Tuesday, May 31, 2011

Benda-Benda Tak Best Time Merempit

Assalamualaikum.


Seperti yang anda sedia tahu aku dah kat kolej MEANS no rempit2.Cukup dah kot prang preng kat kampung 3 minggu sem break haritu.Paling adventure adalah time ambik adik kat sekolah agama.Ade je makcik main potong2 dahtu lalu jalan salah dahtu dahtu bawak keter honda besar2 padahal nak ambik anak sorang dan darjah satu.DARJAH dan SATU dan KECIK.Heyyy..mengundang betol.Tapi takpa.Saya pengguna jalan yang berhemah jadi saya berlagak tenang.

Ni la gaya aku parking depan sekolah agama tu.

Berbalik kepada isu semasa aku,well2 bawak motor ni ada best,ada tak bestnya.Benda jadi best bile sampai part menyelit2 kat traffic light.Kereta2 elok je beratur sebatu time lampu merah then datanglah aku buat muka mickey potong diorang sampai kat port depan sekali.(harus diingatkan:tiada org yang akan marah).That is the best thing.I mean,yeah THE BEST.

Mana de motor kat belakang?


SO,YANG TAK BEST?

-Bila aku terasa gatal kat kepala & oh men aku tengah pakai helmet & bertambah oh men bila aku sedar aku kat tengah jalan raya yang penuh lori.Sumpah cam nak terjun motor second tu jugak. (Terjun untuk garu kepala)

-Bila aku sakit pinggang sebab bawak lama sgt dan yeah aku tumbuk2 belakang aku tanpa mengira pakcik sapa yang tengah drive kat belakang.Sakit doww.

-Bila ada lori saiz king 'kejar' aku kat belakang.Ya rabbi.Dah la besar pastu laju pastu memang dia laju pastu aku kecut perut pastu aku rasa nak nangis.(Eh?) Serius lori besar2 ni memang kinda takutkan aku sikit.

-Bila ade roadblock dimana aku kena berhenti & yang bawak kereta takyah berhenti & benda akan jadi bahan maki at the end bila roadblock tu penyebab aku lambat datang kerja.

-Bila aku penunggang di jalan lurus lagi diredhai ni yang sepatutnya laju je kat simpang bertindak memperlahankan motor & yg sepatutnya berhenti tu pulak laju cam la lagi 2 jam je awek dia nak balik uitm.

-Bila ada mamat lepak kejar motor semata-mata nak mintak nombor.Hoyt!Kalau aku nak bagi pun,ko nak tulis nombor tu kat mana?Ekzos?Tackle secara educated sikit boleh tak?

-Bila ada lubang kat tengah2 jalan.Kalau bawak kereta,takde la rase sangat tapi kalau bawak moto then langgar pulak lubang muat 18 kucing,mau terbalik kalau tak pandai balance.

-Bila aku dah set tudung punya glemer tapi hancur dek angin kuat + kewujudan helmet yang mempenyek-penyekkan bahagian depan tudung time bawak motor.Menyampah gila.

-Bila hujan turun mencurah-curah ke ladang gandum.Fuu...hebat kena 'cucuk2' dengan air tambah jalan licin macam baru mop dengan kiwi kleen bau lavender.Aku pernah accident kecil-kecilan time hujan & yeah itu tidak best.


Sesungguhnya aku nak cepat2 dapatkan lesen kereta.Lesen motor dah lama menetap dalam dompet.Bawak motor memang lagi bahaya dari bawak kereta tak kira ah kte tonton dan lihat dan tengok dan tenung dari sudut mana pun.Cikgu sains aku pun cakap camtu.Tapi hokay la kan dah ada lesen motor.At least merasa la jugak pegang kad tanda L & P. (serius dulu aku ingat L untuk pemandu lelaki P untuk pemandu perempuan.Whatthe sungguh genius punye pemikiran)

Ok tu je nak cerita.Next entry,maybe aku akan bising2 mereview Kolej Murni ; kolej baru aku.Bersedialah baca bebelan aku ok.just pasal kolej.sahaja.

Daa & nitez readers.See you soon. ;]

New Sem,New Story.

Assalamualaikum.


Hey guys.Saya meng-hapdet live dari Kolej Murni yang hoyeah still bau kilang simen.I mean,tempat tido,tempat online,tempat mandi,tempat gayut ni demm-baru lagi lah dannn sem ni still aku dapat bilik 2 orang.OYYYEAH lagi sekali.
*besok2 aku buat entry khas pasal kolej murni*

Sem 3 ni yoww I admit yang I got lot (truly LOT OF new things) & here comes the list :

  • New phone (Owh credit to my mummy.Thanks for the Xperia X8)
  • New printer (Credit to my abah.Thanks for Miss Canny)
  • New college (Thanks to UiTM Kedah.It's free right?)
  • New purse (Thanks to Adnina Shahirah.wait.oh tu aku sendiri)
  • New Baju KurungSS (Thanks to mama.Again)
  • New roommate.(MATE.Not MATES.Yeah Miss Shammida) *suppose tukar to Shammilo*
  • New LecturerSS (No credit2.I love my old lects.)
Indeed banyak je lagi benda baru aku dapat tapi terasa cam tak payah citer sume pun cam lagi okey kan.Al maklom la aku kan pemalu.


Sem ni azam nak maintain achievement.Alooloo same je cam sem lepas.Azam lagi satu nak study butut2.Takmau usharrrr2 pakwe lagi dah.Ni sem dah naik makanya haruslah dah turun hotness-nye.Turun saham dah mak ngah~ Keluar pi turun Sungai Petani pun nak kena kurangkan since dari Kolej Murni nak pegi main gate je dah lencun baju.Eyeliner pun da cair ke bibir jd lipstik.Ow nyah turun saham lagi. =.=''

Rasanya tu je nak update.Short entry.Again.Tengokla nanti kalau aku rajin.Idea nak tulis dah ade cume malasz las gilos naks updates kans?Nak type lagi.Tapi fortunately wireless memang best kat sini.Shuuh la kao berok celcom.modem nak campak tasik tepi food court nun.

BEROK CELCOM : Berlagak ko eh.Ko tengok nanti aku pedajal PcNiaga.
SHASHA : *dengar mp3 sambil ikut nyanyi sama*
BEROK CELCOM : huuuuwwaa..mummy!!

Thats all guys.See ya. ;]






Wednesday, May 25, 2011

Result UiTM dah keluar.

Assalamualaikum.


Hey guys..whats'up? Result aku dah keluar.Alhamdulillah.Seronok?Erm..
Okaylaaa~

Macam dalam status facebook aku,seriously aku sangat-sangat tak expect boleh perform lebih baik dari 1st semester.Semua orang tau 1st sem just basic tapi entahlah rezeki aku dan kawan2 kot,ramai yang improve sem 2 ni.Again.Alhamdulillah.


*click klu terasa nak enlarge*

Kepada lecturer BEL260 : Terima kasih madam.Madam orang pertama kasi saya A dalam examination english selama 12 tahun saya belajar dari darjah 1 & madam terlalu chumel.Boleh tak jangan chumel sgt?geram.
Terima kasih Mdm.Noor 'Izzati Ahmad Shafiai.
Target yang sepatutnya : 3.67

Kepada lecturer CTU151  : Terima kasih banyak ustazah.Ustazah memang sporting gila.Love you soo mush mush mush.
Terima kasih Ustazah Salmah Hussain.
Target yang sepatutnya : 4.0 

Kepada lecturer IMD152 : Terima kasih Miss.Saya banyak melangak time lecture.Certain part je saya betul2 fokus.I'm sorry.Ape pun,miss banyak tolong time assignment & yaa..You sangat chun.
Terima kasih Miss Seri Intan Idayu Shahrul Asari 
Target yang sepatutnya : 4.0

Kepada lecturer IMD155 : Horait sir,terus terang lah kan memula dulu saya tak suka subjek sir.Time kelas pun tak take notes until one day saya rasa rekod sangat menarik sebab dah faham.
Terima Kasih En.Asmadi Mohammed Ghazali
Target yang sepatutnya : 3.67

Kepada lecturer IMD156 : Sir..deepest apologise to you sebab banyak ponteng.Tapi since saya tak fofuler so that takdelah you noticed kan.Tu la best orang low profile ni.I'm sorry & yessh...
Terima kasih En.Asmad Rizal Umar.
Target yang sepatutnya : 3.67

Kepada lecturer IMD157 : haluu sir.sir la lect paling menakutkan dengan carry mark yang perh memang kontot la.Takut tau.Nasib subjek sir tak susah sangat.Takyah study teruk2 cam subjek lain.Ape pun hope you boleh sporting balik cam dulu.
Terima kasih En.Wan Mohd Hafiz Wan Hasnol
Target yang sepatutnya : 3.33

Kepada Ustaz HKR111 : Hai ustaz.Saya selalu plan nak tido time HKR.Sorry.saya suka dengar ustaz ceramah bab2 kahwin ni.Terima kasih bagi A+.Tak sangka sebab saya dah ponteng 2 kali.Upps.
Target yang sepatutnya : 3.67

Alhamdulillah.Semua target tercapai.

Itu sahaja.Entry ni lebih kepada nak berterima kasih kepada lecturer2.Hope next sem lecturer hokay2 belaka macam lecturer sem 2.Nak doa banyak2 & yaa..thanks jugak kepada kengkawan yang bantu aku dapatkan nota & explain macam2 kat aku.Tengkiyyouu y'all.

p/s : Congratzz DIM2H.Ramai yang improve ni..Lets keep it up!

Tuesday, May 24, 2011

Result nak keluar dah!

Assalamualaikum.


Hey guys.Besok result dah keluar.UiTM sekarang dah senang.Tak payah nak campak2 pinggan Arcopal,campak Sony Ericsson Satio,lambung2 Ipad sebab bengang 'traffic jam' semua nak tengok result kat student portal.Kitorang boleh cek terus kat E-mail masing-masing. sebagai seorang yang normal lagi gelabah,memang honestly aku gabra.


 butterfly in stomach I.yeouu ade..?



Aku tak tahula sama ada boleh kekalkan performance macam result semester 1 yang....Okaylaaaaa~ tu.

Just harap yang result yang aku dapat betul2 setimpal dengan apa aku usahakan also,penat lelah aku semester 2 dengan research2,pameran 'BUCKS-SUCKER' & study sampai awal pagi tu berbayar dengan keputusan yang memuaskan. Lagipun kemunculan 
'lecturer-yang-relax-dan-cool-tiba2-berubah-jadi-hati-kering' 
tu tambahkan gelabah aku,Takut doe dia tanda separuh hati & jiwa raga dia/tanda betul2 ikut skema-skemu yang UiTM bagi.

Paper sem ni susah2.Aku tak mampu nak jawab sambil senyum pun seperti yang aku buat kat final sem 1 dulu di mana aku jawab sambil nyanyi2 lagu spongebob lagi sebab soalannye....
okaylaaa~ (again)


UUUUU..who live in a pineapple under the sea..?????

Ape pun,sapa2 yang baca entry ni,hope dapat doakan yang terrrrbaik untuk aku.Aku ade  kira2 14 jam je dari sekarang & yeah,thank you.. =)

Monday, March 28, 2011

5KAA,I Miss You Super-Much!

Assalamualaikum.Selamat datang kepada first-timer & selamat bertemu kembali kepada kedua dan so on-timer.Well2,assignment dah tinggal 6.Presentation ada 2.Takpa2 & Study week tinggal berapa minggu je lagi.Uu.Takut.Entry kali ni aku nak cerita pasal ex-class aku time form 5 dulu,



5KAA (Kelas Aliran Agama) SMK TELOK DATOK,
SPM 2009.

Guys,nak dijadikan cerita kan,tadi aku pergila mandi.Lepas mandi tu,aku mintak sikit losyen Effa (roommate aku).Pastukan,losyen dia bau sebijik macam losyen yang Along (kawan baik aku,ok?) selalu bawak sekolah dulu & secara tiba2 jugak,aku rasa riiiiiiiiiiindu gilos kat 5KAA.Semua kenangan tibe2 je termuncul balik.Tears drop.

Actually,ada je benda yang boleh buatkan aku teringat kat setiap sorang budak 5KAA ni.Sampai arini,aku still ingat kedudukan diorang dalam kelas.Dari Ainnur sampai ke Shira.


Rindu kelas.Sangat!



Sometimes,bila aku pegang,atau nampak something aku akan teringat diorang.
In fact,SETIAP seorang.Serta dan merta.


1. BEDAK MAYBELLINE = AIDA EFFARINA
First time tengok dia pakai dalam kereta on the way ke pusat tuisyen minda saintis tak silap,dalam kepala fikir,"Fuiyoo..style gilos pakai bedak Maybelline".Pikir cam mahal sangat la kan padahal skang ni pun aku pakai Maybelline gak.Aritu ada diskaun & Oh yeah,mestila aku beli.RM 13.50 saje ok?


2. BEG DORAEMON = NOR IZZATI
Aku ingat lagi time sekolah dulu,asal aku bawak beg doraemon je,mesti Izzati akan terlebih excited.Suka bebenor dia dengan beg doraemon aku.Beg aku bukan yang kat atas ni,Beg doraemon aku style lagi ok?ching.ching


3.JOHNSON'S BODY LOTION = NUR ADILAH AISHAH
Setiap kali aku bau losyen ni,automatik,diulangi automatik aku akan teringat Along.Yes,for sure SERTA dan MERTA.Dia selalu bawak losyen ni tak kira kemana-mana pun & locate that lotion kat dalam pencil box Morgirl kaler putih.


4. HAND SANITIZER = NURUL ASHIRA
Kalau Along selalu bawak losyen,Shira selalu bawak hand sanitizer.Shira la tokey hand sanitizer kat KAA.Dulu kalau rasa tangan kotor2,panas2 sikit mesti mintak Shira benda alah ni.Sekali tepek,sejuuuk je.Suka gila.


5. EYELINER = AINNUR FAZRYNNADHIRAH
Dulu kalau tengok Ainnur cun terlebih2 tu mesti dia pakai eyeliner.Kira cam kalau tak pakai pun sebenarnya dah cun,tapi kalau pakai lagi cun banyakss.Sampai sekarang kot asal tengok eyeliner teringat Ainnur.Haha.Ainnur sila jangan marah saya.Saya tidak berdosa.


6. NASI LEMAK = NUR ADAM AZMI
Apsal plak teringat dy?Sebab aku selalu terbayang Adam makan nasik lemak Along jual dalam polisterin yang berharga seringgit tu..(Adakah Along ingat lagi??).Comel gila gaya dy makan Dah tu sampai sekarang asal nampak nasi lemak,mesti teringat Adam.




7. COLOUR ARMY GREEN = NOR HANI

Ingat lagi time sukan sekolah.Waktu tu kena pergi stadium Jugra.Kitorang pergi sama2 & Hani pakai baju kaler ni.Time tu aku cakap hijau ni hijau taik lembu.Marah dia.Dia cakap tudung aku kaler taik kambing sebab bunganya kaler coklat.Ade ke?Cis.



8. UITM PENANG =  MUHAMMAD AZRUL

Eventhough ramai kawan2 aku yang kat sana,tapi pe2 hal pun kalau ada yang sebut UiTM Penang mesti ingat Azrul dulu sebab dia orang pertama yang aku tau masuk UiTM Penang sebelum kawan2 lain.




9. TUDUNG ZIZA = AINI AZIZAH
Dulu Ziza selalu pakai tudung kasar corak2 sampai tudung tu kitorang panggil tudung ziza.(Nama sebenar tudung tidak diketahui).Disebabkan dia pakai nampak cantik,(ziza tolong,please jgn kembang) aku pun terai pakai tudung cenggitu.Dah tu lama2 stick plak sebab senang nak pakai & tak jarang.


10. ETERNAL LOVE = NUR ADLINA

Yup,yang ni sounds nonsence.Cam tah ape2 pun ade.Sila berfikiran begitu.Tapi tiap kali aku terdengar/tertengok/terbaca perkataan "ETERNAL LOVE",mesti teringat Ad.Sebabnye?Aku pernah buat kad harijadi utk Naja,then aku mintak signature + ucapan satu kelas,Ad sign pastu tulis "Eternal love",aku tanye la apasal.Dia jawab "Tah,tadi aku terbaca eternal love kat mana tah,tu pasal aku tulis.Aku pun tak tau tu mende".Ok fine.




11. LAGU SHINee RING DING DONG = NUR SYAFIQAH (NAJA)

Lagu ni memang top gak la time dekat2 nak SPM dulu.Aku selalu lepak dengan Naja & Along.Kalau aku bawak Handphone,mesti Naja bukak lagu ni.WAJIB okey & dia so-called mengaku dia pernah satu hari tu dengar lagu ni sampai 10 kali.Dahsyat sungguh bunyinya ye teman2.Makanya,sejak hari itu,tiap kali dengar ring ding dong,haruslah untuk saya teringat Naja.




12. GIGI CANTIK = NUR HAFIZAH

Kalau nampak perfect teeth mesti teringat Fizah sebab gigi dia cantik & tersusun.Jeles gila,you!Lawa je kalau dia senyum.Kalau aku yang senyum semua terus lari gaya merentas desa.Cis.




13. ADIBAH NOOR = NOR FAEZAH

First time aku jumpa Eja,benda first yang aku nampak pada dia adalah,"Gila ah,muka dia cam Adibah Noor kot!Sedara mara ke?" Serioussyeikh la weyh tu first impression aku.Tapi aku tak ah cakap dengan orang lain time tu.Mata aku je kot nampak dia iras2 AN.But the fact is,Eja laaagi comel dari Adibah Noor.Dah la cakap pun ala2 lembut.Ala comel.=3




14. BLOG = NOOR SAIYIDAH 

Kenapa eh?Sebab Sai la orang yang perkenalkan aku pada blog awal form 5 & yang paling aku ingat,dia siap cakap kita boleh buat duit dengan blog.Bersinar gemerlapan mata aku.Time tu aku biol2 so tak tau la nak buat camane.Nak register blog pun cam takut2 kak Limah.Lepas tu,dia penah post entry khas sempena harijadi aku .Sangat terharu kot!It might takes forever for me to forget it =')




15. MARKONAH = AZZIAN
Takde gambar sebab Markonah terbabit adalah aku sendiri.Sesungguhnya nama Markonah adalah jauh lebih fofuler berbanding nama betul aku & orang yang bertanggungjawab terhadap nama tersebut adalah Azzian.Punyela feymes nama tu sampai budak2 sekolah lain pun panggil aku Markonah.Mula2 cam tak dapat nak terima hakikat la kan tapi lama2 jadi sebati plak.Paling best bila cikgu Modern Math pun panggil aku Markonah instead of "Shahirah" sampai ke sudah.






Kenangan Paling Tak Boleh Lupa

1. Time presentation,terutamanya time subjek Pend.Al-Quran & As-Sunnah,aku dan Sai mesti akan keluar dengan nama "Sijangkang Rangers" sambil buat aksi action kamen sebab both of us penduduk pure Kg.Sijangkang.Bangga la ni.

2.Kat Banting ada 2 pusat tuisyen Feymes ; Minda Saintis vs Minda Utama.Masing2 dok berdebat pusat tuisyen sendiri paling hebat,mantop,bergaya,mutu,keunggulan sambil diperhatikan oleh aku di tepi yang tak tahu nak sokong mana.Last2 aku join Minda Saintis sebab Along masuk situ.

3.Time SPM,kelas kitorang dapat Kelas Bukhary,ala kelas tambahan yang disponsor tuh.Tapi aku selalu 'tuang' sebab kalau aku datang pun haruslah untuk aku tidur.Budak KAA yang baca ni mesti terangguk dua kali.Satu angguk untuk aku selalu gagal menghadirkan diri & satu lagi untuk aku selalu buat peta.Serious hati aku nak study takde langsung.Nama pun tak minat.

4. Skandal dengan Abang form 6 kelas sebelah,Abang A.Abang tu selalu bagi aku hadiah tapi aku balas dengan kad raya je.Sengal tak?Lepas habis skandal dengan Abang A,skandal dengan budak satu batch plak,M.Yang M ni sumpah menakutkan.Tak senang duduk aku dibuatnya.Huishh..ekstrem.

5. Aku selalu datang lambat.Secara puratanya la kan,3 per 5 hari persekolahan haruslah aku kutip sampah kat keliling sekolah tak pun cuci tandas sebab datang lambat.Pak guard pun dah kenal siap borak2 style mesra lagi dengan aku.Setiap helaian buku log pintu pelajar lewat kat pagar tu mesti ada nama Nur 'Adnina Shahirah M.Yatim,5KAA.Malu saya.

6. Kenangan ber-camping dengan kawan2.Kitorang berlatih kawad sama2 tiap2 petang sebelum perkhemahan.Rindu gila time tu. =') Masa kem  tu,ada satu aktiviti kitorang kena go thru benda2 berhalangan yang macam dalam PLKN,yang tak best lagi mentebalkan muka,aku jatuh dalam kolam 'berkeladak,kaler hijau yang maha pahit' kot! (Loser tak loser) dah tu lagi,seminggu aku kena gelak dengan mereka2 yang nampak.*blush blush* tapi takpe,nak rindu jugak!

7. Hari Ko-kurikulum plak kitorang bukak gerai under ICT Club sebab kawan2 rapat aku suma Kelab ICT kot! (guys,aku betray kelab usahawan aku) & gerai kitorang untung besar sebab jual Maggi Hot Cup.Kelakar dow!Sambutan maggi lebih hangat daripada biasa ye kawan2.Ingat lagi gerai tu namanya "Gerai Sayang Banget".Tak silap aku Ziza yang letak nama tu.Tak pun Along sebab dua2 tu sepesen je.


To summarize things up,aku nak cakap yang aku happy sepanjang bersekolah kat SMK Telok Datok.yup,sekolah tu memang "OLD-SCHOOL",klasik habis la kan orang kata dengan saiz kelas aku yang "chumel" dan daif tapi guys,aku bahagia.Aku tak perlu sekolah baru & mewah untuk study dengan gembira & aku tak perlu sekolah famous to create sweet moment untuk dikenang.Satu2nye yang tak best adalah result SPM aku.Hek2.Guys,cerita lama okey.Kalau bilik dah bersawang dah.Kalau besi dah berkarat.Keep moving forward!Aku tak dapat fly lepas SPM,fly lepas degree untuk sambung master pun okey jugak. =p
(Punye cergas la kan kepala aku berangan-angan)


Saturday, March 26, 2011

Saya Berdating Dengan Mereka!

Assalamualaikum guys.


Alluw..harini aku bangun awal! Semalam birthday adik kesayangan (kesayangan ke??),Muhammad Yusuf Mohd Yatim.Pagi2 lagi dah semangat nak wish tapi kan haritu jumaat?(Bukan dia sekolah ke?? =_=" ) Aku duk Kedah memang ah cuti.
Lepas yang demikian,aku pun membatalkan hasrat murni aku.K fine!
Last2 sampai ke sudah aku lupa nak wish.Sorry sop!

Sok2 la aku bagi hadiah.Ko aku bagi bukan nak simpan.cis!


Kebetulan gak semalam birthday skema boy DIM2H,En.Shamil Ameer kita & harini plak birthday mak cik Asmidar.So kami sebagai kawan rapat depa celebrate la birthday dua2 sekali.Berjodoh sungguh pak rep dan mak rep 2H eh?


Tak lawa kan font cake tu kaler merah.Sungguh tak artistik.Nak kena saman ni!


Malam tu kitorang pergi Tanjung Dawai.Bajet dari kereta,minyak,kek,& makan semua kitorang kongsi2 6 orang (Aku,Tiqot,Asmidar,Sarah,Sham & Abe).Serius puas hati gilos.Plan last minute jugak yang jadi.Selalu kalau kitorang plan punya hebat seminggu-2 minggu awal,sangat serious mesti end up dengan cancel.Loser sungguh bunyinya.



Ni adalah encik Shamil Ameer kita ye.Kacak bergaya tak?Sila jangan terpikat.
Shamil available but not 'accessible'.Buat julung2 kalinya Shamil senyum.Keajaiban besar ye disitu.


Ni Asmidar.Solehah tak solehah 'awek' Shamil ni?Sila terpikat.Asmidar single mingle okey?Ni mak rep a.k.a skandal Shamil & Ouups,dia garang tau!Sila berhati2.

We're having such a great moment.Nak2 ni first time kot celebrate birthday kawan kat sini.Ok la,let the following pictures (with a little description) tell you guys everything =)


Macam tengah potong kek tunang la pulak kan.Hoho.Shamil syok.Senyum kemain lebar.Diorang buat aksi romantik cam pro je.Cheih!



Makanan yang kitorang order sungguh banyak ye tuan2 dan puan2.Harga RM48 je.Bahagi 6 sorang baru RM 8 which including : 
( Ikan siakap bakar,salad,sayur goreng,tomyam,telur dadar,ayam kunyit,nasi dan fresh orange)

Kalau makan solo2 mana dapat semua ni dengan harga 8 hengget.Dah tu tak habis siap bungkus2 lagi.Betapa lah banyaknye kan.Even Abe pun dah sampai limit.


Baru nak start makan.Semua bersemangat waja penuh keazaman okey?





Mata Abe stim okeyh?Ketahuilah ianya hanya segar pas makanan datang.ching2. =)


Okey,ni saya ambil gambar dengan birthday boy + girl.

Ada bakat jadi tokey ikan.


Itu sahaja entry kali ni~dedicate to both sham dan mida.Happy birthday Shammida! jugak Usop adik aku.Sesungguhnya,saya kakak yang berwibawa lagi baik hati akan bagi anda something balik cuti sem nanti. =)

Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...