Wednesday, December 28, 2011

Title-less

Assalamualaikum

Aku tak tahu lah nak buat apa dengan blog ni.Serius.Aku dah terlekat dengan twitter.Sekarang aku babbling kat tweeter je instead of using this blog.Tweets pun dah masuk 500 tak sampai sebulan pun create akaun.See betapa gila aku tweet.Sebenarnya 500 tu pun sikit.Lagipun thru tweeter lebih save time.Asal pikir je publish.Pikir je publish.Pikir je post.Post je pikir.Eh.Tak payah buat ayat panjang2 satu hal lagi.Serius.Another thing is,follower aku tak ramai.Ada la dalam 11 orang.Kalau berminat nak follow just click on this ShashaYatimTwitter.But guys,same goes to FB,I've the habit of filtering.Never approve sembarangan.Adios. =)

Sunday, December 4, 2011

Lads,Bukan Salah UiTM

Assalamualaikum.


Hello there.Greetings to the first timer,welcome back to silent readers &  I know you'll be here again, my adorable followers.Shasha will always sayang korang.*hug tightly* Yeah,I'm still in the beginning of semester & seperti biasa, awal semester sememangnya heaven! Indescribable heaven. Bayangkan aku boleh run for Eyeshield 21 yang 145 episode tuh tak sampai 4hari & khatam Ouran High School (26 episod) about sekali harung. Aku sendiri pun terasa macam "wow!" .& sure la kan sepanjang 'marathon' tuh I fall for Hiruma Youichi & Suou Tamaki over & over again. You know,fall for anime's character ni somekind of disease yang aku hidap sejak bergelumang dengan Detective Conan. 

Homaii. Aku state benda yang tak perlu lagi. 
*Another one natural disease*



Okey.Back to the top.As you already know, aku sekarang study kat UiTM.Universiti Teknologi Mara branch Kedah & sebelum aku membebel dengan lebih lanjut lagi,meh sini aku buat confession.Dulu uitm was my last choice.Aku memang tak pernah aim uitm.Aku pandang uitm sebelah mata..nope2.Aku rasa nak buka mata pun tak kot.Aku macam commoners lain,harusla cita2 nak jejak UM,UKM,UTM, & once,aku  pernah buat satu deal dengan someone untuk sama2 study kat UPM.(Sesedap je aim for UPM padahal tak tahu U tu offer course apa) But then,dua2 masuk UiTM.Cuma dealer sorang lagi tu kat Shah Alam lah.Whatthe =_=''



Somehow, bila aku diterima masuk UiTM about setahun lepas,aku rasa macam risau (disebalik gembira ya amat sebab aku dapat IPTA dengan result yang deadly hampeh tu) cause aku sendiri tahu betapa sosialnya UiTM tu & most of my friends respond my acceptance with :
  • What? UiTM?
  • UiTM? Kedah plak tu.Sure ke ni? <--- Respon macam pernah study sana.
  • Jaga diri tau kat sana.Take a very good care of yourself  <-- aku bukan nak berperang.
  • Orang kat sana mesti ramai free hair.Ko jangan free hair sekali. <-- cenggini pun ada?
  • From one of my dearest friend,Luqman : Ko jaga diri Sha.Ko tau UiTM tu macam mana kan?

Semua orang macam risau gila bila tahu aku bakal further kat UiTM.But no wonder lah kan.Sangat2 no wonder.Impression people terhadap UiTM sangatlah teruk lagi buruk kecuali tang student fee dia.Rasanya satu Malaya tau kot UiTM,U paling pemurah bila masuk bab yuran.<-- greatest thing that leads to the indecisive greatfulness for being UiTM student.


NOW WE'RE GONNA MOVE TO THE CRUCIAL-EST POINT

Aku bet,most of peeps yang tak pernah berada dalam satu2 U mesti agak cenggini :
  • UM : Waw.Mesti student sana genius belaka.Prestij beb.Prestij
  • USM : Geniuser than UMers.
  • UTM : Sebelah kaki dah dalam company.
  • UIA : Tudia Ustaz Ustazah harapan.
  • Lim Kok Wing merangkap semua IPTS : Fuiyooo.Kaya dow.
  • UiTM : Sosial.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


is that all?

heh. (?)
Terasa macam jarang & kinda impossible untuk kita dengar benda2 alah macam :

 Encik Suparman,tukang paip. 



OR


Salman, Lepasan SPM



 OR
THIS?
 Jemah & Darus, Form 4.

OWW BOY =_='
Kenapa ada drama neh?


But seriously.Memang susah nak dengar orang cakap UiTM barang baik punya.Kadang-kadang sampaikan ada student buat jahat sikit, tuding UiTM.Ada orang rogol sikit,UiTM.Seludup sikit,UiTM.Bayar yuran UiTM,UiTM.*eh.memangla* Dear geniuses sekalian,UiTM tu cuma bangunan yang stand still tak pernah gerak memana even kedai Tomyam depan tu pun.Pekehal dok Yuaitiem yuaitiem tak habes?Kononla yang dok rogol tuh drive Toyota.Takde plak orang  dok toyota toyota takpun dok samsunggeleksi samsunggeleksi <---- dan dan.

Tak ke kita terdedah kepada kemungkaran & kesosialan bila kita belajar kat UITM ni?

Tak payah nak UiTM,tu Sijangkang kampung aku tu pun banyak je couple.Pakai ketat free hair semua balik rumah ceh,alim tak ingat.Okey aku ambik contoh terbaik dari ladang Pak Sako la ; surrounding yang Islamik such as UIA InsyaAllah akan buatkan kita tak keluar dari landasan Islam selagi tak keluar dari UIA.Institusi macam UIA dah tentu2 akan buat macam-macam untuk protect iman & akidah studentnya,right? Tapi once student dah keluar UIA,dia bebas.Time tu,dia sendiri yang kena protect.

except for Allah if you're smart enough

Tapi di UiTM,kami harus survive SENDIRI & ALL ALONE meskipun still dalam kampus.Kat uitm,semua orang optimistik derr.Nampak couple duduk semeja kitorang still assume depa dok study group/group discussion.Fesyen,korang tak payah cerita.Pergi kuliah macam pergi annual dinner.Hana Tajima?Hana Terjerumus? Semua jenis Hana la diorang dok peraga.Muka pon semua cap model kan.Then,this is what I claim as : 

"The Real Challenge"

Kat UIA,semua brand ustazah ada.Dia nak,dia taknak,selagi dalam UIA,dia harus jadi produk muslimin muslimat bermutu tinggi but we all here harus jadi 'ustaz/ustazah' tu dengan usaha sendiri.Kat sini lah iman kitorang sebagai orang islam ni,teruji.Nak jadi baik atau nak hanyut? Pilihan kat tangan masing2. Kau baik kau survive,kau hanyut kau goodbye.


Listen guys,aku tak tahulah UiTM lain macam mana,tapi kalau kat Kedah ni,pagar tutup awal.About 10p.m ++ students yang baru balik dah kena ambik nama.Untuk parents yang nak masuk 8.p.m. = Besok pagi je lah makcik.Kat foodcourt takleh sampai lewat malam.Pukul sekian2 dah kena halau balik kolej.Then,baju takleh la nak ketat.Lengan harus panjang.Kalau tak kompaun RM50.In certain terms,UiTM Kedah ni ada la usaha nak kawal kesosialan,keseksian yang melanda.But still kalau nak lawan UIA,KUIN,KUIS & sekutu harusla kalah mati kan.


Bukan salah UiTM (at least) sepenuhnya,tapi salah orang-orang dalam UiTM yang tak sedar diuntung tu yang memandai buat najis mughallazah which led nama UiTM jadi teruk gila vaveng padahal UiTM tu di bina untuk tolong Melayu kot,especially Melayu yang cuba bangun balik lepas dapat 4A je dalam SPM. *general*. Biar orang cakap budak UiTM macam air karat,takda sapa yang suka semacam mana orang suka 'air' yang dah tersedia bersih but once air karat lalu filter,hasilnya sama je macam air bersih yang lain.Malah mungkin lebih berkualiti.You know,kadang-kadang being underestimated by people around us boleh jadi booster paling berkesan.


Kalau orang cakap produk UiTM tak kemana,then could they 'spit' the same to my lecturers? Most of them're original UiTM's products.

Wednesday, November 23, 2011

Semester 4 is Now Begun

Assalamualaikum.

Hola readers! Shasha Yatim meng-update live dari bilik sendiri @ Kolej Murni,UiTM Kedah.Yeah.Shasha Yatim MASIH dapat kolej free.Alhamdulillah.Sekarang aku dah masuk Sem 4.Woow.Rasa macam baru semalam balik rumah awal dari sekolah sebab cikgu mesyuarat.Well,seperti biasa,makin naik sem,makin tough,makin suffering,makin tension & semua makin lah.Makin kurus je tak.Muahaha.Okey tak lawak.

Yuran semester ni dah naik! Naik seploh ringgit.Why UiTM?Whyy??


Tetiba yuran naik pulak kan.Nasib baik RM 10 je.PTPTN telah pun selamat memotong RM450 dari akaun aku.Dengan RM2,500 (eh2,RM 2050) per sem,studying @ UiTM Kedah ni still boleh survive la kot kalau aku tak gila shopping cam sem lepas.Shoppaholic sungguh.Tak sedor diri duit tu cukup-cukup untuk study.Sem ni nak tobat nasuha.Kan ku perhambakan duit-duit ku untuk buku & study.<-- Tengok aje.

Good thing about sem 4 is,subjek dah berkurang dari 8 ke 6.Oy yeahhh!TAPI apsal aku tengok macam banyak bab2 komputer.Cukup2 la dengan PC maintenance tuh.Aku dah la slow sikit komputer2 nih.Dugaan betul =_=''.

  1. IMD 252 - Digital Resource Center
  2. IMD 253 - Organization of Information
  3. IMD 255 - Technical Support & Service in Info Agencies
  4. IMD 256 - Management of Record Center
  5. IMD 257 - Info Tech Application in Info Agencies
  6. IMD 258 - Electronic Publishing

Azam sem ni :
  • I'll try my very best to grab 4 flat! & ( at least 3.8)
  • Nak jadi 120% lebih rajin dari Sem 3
  • Kekalkan prestasi : Tak pernah hantar assignment lewat
  • Kurangkan skip kelas
  • Improve kerjasama dengan group member
  • Buat yang terbaik even untuk quizzes sekali pun
  • Kurangkan berbelanja yang tak perlu

Oh ye,I've my own bike now.Countless thanks to my parents.Plan mula2 nak bawak motor mama (Yamaha Ego) yang lama ke Kedah but then abah cakap beli motor kat sini je.Saya sebagai anak tak patut membantah.Kita harus patuh terhadap kata-kata orang tua.Hehehe.Motor takde la mahal sangat.Sederhana je lah.Motor common orang sekarang guna.Buat masa ni mama support dulu then lepas habis diploma,harus lah aku menyambung legasi membayar motor neh.Haruslah aku kerja kannn.


Honda Wave 110 (BLACK)


*takde unsur riak langsung ye.harap maklum



Sampai sini saja aku membebel.Ada masa nanti aku update lagi lah.Tu pun kalau rajin.
P/S : Awal sem ni memang heaven.Lepas mid-sem break nanti,nangis2 la kau.

Tuesday, November 15, 2011

My New Gadget : ASUS NETBOOK Review

Assalamualaikum

*Harus diingatkan entry ni langsung takde unsur-unsur nak riak.Just nak share review mana tau ada yang berminat nak beli netbook ke.Sekian*


Hai.Bertemu kembali readers.Hujung minggu ni dah kena balik Merbok dah.Puas jugakla bercuti sem ni compare to sem lepas yang cuti pun same cam tak cuti.Plan semester break kali ni nak ambik lesen kereta, tapi duit dah habis buat beli netbook.Yela,ACER Aspire 474Iz aku dah tinggal kenangan.Sobb.What to do.Oh oh,What kind of netbook?Okay lads & gents,let me introduce you :


ASUS EeePC 1015PW (Purple Rain)

Gojez tak gojez tak?Boleh start jealous dengan ketampanan netbook neh.Harus diakui aku jatuh cinta pandang pertama.*awch.romatiknya* Mulanya aku nak cari netbook kaler merah cuz aku suka merah then abg chinese tu cakap "sorrrriea adik.itu melah tak ada ma." Ok fine la bro.Tapi lepas aku nampak dia keluarkan yang kaler purple ni,I'm so Waww!Rawrr! & aku pun like,

'Oyyyeah!This is what I want!'

Features dia pun horait.
  • 10hrs battery-life (kalau just stand by dpt la 10h tu,kalau dok ganyang tak berenti,7-8 jam je tahan)
  • Dual core CPU (Lebih laju.Tapi jangan nak dok compare dgn Intel i7 puhlis)
  • 500gb storage (Banyak benda boleh sumbat)
  • 2gb DDR3 RAM 
  • Webcam (Clear lagi dari webcam Acer aku sebelum ni)
  • Bluetooth
  • Fast boot-up
Komen : Aku puas hati gilos dengan produk ni.Dah la cun,purple lagi (Oh tak tahannya!) Then battery life dia menggoda sungguh.Ringan lagi satu hal.Lepas ni kalau ada subjek yang perlu bawak lappy pun takde sakit2 tangan dok mengusung benda ni.Yeah.Cuma satu hal jela, bro kedai tu tak install banyak software.CHEISS.

Itu sahaja review saya.Sikit hal je pun nak cerita.Muahahahaa.OKBAI.

Monday, November 7, 2011

Zaman Sekolah ; Tak Tipu,I miss U.

Assalamualaikum.

Saya mengupdate blog live dari bilik aku yang bersepah ni.Ah ha,bilik bersih waktu pagi je.U know,dah jadi cam rules dah.Jangan tiru aksi terlarang ni.Now I'm listening to One Republic,All the Right Moves.Lagu dah lama.Baru minat sekarang & baru perasan lagu2 One Republik best (I mean kena la dengan selera aku) especially ATRM & Secret.
 *Hah ketinggalan! Nyianyeww Shasha.*

Sekarang ni aku bukan nak cerita pasal One Republik.Aku nak present kat readers2 aku sekalian pasal zaman sekolah aku yang .....mahit? (MAnis + paHIT) tapi semuanya start kat Form 3 cuz form 1 & form2  takde gambar langsung & cerita sangat cliche.You know,cerita common budak2 sekolah :

  • Bangun pepagi buta
  • Alamak lambat! Kejar bas
  • Sampai sekolah lambat sebab pakcik bas bawak cam siput tempang (siput ada kaki.Heh,someone panggil Ripleys)
  • P & P
  • Rehat
  • Sambung P & P (tertidur time kelas)
  • Balik
Oh2 ade satu extraordinary hal jadi time form 2 :

 FAILED MATHEMATIC !
& rasminya turunlah Shasha ke kelas Ikhlas..

SAM (T) Tengku Ampuan Rahimah ,Kuala Langat.

FORM 3

Zaman Form 3 memang seronok.Aku tak sangka sangat2 kelas 3 Ikhlas boleh jadi seseronok tu.I mean,kemon, this isn't about my ex.This is about my friends.They all sangat sporting & belajar dalam kelas 3 Ikhlas,jujur aku cakap, tak stress.Time exam pertengahan tahun,I got no.1 & peratus boleh la kata tinggi then ada khabar angin kata yang percentage okay akan dinaikkan kelas 1st balik la,ape lah.Bila aku dengar je,aku ngamuk2 (ceh) tanak balik kelas Karomah (kelas 1st).Ramai yang tanya termasuk mama sekali, "Kenapa??".Jawapannya mudah je,"I like Ikhlas better." 

Bukan aku tak suka kawan2 Karomah.Diorang semua baik2,serius semua kategori nice person tapi suasana dalam tu stressful & maybe sebab aku fikir aku dah dalam kelas 1st,aku rasa selamat.So,pada aku ni hikmahnya aku turun kelas.Bukan je dapat kenal kawan2 yang hilarious,malah buat pertama kalinya,aku rasa proses P&P tu sesuatu yang totally fun & entertaining.

Ni la rupa aku time form 3.Aku sendiri tak dapat terima kenyataan dalam gambar tu aku.
"Pergh agli gila aku.Dengan selekehnya.Yaks" kata shasha yatim di dalam hatinya.


Huduh kan? Kawan2 aku semua cantik2.Aku je yang ugly duckling.Nak tengok diri sendiri pun cam tak rela =_=''



SONY ERICSSON W810i

Nostalgik betul handphone ni pada aku.Handphone that I got dgn bersusah payah (ikat perut setahun) & at last,Finally,in the end I owned SE Walkman W801i dekat2 nak PMR.Seronok takyah citer.Aku still ingat perasaan dapat handphone tu.Tapi bukan rezeki kot,my phone dicuri.I brought that phone to school for some reasons time PMR.Yang bengapnya,aku tinggal kat bilik beg sebab takutkan pengawas.Aku still ingat,waktu habis exam Bahasa Arab Komunikasi,aku terus bergegas pergi ke tempat beg sebab seriously aku tak sedap hati.Then memang betul,my phone 'gone' already.Tears drop.You know,speechless.Sepupu aku,Rahil  & classmate aku,Shud yang calm-down kan aku.

Dan yang bestnya,PMR tak habis lagi.Dalam nangis2 tu,aku study jugak Geografi.Basah lencun buku aku dow.Serius tak tipu.Tak cukup buku,time exam,aku nangis lagi beriya2 sampai kertas nak koyak dah & some of pengawas cuak tengok aku.(Diorang ingat aku sakit =_='') . Aku jawab exam sambil menangis.Dari start exam,sampai habis.Soalan PMR nampak kabur cuz aku nangis banyak sangat.Sedih aku tak terkata sebab aku dapat phone tu dengan bersusah-payah.Time form 3 aku betul2 avoid kantin & berlapar dari pagi sampai lewat petang (Form 3 selalunya byk seminar & extra-class.Selalunya habis pukul 4 lebih & aku sampai rumah dekat pukul 6) just for that phone.Tapi dah nama pun tak ada rezeki kan?
But good thing came in return.I got A for Geography .


SAM Bandar Baru Salak Tinggi,Sepang

FORM 4

Berbekalkan (cehh) result yang orait,aku pindah ke SAMBBST.Sekolah Agama Menengah Budak Budak Suka Tidur for Science Stream.Ramai yang galakkan aku pindah & yeah,aku pindah tanpa sedar that I'll terribly hurt inside by studying there.Well,I got new friends yang sama2 gila.Aku jumpa sekumpulan manusia yang sangat kuat friendship-bond diorang.Aku jumpa sekumpulan manusia yang sangat berpuak-puak.Aku jumpa manusia yang pentingkan diri sendiri walaupun tidur satu dorm.Aku jumpa manusia yang riak gila babeng.Aku jumpa manusia yang serius muka bertalam-talam.Cuma some of my friends :
Fatin,Nisa,Sai,Tehah,Munirah,Zuliana,Ayesha,Syafiqah,Hani & junior aku,Nadhirah out of beratus2 manusia kat sana yang aku anggap betul2 kawan aku.

For some reasons,aku decide untuk pindah dari sekolah tu.I CAN'T STAND STAYING THERE FOR ANOTHER YEAR.Banyak faktor kenapa aku nak sangat blah dari situ.Aku siap berjanji aku takkan jejak SAMBBST lagi for the rest of my life selepas ambik result SMA.Kenangan kat sana banyak yang pahit berbanding manisnya.Aku tak pernah dengan rela hatinya nak balik hostel tiap kali cuti.Tambah parah,I got some problems dengan Ketua Asrama.Aku pernah diherdik depan sebilangan besar orang,SAMTTAR pernah dihina depan aku just sebab aku duduk berbual kejap dengan sorang mamat SAMTTAR yang datang SAMBBST untuk berniaga.Aku berbual depan orang ramai.Apekehal? 

" KAT SAMTTAR,SEMUA BUDAK2 SAMTTAR,MEMANG SOSIAL MACAM NI KE?!"

Salah satu ayat makan dalam pernah aku terima.Aku sedih dengar SAMTTAR dilabel camtu.Apa hak dia? Aku tak berbual kat tempat sunyi pun.Aku chat kat tengah2 pasar wey.Thats what we called the real sosial.Interaksi yang sihat antara girl & boy.Dia ingat SAMBBST kesayangan dia tu suci sangat ke? Well hello,berlambak2 kapel ko tak nampak? Then,the very next year-nya,that person masuk SAMTTAR ambik STAM.Hebat?

Below are some of photos yang sempat aku capture time form 4 :

peminat micky yoochun &choi kang
ni meow2 paling jahat
bersama eton
HAHA.Still ugly duckling.Right besides me is Fatin Nadhirah Muhaya,one of the funniest friend I ever met.



SMK Telok Datok,Banting.

FORM 5
Berpindah ke SMK Telok Datok,satu keputusan yang tak pernah dikesalkan.True happiness was in there.Sekolah tu memang buruk aku boleh buktikan betapa 'old-school' nya sekolah tu.You know,sometimes pic tells it better.



Haha.Takde dana nak cat semula kot.Tapi takpelah.Tak kisah pun.Nampak tak pic kedua, tingkat kedua,yang pintunya tertutup tu,ha.. tulah kelas kitorang.Kelas atasya tu plak kelas...err kelas...Ok2,next story.

Kat sekolah ni,aku jumpa kawan2 yang best-of-the best.Bukan je cantik2,tapi baik,pandai plak,solehah2 lagi,Can't describe how I heart them very much.Kelas kitorang cuma ada 16 student je & only 2 of them were boys.Ratio 1:7.Wowww.Dengan kelas yang buruk dan separuh,fasiliti yang kurang,kitorang tetap happy.Main kejar2 dalam kelas,celebrate birthday,main berbalas2 pantun 2 kerat yang langsung tak kena.Contoh :

                                               Pergi ke kedai beli keropok lekor,
                                                                               Shira, mintak air sikit.

Whatthe..? Serius perosak bahasa.Teringat lagi menu time rehat,semuanya macam " pemboleh ubah yang dimalarkan" ,sama je tiap2 hari.Aku dengan tempe aku,Naja dengan Yee Mee dia,Along,Kuey Teow goreng,Aida & Ainnur,keropok tak habis2,kelakar betul.Dah boleh hafal dah apa yang diorang makan tiap2 hari.And yes,aku suka cikgu2 sekolah SMKTD.Sangat nice.Friendly lagi.Seronok. =)


Atas ni pic kami tengah bergambar depan pintu pagar sekolah,tempat yang selalu menyaksikan aku datang lambat & selalu didenda pengawas terutamanya seorang mamat pengawas form 6 terlebih eksen bernama Aiz**.Pernah satu hari tu dia siap cakap 

"Betul ke tu nama ko?Tulis betul2.Ko jangan tipu2 tulis nama orang lain plak" 

time aku tengah dok tulis nama kat buku datang lewat tu.Ek eleh mamat ni,betulla tu nama aku.Sibuk je.Asal datang lambat je muka dia yang tengah tercongok depan pagar.Macam takde pengawas lain.Dulu memang serius menyampah dengan dia but nobody knows what's waitin' in the future,rite ? <-- (sape faham apa yg aku maksudkan, dia terel.)
Bawah ni adalah gambar some of ex-5KAA 2009 :

Miss them so much.

Semua dah bertabur2.Walaupun kitorang dari sekolah kampung,most of us dah kat IPT sekarang.
  • Adam : Bakal fly ke Jepun
  • Azrul : Dip Civil Engineering,UiTM Penang
  • Aini Azizah :Medic,Universiti Al-Azhar,Mesir
  • Ainnur : Found.Nursing,UIAM Petaling Jaya
  • Aida : Dip Computer Science,KUIS
  • Adlina : Medic,Tanta University,Mesir
  • Izzati : Pre-law,UIAM Petaling Jaya
  • Hani : Bsc.Engineering,UniMAP (silap,sila betulkan)
  • Ashira : Bsc.Biotechnology,UMS
  • Adilah Aishah : Found.Human Science,UIAM Nilai
  • Syafiqah : Lepasan Pre-Law UiTM
  • Azzian : Bsc.Chemical Engineering,UiTM Shah Alam.
  • Hafizzah : Dip Information Management,UiTM Kedah.
  • Faezah : Dip Pengurusan ladang,UiTM Jengka
  • Noor Saiyidah : Dip Science,UiTM Kuala Pilah
Dan aku kt UiTM Kedah,studying information.Muahaha.Harap2 lepas ni kita dapat buat reunion.I mean,the real reunion tanpa seorang pun takde.Selalunya half je yang datang kalau kata nak berkumpul. =_=''

Aku rasa sampai sini je lah aku membebel.Korang pun dah tak sanggup rasanya nak membaca lagi.So,ni lah zaman sekolah menengah aku.Takde lah smooth sailing sangat but still,takdelah teruk sangat.Betullah yang hidup tu umpama roda & setiap yang berlaku memang ada hikmahnya.Paling rindu tahun 2009.Kalau diberi peluang untuk kembali ke masa lalu,aku pilih untuk duduk dalam kelas 5KAA & lalui hari tu just like the past 2 years.Datang sekolah lambat,tertidur dalam kelas,pinjam kipas kawan,rehat,pergi tandas 8 kali sehari & balik awal sebab cikgu mesyuarat.Oh my =')

Sebagai penutup entry,nak tengok rupa aku time form 5? Still,buruk lagi.Cuba carik aku yang mana satu.

 

TARAA..!!
yang kiri yang kiri.Aku tau yang kanan tu lagi comel tapi aku yang kiri.Amboi.Nak tengok yang comel je ye.

& this is me now.Still same after couple of years.Bila la nak cun ni?
(Gaya cakap macam cun boleh beli)
Tu tudung adik la teman2.

Ok guys,hope you enjoy reading this & see you next entry! 

P/S : Kepada kawan2 yang mungkin baca entry ni,kalau ada gambar time kita sekolah dulu sedekah2 lah sikit.I'll give you my mail.Please3.

Friday, November 4, 2011

Fast Track

Assalamualaikum.

Hey guys.Wassup ya.Bertemu kembali.Tetiba rasa nak meng-update.Tapi entry kali ni maybe tak se-amusing entry2 lepas sebab takde mood nak berkelakar.Dengan bertemankan Neslo cair & lagu Katon Bagaskara-Lara Hati (favourite yaw.legend) aku pun nak start babbling sikit pasal fast track.


"UITM : ANDA BERPELUANG UNTUK MEMOHON KE PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA SEPENUH MASA DI BAWAH KATEGORI PENERAPAN .."




Petang tadi,I got that message.(Aku sendiri lupa aku pernah bagi UiTM no.handphone aku..?) I'm sure satu batch dapat message ni since fast track untuk lepasan sem 3.Aku dapat message tu, baca & then campak handphone. (Handphone lama.oh sian).Aku bukan campak sebab marah,tapi sebab I'm not interested.

Bila berhadapan dengan situasi ni,aku quickly teringat time aku form 3 dulu di mana result PMR aku boleh la dikira "nice" & aku buat keputusan untuk pindah sekolah.In the end,aku tak perform pun.Aku sebenarnya takut,kalau aku buat keputusan untuk go for fast track,sejarah lama mungkin berulang.Yes,aku tak yakin dengan diri sendiri.Best answer

Ramai yang encourage aku untuk go for this program & tak kurang jugak yang advice to finish my diploma 'properly' .Kalau tanya aku,aku memang nak habiskan je diploma aku dulu & totally tak berminat dengan fast track dari sem 1 lagi.Plus,banyak lagi yang aku nak belajar dan perlu dipelajari.Aku tak rasa aku dah bersedia untuk bachelor.Aku perlukan lebih lagi pengalaman & ilmu untuk perform better time studying bachelor one fine day nanti.


I think it's better for me untuk teruskan diploma kat UiTM Kedah.Aku nak grad diploma & attend grad ceremony dengan kawan-kawan aku satu masa nanti,InsyaAllah.Hope people around me will strongly support my decision. I promise to give,to perform,to do,to work, & definitely to study with my very best for the rest semesters. Just believe in me.

Result Sem 3

Assalamualaikum

Hey guys.You know,harini resut UiTM keluar & happy?50-50 but still bersyukur.Alhamdulillah.Takde ape nak dicakapkan since result drop gila2 punya.What to do.Ni mesti usaha tak cukup.Seperti yang dijanjikan,this is my result :

klik utk enlarge

GPA jatuh gedebuk camtu je.Paling tak boleh blah,tengok arrow tu.Those two subjects dah terbalik gred! Serius tak sangka multimedia boleh dapat A & clueless kat web design tu.Curious.Part mana yang aku silap? I thought I'll fail the IMD205 & grab such a good gred in IMD208 but obviously dah flip-over.

I'm not in a good mood today.I'm sorry. =[


P/S to myself : Siap sedia untuk struggle SEM 4 nanti,Shasha Yatim.!

Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...