya dah tak lawak sangat pun) tapi kalau korang tak selak dalam2 majalah tu,ada korang tahu dia selitkan pengetahuan am kat bahagian tengah & tazkirah ringkas kat penghujung majalah?Mesti korang ingat tu majalah lawak2 tak ingat dunia akhirat sampai ke sudah.Macam tu jugak orangkan..?Kalau kita tak kenal dia,tak selami atittude dy yang sebenar,boleh ke kita tahu hati budi dia yang sebenar2nya macam mana?


DON'T!


Kesimpulannya,betullah kata pepatah tu kan,
"NEVER/DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER"
Sesungguhnya kita tak tahu yang berfesyen punk tu luar je tapi malam dia qiamullail,menangis2 mintak ampun & yang berkopiah tu solat fardhu solat tak fardhu buat siang je malam berdangdut sakan.Kita apa tahu kan?Tahu tengok,tahu menge-judge.Ish3..ayuh readers!Kita ikut proses,turuti prosedur :

  1. Jumpa
  2. Kenal
  3. Rapat
  4. Judge.

Jangan plak judge dulu then dengan sebab tertentu korang jumpa,kenal & akhirnya baru rapat.
"Kau nak tau tak,dulu kan aku ingat ko ni kerek giler doe,dah rapat dengan ko baru aku tau ko punye muke memang semulajadi ketat.Kepala sama je gila cam aku~" 

Comel lah comel.Selalu je jadi kat aku. *I really am such a loser* (=,=')

Friday, January 21, 2011

Jumpa Hantu!

 Assalamualaikum.Jumaat yang heaven,readers!Okey2.Takdelah sgt actually.Aku menge-post entry ni buat pertama kalinya di Food Court UiTM Kedah.Gimme some applause. *Plap.plap.plap* Pagi ni dalam kul 8 cenggitu,ingat nak pergi Ko-Korikulum lah kan HKR111 (kekeluargaan islam) tapi rupanya setelah diselidik & disiasat,masanye telah di-postpone ke petang nanti.Malu saya.*blush.blush*.Nasib baik ada Asmidar Ashary sekali.Dia pun tumpang lah *blush.blush* jugak. =3

Semalam malam adalah malam Jumaat.Kata orang tua2,malam ni lah aneka hantu & jembalang keluar merayap.Kira malam Jumaat tu malam hanging out diorang.Begitulah sinonimnya hantu dengan malam Jumaat sebagaimana sinonimnya manusia dengan malam Sabtu.




Macam dah jadi 1 kewajipan fardhu untuk kolej atau hostel untuk mempunyai cerita angkernya sendiri.Kalau takde,baik korang cek balik,betul ke tempat korang tu kolej U @ asrama kerana ada kemungkinan anda tersesat di kuarters PDRM mahupun markas TUDM.

Aku kadang2kan takde kerja.*Apsal KADANG2 tu semacam patut tukar kpd SELALU?* So that,aku selalu la menghabiskan masa begitu mudahnya sebagaimana aku menghabiskan jus oren Twister dengan search cerita2 hantu real punye hasil mahsul pengalaman warga CG.Dok pun,aku suka search pasal cryptozoologi,urban legend,hoax story & misteri2 yang tak lerai lagi.Syok woo~ =3.Bila dah menge-search tu,banyak jugaklah aku jumpa cerita2 'keras' kat tempat diorang.Usually,ke-angker-an tu datang kat mana2 je.I mean,bangunan baru ke,lama ke,it will be always & super always the same story ; tapak kubur/tapak tentera Jepun.The End.

Aku pun,ade cerita sendiri.Sesungguhnya,cerita aku taklah seram but it's still kisah angker.Aku taklah sampai jumpa En.Poch mahupun dik Toy.Tu dahsyat sangat dah tu.Yang tahu cerita ni fresh2 sejurus lepas aku 'kena' ialah cik Atiqarose kite.Alkisahnya begini ....

Peringatan : nama yang tertera palsu belaka.harap maklum.


Pada suatu petang di Merbok yang comel,aku pergi la ke bilik kawan aku.Namanya Sinun.Time tu,aku sorang.Then,jalan punya jalan sampai lenguh sakan,Aku pun sampai.Then,aku pun ketuk la pintu.
"Sinun...Assalamualaikum..." kipas bunyi.wah.ade orang.Dan seperti biasa
"Waalaikumsalam....." sahaja.dalam 1/2 menet aku tunggu..
Ok,fine.Dia tak jemput masuk pun!Dengan separa bengang plus sikit tak malu aku main redah.
Then...
Kosong...
Aku pun terkesima + tergezut + tergamam sebentar.
"Sinun,keluar la,doksah main hide n seek.."
Takde jawapan.Bilik tu memang kosong.Aku keluar.
Tibe2 tiqot pun sampai.Aku cerita semuanya.Cerita punya cerita,then baru kami perasan,selipar toilet si Sinun takde.Kitorang dah berpandang sama sendiri.O'Owwww...
Kitorang segera ke toilet n aku panggil Sinun..
"SINUNNNNN,ko kat dalam ke..?????" tanpa disangka2..
"Ha'aaaahh.aku kat dalam ni.Sorry2.Emergency.Korang masuklah dulu."
OKEY.FINE LAGI SEKALI.SAPA JAWAB SALAM AKU TADI..?

Seriously speaking,suara tu memang suara Sinun.Aku berani janji dengan korang.Makhluk yang menjawab salam tu maybe makhluk islam & baik.Positif ya kawan2..positif.Tapi agak keseraman la disitu.Aku tak pernah sangka aku pun akan 'terkena'.Fine,memang tak angker cam En.Poch,tapi ni 1st time.Of coz la ade sikit rase takut tu,kan?Huh.*berpeluh,berpeluh* (=,=')




End of Kalam,bila dah kat kolej/hostel tu,banyak2 kan lah ingat Allah.Sembahyang,mengaji jangan tinggal.Tak dapat buat yang sunat,yang wajib pun jangan la buat2 tak dapat buat pulak kan?Baca entry ni boleh,baca Al-Mulk for sure lagi boleh,don't ya?Tak ke comel gila tuh?Oklah readers,dah nak maghrib ni.Selamat bersolat lah ye kepada yang tak diberi cuti?Ehem.

Sunday, January 2, 2011

Brand New Year,Brand New Sem

Assalamualaikum kanchiks & jambus.Ahad yang indah kan?Harini Kedah cuti.Al-maklomlah penangan bola sepak menang.Harini ada sorang kawan ni tepon mintak direct pasal PTPTipu & sebagai latihan untuk jadi Information Professional yang sukses lagi disegani,aku pun tunjuklah.(Sekarang baik korang cakap aku ni berhati mulia).kih.kih.kih...*sory guys,mempoyo is my latest hobby.*

Esok,tanggal 03/01/2011,bermulalah sesi lecture untuk 2nd sem.Dengar khabaq dari cik Asmidar Ashary kite,En.Asmad yang kachak & Miss Seri Intan yang macam peserta Next Top Model bakal menge-show-kan wajah mereka kembali di depan bebudak DIM 2H.Khabar tu bebetul bawak 1 berita baik & 1 berita buruk. *ok,bebudak DIM2H je taw mane 1 baik buruknya* Aku harap sem baru ni,level motivation aku tak turun & maintain achievement.Tu azam aku.

"Hye everyone.I am En.Asmad yang sporting"

Sem lepas,kitorang bawak 6 subjek.Ala,same goes to this sem.Aku nak solat hajat siap2 supaya assignment tak banyak sangat & senang nak kasi complete.(lagi satu,aku tanak banyak2 projek berkumpulan.Level complicated-nya akan bertambah 8.73 kali ganda) Buku2 1st sem nipis2 & murah2.Paling hebat dari segi tebal & harga pun IMD 103~Information & Communication Technology Application.SAHAJA.(Kami2 mampu yang difotokopi ja.Al-maklumlah bukan anak jutawan kosmetik.)

Ni dia buku2 Semester 1.Comel tak? (Baik korang cakap comel!)


Buku BEL120 takde ok (English).Sebab aku tak beli pun.Wey,aku tak eksyen @ berlagak terel BI,orayt???BI aku laie terok dari korang2.Cuma malas gila nak gi photostate.(Dahsyat kan level kemalasan aku?) 
*Sila jangan tiru saya kalau nak dekan*

Subjek paling syiook of course la MGT162~ FUNdamental of management.Faveret habis.(saje je bold + besarkan letter F.U.N tu.) Betapa aku sangat suka sampai terasa nak belajar lagi untuk sem 2 ni.Tapi sayangnya takde.Nak wat camane.I hope my english skill will improve...A LOT.Doakan saya ye korang2 semua..?Saya tau korang2 yang chumel ni semua berhati mulia macam saya.
*Anyone??Ada sapa2 tahu penawar penyakit poyos?*

Oklah,kita stop kat sini.Banyak lagi nak cerita ni tapi masa sangat berhasad dengki dengan aku.Kain aku kat bawah tu pon tak berangkat lagi.Sapa belum sembahyang Asar pergi solat sekarang.Kepada budak-budak yang still bersekolah,selamat berjumpa dengan cikgu yang sama macam tahun lepas.(Serioussheikht aku faham perasaan itu) & kepada bakal bapak/mak budak-budak yang dah kat IPT,selamat go thru semester baru.Pasang niat,pasang target.Aim high! Ganbatte semua!Aja aja fighting!

Sebagai tatapan akhir untuk entry ni,aku persembahkan 'poster' aku.Ok memang sangat tak comel.

target untuk seqala test & quizzes

Ada lagi kat bilik aku.Macam nak tukar baru.
Daa,y'all.See ya next entry~!

6 tempat paling tercemar di dunia.

Selamat Hari Malas sedunia aweks & pakwes sekalian.Semalam aku ada list 10 tempat seram suram sejook kan?Uuuuu~angker sey!Kalini aku nak post tempat menakutkan jugak.Yang ni bukan takut boleh bawak kencing dalam seluar,tapi takut yang boleh bawak u guys jumpa Raqib & Atid.Nauzubillah..mintak dijauhkan lah. Ok let's gain some knowledge by reading these words below.

TOP 6 (sahaja) AREA PALING MUSYUK & TERCEMAR DUNIA

1# CHERNOBYL,UKRAIN

Tengok gambar atas.Ada nampak macam Damansara tak?Ada sikit?Hella yeah,langsung tak,ok?Jangan nak temberang.Atas tu adalah keadaan Bandar Chernobyl selepas letupan reaktor nuklear 1986.That disastrous menyebabkan radiation tersebar beratus kilometer & dikatakan effect dia jauh lebih dahsyat dari kesan bom atom Hiroshima + Nagasaki.Bandar Chernobyl still dikuarantin & takde 1 hidupan pun kat sane thou bencana tu dah berpuluh tahun berlalu.Oh yea,kalau nak dapatkan anak yang 'unik',anda boleh plan utk Honeymoon di sana.Set?




2# LINFEN,CHINA.
http://wong168.files.wordpress.com/2009/06/worst-places-to-live-10.jpg
Kalau korang rasa tempat ni iras2 Cameron Highland,hmm,ada la mirip cuma kabus Cameron kaler putih & yang ni...?My,Kuala Lumpur pun 75.3 kali ganda bersih kot!Ok guys,the fact is bandar Linfen ni bukan la satu2nya bandar terkotor di China.Ada lagi bandar lain.Cuma condition udara dia,MasyaAllah..tengok gambar dah tau hebat tak hebat kan?Perlombongan arang batu yang merupakan aktiviti utama Linfen menyebabkan sulphur dioxide & carbon monoxide bebas terbang2 gaya kuak lentang di udara.


3# SUNGAI YAMUNA,INDIA
http://1.bp.blogspot.com/_7xGESFZ0NC8/SrOIxQEumTI/AAAAAAAAK5Y/eRNIH8W2wmk/s400/7.jpg
Euww,yaww,yuck,yeck & yang segerombolan dengannya mesti terkeluar dari mulut korang kan?Kalau tak,aku tak taulah korang spesis alien yang mane satu.Terer tak terer budak ni berenang kuak rama2 (yeke kuak rama2?) kat 'Sunway Lagoon' fantasi dia ni?Yamuna adalah anak sungai terbesar Sungai Gangga which mengalir melalui Delhi & yang bachinnya,58% dari sampah kota tersebut dicampakkan kedalam sungai dengan gaya lontar peluru,lontar cakera & kalau baran sikit,dy campak style rejam lembing.Sadisnya,air sungai ni still diteguk,still dibuat cuci pinggan & jadi tempat pembuangan 'ekk ekk'.Mau try?




4# "PULAU"SAMPAH UTARA PASIFIK
Wow!berpesta sakan burung2 tu.Nak joinkah anda?U better not la.Pulau sampah yang seluas 2 kali ganda keluasan Texas ni terdiri dari sampah semata2.Dari ikot si burung2 tu berparti,baik korang pergi kenduri jiran depan rumah korang kahwin,konyang peghot.Pulau ni eksyeli sampah yang terapung sedalam 30 kaki dari bawah permukaan laut  (heh,siling rumah aku pon baru 12 kaki) dan mostly dari sampah2 tu adalah plastik.Pulau ni bergerak ikut arus Pasifik.Sekarang trend orang beli pulau.Korang taknak purchase ini pulau ka?Gua jamin harga lagi murah dari ais krim colet.




5# SUNGAI CITARUM,INDONESIA
Hebad!Wow factor daripada Sg.Citarum telah amazed kita disini.Kalau korang dah muntah hijau tengok Sungai Yamuna tadi,tengok Sungai Citarum ni muntah biru kot.Sungai sepanjang 322 kilometer ni dipenuhi aneka sampah yang warna-warni dan menawarkan pelbagai bentuk ikut selera anda.Fakta disebalik kolam rubbishES ni,air sungai Citarum merupakan sumber air utama kepada warga Jakarta & kos untuk selenggara those garbage2 tu....jeng,jeng,jeng (tiba2 lagu tema cerita X-File terpasang),well..tak banyak pon.RM 1.69 bilion je.




6# TASIK KARACHAY,RUSIA
Korang geli dengan longkang depan rumah?Eksyeli kalau korang disuruh minum air terbabit pon InsyaAllah takkan mati.(Pengsan mungkin ya).But look on the pic above.Sungai tu looks sticky like hell.Ha,yang ni,korang cedok air,InsyaAllah dengan tangan2 korang sekali hilang.Jangan risau.Based on report by Worldwatch Institute,Karachay adalah the most contaminated place on planet.In fact,tasik ni digunakan Soviet Union sebagai tempat dumping segala nuklear.Level radiation kat sini memang hella tinggi.Sapa rase dah banyak amal boleh pergi sini.

Ok,dah sampai pun 6 tempat.so that sampai sini je aku menaip entry ni.Ingat nak buat 10 tapi rasa malas mencengkam jiwa dan kuku kaki kanan aku.Sakit seyy.(Level poyo aku dah meningkat sejak akhir2 ni).Besok2 aku post lagi benda2 menarik,ok?tata.

My Very 1st Flight Story.

Malam yang comel readers sekalian.Do ya having a cute night just like me?Malam ni jadi cute sebab kerja semua beres.Bilik yang 'bogel' tanpa tikar getah kini dah berbaju baru okay?Bau kilang lagi.Hope korang punye bilik pun same cute lah macam aku punya.Uuuu...Kawaiiii~ (besok2 lah cerita lebih lanjut pasal bilik)

Dah keronyok sikit.OK2...fine,Banyak.

Nak di-straight-to-the-point-kan cerita,31/12/2010~tarikh keramat (patutnya Malaysia kena buat cuti umum ni!) di mana buat pertama kalinya dalam sejarah hidup si tuan tanah naik flight utk sampai ke destinasi.Sebelum ni paling hebat,paling bangga pun naik Toyota Innova takpun Bas Ekspress Super Nice.Bila nak naik flight tu,honestly la (tolong janji jangan gelak) aku tak dapat tidur sebab eksaited overdose.Hebat tak hebat.Punye batak la nak naik flight,en?Tapi realitinya,aku dapat pengalaman yang sumpah nak je aku buang dalam tandas kolej Masria ni.Gilos la tak best.Cam sheikht je.*Aku tak nak mencarut.Paham2 lah 'sheikht' tu apa*

Naik MAS ke?Oh helluyah,aku bukan anak jutawan kosmetik.Aku anak ribuwan supevisor je.So that,Air Asia lah jawabnye.Tu pun harga tiket dah terasa cam tercekik tulang harimau bintang & then,tempat duduknya..aku rase best lagi tempat duduk Bas City Liner Klang-Banting tu even kat belakangnya banyak no.telefon minah/mamat desperate + chewing gum yang dah kaler kelabu.Yuckies stuff memang banyak kat bas awam but still aku puji lagi kan?Then,korang boleh imagine sendirilah kan ke-tak-best-an flight berkenaan.It was so 'bleh' =s




Ingat dalam flight tak boleh makan ke ape kan?Yeah right,1st time ni.Skema aku ni jangan cakapla.Kalah nerd veteran.Handfon kasi katup.Tali pinggang tak pernah lerai.Aku ikut secara mengkhinzir pekak anything that they'd told us to do so.The best thing pasal flight ni,masa depart & arrive was totally sharp on time.Cepat gila sampai Kedah.Tak payah compare2 la dengan bas ekspres.Serioussheikht bas komfom kalah teruk 18-0 dengan plane.Tak perlu main laser2.


Muka2 yang turut menge-flightkan diri mereka.
Kitorang sampai Kedah 8.10 a.m cam yang dah dijadualkan.Penat wey naik flight.Rela lagi naik bas ekspress.Boleh bengkok2 kerusi,turun RnR,tido,bangun tak sampai lagi then sambung tido balik,tengok movie.Bas ekspress menang la beb.Tu pendapat aku according to my first experience & aku tak berhajat to have the second one.It takes time untuk aku 'bagi peluang' lagi sekali kat flight.Apa pun,Alhamdulillah aku selamat sampai Kedah,Uitm Kedah & lastly kolej Masria yang ku sayangi (but hella buroks) tanpa banyak aral.

Ok la guys,tu je nak cerita.Obviously aku dah tak eksaited nak naik flight.Naik proton saga abah much more exciting.Sekian saja laporan dari Shasha Yatim.Have a wonderful dream y'all.Sweetnite.(Kalau anda baca entry ni waktu malam la).

Saturday, December 25, 2010

10 tempat paling berhantu di dunia.

Hye mamat2 & minah2 semua.Malam ni memang gelap kan?(Ada malam yang sedia terang kah?) & sempena tu,termeletus lah idea nak mengepost port2 favourite hantu untuk melepak.Eksyeli,time me-research tempat2 terbabit,terlalu banyak mazhab yang mengatakan inilah paling berhantu,itulah paling keras,situlah paling angker,sinunlah paling seram & so on.So that,aku pun pick lah yang paling fofuler dikalangan mazhab2 yang terlibat.Let's cekidaut!

10# ISTANA BERRY POMEROY,TOTTNESS

There's numbers of legends berkaitan dengan istana abad ke-14 ni & for sure,istana ni banyak cipta rekod 'angker'.Based on cerita,istana ni ada 2 hantu feymes ; Lady White & Lady Blue (Green Lady hantu feymes Malaysia tu takde).Hantu Lady White ni according to legendnya adalah roh Margaret Pomeroy yang mati kelaparan time disumbat dalam penjara bawah tanah oleh kakaknya yang jeles.(Don't ask me what kind of jealous). Then,Lady White pun bertindaklah meng-angker-kan ruang penjara bawah tanah terbabit.Tak cukup kat dungeon,dia dikatakan berlegar2 kat St.Margaret's Tower & dinding2 istana.Alkisah Lady Blue plak,dia tak macam Lady White yang memilih2 port tertentu & berlegar ikut suka hati dia.Menurut cerita,Lady Blue selalunya 'bertindak' dengan memikat orang & then,tak tahulah apa jadi.(Ikut skrip filem,selalunye mangsa tu mati lah kan?).So that,tergoda dgn Lady Blue & ikut dia seems to be a very bad idea ya kawan2.


9# BUKIT DOMINICAN,FILIPINA

First of all,aku tak tahu tempat di gambar atas ni sebuah motel,istana mahupun mustashfa.ok2..mustashfa tu hospital in Arabic.Menurut cerita2 rakyat,tempat ni dihantui oleh mereka2 yang terbunuh time perang meletus long long time ago.Selain itu,ada jugak yang mengatakan sebahahagian dari hantu2 tu adalah bekas pesakit yang meninggal kat situ.Usually,laporan2 mengatakan bahawa kat situ anda akan selalu dengar banging of doors,pinggan mangkuk belanga & yang sepasukan pecah *prang prang*,serta bunyi jeritan.~uuu..seram.


8# ISTANA ENDINBURGH,SCOTLAND

Istana tipikal zaman pertengahan yang dok bertenggek atas batu karang ni kasi view yang mantoppp kat Bukit Scotland.Cun,cun jugak cuz eksyeli,there's echoes of dead people kat setiap ruang2 kosong & lorong2 di Endinburgh.Kira mereka2 yang dah arwah suka la pergi port2 yang aku dah nyatakan tadi.ITU adalah report yang AT LEAST dilaporkan oleh rakyat sekalian.Hot spot hantu2 kat Edinburgh ni adalah sel2 penjara,kubah di South Bridge (what the hella is that aku tak tau ek cuz aku tak pernah pegi sana) & Mary's King's Close,bekas jalan yang digunakan pesakit2 yang dikuarantin which akhirnya R.I.P becoz of wabak.Others,ada jugak yang lapor pasal kewujudan hantu anjing,drummer tanpa kepala & hantu2 tahanan perang time perang 7 tahun Perancis & Perang Kebebasan Amerika.



7# MONTE CRISTO,AUSTRALIA

Ok guys,let me introduce y'all rumah atas ni.Nampak cam takde ape kan?Macam rumah keluarga bahagia je.But the fact is,nilah mansion paling berhantu di Australia which is located in Junee,Monte Cristo,New South Wales.Alkisahnya macam ni,Puan Crawley,pemilik rumah ni tak pernah keluar rumah since hubbynya mati for 23 years of her remaining life,except for twice dy out & don't ask me why.I also dying to know,ok?Lepas kematiannya,hantu dy mengahantui mansion ni terutamanya bekas bilik dia.Hantu tak berbadan,hantu kat tingkap,lampu yang on/off sendiri are some experience yang dialami oleh mereka2 yang terpilih.Besides,ada yang report bila diorang masuk dalam bilik seorang kanak2 ni,diorang totally barely able utk bernafas & nearly to death.Semuanya kembali normal bila diorang keluar dari bilik tu.



6# ANCIENT RAM INN,ENGLAND

Ok,whether korang percaya benda2 halus atau tak,trip ke Ancient Ram Inn ni selalunya takkan sebest trip ke Bali.Menurut mereka2 yang dah ada pengalaman ni,diorang akan alami dengar lantai yang berbunyi,suasana yang sejuk nak gilos,bau yang tak menyenangkan,cahaya yang tak tahu datang dari mana,& banyak lagi keadaan dimana satu2 rumah hantu tu sepatutnya ada.Cerita disebalik Ancient Ram Inn ni bukan untuk mereka2 yang fainthearted ;kat situ pernah terjadi kes pembunuhan,aktiviti Satanisme,korban manusia untuk fahaman gelap & lupa nak beritahu,kawasan ni dibina atas perkuburan orang Pagan.



5# TANAH PERKUBURAN HIGHGATE,ENGLAND

Time malam menjelma lah kan,kawasan perkuburan ni betul2 macam yang kita tengok dalam mega movie TV3 tu ; batu nisan yang bengkok,lorong2 antara batu nisan yang ditumbuhi tumbuhan menjalar that was so demm gelap,somethin' headless & benda2 tulah yang membuatkan kita no wonder spot ni jadi tempat paling berhantu all over the Great Britain.Tu time bilaaa~ larut malam,tarakucha,trakuchacha.(nyanyi ikut nada & pitch yang betul ye).Bila siang pulak,Cemetery Highgate ni showcase's Gothic architecture yang meng-impresskan viewer2nya.Other fact,ni lah tempat pengasas Komunisme,Karl Marx,dikebumi.



4# THE QUEEN MARY,CALIFORNIA

Siapa tak pernah dengar The Queen Mary ni,tak tahulah.Kapal lama yang habis grand ni memang cukup angker according to cerita2 workers & visitors.Kapal ni dibeli oleh Bandar Long Beach & ditransform pulak jadi hotel pada tahun 1967.Kawasan paling keras dikatakan di bilik enjin dimana sorang mamat pelaut 17 tahun mati akibat kebakaran kat dalam tu.Bunyi batang2 paip diketuk2 adalah fenomena lazim yang selalu dialami manusia terpilih.Besides,ada la mereka2 yang balaci merepot bahawasanya there is a ghost of a gurl yang mana dia mati di kolam renang cuz of patah leher.Habis?Eh belom!Ada lagi...kat hallway bilik salinan kolam renang tu plak,ada la unexplained activities macam perabot bergerak sendiri,sentuhan tangan2 ghaib,roh2 berkeliaran & dihujung dek kapal,sometimes kita boleh dengar suara jeritan orang yang dipercayai milik pelaut yang mati time Queen Mary berlanggar dgn kapal kecik lagi molek satu masa dulu.



3# SCREAMING TUNNEL,AIR TERJUN NIAGARA

Pertama-tama sekali,lagenda jerit-menjerit ni banyak version okey?Hantu screaming ni salah satu lagenda paling best kat tunnel Niagara Falls which is located off Warner Road.Lemme story to ya dari mana legend ni datang.Ada yang cakap,satu masa dulu ada rumah petani berdekatan caught on fire & anak perempuan petani tu terbakar (but still alive,eh?).Dia pun lari la ke tunnel in case of nak padamkan api tapi tunnel tu runtuh & dy mati dlm runtuhan tu.Version 2 ialah berkenaan sorang bapak ni yang bakar anak perempuannya lepas tahu isterinya dapat hak penjagaan anak diorang.(Kes mahkamah syariah la ni).Version 3 plak cerita tipikal,sorang kanchik ni dirogol & dibakar dalam tunnel tu untuk hapuskan bukti.Tapi apa yang pasti,menurut cerita rakyat,kalau kita berdiri kat tengah2 terowong pada tengah2 malam n light on a matches,suara perempuan menjerit akan kedengaran.Ha,ada bran?



2# UNIVERSITI OHIO,AMERIKA

Ok,anda semua dinasihatkan untuk kagum kejap aje sebab this university is hella most haunted location kat USA.Setiap inci,setiap area kampus dikatakan berhantu.Long time ago,Wilson Hall (known as mak dukun) bunuh diri sendiri lepas tulis mantera2 kesetanan & jampi2 supernatural with her own blood kat dinding universiti.Sadis!Then,ada 5 kubur yang membetuk pentagram (bukan bentu hati mahupun reben,ok?) disekitar kampus yang melambangkan unsur satanic.(Mana tak berhantu) Cerita lain,Washington Hall is known as tempat dimana mamat2 pemain bola keranjang main bola,main galah panjang semua.But,sadly,semua pakwe2 tu mati dalam satu kemalangan (owh sheikht aku pun tak tau wut kind of kemalangan) & yang horrornya,mereka2 yang terkorban tu menghantui dewan berkenaan.Some lucky people boleh dengar ada orang main basketball eventho takde orang dalam tu.Satu lagi kisah,ada seorang patient ni menghilang & dekat 5 minggu kemudian,dy dijumpai reput &kesannya still can be seen until today!whoa..korang nak fikir 67 kali tak sebelum terima tawaran belajar kat universiti ni..????



1# PANTAI CHANGI,SINGAPURA

Negara kemetot ni pun berhantu?Iyye ke?Hah!kalau korang fikir Singapore semaju2 alam tu ghost-free,silap besaq la y'all ye cuz Singapore dicop antara Asia's most haunted location.Changi beach ni dulu tempat askar2 jepang melakukan aktiviti bunuh-membunuh time perang dunia ke-2 dulu.Ala kita kan pernah belajar history form 5 dulu yang askar jepun bunuh orang cina,haa cerita tu lah.Usually,org2 akan terdengar suara orang menangis & jeritan yang tak diketahui dari mana.Sometime,based on kisah rakyat,diorang ternampak kepala orang cina terbang kat tepi pantai,tak pun makhluk tanpa kepala dok jalan2 (makan angin kot) & yang angkernya,those ghosts siap tinggalkan blood stains lagi.Huh,meremang sey.Time malam,(kalau anda terpilih la) anda akan nampak lubang yang digali tau..digali untuk tanam mayat!




Sesungguhnya,entry ni memang panjang.Penat korang baca,penat lagi yang menaip ni kan?Perasan tak gambar2 yang aku letak tak seram & tak adventure langsung?Sorry for that lah ye.Malam2 ni.Seram aku.Oklah,masa untuk tido semua.Jangan lupa pasang alarm sok nak bangun solat subuh.Sweetnite,sweetdream.

Friday, December 24, 2010

Best sangat ke bercinta?

Ceh..tajuk cam bagus kan?Bunyi cam gila sakit hati + jealous je dengan mereka2 yang ber-couple sekarang.Haha,seyiously speaking,I'm not.Honestly speaking,I used to couple about 3 years ago.Dengan siapa,anda2 semua tak perlulah untuk mengetahuinya.
(Budak 3IKHLAS 0'8 diam sekarang!)
 Berdasarkan experience,aku nak cerita la ape best tak bestnye main pacar2 ni.

*SARANGHAEYO!*
Ramai yang cakap couple tu haram.Hmm,apakata cuba baca blog ini.Buah fikiran dia boleh pakai.Aku taklah menganjurkan couple,tapi tak jugak anti-couple.Tapi aku anti mereka2 yang 'over limit' dengan memakai nama couple.Maybe diorang ingat istilah 'couple' tu macam kad 'Touch n Go' yang membolehkan diorang akses utk buat ape je kat partner diorang.Yeah,sila lah touch.Mari pegang,Jom pelok..ERMM..sedap!Tu bukan takat touch n go je,tapi touch n go to hell...?

NOW IS AVAILABLE! ADA BRAN???
Ingat...ALLAH nampak apa yang kita buat.
Oklah,berbalik pada pangkal jalan dimana aku nak cerita kenangan ais-krim & peria aku hidup dengan pegang status "in a relationship" ni.Haruslah diingatkan disini bahawasanya saya tak terjebak dengan kegiatan touch-mengetouch.Tangan aku still suci & murni & putih *tapak tangan saja* tanpa goresan sikit pun...~suasana diam sekejap~ (Okey2...ada parut kat tapak tangan kiri.Aishh...)

IN A RELATIONSHIP 
VS 
SINGLE
*semua yang dibawah ni ikut pengalaman aku je la.Lain org,lain ceritalah kan?*


 1# KEWANGAN

*ckring,ckring..* bunyi mesin kat kaunter tu.
Single : KAYA.Duit sentiasa ada.Berhabuk duit dalam dompet aku cuz tak berusik.Yelah..aku tak perlu top-up 'menggayutkan' diri,tak perlu nyanyi2 'happy birthdah to you' utk sape2,tak perlu bagi hadiah kenang2an bila jauh & tak perlu belanja sapa2 sebab takde partner bila kuar.(I mean kalau out dengan kawan, perut sendiri,duit sendiri lah kan?Ahakzz!
*secara live nye aku menonjolkan ke-stingy-an aku*

Couple : KAIS PAGI MAKAN PAGI.Sebab duit banyak disalurkan kearah pemantapan relationship.Yelah..tak mesej,tak call sikit karang mulalah tarik muka lapan ploh belas.Masing2 balik ke perangai umur 5 tahun..."tanak kawan!".Haa,camane nak kaya?Duit dahlah dari bank PaMa,paling2 hebat pon dr bank PTPTipu tu.Tu belom date lagi.Jangan ingat kahwin je pakai banyak duit.Couple pon tak kalah tau!



2# FREE TIME


Single : FREE GILOSSS.Aku tak perlu nak mesej siapa2.Aku tak perlu nak tengok handset tiap-tiap 30 saat even aku boleh baling anjing those handsets cuz aku tak guna langsung.Kawan2 perempuan contact guna myspace/ facebook terchenta je al-maklumlah,bangsa maju.Bila jadi macam tu,aku rasa macam bebas.Aku ada masa untuk diri sendiri,untuk family,untuk kawan2.

Couple : KURANG FREE.Masa untuk diri sendiri adalah time study kat kelas,time aku tak pegang handset(kat sekolah) & time tidur.Selebihnya mesti masa untuk "ehem2 uhuk2" no matter lah mesej2 @ hello2.Ada masa je,mesti handset ber-vibrate sakan.Takpun paling2 hebatlah kan,aku @ dia pergi hangin' out dgn kawan masing2.haa,time tu je lah nak merasa masa untuk diri sendiri.


3# THOUGHTFULNESS



Single : Tak banyak perhatian yang aku dapat selain dari kawan aku.Since aku tak berapa pandai berkawan,so that berapa kerat je lah yang concern.Tu belum sakit,demam,batuk kering segala lah kan?Then,once in a while,aku akan rasa keseorangan.*Aku tak banyak bergaul dgn orang.harap makluuum.*

Couple : Setiap masa,setiap saat akan ada orang yang temankan.Whenever i felt alone,I'll text him and for sure (very2 sure) he'll reply me back.Then kalau sakit,of course la berjela2 nasihat dia kan?Kalau dibiarkan sampai berpage2 walaupun cuma batuk minum ais je.*ade perasaan touched di situ* Then kalau birthday,yea..kira macam hari paling best sedunia.Dapatlah hadiah yang comel dari dia. ^_^


4# INTERNAL FEELING



Single : Most of the day without partner2 bagai,I am HAPPY for every single second of my life.Aku tak perlu makan hati,tak perlu marah2,tak perlu sedih nangis2 segala,tak perlu gaduh,tak perlu moody sbb ada org tuduh 'main kayu' & tak perlu risau 'prince charming' di ambik orang.Perasaan aku tanpa someone special adalah selapang padang bola sepak.Tanpa partner,banyak benda yang kita dah tak perlu nak risau.

Couple : Sakit hati,geram,marah selalu jugak la duduk temankan aku kat sebelah.Perangai lain2kan,no wonder la kalau gaduh tu.Aktiviti wajiblah katakan.However,dalam gaduh2 tu,aku akan rasa ke-best-an 'dipujuk' & 'memujuk' at the same moment.Best tau kalau dipujuk.Lagi best kalau aku buat2 tak layan.*padahal hati dah cair melimpah2 dah* Hidup berpartner ni dy best sikit.Your life won't be smooth all over the time and in fact,that will guarantee u more excitement.

No.5?Takde?

Takpe lah.tak nak la babling banyak sangat.Kesimpulannya,life berpasangan atau tak,ade buruk baiknya.Ada best ada tak bestnya.Bila couple,part paling tak best bila relationship dah sampai di 'hujung nyawa'.bahasa lainnya break up lah.

Mesti ada pihak yang akan terluka.

Hmm..aku dah rasa.Memang sumpah sangat tak seronok & untuk overcome benda tu,aku pon sibuk2 kanlah diri.Apa susah?Ada orang tu cakap aku hati kering.Right,sometime memang aku SUPER ULTIMATE SANGAT SUNGGUH BERHATI KERING,emotionless & yang sepasukan dengannya.Buat masa sekarang,aku masih tak terbuka untuk kembali bermadu kasih.

Bercinta best.Iye..best.Rasa macam dalam taman bunga je.Tengah ekk ekk dalam tandas pun,still lagi rasa macam dalam taman bunga Cameron Highland.Semua cantik,semua wangi,semua indah.Tapi guys,bercinta bukan takat nak seronok.Kos nak bercinta tu mahal.Korang perlu bayar dengan setia,sabar,jujur,percaya,& yang paling penting,iman beb.Takde iman,memang hanyut.Seyes wa cakap ni.Nak bercinta,tembok iman tu kena kasi simen import punya.Kalau iman takat papan lapis lubang2....alamatlah.

Yang aku sebut tadi tu bukan takat bercinta dengan orang je,samalah cam bercinta dengan ALLAH S.W.T.Kita perlu SETIA pada Allah yang satu,SABAR lawan nafsu,PERCAYA hanya Allah tuhan sekalian alam,dan sentiasa upgrade IMAN kita yang turun naik ni.InsyaAllah,cinta kita padaNya akan bertambah kuat.


Sebagai end of topic,pandai2 lah korang kawal diri,orait?Aku tahu korang2 yang comel ni semua baik.Jangan touch2,ok?Jadikan diri sendiri mahal!Kena 'cash' (nikah) dulu baru boleh touch!Bukan takat swap je.Tak macho la gurls.That's all for this entry.Quite long.Anda memang sabar kalau baca sampai sini.Tahniah buat anda! Wassalam.

Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...