Thursday, October 25, 2012

Semester 5 : Diploma Habis dah!

Assalamualaikum.

Hey guys. Anyonyot lamanya tak jumpa. Rindu baq hang *hug hug*. Well, now aku dah selamat balik rumah, guling2 atas katil queen sendiri & officially HABIS DIPLOMA; Diploma in Information Management, UiTM Kedah. Oh yea, blog dah bertukar colour kali ni.

Well2, since aku dah habis study ni, nak cerita la apa semester 5 dah dera aku. Macam sem-sem lepas, kalau korang perasan mesti setiap entry aku akan cakap " WOI SUSAH DOW SEM NI". Something like that. Honestly, sem 5 memang susah.Yang ni betul susah. Bukan satu kata-kata yang boleh dipergunakan andaikata pointer aku sikit. No no.But, however, even so; 
Semester 3 susah lagi.

*Sorry sem 5, anda tersingkir*

Just like sem 4, sem 5 pun kena bawak 6 subjek jugak & & & yuo'lz, sem ni ada Hencik Asmad Rizal, hottest IM lecturer. Syok betul kitorang dapat that hencik. Syok pasal apa, aku takmaho bagitao.

SUBJEK & LECTURER SEMESTER 5
*Yang 1st, dia bukan cina. Tu lecturer melayu ok. Yang 2nd, dia bukan student part 1, dia betul lecturer. Yang ke-4,dia bukan Soo Young SNSD & dia melayu. Yang ke-5, tu bukan Superstar WWE.Don't freak out. 

  1. IMD 301 : Introduction to Cataloging  by Madam Hasniza Hassim
  2. IMD 302 : Foundation of Archive Administration by Mr.Wan Mohd Hafiz Wan Hasnol
  3. IMD 306 : Management of Libraries & Resource Center by Mr.Asmad Rizal Umar
  4. IMD 307 : Reference Sevice for Information Agencies by Miss Siti Nur Shahira Dahari
  5. IMD 308 : Extension Service for Information Agencies by Mr.Mohd Nor Azam Md Saleh
  6. ETR 300 :  Fundamentals of Entrepreneurship by Miss Kausar Md Isa (Sorry no photo)   
Lecturer 1,2,4,5 lecturer muda. Ni semua fresshies umur lebih kurang kakak & abang students je. Yang  tengah tu la Encik Asmad, senior lecturer.Hot stuff you'ols. Kalau tak kenal dia jangan panggil diri budak IM UiTM Kedah la. Hang boleh pi terjun lombong.


******************************************************************


IMD 301 - "INTRODUCTION TO CATALOGING"


Sebut pasal cataloging, mesti semua ingat catalog Avon. Eleh macam aku tak tahu. Sorry to say, catalog Avon ke, Cosway ke, Courts Mammoth ke semua tu takde dalam list. Catalog yang aku nak cerita ni lain. Korang mesti tahu OPAC kan?I'm quite sure that most universiti ada benda alah OPAC ni & OPAC tu salah satu form of catalog. Catalog dalam term library means ; list of library material. Bukan list of perabot jati. bukan. Kitorang kena extract semua information tentang satu2 publication tu eg.: penulis, judul buku, penerbit, etc & then susun balik ikut standard format yang kitorang belajar. Ni contoh yang kitorang buat:


Good thing, benda ni totally fun nak dibuat. Macam main coding time web design dulu. Dari part 1 kerja  membaca tak berhenti, tetiba dapat task buat benda alah ni, you know, the perasaan tu macam orang tersesat kat pulau yang akhirnya dapat bantuan. But the bad thing is, susah nak score full mark. Titik tak boleh tinggal. Format tak boleh salah. Ada nama writer yang kena terbalikkan, ada yang tak perlu (kena pandai agak). Benda alah ni banyak songeh. Siapa terer buat, dia akan rasa subjek ni paling senang. Siapa tak reti, ini adalah nightmare. Then, time final exam, kitorang dapat permission bawak buku tau. Open book exam yuolz. Korang hader? Miahahaha. Tapi guys, buku ni, serius, buat semak kepala, ada yang tak bukak pun. You know why? 


Benda yang nak dicari kecik semut, buku dia tebal kek Secret Recipe.Mau tak setengah jam cari


  • Subject Difficulty Level : 1/ 2/ 3/ 4/ 5/ 6/ 7/ 8/ 9/ 10
  • Assignment Difficulty Level : 1/ 2/ 3/ 4/ 5/ 6/ 7/ 8/ 9/ 10



IMD 302 - "FOUNDATION OF ARCHIVE ADMINISTRATION"

Subjek ni lebih kurang subjek sem lepas, subjek Records Centre. Subjek tak susah sangat.Yang susah assignment dia. Kitorang kena baca sekurang-kurangnya 5 artikel mengenai isu dalam Arkib, kaji, fahamkan & then compresskan 5 artikel tu dalam 1 artikel, buat ayat sendiri, tak kurang 5000 words (beriye je. Padahal 4,500 words pun dah ok). Yang tak boleh blah, nak copy ayat dalam artikel-artikel yang dikaji tu pun tak boleh. Kena paraphrase yuolz. Tension gila time tu. Dah la tengah raya. Submit betul-betul lepas raya. Memang tak beraya la. Cis.

Assignment Group, kitorang di-assignkan untuk pergi menyebok kat Arkib Kerajaan mahupun Swasta untuk buat research & interview depa camna depa uruskan arkib. Dari proses, bahan-bahan, bajet sampai ke staff semua celah kalau boleh Sir Hafiz nak tahu. Kffoine. Then kitorang (Aku, Asmidar, Atiqah, Sarah, Murni & Naem) decide pergi ke Rumah Kelahiran Mahathir Mohamad, Alor Setar, Kedah.Jyeah.

Okay nampak gomok. Dah diam diam diammm semua

  • Subject Difficulty Level : 1/ 2/ 3/ 4/ 5/ 6/ 7/ 8/ 9/ 10
  • Assignment Difficulty Level : 1/ 2/ 3/ 4/ 5/ 6/ 7/ 8/ 9/ 10




IMD 306- "MANAGEMENT OF LIBRARIES AND RESOURCE CENTER"

Takde menda lah subjek ni. Well, most of the reason why was because of the lecturer dia jugaklah, Sir Asmad,The sempoi-est of the sempoi-est lecturer ever. LEGEND. Subjek ni sembang pasal library. Agak bosan & seriously banyak kena baca. Bab assignment, no research, no exhibition, no interview, no public service, no everything but Google & kepakaran mengGoogle sebab kalau anda tak pakar, benda jadi susah. Kesimpulannya, IMD306 tak banyak cekadak. Cuma final exam dia la pening sikit sebab nota dia tebal & banyak & tak-berapa-seronok nak dibaca. Done.

  • Subject Difficulty Level : 1/ 2/ 3/ 4/ 5/ 6/ 7/ 8/ 9/ 10
  • Assignment Difficulty Level : 1/ 2/ 3/ 4/ 5/ 6/ 7/ 8/ 9/ 10




IMD 307 - "REFERENCE SERVICES FOR INFORMATION AGENCIES"

Macam IMD 306, library jugak dia dok sembang. Nota dia paling rocks, sikit gila yuolss. Tapi bagi aku, the least is the worst sebab kena cari explanation sendiri.*Dasarrrr pemalas* Tapi  betulla, memang rasa sejuk mata memandang tengok nota yang sikit tu, but then dekat nak final exam la sibuk lenguh-lenguh sendi otak fikir nak elaborate apa time exam nanti sebab kebanyakannya cuma KeyPoint je yang nota tu bagi. Sad true story. Pasal assignment; tak hardcore sangat. Cuma time presentation la soalan dia, membunuh yuols.

  • Subject Difficulty Level : 1/ 2/ 3/ 4/ 5/ 6/ 7/ 8/ 9/ 10
  • Assignment Difficulty Level : 1/ 2/ 3/ 4/ 5/ 6/ 7/ 8/ 9/ 10




IMD 308 - "EXTENSION SERVICES FOR INFORMATION AGENCIES"

Subjek baru untuk kami; student *OBE. Very the banyak kegedikan okay subjek ni. Tengok nama subjek la; "Extension Service". Extend service ke luar untuk serve community. Kena menyebok kat tempat lain promote library. Subjek ni pun kearah-arah library jugak  tapi takde la library sangat macam IMD306 & IMD307. You know, library, selalu yang kita nampak diorang susun buku, serve kat counter, jaga pinjam-pulang bahan pengguna,right? Well sebenarnya tu semua duniawi eh, visually je camtu.Yang korang nampak mobile library lah, bookfair lah, book fest lah, tu semua kerja library la; extend the library services outside of the building. Jyeah. ligat dan tangkas bergerak untuk kecemerlangan nasional you know. *ok dah aku merepek apa tak tao.

About the assignment, yang individual tak susah sangat. Yang group, agak mengada. Kitorang kena pergi ke agensi luar, mana-mana agensi lah; tadika, sekolah, library-library lain,or maybe taman perumahan untuk promote library universiti kitorang; Perpustakaan Sultan Badlishah. Dah pergi tu, we got to record all the activity, edit elok-elok & hantar dalam bentuk CD beserta report ringkas yang support video tu kalau-kalau lah  sir tak faham dengan apa yang kitorang cuba nak sampaikan. Then, we (Aku, Atiqah, Sarah, Murni, asmidar & Awang) decided untuk buat extension service kat Tadika Pasti Al-Ain. (motif sebenarnya tadika tu selang 4,5 rumah je dengan rumah sewa kitorang. Takyah pergi jauh-jauh).

*Preparation*

Budak-budak tadika ni serius comel-comel >.<

  • Subject Difficulty Level : 1/ 2/ 3/ 4/ 5/ 6/ 7/ 8/ 9/ 10
  • Assignment Difficulty Level : 1/ 2/ 3/ 4/ 5/ 6/ 7/ 8/ 9/ 10
*OBE : Outcome-Based Education, Batch yang habis takat 5 sem je.



ETR 300 - "FUNDAMENTAL OF ENTREPRENEURSHIP"

Last but not least, the NIGHTMARE. Ini adalah nightmare kepada nightmare yang nightmare dalam nightmare. Honestly, aku tak suka subjek ni. Tengok tengok tengok betapa jujur dan tulusnya aku. ETR adalah subjek business & aku tak suka, tak reti business. Bukan tak pupuk, tapi sorry. Just plain tak suka. Bila dah terjebak, terpaksa la buat-buat suka. Kisah cinta yang complicated, no?

Alkisahnya, technically & practically subjek ni memang susah sebab kitorang dari 2 tahun yang lepas tak disogok dengan benda in selain libarary & komputer.So, Bila dah 2 tahun dok tepu dengan dua benda alah tu, nak belajar benda lain semua dah jadi slow motion ESPECIALLY anything berkaitan dengan numbers. Memang karat habis. *lebih-lebih lagi aku la yang lembab sangat tang math* ETR ni belajar sejarah perniagaan, basic perniagaan,  lesen perniagaan, akta perniagaan, & bina perniagaan. Bab 'Membina Perniagaan' tu, we got to apply it. That's our assignment & makanya terbinalah (terbina dowh) :

Avancer Printing Service Enterprise

Semua student yang ambik subjek ni, kena reka satu perniagaan yang looks so real untuk present kat Bankers to gain funds atau investment. Thus, kitorang dikehendaki sediakan satu proposal setebal LEBIH 100 muka surat, dan ramai-ramai present perniagaan kitorang dalam dewan besar (VIVA). Sounds fun, tapi seriously, ianya tidak fun. Usah terpedaya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Okay okay, fun la jugak. Bila dh hantar proposal, dah siap di-evaluate, memang aktiviti ni fun.Pergi kedai tu, pergi kedai ni, pergi lawat booth kawan, pergi beli-belah semua. Yang nightmare-nya bab siapkan proposal tu. Proposal tu seeeeerius susah dengan financialnya lah, forecast sale lah, belum nak edit lagi yang beratus-ratus page tu. 


Pictures may tell you better camna keadaan VIVA (pronounced as "Vaiva") dalam dewan hari tu:


*Ahli JawatanKuasa*


*With my dearest friend; Amira Sehhuri*

*Antara syarikat - syarikat lain*

*Classmate buat Pet Shop. Kucingnya GOMOK*

*Syarikat lain jugak*

  • Subject Difficulty Level : 1/ 2/ 3/ 4/ 5/ 6/ 7/ 8/ 9/ 10
  • Assignment Difficulty Level : 1/ 2/ 3/ 4/ 5/ 6/ 7/ 8/ 9/ 10


And... I think thats all kot buat masa sekarang. Since aku ada banyak masa lapang, nanti aku cerita baaaanyak lagi pasal DIM, pasal UiTM Kedah, pasal result. RESULT? Yeah, dengar cerita 9 Nov ni keluar. Aku dah start nervous wehh. Aku takut gila sem ni. GILA. G.I.L.A. Harap-harap lecturer semua berhati over-mulia la sem ni. =___________='

Ok guys, See ya. :3

Sunday, August 12, 2012

Tips buat Presentation di Universiti

Assalamualaikum

Good day everyone! Good day Keane! Good day HTC! Fantastic day PSP! Shasha Yatim's back with another crap idea for you my beloved readers. (except you orang tua gatal.I hate you). Bangun pagi-pagi weekend with nothing to do,so I decide to update this lame blog .

Selalu dengar pasal assignment, but how about presentation? What is presentation by the way? Aku tak tahu presentation kat tempat kerja macam mana, tapi dalam universiti, apa yang aku pahampasal presentation, benda ni satu aktiviti yang buat gelabah orang,yang buat students tak senang duduk bila dapat undian pertama dan tak puas hati bila dapat undian  last (come on lah, last.Siapa nak dengar??) & yes,we have to babble depan numbers of student (depends on lecturer lah nak set audience kita berapa ramai), with a/some panel(s), with a report supporting our presentation. 

Mengikut pengalaman aku, semakin naik sem, semakin kita tak sibuk2 nak practice untuk presentation & lebih sibuk habiskan masa buat report sebab, markah report lebih BANYAK dari markah presentation. & plus, why tak practice? Ada banyak sebab kenapa.Some of them;
  • Sebab dah biasa sangat present.
  • Sebab dia terer BI.Takat nak terangkan projek dia,celah gusi je
  • Sebab diorang dah tau lecturer diorang tak suka presentation lama-lama. So what point practice?
  • Sebab diorang memang faham projek yang dibuat & no probs nak explain project anytime,anyway.
  • Sebab report tak siap lagi.WOOPS aku terasa.
_______________________________________________________________________________________________________

COOL TIPS!

1. SIMPLE 
Harus diingatkan presentation adalah pembentangan & ringkasan report.Jangan letak SEMUA benda dalam presentation. Tujuan kita present pun cuma nak kasi overview, nak terangkan secara ringkas apa projek kita sebenarnya.Letak isi-isi penting sahaja.Come on guys, presentation bukan movie Johnny Depp. Ianya boleh jadi sangat boring.Takda siapa sukakan detail yang terlebih-lebih dalam presentation. Selalunya pun, lecturer akan suruh kita skip skip and skip sampai la part yang penting atau part yang dia suka. 




2. DESIGN
Hmm.Slide presentation tak perlu fancy sangat rasanya?Aku rasa it's better ambik satu design apply kat semua slide.Lain slide, lain design seems...pening.Kejap kuning, kejap biru, tuptup pelangi pulak.Rules asas buat slide presentation ; 

BACKGROUND GELAP + TULISAN CERAH 
BACKGROUND CERAH +TULISAN GELAP

Kita nak bagi orang nampak dengan apa yang kita cuba nak bentangkan. Biar slide simple, TETAPI kemas. Kemas tu paling penting. Crowded memang nampak funky , nampak comel tapi seriously audience yang tengok tu harap2 korang cepat habis present.




3. FONT
Macam assignment, tulisan tak perlu liang-liuk sangat lah kan? Bezanya assignment & presentation, kita bebas pilih font apa.(Ni berdasarkan pengalaman. U lain tak tahu ok?) Pastikan tulisan yang anda pilih bersaiz besar & senang dibaca. Tapi tak perlu la sampai saiz 72 kkken. Pandai2 la adjust. Tulisan yang direcommend : Arial, Calibri, & Tahoma. Another thing is, kalau pakai font yang terlampau fancy pun, dikhuatiri tak ngam dengan komputer U. Kalau nasib baik, komputer akan convert tulisan ke Times New Roman atau tulisan lain yang available TAPI kalau nasib tak baik langsung semuanya jadi macam ni :

Fgerybnghydkfxtnzfdkgvbgfhtilsmzbjfjn,.y

tak memasal kan? So, better ambik tulisan common je.






4. MULTIMEDIA (text, audio,graphic,picture,motion picture)
Presentation yang sangat biasa takkan menarik perhatian orang. Apa dia presentation "biasa" tu? Presentation yang hanya ada TEXT.Hello guys,knock knock.Tengok presentation orang,learn.Kalau kita rasa mengantuk dengan presentation kawan, jot down what's wrong, cakap kat diri sendiri & ahli kumpulan; 

"Weyh,kita tak akan ikut cara kumpulan boring nak mampuih tu present!"

Berdasarkan pengalaman yang ada, video is hotsetapp dalam presentation.Sangat attractive.Lagi2 kalau letak video di awal2 presentation, diorang akan rasa "Wow.Something different!" Video kat sini means bukanlah video Boyprenn JastinBeber tu okenggg. & kalau nak insert music, dinasihatkan letak instrumental yang rancak. Senang cerita music disco detak2 yang takde orang nyanyi. Serius catchy. Tapi tapi tapi tak perlu kot letak music dari awal present sampai habis. Letak kat slide2 tertentu je.




5. VOICE
Suara sangat mainkan peranan penting. Siapa ada suara yang kuat dan bersemangat waja penuh ketokohan yang jitu  selalu dapat tarik perhatian audience. Macam Marissa, Syafiq Osman, (eh macam korang kenal) antara classmate aku yang ada kualiti tu. Sometimes cakap cecece je tapi sebab suara tu volume tinggi, orang jadi nak dengar & selalunya jugak, yang suara kuat semangat2 tu lah penyelamat markah presentation.So, please. Untuk presentation, pergi campak kejap rasa nak sorok suara emas korang tu. Perform yang terbaik. Lepas tu nak sorok, pergi sorok. Nak simpan dalam tupperware pomboley.Takda kena tindakan tatatertib.






6. ATTIRE
Selalunya benda ni takda masalah la kan. Semua orang tau presentation time is formal attire time Girls  dengan baju kurung & guys dengan kemeja with tie.means here no slipper,no round-neck T, no jeans & such. Cuma lagi best kalau pakai blazer. Kalau nak pakai suit macam Barney Stinson pon hokay. "SUIT UP!". Siswi kalau present selalu pakai baju nak satu tone colour je kan. Alolo cam aku taktaw. Untuk group presentation aku selalunya aku tak buat benda alah tu. Ada lecturer suka, ada lecturer tak suka (dia prefer colourful). Nasib korang lah.






7. NOTES
Simple notes yang dibawa time present. MOHON. Mohon jasa baik anda sangat-sangat untuk tidak bawak kertas kajang mahupun kertas tisu tandas pergi present kat orang. Paling hebat korang boleh bawak, sticky notes kuning tu. Sebab apa, semakin banyak nota yang korang bawak, semakin bertambah ke-ber-gantungan anda terhadap nota-nota tersebut, and and and lama-lama eye contact tah kemana, body gestures tah kemana, interaction tah kemana sebab sibuk sangat tengok nota. Explain sikit-sikit dah la. Kalau aku sendiri lah pun, tengok orang present gaya baca nota cenggitu, tak bernafsu nak tengok. Pergi tandas godek-godek tudung lagi berbaloi lah Kiah. So, guys kalau boleh, elakkan bawak nota panjang langsir. Like seriously tak cool.






8. PROPER INTRO
Intro sounds simple and something yang "buat budus-budus dah laa" tapi introduction of presentation la masa terbaik untuk buat audiens anda lekat sampai ke akhirnya. Intro yang berkesan bukan intro yang panjang galah. Greet audiens dan panel dengan suara yang kuat dan clear, introduce member dengan nama penuh. Lagi satu, time introduce member, nama introducer supposed to be yang paling last disebut. Tak faham? Ok meh sini aku explain cara ringkas :

 COMMON ORANG BUAT
 "And now let me introduce the group members; Me, Ponah and besides me, Derus, Piah, Jenab, & Seman."

SEBETULNYA 
"And now let me introduce the group members ; Derus, Piah, Jenab,Seman & Me, Ponah."

Aku dapat tahu pun time semester 3 dari sorang lecturer,time presentation. Start dari time tu, kitorang semua ikut rules "KKDBA" (Kawan-Kawan-Dulu-Baru-Aku).





9. TERSILAP/TERSASUL

Ni punya masalah, yang aku perhati banyak jadi kat siswi. Silap sikit, terkikikiki malu segan bagai, habis sepuluh minit. Doihhh. Kalau tersilap, just say sorry and proceed la girl. Sumpah la audiens tak suka korang bajet malu kat depan. Nak gelak sikit gelak la, I mean sometimes pun audiens gelak tapi dahtu terus la jalan. Benda ni annoying tahu. Lagi-lagi klau tengah kejar masa & banyak lagi group tak present, aku rasa nak je tonyoh rendang ayam kat muka pesen-pesen macam ni. To make things simple, kalau tersilap cakap, atau terbabas tah kemana-mana, first say sorry, nak gelak sesaat duA gelak la kejap kasi cover malu sikit, then terus dengan apa yang kau nak sampaikan. Done. Terkeke lama-lama, tidak ideal.



Kesimpulannya, buat presentation taklah susah macam nak buat assignment just benda ni masalah besar la buat orang yang selalu gelabah teruk tang kena cakap depan orang ramai. Benda tu,pada akulah bukan satu masalah besar. I mean, masalah yang tak boleh diselesaikan . Kalau takde self-confidence, sem by sem keyakinan diri tu sikit-sikit akan terbina sendiri. so, takyah risau sangat lah.

Kalau gelabah, cara paling common aku buat, aku kaburkan pandangan aku supaya aku nampak audiens samar-samar je, & tapak kaki aku tekap kuat-kuat kat lantai. Lagi satu cara yang aku wajib guna, tips yang aku dapat time sekolah menengah dulu khas dari kawan aku, Nor Izzati Jahini, aku set kat minda, audiens aku ni semua kawan-kawan aku,  lecturer aku, tak makan orang & diorang bukan bukan siapa pun yang aku nak takut sangat. With that mindset, setakat ni aku taklah gelabah teruk tiap kali nak present. Okay guys, thats all from me, setakat ni. See you next entry!

Wednesday, May 16, 2012

Tips Buat Assignment

Assalamualaikum

Hello Ladies & Gents. May you guys have a good day today. Cuti sem dah nak habis.Cuti sem part 4 memang betul2 rasa macam cuti sebab tempoh break kali ni lama kot.Tak pernah2 cuti sampai 2 bulan setengah. Thanks a lot lah ye UiTM. Kesempatan ni aku nak ucap congratz jugak kepada bakal student IPTA, especially UiTM ,double especially bakal student Information Management & ultimate special congratz to bakal student UiTM, jurusan pengurusan maklumat kampus Sg.Petani. Jyeah.



Well,Tengok tajuk atas tu. Tips assignmenting for U students.It's not me being so superb in this assignment thingy but i feel that it would beneficial,helpful to share some of my knowledge & tips as it has been about 2 years since I started this higher education. These tips written specifically for fresshies on how to finish all this documentation task in the university because ordinary school task with university assignments; not even an inch close in similarity. Aku tak tahu macam mana assignment universiti lain disiapkan, tapi aku rasa tak jauh beza pun.

HOT TIPS!

NAMA UNIVERSITI

1. Untuk pelajar Universiti Teknologi Mara; cover page jangan gatal2 tukar nama universiti. I mean, memang UiTM dihatiku tu full-english,tapi time buat cover page assignment, kekalkan UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA. Bukan Mara University of Technology, or something like University Technology Mara. No.No.No. You do it wrong. Memang sounds superb.I know. Tapi sila ikut ejaan asal ye & susunan elemen2 penting dalam cover page assignment supposed to be like this ;


NAMA LECTURER

2. Mohon taip/tahu/hafal nama lecturer dengan ejaan yang tepat dan betul. Dah dok hafal tu, ingat sekali lecturer tu ajar apa. Jangan nanti nama lain, subjek lain. Awwyea. Free2 je hilang markah. Ada lecturer yang cukup pantang. Boleh kata most of lecturer cukup tak suka nama diorang salah di-eja. So, guys, bila lecturer tulis nama dia kat papan putih time sesi pengenalan tuh, rajin2 kan la tulang 40 kerat korang salin. Lagi satu, takmoh gatal2 letak nama FB mereka okeng. 




FONT STYLE

3. Standard assignment UiTM, Times New Roman;12;Justify ATAU Arial;11;Justify. No no no jangan set tulisan Comic Sans, Helvetica,Georgia,itula inila, ikut apa yang diminta dalam assignment guideline. Tau comel tulisan tu.Tau..memang cantik pun tapi those tulisan tak menampakkan formaliti. Dan lagi, kalau dah pilih Arial,sampai kesudah Arial SAHAJA. Jangan nak menggatal tajuk Times New Roman, pengenalan Arial, reference Times New Roman."Eh aku cepuk laju2 jugak budak ni" (cakap bagi pihak lecturer)


IKUT GUIDELINE

4. Buat assignment ikut apa yang diminta. Takmoh sesuka sesedap hati nak buat nipis2 atau setebal-tebal alam. Kalau dia minta 25 pages sahaja, buat 25 page.(Haha,group assignment aku sendiri pernah terlajak sampai 40 mukasurat). Kalau takde limit,anda punya pasal nak buat tebal kamus dewan takde orang heran. Dah buat tebal-tebal tu,reti-reti kan la diri buat page number yang jelas & table of content yang tepat. Buat tebal-tebal ni tu lah masalahnya. Payah sikit nak buat table of content kalau tak tahu cara mudah dia.


REFERENCE

5. Reference. Awwwyeah. Setiap assignment wajib letak reference kat penghujung assignment.Nak tau reference tu apa?Reference tu rujukan.Miahahaha.Okeng saja buat lawak tak jadi. 'Reference' tu kira rujukan yang kita guna time buat assignment.Tak kiralah buku,journal,database,internet SEMUANYA kena letak kat bahagian reference.Kita kena letak tahu! Hargai sikit depa tu dah bagi kita idea buat assignment.Kat Microsoft Word ada kemudahan buat reference tapi aku tak reti guna. Sila buat citation dengan betul.Ingat,lain sumber lain caranya.Cara nak buat reference untuk buku lain dengan cara nak buat reference untuk Online database.Standard sekarang style APA (American Pshycological Association). Dahtu,susun ikut abjad. Jangan justify-kan reference & buang hyperlink. Budak2 baru memang tak paham kot, tapi ni budak tua kat U ni, buat reference bebetul yeap. Markah tu.


FORMALITY

6. Assignment tak payah colourful sangat kot. Aku tahu jiwa kanak-kanak korang yang masih tebal tu nakkkk sangat buat assignment yang berkonsepkan riang-ria.Macam nak letak je pelekat2 Sailormoon kat bahagian tepi-tepi assignment yang kosong tu konnn.Oh please jangan.Sila tahan diri okeng. Assignment kan boleh kata something formal la jugak , therefore, tunjukkan professionalism dalam assignment tu. Boleh nak letak colour. Aku sendiri tension tengok aku punya assignment dull gila hitam putih.Ohello, I'm not in zaman Charlie Chaplin. Then, aku pilih 1 tema colour sahaja. Kalau oren,oren sampai ke sudah. Dalam kes colour2 ni, JANGAN sesekali colour isi assignment.Content, biarkan hitam.Boleh rujuk cara aku mengkalerkan assignment kat entry INI.



BACK-UP

7. Buat back-up.Anything can happen.2 orang kawan aku hilang laptop time assignment tengah menggunung. Tambah parah assignment kena hantar 1-2 hari kemudian. So korang buat back-up sebanyak2 nya.Apelah sangat assignment tu. Takat 100-200 kb je payah nak save. Movie berGB boleh plak simpan.Cakap pasal back-up ni, dah banyak kali jadi kat kawan sendiri, kerja dah siap, dia pi transfer ke pendrive & delete yang kat computer tu. Bila check dalam pendrive, file takdek ataupun kunfayakun pendrive hilang.Allahuakbarukabira. Nangis air ribena pun dah tak guna time tu. So kenkawang, selagi assignment tak hantar, JANGAN GATAL pergi delete yang kat komputer tu. Tak berat tak komputer.


EXTRA EFFORT

8.Buat assignment sebaik mungkin. Buat apa sahaja yang membolehkan korang dapat extra marks.Aipp,bukan bodek2 ye! Kalau lecturer tak mintak pun, bagi/letak/attach/tambah selagi benda tu relevan dengan apa yang dikehendaki. Kita tak tahu kalau benda tu akan bagi kita markah tambahan. At least boleh cover markah reference atau content yang macam gonjeng tu. For example, sir mintak plan bangunan syarikat yang kita tubuhkan. Stop. Tahu dia tak cakap banyak, tak mintak lebih2, tapi inisiatif kita sendiri untuk buat plan tu cantik ,kemas, colourful,dan print dalam bentuk A3 supaya senang lecturer nak examine. Letak diri sendiri sebagai lecturer. Opkos kita rasa puas hati kan kalau banding dengan hasil kerja orang lain yang hitam putih, comot, & buat gitu2 je.


PROPER CONCLUSION

9. Yang ni aku baru tahu,kalau buat assignment; bahagian "conclusion" kena 1 perenggan sahajaAda lecturer yang tak kisah tapi sila jangan buat tak tahu dengan rules ni sebab kita bukan tahu pun lecturer tu kisah tak kisah. Tau2 markah keluar. Hukhukhuk.Tak memasal kena tolak markah dalam assignment sem 4 haritu. Dahtu conclusion kalau boleh ringkas tapi detail. Jangan pendek sangat & jangan berjela-jela sangat. Tu bukan conclusion dah tu Kak Jah.




PUNCTUALITY

10. Hantar assignment ikut tarikh yang ditetapkan. JANGAN HANTAR LEWAT.Tolong disiplinkan diri ye hantar assignment tepat pada masanya. Takde lecturer yang suka. Selalunya markah assignment akan di-deduct ikut hari, ada yang ikut jam dan kalau lecturer anda En.Sufi Alawi Idris, tak payah hantar.Your mark does not even exist kalau hantar lambat. Jangan tak memasal hilang markah sebab hantar assignment lambat tanpa sebab. Sangat tak ideal okeng.



So korang, jangan buat assignment sambil lewa. Kita tak tahu final macam mana besok.Susah senang dia kita mana boleh agak .Selagi boleh pulun assignment ni, pulun sampai taknak-taknak. Buat sehabis baik,sedetail mungkin kasi markah course work tinggi. Pegang ni "1 markah, 1 kilo emas". 1 markah bezakan kita A atau tak, kita fail atau tak,kita dapat Anugerah Dekan atau tak,kita dapat Anugerah Naib Canselor atau tak.Jangan main2 dengan 1 markah. I think that's all.Lepas ni maybe aku boleh bagi tips untuk presentation.InsyaAllah.Ok guys. Seeya!

Friday, April 27, 2012

Result Sem 4's out!

Assalamualaikum

Hey y'olls.Welcome back to the regular readers, big bright hello given to you first timer & I'm expecting friends,relatives here,so do the UiTMers & UiTMers-to-be. Result UiTM baru keluar pagi tadi. Pukul 5 lagi aku dah bangun bukak e-mail (UiTM bagi result thru e-mail student so that takde student bising system hang) Tak kuasa mak jah nak mengamuk2 pukul 9 pagi kat student portal tuh. Biasa ah.Masa2 kritikal camtu memang perangai gonjeng dia la nak jammed2 macam pagar sekolah time budak balik.

Alhamdulillah, no C+ for this sem. Not a very good pointer for me, CGPA keep running down the hill. Too much A- & in a nutshell, this sem's result dissappointing.

*Click to enlarge

Kepada student part 4 sem depan,seriously sem 4 banyak baca.Banyak sangat.Nak termuntah itu normal.Pening2 tu wajibulghunnah.Jangan risau.Tak payah cek doktor. Untuk batch kami, killer subject tu..tu yang IMD256 : Management of Records Center tu. Lebih killer dari IMD259 : PC Maintenance. Semester 4 best sikit, & relax lagi dari semester 3.Dowwory lah.

Tu je nak cerita.Down sikit sebab tak capai target.To IMers Part 4 sem depan,silalah grab pointer lebih baik dari Shasha Yatim nih.Yukenduwit.Yeah.Uhuh

P/s: Next stage,Final Semester.Smells Like Senior Spirit! InsyaAllah 4flat! <-- berangan tu harus.

Tuesday, April 10, 2012

I'm back : SEMESTER 4

Assalamualaikum

Hola hey male & female sekalian. Lama GILA tak update.Last pun Februari.Malas nak update sebenarnya.Banyak draft je.Banyak GILA.(Gila lagi). There are so much things to talk about but when the laziness takes place, kthanksbai la jawabnya. Lagi2 dah ada twitter yang way simpler dari blog lagi la cam makruh nak update benda alah oren ni. Siapa ada twitter boleh la follow.Tu kat tepi kiri tu,ada box kicik kaler biru,klik je.

SEMESTER 4 DIP.in INFORMATION MANAGEMENT.

Actually aku nak cerita pasal semester 4; assignmnet,research yang tak berapa nak research, majalah yang tak rupa majalah & barisan syarikat2 impiana ciptaan sendiri yang melalut tahap dewata monyet.Kalau sem 1 aku boleh kata "Sem Macam2 Hal", Sem 2 "Sem Research", Sem 3 "Sem Kreativiti", Sem 4 ni secara ringkasnya boleh la aku klassifikasikan sebagai "Sem Bina Syarikat".  Sebab dalam 6 subjek, 5 of them perlukan kitorang merepek meraban cipta organisasi sendiri.

  1. IMD 253 : "PHYSICS FACTORY RESOURCE CENTER"
  2. IMD 256 : "AMBESTEN RECORDS CENTRE"
  3. IMD 257 : "AMBESTEN PUBLIC LIBRARY"
  4. IMD 258 : "THE SEASON MAGAZINE"
  5. IMD 259 : "AVANCER SDN.BHD"
IMD253 ni alkisahnya,kita kena create satu pusat sumber yang khusus untuk SATU subjek sahaja & aku pilih Fizik.Apekehal pilih fizik,aku pun tak tahu padahal tak suka gila dengan Sains.Dapat je assignmnet tu,rasa cam excited gila nak buat sebab kepakaran aku ialah berangan & kompom lah bila berangan tuh,dia punya plan fulala extravaganza dia takyah cerita.Konon nak buat pusat sumber tu macm perpustakaan Vatican.ceh.

Ni ha Vatican Library

Tapi biasa ah,nama je berangan.Bila nak make it real,tergetik2 nak buat.Last2 tak jadi apa pun dengan plan yang langsung lari dari konsep 'Istana Takashi' kononnya tu, dengan report yang fbvzxhytikdmn sebab nak kejar submission assignment lain yang berlambak2.In summary,ni je yang sempat dibuat.




First time buat report individual sampai 60 muka surat.Boleh kata nightmare jugakla assignment 253 nih sebab assignment lebih 50 page selalunya untuk kerja group je.Alhamdulillah dalam kalut2 siapkan benda ni,I got markah yang memuaskan jiwa raga.AligtorGozaiemas lah Madam Hasniza.

_______________________________________________________________________________

IMD256 pulak.Oyyeah.Ni lagi lah.LAGI NIGHTMARE DARI 253.Kitorang decide letak nama "Ambesten" means "The Best" in Germany.Nak pilih nama pun lahai;ambik masa berjam2.Sebab kitorang nak nama yang ringkas tapi sophisticated & sounds corporate.Ada macam2 nama yang cadangkan,yang paling pffft; "Cahaya Melati Record Centre".Bhahahaha.Joke of the sem.Kesian yang cadangkan tu.Sampai sakit perut kitorang yang lain gelakkan.Ni logo 2 minit Ambesten Record Centre.

Lawa ke lawak,sukati korang.

Ikut pandangan peribadi aku la,assignmnet ni lah yang paling susah nak buat.Dengan lecturer 'killer' yang evaluate time presentation,semua celah dia nak komen;

"Kenapa camtu?"
"Kenapa camni?"
"Eh,kamu salah buat."
"Kenapa tu letak kat sini?"
"Macam mana kalau bla bla bla."
"Benda supposed tu kat sini,kat situ,kat sinun.." 

Memang kitorang tak target banyak la kat final project subject record ni.Lagi2 konsep organisasi kitorang agak terpesong 30 darjah,hm habesla report.Actually kitorang fikir yang output takde masalah.Sampaila time presentation,saat2 dah nak cakap thankyou tuh,sir tanya (yang betul2 dalam bahasa Inggeris la) lebih kurang camni:

SIR HAFIZ :" Siapa customer Record Centre yang kamu tubuhkan ni?"
KAMI           :"Kami terima klien dari semua organisasi; kerajaan dan swasta"
SIR HAFIZ :"Jawapan kamu salah.Record Centre kamu ni syarikat swasta bukan?"
KAMI           :"Ya."
SIR HAFIZ  :"Jadi klien kamu cuma syarikat swasta.Rekod kerajaan hanya diuruskan agensi    
                       kerajaan.Mereka tak akan jadi klien kamu.


*Sheyyd.We're dead*

Haha.Apa pun benda dah lepas.Kitorang punya projek boleh la kata simple dengan bajet lebih kurang 3 juta.Ada yang sampai 50juta.100juta pun ada.Kelakar gila tengok diorang merepek sampai camtu sekali.Dalam assignment ni,Sir Hafiz paling tekankan layout,I mean plan bangunan & depan kitorang sendiri he said that dia kind of puas hati dengan layout Records Centre kitorang.Terima Kasih pada arkitek kitorang yang berwibawa; Wan Nur Athira! 

Cantikkan Athira buat? Jeles!

Kalau korang tengok kelas lain buat,fulala best2 projek diorang.Ada yang presentation full mark. Ada student yang salah course.Haha.Man,diorang pandai gila kot reka guna software tah apa2 yang aku pun tak pernah dengar.Macam student architecture dah aku tengok.Dah pergi blah la kau.Dahtu ada yang siap buat model betul2 lagi.Ni lagi aku respect.Tengah busy melampau boleh lagi dia create model tu.caiss.

_______________________________________________________________________________

IMD257 punya cerita, tak lari banyak dari kisah lagenda IMD253 kat atas.Kitorang kena establish satu Information Agensi (sama ada Perpustakaan, Arkib, Muzium, Information Centre, atau Record Centre) & sebulat suara kitorang pilih nak buat Public Library.Nama public library sama macam Record Centre; Ambesten Public Library.Malas dah nak cari nama lain

.It was actually aku tak banyak involve di sebalik tabirnya sebab part assignment yang aku dapat time undi2 tugas tu agak senang. Sir Azam yang ajar subjek ni pun tak la cerewet sangat macam Sir Hafiz yang perfectionist.harharhar.So that,everything berjalan lancar.Dalam busy ya ampun tu,assignment sempat di submit dalam masa yang ditetapkan.Sekali lagi Wan Nur Athira mengganas dengan skill arkitek dia yang owsum tu! Tengokla dia buat.Kemas.

Plan Ambesten Public Library



_________________________________________________________________________________

IMD258 yessza favourite betul aku dengan subjek ni.Tapi tak score pun.Carrymark kemain sikit.Hahaha.Untuk final project, we have to form a group of 3 & create a 15 pages magazine.Sikit je tapi nak buat dia,MasyaAllah. & harus di-state-kan kat sini, kitorang start buat betul2 sehari sebelum submit.SEHARI.SEBELUM.SUBMIT sebab terlampau busy dengan assignment lain & final test yang macam tak menyempat2 nak held.Yang tu,cerita nanti.Dahtu lagi kitorang kena guna Adobe InDesign yang complicated tuh pulak.shissh.Dah buat majalah,kena buat report lagi.Haiyaa.Time tu pun,dah study week dah.Orang lain semua dah balik,budak IM still kerja lagi.

Kepada non-IM readers,
"Sesungguhnya student IM sangat terer deal dengan masa.Lebih-lebih lagi student lelaki."


Regarding majalah yang kitorang buat,actually that was a gadget & technology magazine.Sangat2 menggoda jiwa raga & menusuk kalbu buat majalah ni sebab aku gadget-addict.Haha.Sebenarnya susah jugakla nak buat assignment ni sebab 70% wajib tulis sendiri & gambar sendiri.Tak buleh gugal gugal.Tu lah yang jadi masalah sebab kedai komputer tak nak cooperate.Diorang tak bagi kitorang ambik gambar.Gambar diorang (staff) pun tak boleh.Macam la aku nak perasap.

Dah la kitorang buat last minute,lepas tu yang evaluate presentation.ARGH! Lagi dahsyat nak mambo dari Sir Hafiz.Ada kelas lain yang sampai nangis2 kena bambu.Fuuulala.Soalan Sir Mahadi berdas-das.Kitorang kat depan ni meletup-letup nak menjawab.Dia tanya pasal InDesign lagi satu hal.Ya Rabbi.

Ni kitorang bergambar sebelum kena hentaman padu time present.

SEMIDOT-SHASHA-MURNI


Nama majalah "The SEASON".Orang tanya kenapa The Season,sebab kitorang fikir gadget macam cuaca,ada pasang surut.Ada hot & cold dia.Nak letak "Gadget" semata-mata macam mainstream sangat.Tak unik.Nilah hasil kerja 1 hari 1 malam.Sejarah buat website berulang.Software yang digunakan kali ni, Adobe InDesign.






Hasilnya biasa2 je.Almaklumlah buat last minute sangat.Why InDesign? Sebab InDesign bantu element2 tu supaya tak lari mencecet time print nanti.Biasa kan kalau guna word ke powerpoint ke dia punya isi2 tu semua lari style marathon? Dengan InDesign ni,dijamin ah.Cemana korang tengok kat komputer,camtu juga yang korang print nanti.

Rasanya sampai sini dulu untuk pt.1.Penat dow menaip.Sorry for the long post.Korang memang tabah baca sampai sini.Tahniah.Haha.
To be continued..

Thursday, January 12, 2012

MUET Result

Assalamualaikum.


Hello guys.It's been a while right? You know,aku memang malas gila nak update blog dah sejak ada twitter ni.Tapi dah 2 hari twitter aku takley bukak.Pagi tadi aku try tweet lagi ada la dlm pukul 7.30 pagi pastu biarkan sampai pukul 3 petang since lambat gila tweet aku tu nak appear, & suprisingly tak habis2 lagi dia pusing2 (buffering) & I was like..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


THIS.EXACTLY.

Tah apa sebab tah. Rasa nak mengamuk je.Tapi tak mengamuk pun sebab something shocking happened.I mean I was in a REAL shock this morning. Tengah aku syok tidur pagi ni as this morning was so rainy then tetiba my friend,Atiqa Rose texted me, 

"Boleh cek result MUET thru sms.Type MUET<space>IC send to 15888"

Aku memula memang terkejut la.Bukan terkejut apa.Terkejut

 "Eh,hari ni result MUET ke?Tak tau pun" 

sebab I really am not into this MUET2 stuff.Memang pasrah gila la orang cakap.Right away dapat mesej member tuh,aku terus sms untuk check result tanpa nak gelabah2 ayam.Pastu tidur balik.See betapa tingginya level kepasrahan aku.Aku target paling tinggi pun band 2.Band 2 tu dah kira hebat la kiranya.But then,bila aku bangun tidur and cek inbox,woahh 15888 reply mesej akuuu doe.Bila aku klik je mesej tu nak tau tak cemana reaksi aku?

True story.Beberapa minit sebelum tengok result :


tetttttt tettt.*bunyi sms*

*cek message.cek message*


Sambung tidur.zZZzzzzz
& suddenly
.
.
.
.
.


OMG I AM WHAT????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..


MANA BAND 2 AKU?

Ok honestly aku memang tak terasa nak bangga langsung sebab ini terlebih2 dari expectation & honestly lagi aku
  • Tak prepare apa-apa.Tak study langsung la senang cerita
  • Ambik MUET untuk experience je.Try & error.
  • Ambik dekat SAMTTAR plak tuh.Orang kata susah nak skor tinggi2.(Orang kata)
  • Speaking pun main cakap sesuka hati
  • Essay macam paria
  • Listening banyak miss
  • Reading almost 13 questions aku hentam.(Reading susah gila OK)


Sebab tu aku terkejut gila.Sampai sekarang aku terkejut ni.Aku dah biasa target tinggi2 tapi result sebenar rendah tapi ni dah terbalik.Target rendah2 tapi dapat result yang hampir impossible.C'mon la.English aku takde la superb nak achieve band 4.Nasib baik tak band 5.Mau aku kena strok sebab terkejut-overdose.



Anyway aku memang syukur sangat2 as aku dah takde bajet sebenarnya nak repeat MUET.Lagi2 yuran MUET dah naik jadi RM100.Kalau tak aku dah plan nak ambik 2nd round MUET kat SMK Sg.Manggis & another thing is,aku rasa improvement aku dalam BI sedikit sebanyak ada kena mengena dengan UiTM yg fully english *kononnya* tu.So,thanks to UiTM lah.

Ok thats all.Kepada yang bakal ambik MUET,silalah study sebab MUET susah.Serius.
(Kepada yang tak terer english cam aku,study la.Yang dah fluent dok diam2.)



Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...