Tuesday, February 25, 2014

Degree : Result Semester 4

Assalamualaikum

Bertemu kembali. Entri kali ni, macam biasa bawak khabar result namun result kali ni tak mengancam macam result sem lepas. Lulus tu lulus, lepas tu lepas cuma a bit dissappointed sebab sedar diri tak beri seluruh jiwa raga sem lepas. Asyik nak maaaaaain je. Ni lah jadinya. GPA drop, CGPA drop.


Lagi menyakitkan hati, si Sarep Masahor tu lagi tinggi pointer dari aku. Oh, you don't know Sarep? He's my official rival here apart from Si Hidayah Deqno. No matter what pointer they got, they're still my rival. But nevermind, bila fikir balik, aku bukan datang belajar untuk pointer semata. Pointer tu cuma untuk kasi puas diri sendiri, kasi puas hati mak abah. Sian beliau-beliau hantar ambik, hantar makanan, kirim duit semua lepas tu aku bagi result hampeh. Tak mau la cenggitu. Alang2 dah study, study biar sampai termuntah muntah. Ramai lagi kat luar sana yang nak sangat sambung tapi takde rezeki. Kita yang terpilih ni, jangan la sia-siakan.

Semester 4, belajar memang best. Aku suka apa yang aku belajar. Baca nota library dengan baca nota rekod, completely different feeling tu. Plus, lecturer best. Lecturer record memang best-best atau aku belum jumpa lagi yang tak best? Ahaaa.

Ok gagals & geguys, that's all kali ni. Goodbye olls!

Saturday, February 1, 2014

Semester 4 Bsc. Records Management UiTM : 5/10

Assalamualaikum

What's with 5/10? Sem ni tak se-legen wait for it... dary yang diharapkan. Even so, it's not so bad either. Pahit & manis sama seimbang. Tak macam sem lepas, gula tertumpah-tumpah. I got really nice housemates, really nice house, I picked the right course, lecturer; ummmph!, & sweetest of all, the result itself. Speaking about result, I might come out with some sort of bad news soon. Result mungkin dah tak mampu nak di-maintain se-okay dulu. Sebab? Ni yang aku cerita niii. Nak cerita banyak nih. Mohon okay, mohon, korang hentikan  pembacaan if you need to stay up. Sesungguhnya habis intro ni je pun korang maybe dah terbongkang *tengok tu!*


Kita start dengan awal sem. Daripada entah sapa-sapa, kitorang jadi rapat. Pertembungan (eceh) student Merbok dan Segamat dalam satu rumah pada mulanya memang awkward. Sangat awkward. Lagi awkward bila 4 orang dari Merbok tu sendiri bukanlah rapat mana pun & macam tu jugak dengan 4 orang budak Segamat tu. Tapi tah macam mana kitorang jadi super close which for me, is nice. Dan awal sem 4 ni, kitorang memula decide nak pergi bercuti ke pulau, dongengnya. Tapi tu lah, nama pun dongeng. We end up pergi Sungai Congkak. (Cukup okay tau kalau tak nak pergi Wetworld je okay. Naik RapidKL)




Dipendekkan cerita; kita masuk pulak ke bahagian subjek2 ye teman-teman. Sem 4, ain't no picisan. Semester ni, ada 7 subjek:
  • IMR 552 (Preservation) = En. Jafalizan Jali
  • IMR 555 (Electronic Records) = En. Wan Abdul Malik Wan Abdullah
  • IMR 556 (Appraisal) = Pn. Nor Diana Nordin
  • IML 454 ( Library Management) = Cik Wan Nor Haliza Wan Mokhtar
  • IMS 457 (Multimedia) = Pn.Nor Erlissa Abd Aziz
  • IMB 2AC (Arabic II) = Ust. Fairuz
  • BEL 482 (Meeting) = Pn. Maizura

Okay now, meh aku terjah sikit subjek-subjek yang dihighlight hijau kat atas! Nak cerita semua nanti takut panjang sangat. Mohon ampon :3


IMR 552 ( PRESERVATION OF ARCHIVAL MATERIALS )

Manusia yang ajar subjek ni;  Sir Jeff adalah double thumbs up punya lecturer aku rate. Kelas dia pukul 8 pagi which is sangat-sangat susah for me to make it fully-attended tapi sebab Sir Jeff yang ajar, pukul 8 macam mana pun takde hal.

Dalam kelas ni, kita belajar teori preservation, conservation & restoration. (Ni bukan preserve & conserve hutan ye. Tu certainly cerita lain). We learnt apa perbedaan ketiga-tiga tu, suhu terbaik untuk bahan2 arkib, chemical2 associated dalam preservation, isu-isu dalam preservation & many others. Juga, ada kerja praktikal menanti beserta report yang perlu diselesaikan. These kerja praktikal wa cakap lu, penat nak mampz! Dalam bilik air-cond pun boleh berpeluh style main gym, keluar-keluar muka semua pucat lesi jenis toreh keluar getah. Even so, aktiviti mengundang sado ni sesungguhnya adalah priceless experience!

Punya gagah main gerudi. Kau hado?





IMR 555 ( DEVELOPMENT OF ELECTRONIC RECORDS SYSTEMS )

Dengan waktu kelas yang total blerggggh, 6pm-10pm I tell you guys, sungguh tak ideal okay. Thank God ianya bukan hari Jumaat. 6-10? Eh eh, ni apa belajar maghrib2 ni? Tak sembahyang ke? Of course la sembahyang! Kami punya lecturer cap ustaz tau! Habis sembahyang pakej dengan tazkirah lagi lepas tu. Kau hado? (buat kali keddduaaa). Encik Wan Abdul Malik, manusia yang bertanggungjawab ajar kitorang Electronic Record ni. Sometimes beliau okay, some other time sangat okay, sometimes jugak, he REALLY is creepy. But sure thing is, proses penuaan Encik Wan seakan berhenti  diumur 25 & yep, even sekarang umur dah 40++ pun, you kenot deny dia punya somey somey bebifes.

Apa yang kami belajar? Visual Basic semata. Dari awal sem ke akhir sem. Best? Very best. Stress? Very Stress times infinity. Seminggu tak tidur malam buat benda ni. Debug sana, debug sini. Reject sana, reject sini. Have to tell you guys, sebelum projek aku diterima, aku terlebih dulu terima about 4 rejection daripada sir. It's not that easy to be approved. Dikontotkan kisah, undi punya undi, group aku dapat projek "Subject Registeration" & we have decided untuk build sistem yang membolehkan student UiTM register course & dalam masa yang sama,sistem tersebut membolehkan staff UiTM pantau segala transaksi yang student2 buat.

Untuk Student:

  • Kita design bentuk dia dan buat coding kat belakang semua ni untuk bolehkan student berjaya login masuk ke sistem seperti dalam gambar. Kalau rasa-rasa diri tu bukan student, kita ada sediakan button untuk staff!


  • Then, kalau username betul, password betul, sistem akan directly bawak student ke "profile" dia sendiri. Kat sini, nama student, course apa, subject apa yang dia dah register, ID dia semua dah tersedia appear. Tinggal update je mana yang berkenaan. Nampak tak kat bahagian bawah sudut kiri? Kat situ, sistem akan keep track student mana satu yang login , beserta tarikh & masa. Then kat sini jugak, student boleh update atau drop subjek, check timetable, update detail dia yang mungkin tersilap or kalau dah takde benda nak dikacau dah, boleh logout dari sistem.


Untuk Staff:




  • Kali ni, sistem bawak si staff ke evidence report dimana, staff boleh tau siapa yang take action sekian2 pada waktu sekian2. So, dengan cara ni, kita boleh track siapa yang login, siapa yang tak berjaya login, siapa yang dah drop subjek, siapa update subjek, siapa baru register dan etc.


  • Contoh, staff nak tahu siapa yang berjaya "Login" pada 25 Disember 2013. Klik "View Evidence", Oh ada! Then kita klik "Print Report".


  • Tadaaaa! Kita boleh tau siapa login in accordance to the ID number, tarikh, siap dengan masa manusia tu login. Nampak mudah tapi dengan takde basic semua, I can say that I really am proud dengan produk picisan ni.

Actually banyak lagi interface tapi nak summarize-kan, korang hadap je la apa yang ada hokeng. Kitorang punya projek terlampau simple. But in our defense, sir yang cakap tanak fancy2 sangat so.... begitu lah jadinya. Looks extremely conservative and old-fashion (Backup diri backup diri). Susah tak subjek ni? Yes, susah. Tapi seronok!




Now kita jump ke subjek elektif tuan tanah semester ni. Subjek library yang ba waw ha sin alif nun. Dah pernah ambik dah subjek ni dulu time diploma. Subjek ni lah yang kasi aku penampar sedas yang aku tak patut sambung degree in library & yeah, sekarang aku hidup bahagia dengan degree rekod. Thanks to subjek Management of Libraries. Anda berjasa.

Untuk assignment subjek ni, kitorang pergi jelajah balik tabir Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor. Awesome gila dalam tu! Bersih, senyap, warni-warni, sejuk, totally ummph! Interview dengan Cataloging Department berjalan lancar & pada yang tak tahu, kalau nak interview kat sini, dikenakan bayaran RM 12.00 tau. Takla banyak sangat lepas tong-tong dengan group member kannnzz. Report berjaya digarap dengan penuh dramatis sampai benda elok nipis jadi tebal journal & presentation kami dapat pujian dari madam. Thanks to my group members. Nikmat apa lagi yang kau dustakan, Sha?

*Putih sangat nampak? Temberang punya gambar. Ampunkan lighting effect



Third Language ( ARABIC LANGUAGE II )

Well2, 3rd languange yang aku ambik, Bahasa Arab. Lecturer untuk sem ni adalah seorang lelaki & beliau adalah LEGENDARY la wa cakap lu. Ustaz Fairuz memang hozums. Dalam masa sejam, kitorang habis test2 yang manusia2 lain habis dalam 3 minggu. Tak banyak cekadak, a bit helpful walaupun a bit pelupa jugak. Macam sem lepas, sem ni pun kena berdrama sakan. Lawak? Tak lawak langsung. Best? Langsung tak best. Macam kayu? Terlajak laris kaku dia. Kalau sem lepas 5 orang 1 group. Sem ni, 8 ORANG. Sardin!



Kesimpulannya, tu lah, 5/10. Result exam? Aku dah pasrah. Kalau dekan, rezeki Allah. Kalau tak dekan, tu semua salah diri sendiri. Usaha tak cukup. Tak cukup-tak cukup macam mana pun, aku dah usaha sehabis nya cuma pada aku usaha aku tu tak beyond limit. Apa yang aku perasan, semangat time degree ni dah tak membara-bara terbakar meletup macam time diploma dulu. Dulu, lecturer cakap "QUIZ" pun study-nya macam besok Final Exam. Now? Mihmih.

Okay guys, tu saja buat masa ni. Banyak gambar je pun. Nanti ada mood, aku update lagi hokeh! Bye bye.

Wednesday, September 4, 2013

Checklist : Apa Yang Perlu Dibawa Ke Kolej Penginapan / Asrama / Hostel ?

Assalamualaikum.

Hai geng. Geng ke? Tak kisah la geng tak geng. Look, nak diringkaskan cerita dalam banyak-banyak persoalan dari randomss, ada jugak yang tanya pasal apa yang perlu dibawa time hari pendaftaran ke universiti. Kalau kena kat orang lain, maybe akan kena cop "Apa panya soalan daa" but luckily (ceh luckily) you ask me. Mohon percaya, aku pi google kot checklist barang apa nak bawak ke universiti time diploma dulu. Maklum la, bebenduls. Kalau boleh satu rumah aku nak bawak sekali sumbat dalam bonet. Malangnya tak boleh & aku redha.


Harus diingatkan, checklist ni general so tak semestinya semua yang dilistkan ni wajib dibawak. Pilih-pilih la. Takkan boboys nak bawak kain batik gegirls pulak kan. So, thats why; pick!

Okay, kita move ke checklist:

Attire
(  ) Undergarments
(  ) Baju Basahan (T-shirt buat tidur)
(  ) Baju Kurung / Jubah
(  ) Baju Melayu
(  ) Blouse/T-Shirt jalan-jalan
(  ) Baju T-Shirt berkolar
(  ) Cardigan
(  ) Sweater
(  ) Seluar Slack
(  ) Seluar Jeans
(  ) Seluar Pendek
(  ) Kain Pelikat
(  ) Kain Batik
(  ) Kain Dalam
(  ) Handkerchief
(  ) Kasut / Kasut Formal (bertutup)  / Kasut Sukan
(  ) Tudung secukup rasa
(  ) Serkup
(  ) Stokin
(  ) Stokin Lengan
(  ) Tie
(  ) Tali Pinggang
(  ) Telekung
(  ) Sejadah



Toiletries
(  ) Sabun
(  ) Shampoo
(  ) Conditioner
(  ) Shower Loofah / Shower Sponge
(  ) Pencuci Muka
(  ) Razor
(  ) Mouthwash
(  ) Feminine Wash
(  ) Kotex & seangkatan (hihi)
(  ) Berus Gigi
(  ) Ubat Gigi
(  ) Perfume
(  ) Bedak Baby
(  ) Pelembap Muka / Toner / Ubat Jerawat
(  ) Sikat
(  ) Gel / Minyak Rambut
(  ) Sabun Baju
(  ) Berus Baju
(  ) Pewangi / Pelembut (Softlan la senang)
(  ) Baldi
(  ) Gayung
(  ) Bakul letak barang2 mandi - Digalakkan guna bakul kecik berlubang
(  ) Selipar Jamban


Computing Device / Electric Device
(  ) Beg Laptop
(  ) Laptop
(  ) Broadband
(  ) Handphone
(  ) Tablet / iPad
(  ) MP3 / MP4 / iPod
(  ) PSP
(  ) Earphone / Headphone
(  ) Mouse
(  ) Printer
(  ) Speaker
(  ) Laptop Cooling Fan
(  ) USB light
(  ) USB Cable
(  ) Thumbdrive
(  ) External Hard Disk
(  ) Cleaning Kit
(  ) Charger Laptop
(  ) Charger Phone
(  ) Water Heater
(  ) Sterika
(  ) Extension Lead / Wire - Dengan penuh serius aku cakap, beli benda ni. You'll need it.

Food
(  ) Supplement
(  ) Ubat demam / batuk / sakit tekak/ selsema / Panadol
(  ) Kismis
(  ) Biskut / Roti 
(  ) Jajan / Keropok / Kerepek
(  ) Maggi 
(  ) Instant soup / Instant porridge
(  ) Kordial
(  ) Air Mineral
(  ) Milo 3-in-1
(  ) Gula
(  ) Sudu
(  ) Garpu
(  ) Pinggan
(  ) Mangkuk
(  ) Mug
(  ) Tisu


Important Document
(  ) IC
(  ) ID Pelajar
(  ) Gambar Passport (Buat banyak-banyak terus)
(  ) Lesen
(  ) Kad ATM
(  ) Kad Membership
(  ) Borang-borang berkaitan
(  ) Laporan Kesihatan
(  ) X-Ray


Others
(  ) Al-Quran
(  ) Dompet
(  ) Hanger - Bawak banyak. Half untuk sangkut dalam almari, half untuk sidai baju
(  ) Hanger Bulat - Untuk gantung 'adik-adik comel'
(  ) Iron board
(  ) Beg balik kampung - Beg tarik / Beg Garfield
(  ) Beg ke kelas / Bag jalan-jalan
(  ) Buku log / Buku nota
(  ) Pencil box & Stationeries
(  ) Cangkuk gantung barang & baju - Bawak!
(  ) Kertas A4 (Bagi yang bawa printer)
(  ) Kertas kajang (Wajib bawa. Guna atau tak, belakang punya cerita)
(  ) Fabric starch (bagi awek bertudung bawal sejati)
(  ) Brooch
(  ) Bed comforter / Lapik tilam & bantal
(  ) Bantal
(  ) Selimut
(  ) Teddy Bear
(  ) Getah Rambut / Cekak Rambut
(  ) Barang-barang make-up (Letak dalam satu bag khas)
(  ) Febreeze
(  ) Pewangi Bilik / Pewangi Almari
(  ) Lap kaki
(  ) Lap basahan - in case tumpah or untuk lap pinggan mangkuk basah.
(  ) Penyapu & Penyodok
(  ) Tong sampah kecil
(  ) Plastik sampah

Ni je dulu setakat ni. Mungkin akan di-update. Macam nak pindah? Ye memang macam nak pindah rumah. Biasala. Gegirls *flip hair* Poket Doraemon much. (Lepas tu end of sem habis semua benda nak mengamuk sebab penat mengemas & bawak turun). 

Harap checklist ni membantu korang. Just copy paste kat words, buang mana tak perlu & siap! ;)


Thursday, August 29, 2013

Random Thursday


Assalamualaikum

Special for THAT drama queen :



And no, I'm not sorry for posting this. Getting tired of your 'SHEET', Your Highness.

Monday, August 26, 2013

Alhamdulillah: MieyaIzzat E-day!

Assalamualaikum

24-08-2013 lepas, my housemate, coursemate, and classmate dan kawan sekolah SMK Telok Datok; cik Nur Damia Shafee dah selamat bertunang dengan jejaka Kedah pilihan hati, Izzat Mansor. Amboi, taknak kalah. Kita punya nama Jat, dia pun nak Jat jugak. Tapi Jat buah hati Mieya dah move setapak dulu lah dari Jat McGreggor ittew. Nevermind. It can be waited. Tettt. Majlis berjalan dengan smooth & horait sangat. Mieya asyik mintak mahap sebab tak terlayan housemate-housemate dia yang datang. Hat ni pun nevermind. Pasal kitorang dah melantak makanan-makanan kat majlis tu dengan penuh selera dan bergaya, so aku habaq kat dia segalanya diampunkan. Dasar food monster!

Tema majlis Pink+Biru. Tapi aku datang pakai striking Oren+Biru. Wadehel. Tak kena langsung. Baju Cik Mieyamon sangat somey tahu! Pastel Pinkies & paling penting, Mieya dah kuwuss & hittew jeles much! JELES MUCH! Seumur hidup Shasha Yatim dihabiskan bising pasal berat badan je. Takde visi langsung.

Ni masa sarung cincin. Again, jealous KingKong. Tengok LIVE pulak tu. Aku jarang tengok orang tunang. Kalau sedara-mara pun biasanya mama abah je yang ikut sekali. Anak yang baik jaga rumah & adik. Kehkeh. Ni tengok member sendiri tunang kan, peratikan je la dengan rasa dengki ya amat + happy. Happy for my dear friend. ^_^-



Mieya santek gilos. Memang gila pink betul minah ni. Aku pulak tak sesuai pinkies. Macam pareahhh. Dah la gelapun dan hitamun. Aku nak pakai pink? Talk to my feet. Member Rumah 3C18 yang datang cuma aku, Syuhada & Liyana. Asmidar & Ika jauh kat Kedah & Melakau sana. Syafa takde lesen, Athira pulak mana boleh bawa kereta jauh-jauh. So kami bertiga je lah wakil ambik berkat. Mana tau jap lagi turn salah sorang. Hahaa. Keh tak lawak bro.

Pahal pandang bawah kau Oren? Malu ayam pulak macam kau yang tunang. Tarappoddah.

Selekeh sungguh. Silap besar duduk sebelah Mieya. Tenggelam habesss. Tengok pipi? Tu namanya raikan Aidilfitri yang sebenar. Wakaswakaswakas. Yana & Syu datang punya awal. Semangat sungguh. Si Aida Effarina pulak baru datang time aku balik. ZZz.

P/S : Seronok jugak buat majlis. Tapi rasanya if it's my turn to engage, takde rasanya macam ni. Kena tunggu Big Day yang bertahun lagi. A long way to go. Habiskan dulu degree dengan first class, In shaa Allah!

Saturday, August 24, 2013

UiTM Puncak Perdana : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Rekod I

* Post kali ni ditulis agak khusus kepada student Information Management. Tapi kalau yang lain still nak teruskan pembacaan, no problem at all.

Assalamualaikum.

Seperti yang dicanang pada entry lepas, aku ada habaq nak cerita pasal degree aku sekarang right? Well, pada sesiapa yang masih tak notice, I'm currently studying Bsc. of Information Science (Hons.) Records Management, UiTM Puncak Perdana. Kira sequel la lepas habis DIM haritu kan. Triquel,(triquel?)  maybe nak sambung master kat Australia. Eycehh. Hebat nau cita-cita. Satu semester degree pun semacam mau cirit mencecet tengok paper final. Degree rekod ni nampak senang. Aku pun nampak dia macam senang sebab tak payah nak bergelumang dengan AACR dan cataloging. But then, ketahuilah, aku, anda, you guys readers semua dah tersilap *sambil kesat air mata*

Kenapa aku cakap macam ni? First, apa yang buat dia susah; soalan final exam dia. Serious talking lah kan, time korang belajar dalam kelas korang takkan sangka paper final akan jadi sangat killer dan gila sebab time dengar melanguk-languk kat teori dalam kelas tu, benda macam simple dan senang. Paper IMR504 Filing & Classification betul bagi wake up call. Memang tampar aku habis-habisan, buat aku sedar Records Management ain't a Playdoh. 

*Tamat mukadimah

________________________________________________________________________________________________________

Apa itu Minor & Elektif ?

Life degree, dah tak sama macam diploma. Wake up you guys. Diploma manade makhluk-makhluk Minah & Elatip ni. Bila masuk degree, korang cuma akan belajar 2-3 sahaja subjek degree korang. 2 atau 3 daripada 7 ke 8 subjek. Sikit je. Subjek yang fokus pada degree kita ni kita dipanggil subjek core. Tak paham?



Biar cik Shasha Yatim explain secara ringkas kat you guys apa itu Minor & Elektif supaya anda fresshies boleh timbal siap-siap mana satu yang korang nak pilih.


Dan obviously aku pilih elektif. Tengok balik subjek yang aku ambik kat atas;

  • School Resource Center Management tu silabus dari Degree Resource Center
  • Reference Service tu silabus Degree Library Science

Some people pilih elektif sebab variasi subjek. Practically tu betullah. Dapat merasa belajar (walaupun sikit) empat-empat degree. Tapi sebab utama aku ambik elektif untuk jaga pointer. Pada mulanya aku nak ambik Minor Information System. Tapi bila dikira-kira, time diploma dulu memang susah benau nak score subjek-subjek system walau macam mana hardcore pun aku study. So, I end up having elective. Aku 'ada kuasa' untuk pilih & susun subjek supaya dalam satu semester, aku tak berhadapan dengan 2 subjek susah sekaligus. Means, dalam 2 pilihan tu, 1 aku ambik subjek yang senang, 1 lagi aku ambik yang mencabar sikit. So balance lah kan?

Pilihan Minor & Elektif ni cuma wujud di kampus induk, UiTM Puncak Perdana. Pelajar-pelajar yang diterbangkan ke kampus Machang, Segamat & Merbok; you guys nak atau tak, perlu berhadapan dengan Minor. Tiada pilihan. Sebab tu student-student Puncak Perdana boleh dikatakan untung jugakla walaupun kampus macam ______________ (krikkrik). Di Puncak Perdana;
  • Kitorang boleh pilih nak Minor atau Elektif 
  • Kitorang boleh pilih 3rd language yang lebih banyak variasinya
  • kitorang diajar oleh lecturer-lecturer veteran....? Itu dikira kelebihan ke? 
  • Yang paling penting, In shaa Allah semester pertama & kedua dapat kolej.


Setakat ni dulu entry nya. Kering idea nak tambah apa lagi, plus macam dah banyak sangat je text. Berpinauu mata. I'll update about degree lagi. Akan datang, khas pasal degree record ;)

Sunday, August 4, 2013

Degree : First Result

Assalamualaikum

Hola boys and girls. Seperti biasa, setiap sem, aku mesti akan bawak perkhabaran ni. Tapi kali ni, I'm no longer posting about diploma result, but degree instead. Seperti entri-entri lepas, dah diterangkan right, aku jump terus ke semester 3 since aku ambik diploma course yang sama. Degree sillabus, tak semudah diploma. Kalau korang rasa diploma susah, naik degree korang akan rasa diploma tu kashang guring. Sebab tu aku tak target tinggi. Target dekan pun tak. Memang dah pasrah sungguh sejak awal lagi. Bukan sejak awal lagi, sejak keluar dewan exam lagi. Soalan-soalan untuk degree, undeniable susah.  Tapi Alhamdulillah, untuk semester permulaan ni, I'm survived. 


This, isn't for showing off. nope at all. Ni lah realiti student records. You have to face 7 subjects untuk semester ke-3. Yang B+ dedua tu aku target A/A- keluar result macam pfffft. Kalau dah nama lecturer ni memang tak boleh nak jangka style marking tu macam mana. Tu yang aku takut untuk sem depan sebab plannnya nak ambik Web Design sekali lagi. Satu-satunya subjek yang aku achieve C+ sepanjang diploma. Trauma *ceh trauma* sampai sekarang.

In a nutshell, I am so SOOOO grateful to have this. Pagi2 sahur lagi aku dah tunjuk slip result kat parents. Tak sia-sia menggelabah sepanjang malam tunggu result appear kat e-mail. Housemates yang ambik degree records, Alhamdulillah empat-empat semua Dean List. Big congrats buat Damia Shafee, Syuhada Mazlin, dan Athira Radzi. Untuk degree, aku nak aim selempang pink sama-sama dengan kawan-kawan seperjuangan. Eyce. Berdegarnya kita. Berangan tu penting. I'll do anything possible to maintain this. In Shaa Allah, ilmu yang aku dapat akan digunakan sebaik-baiknya, dan kejayaan yang datang akan dijadikan batu loncatan to gain the brighter future.


Semoga kita semua sama-sama cemerlang till the end of our study. Ameen.
*pakcik kat tengah tu dah sukses pun. Anda terkecuali ye pakcik*

Life : Married? Checked!

Assalamualaikum By the time I'm writing this, cukup 3 bulan seorang Shasha Yatim sah jadi isteri Mohd Ikram Zaidi yang aku jump...